Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 12 July 2012

Kau Rantai Hatiku 3



SAAT Tengku Elman ingin membuka pintu keretanya, tiba-tiba dia terpandang seorang gadis yang tersenyum bila pintu kereta dibuka oleh teman lelakinya.

Sekelipan Tengku Elman memandangnya. Dia bagaikan melihat ‘Ariana’ yang sedang tersenyum dan lelaki itu adalah dirinya. Tengku Elman bagaikan berada dalam alam fantasi pula.

“Elman..”

Senyap.

“Elman!” panggilan Isabella itu sedikit kuat.

Tubuh Tengku Elman masih kaku. Isabella kehairanan dan dia terus keluar. entah apa yang di lihat oleh lelaki itu.

“Elman, You ni kenapa?” soal Isabella.

“Aaaaaa...” Tengku Elman gugup. Hilang bayangan drama itu taktala wajah Isabella menghalang penglihatannya terhadap pasangan kekasih itu.

Isabella melihat keadaan sekeliling, kalau ada apa-apa yang merunsingkan Tengku Elman. Namun tidak terlihat apa-apa pun olehnya. Hanya ada sepasang kekasih yang sudah memasuki kereta yang terparking didepan kereta mereka.

“Kenapa you ni?” soal Isabella tidak puas hati.

“Tak ada apalah.. Entah perasaan I je kot” tipu Tengku Elman dan terus memasuki keretanya. Selamba sahaja.

Dia tenang dengan pemanduannya. Malah tidak bersuara lagi. Begitu juga dengan Isabella. Apabila melihat kebisuan Tengku Elman dia juga turut membisu. Walaupun dalam benak fikirannya sudah timbul pelbagai persoalan.

‘Ariana, kenapa cepat sangat sayang pergi dari hidup abang? Abang terlalu rindukan sayang!!’ bisik Tengku Elman sendirian.

Tengku Elman mendengus perlahan. Terasa amat sukar hidupnya tanpa cinta Ariana di sisinya.

Isabella hanya mampu menjeling Tengku Elman yang sedang memandu itu. Namun jauh di sudut hatinya, Isabella kebingungan. Entah semenjak Tengku Elman berterus terang kepadanya tentang soal hatinya, dia semakin rasa sakit hati terhadap lelaki di sebelahnya itu.

Isabella menjeling lagi Tengku Elman. Di lihatnya Tengku Elman masih menyepikan diri. Hah!! Dia bersikap acuh tak acuh saje. ‘Apa perasaan lelaki ini pada aku sebenarnya? Atau memang dia maksudkan erti kata-katanya di restoran tadi?’ Isabella bermonolog sendirian.

Isabella masih berkhayal ketika Tengku Elman memberhentikan kereta di depan rumahnya. Tengku Elman menoleh ke sisinya. Lagak Isabella seperti tidak mahu keluar dari keretanya. Dia hairan.

“Tak nak keluar?” tegur Tengku Elman bersahaja.

Isabella terkejut apabila mendengar Tengku Elman menegurnya. Mana tidak, tadi dia enak melayan perasaannya sampaikan dia tidak sedar mereka sudah pun sampai didepan rumah Teratak Humaira.

SESAMPAI saja di rumah Tengku Elman terus berlalu ke biliknya selepas makan malam bersama Isabella. Pintu biliknya di hempas. Kata-kata Bella yang didengarnya tadi amat menyakitkan hatinya. Sampai bila perempuan itu mengongkong hidupnya.

Tengku Suraya terus keluar dari biliknya apabila mendengar bunyi pintu di hempas. Lalu di berjalan menuju ke muka pintu bilik Tengku Elman. Pintu di ketuk.

“El.. El.. buka pintu. Mama nak masuk ni..” ujar Tengku Suraya. Tadi sebenarnya dia terkejut bila mendengar Tengku Elman menghempas pintu biliknya. Pastinya dia bergaduh dengan Isabella.

“Masuk je ma.. Tak kunci pun..” jawab Tengku Elman dari dalam. Dia sedang membaringkan badannya di atas katil.

Tengku Suraya memusing tombol pintu bilik Tengku Elman. Dia tersenyum sebaik saja dia melihat kelibat Tengku Elman yang sedang berbaring di atas tilamnya.

“Ni kenapa dengan anak mama ni?” soalan keluar dari mulut Tengku Suraya.

“Tak ada apalah. Cuma letih je. Maklumlah hari pertama masuk kerja. El belum sempat nak merehatkan badan dulu.” Tengku Elman memberi alasan. Dia tidak mahu menyusahkan hati mamanya itu.

“El gaduh dengan Bella ke?” tebak Tengku Suraya. Dia tahu dari riak wajah anaknya pasti dia ada masalah.

“Taklah mama. Salah faham sikit je..” jawab Tengku Elman.

“El, tak baik tau selalu gaduh dengan Bella tu. Diakan bakal tunang kamu. Yelah tak lama lagi kamu nak bertunang. Kalau selalu gaduh macam ni susahlah..” jawab Tengku Suraya.

“Entahlah ma.. Dia cemburu sangat. Bayangkanlah dengan arwah Ariana pun dia cemburu walaupun dia tahu arwah dah lama meninggal dunia. Pantang El tersilap cakap mulalah dia nak gaduh dengan El.. Kalau selalu macam ni mana tahan ma.. Pening kepala El dibuatnya..” Tengku Elman mula mengadu.

Dulu semasa di luar negara dia tidak pernah mengadu apa-apa tentang Bella kerana dia tidak mahu mamanya risau tentang perihal mereka berdua. Tetapi sekarang, dia sudah tidak tahan dengan sikap cemburu Isabella yang melampau sangat. Seingat dia arwah Ariana cemburu tapi bertempat. Tapi Isabella ni.. huhh.. Tak tau nak cakap apa!!

“Memanglah dia cemburu. Mungkin El selalu sangat sebut nama arwah dan bandingkan dengan dia ke..?” tebak Tengku Suraya sekali lagi.

“Ma.. El tak pernah nak bandingkan siapa-siapalah.. Tapi dia kuat sangat cemburunya. Kalau macam ni masaklah El..” ujar Tengku Elman Qaufar.

Tengku Suraya hanya tersenyum.

“Memanglah cemburu juga perlu dalam hubungan tapi kalau terlampau cemburu tu tak bagus juga..”

“Ha.. tau pun mama.. Mama..” ujar Tengku Elman perlahan. Dia mahu bertanya soalan pada mamanya.

“Tapikan ma, kalau misal kata, suatu hari nanti, El akan jumpa gadis yang serupa dengan wajah arwah Ariana, macam mana pendapat mama?” entah kenapa soalan begitu pula yang keluar dari mulutnya. Dia teringat kembali pada wajah gadis yang di lihatnya tadi.

“El kau jangan nak macam-macam. Jangan nak menakutkan mama.. Mana ada orang yang betul-betul serupa..” jawab Tengku Suraya. Entah kenapa soalan Tengku Elman itu menakutkannya.

“El tanya ni seriuslah.. Katakanlah suatu hari nanti, El akan jumpa gadis yang serupa dengan wajah arwah Ariana, macam mana?” di ulanginya pertanyaan itu.

“Tengoklah.. Macam mana. Tapikan El dah nak bertunang dengan Isabella. Kesian dia dah lama tunggu kamu. Takkan El langsung tak punya rasa suka di hat itu..”

“Ala mama.. Hati El masih milik dia.. Susah El nak lupakannya. Sebab tu El tak berani nak janjikan apa-apa pada sesiapa” jawab Tengku Elman.

“Habis macam mana dengan Isabella?”

“Kami akan terus bertunang mama. Cuma dia tak boleh paksa El cintakan dia. Sebab hati El masih milik dia..”

“Mama ikut kau jugalah.. Kalau itu yang EL mahu mama akan ikut saja..”

Kemudian Tengku Suraya keluar dari bilik Tengku Elman. Dia makin bingung dengan perangai anaknya yang seorang itu.

Tengku Elman masih baring. Pelbagai soalan yang timbul di fikirannya. Bagaimana caranya untuk dia mendekati gadis itu.. Arggg!!!

DI RUMAH Dato Farid, Isabella mengamuk di dalam biliknya. Berdentam-dentum bunyinya. Datin Melinda segera mengetuk pintu bilik anaknya apabila Dato Farid menyuruhnya melihat keadaan anaknya itu. Pintu bilik di ketuk.

“Bell..Bell..” Datin Melinda memanggil dari luar. Tangannya tak henti-henti mengetuk pintu bilik anak kesayangannya itu.

Namun tiada juga tanda-tanda anaknya mahu membuka pintu.

“Bell.. Bella...” ujarnya sekali lagi. Datin Melinda sendiri yang memulas tombol pintu itu.

“Apa ni Bella..? Kenapa dengan awak ni?” soal Datin Melinda bertalu-talu.

“Elman.. Mummy.. Selalu saja nak sakitkan hati Bella..”

“Kenapa dengan dia pula.. Kamu janganlah ambil hati sangat, mungkin dia penat sangat, dan kamu pula tanya benda yang bukan-bukan. Mestilah dia marah” pujuk Datin Melinda. Dia tidak mahu gara-gara sikap Isabella yang melampau nanti akan menggagalkan rancangannya.

“Salah ke kalau Bell cuma tanya dia pergi mana sehari ni? Terus dia cakap Bell ni kuat cemburu! Mestilah Bell marah..” jawab Isabella.

“Kalau pasal tu mama tak sebelahkan siapa-siapalah. Bell masuk tidur awal. Esok pagi Bell kena kerjakan?” ujar Datin Melinda.

“Yelah mummy. Bell pun rasa letih  juga ni..”

Kemudian Datin Melinda masuk ke biliknya. Kelihatan Dato Farid masih ralit membaca buku di tangannya.

“Ha macam mana dengan Bella? Dia dah okey ke?” soalnya kepada si isteri.

“Dah okey sikit...” jawab Datin Melinda.

“Dia kenapa tadi? Mengamuk macam puting beliung tu?”soal Dato Farid lagi. Memang dia sudah menganggap Isabella seperti anaknya sendiri tambahan lagi dia sudah kehilangan Ariana.

“Kenapa lagi? Dia gaduh dengan Tengku Elmanlah. Pasal Bella tanya kemana Tengku Elman pergi, dia cakap Bella kuat cemburu pula.. Mana tak Bella angin semacam..”

“Orang muda macam tulah.. Darah muda.. Pantang silap sikit. Cepat naik angin..” jawab Dato Farid samba ketawa. Teringat dia masa zaman muda dulu.

“Eh abang ni suka sangat ni kenapa?”soal Datin Melinda.

“Ai.. Memang betul pun.. Abang masa zaman muda-muda dulu pun jenis yang kuat naik angin..” ujar Dato Farid sambil gelak sendiri bila mengingatkan zaman silamnya.

“Apa-apalah abang ni.. Malas Mel nak layan perangai abang tu!”

Dato Farid terus menutup bukunya lalu di letakkan di atas meja kecil tepi katilnya. Lampu itu di tutup. Dia sepatutnya tidur awal dan banyak berehat. Lagi pun esok mereka ada mesyuarat tergempar di syarikatnya.
 

Monday, 9 July 2012

Hanya Kau Milikku 14


Selepas peristiwa yang berlaku di bilik tidur Mira jarang sekali mereka bertembung muka. Mira seperti sengaja mengelakkan diri dari Iqbal. Bila teringat peristiwa yang berlaku dia jadi malu sendiri. Namun hari ini Mira ingin memberitahu Iqbal Iskandar dia ingin balik kampung untuk menjenguk neneknya. Sudah dua bulan lebih dia tidak balik ke kampung. Apa khabar Nenek Nab agaknya. Walaupun dia sering berhubung dengan neneknya melalui telefon namun itu tidak cukup baginya untuk meleraikan rindu di hati. Dengan nenek dia boleh bermanja-manja dan menceritakan segala-gala. Dia tidak pernah menyembunyikan segala apa yang berlaku dalam perkembangan hidupnya. Kecuali peristiwa hitam empat tahun lalu.

“Awak, minggu ni Mira ingat nak balik kampung. Dah lama Mira tak jenguk nenek, Pak Su dan Mak Su. Bolehkan?” soal Mira perlahan. Kalau tidak kerana dia mahu balik kampong jangan harap dia akan mengahadap muka Iqbal Iskandar.
Iskandar mengalihkan pandangannya. Sengaja dia buat muka serius. Mira mengulang lagi pertanyaannya.

“Sayang nak balik kampung?”

Dia sengaja bertanya lagi.

“Hmm.. Boleh ke?” tanya Mira dengan wajah kasihannya. Dia membuat muka seolah-olah meminta simpati.

“Boleh dengan syarat!” pantas sahaja Iqbal menjawab. Kali ini dia harus mencari jalan agar Mira sentiasa berada disisinya.

Mira mengerutkan dahinya. Terus saja mulutnya bertanya.

“Apa? syarat? Mira balik kampung pun kena ada syarat juga ke?”

“Memanglah. Dengan syarat abang nak ikut Mira balik.”

Mira sudah mengagak. Apalah mamat ni orang nak balik kampung pun dia nak ikut. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Iqbal Iskandar sengaja tersengih-sengih. Dia tahu Mira tidak puas hati.

“Kalau awak tak ikut tak boleh ker?”

“Tak boleh. Abang tak benarkan. Lagi pun apa kata nenek Nab dan Pak Su nanti. Tinggalkan Mira balik kampung sorang-sorang. Naik bas lagi tu. Jadi apa salahnya abang nak ikut sayang balik kampung. Lagi pun abang tak bekesempatan nak berkenalan dengan keluarga sayang hari tu..” ujar Iqbal bersungguh-sungguh.

“Ish.. menyampah betullah.” Mira terus bangun menuju kebilik tidurnya. Iqbal Iskandar hanya memandang sepi ke arahnya. Dia suka melihat gelagat Mira yang marah kepadanya. Semakin marah wajah itu semakin cantik pada pandangannya. Kenapalah aku ni semakin angau kat dia. Sedangkan dia tiada sedikit perasaan sayangkah kepadaku?

..............................................................

 Iqbal keluar berjumpa dengan Amirul. Kepalanya sudah buntu dengan kedinginan Mira terhadapnya. Macam mana dia mahu mendekatkan dirinya dengan Mira. Sampai bila mereka berdua terus dingin begini.

“Apasal muke moyok jer ni Bro?”soal Amirul. Ini mesti tak lain tak bukan masalah rumahtangga.

“Pasal apa lagi.. Kalau bukan Mira..”

“Kali ini dia buat apa? Atau kau ada buat apa-apa kat dia?”

“Dia makin marah kat akulah.. Aku just nak minta maaf dari dia pasal Rozie yang datang ke pejabat hari tu. Tapi makin lain pula jadinya. Lepas tu dia hidu bau arak kat baju aku lagi malam tu. Jadi dia ingat aku teguk air tu...” jawab Iqbal dengan perasaan resah dan gelisah.

“Eh.. Cuba kau ceritakan satu-persatu kat aku ni.. Aku tak pahamlah cerita kau ni..” ujar Amirul. Mahu tidak mahu terpaksalah Iqbal bercerita kepada Amirul tentang masalahnya. Memang dia sudah buntu apabila melihat Mira langsung tidak mahu bertegur dengannya. Masing-masing membisu.

“Aduh.. Bukan ke kau cakap dia nak balik kampung?” soal Amirul lagi. Dia memandang wajah sahabat di depannya itu. Hanya dia tempat sahabatnya itu mengadu nasib dan masalahnya. Kadang-kadang masalah rumah tangga lagi tu. Macam dia ni guru kaunseling pulak!

“Yelah.. apa kena-mengena pula hal dia nak balik kampong?” soal Iqbal balik. Dia langsung tidak faham apa yang ingin di sampaikan oleh Amirul. Apa yang dia tahu kini otaknya sudah buntu untuk mencari jalan berbaik semula dengan Mira. Arg!! Mira Syafika buat dunianya tidak aman.

“Hei bro nilah peluang kau nak tunjukkan kasih sayang kau.. Itu pun aku kena ajar ke?” ujar Amirul geram dengan sikap Iqbal. Cakap cinta tapi otak langsung tak dapat pakai.

“Ya tak ya juga.. Kenapa aku langsung tak pikir! Terima kasih bro.. Aku ni memang dah tak betul agaknya..”

“Memang kau tu tak betul..” jawab Amirul selamba. Memang dia sendiri pun hairan. Macam mana Iqbal boleh berubah seratus peratus sekarang. Bukan macam Iqbal Iskandar yang dia kenal dulu. Dan dia sedar, semenjak Iqbal bertemu dengan gadis yang bernama Mira Syafika memang dia cukup kagum dengan cinta Iqbal.

..................................................................

Pagi ini dia perlu ke pejabat. Sarapan pagi pun dia belum sediakan. Cepat-cepat dia memandang cermin. Dah okeylah ni.

Walau pun dia tidak suka kepada Iqbal namun segala kewajipannya sebagai seorang isteri  untuk menjaga makan minum dan pakaiannya tidak pernah di lupakan. Cuma kewajipan yang satu itu saja yang dia belum bersedia. Ketika kakinya melangkah masuk ruang dapur itu, dia sedikit tersentak apabila mendapati sekujur tubuh milik lelaki itu sedang berada di situ. Termenung menghadap ke tingkap kaca sambil bersandar di tepi meja. Mira mencebik sebelum menuju ke tepi dapur dan mencapai cerek. Langsung tidak menegur lelaki itu.

Iqbal menjeling Mira. Gadis itu langsung tidak menegurnya.

“Morning..”

 Namun senyap juga mulut Mira. Hish!! Tak mungkin dia dah pekak.

“Tak jawab dosa..” ujar Iqbal dengan perasaan sedikit geram. Dia paling pantang kalau dia menegur orang itu tak jawab.

“Bukan bagi salam pun..” jawab Mira geram. ‘Dia ni memang sengaja nak kenakan aku agaknya. Pagi-pagi dah cari gaduh dengan aku!’

“Assalamualaikum!”

 “Waalaikumusalam!”

Mira menjawab. Tadi dia juga yang menegur Iqbal bukannya memberi salam.

“Sayang masih ingatkan papa suruh kita pergi honeymoon hari tu..?” soal Iqbal. Sengaja dia mahu mengingatkan si isteri tentang honeymoon itu. Malam tadi dia sudah merencanakan pelbagai rancangannya. Itu pun kalau Mira mahu balik kampung baru jadi. Tapi kalau Mira tolak mentah-mentah rancangannya memang satu benda pun tak akan jadi..

“Ye.. kenapa?” soal Mira terkejut. Pagi-pagi lagi mamat ni berbicara soal honeymoon. Entah apa mimpinya malam tadi. Tak kan gara-gara dia nak balik kampung timbul pula isu pergi honeymoon. Mana pernah di buat orang honeymoon balik kampung?

“Kita pergi Cameron Highland” ujar Iqbal sengaja menarik perhatian Mira namun hampa apabila Mira langsung tidak menoleh kearahnya. Sebaliknya berpura-pura seolah tidak mendengar. Iqbal mula geram melihat sikap acuh tak acuh gadis itu. Tubuh Mira di hadapkan memandangnya. Dia memandang lama wajah Mira. Mira mendongak dengan wajah terkejut.

“Kita pergi Cameron Highland ya!” ujar Iqbal dengan lembut seolah-olah  bunyi memujuk. Mira pantas menarik lengannya dari terus berada dalam genggaman Iqbal. Dia tidak suka berada dekat dengan lelaki itu. Lalu dia bergerak sedikit jauh dari lelaki itu. Gerun sedikit dengan kelakuan lelaki yang kelihatan aneh sedikit pagi ini.

“Saya tak nak pergi. Saya cuma nak balik kampung je” ujar Mira dingin.

Iqbal Iskandar terdiam sejenak. Dia cuba memikirkan ayat seterusnya agar Mira bersetuju dengan rancangannya. Tubuhnya di sandarkan pada cabinet sambil matanya tak lepas memandang ke arah Mira. Sikap dingin Mira itulah yang sering kali mencabar egonya.

“Sayang kena pergi juga dengan abang” ujar Iqbal tegas.

“Kenapa pulak? Suka hati sayalah saya nak pergi ke tidak! Jangan nak paksa Mira okey!” ujar Mira cuba melawan kata-kata lelaki itu.

Iqbal Iskandar mendengus geram. Mira memang pandai menaikkan kemarahannya. Dari dulu sampai sekarang perangai tidak berubah.

“Betul tak nak pergi?” soal Iqbal meminta kepastian.

“Betul..!!” jawab Mira cepat.

“Abang tak kisah kalau sayang tak nak pergi Cameron Higland. Tapi.. jangan menyesal..”

“Menyesal? Kenapa pula Mira nak menyesal?” soal Mira tidak pasti.

“Abang tak kisah kalau sayang tak nak pergi, tapi abang cancel balik kampung” ayat Iqbal kedengaran mengugut. Mira segera menoleh. Ayat Iqbal itu menghancurkan harapannya untuk bertemu dengan Nenek Nab.

“Mira boleh balik sendirilah. Lagi pun bukannya Mira suruh awak ikut pun. Awak ikut tak ikut suka hati. Yang penting Mira dah cakap kat awak!” balas Mira. Memang dia tidak suka mendengar alasan Iqbal itu. Tak logik betul. Sebab dia tak nak pergi Cameron Higland terus tak bagi balik kampung.

“Kalau sayang degil, abang tak bagilah sayang pergi mana-mana. Jangan harap abang benarkan Mira keluar rumah minggu ni!” Iqbal mengugut. Terpaksa dia menggunakan kuasa veto sebagai seorang suami. Bukan Mira tak tahu hukum dalam agama. Melawan cakap suami itu dosa.

Mira kehilangan kata. Dia mengeluh perlahan. Air liur terasa kelat di telan. Perlahan di memalingkan tubuhnya menghadap Iqbal yang berdiri tidak jauh darinya.

“Tapi...”

“Muktamad. Kalau sayang tak nak ikut abang pergi ke Cameron Highland. Kita tak payah balik kampung” ujar Iqbal serius.

“Awak tak boleh buat macam tu..! Mira dah janji dengan nenek nak balik kampung minggu ni..” ujarnya perlahan. Hampir menitis air matanya bila mengenangkan janjinya dengan Nenek Nab. Dia cuba menahan air matanya dari gugur. Perlahan-lahan dia menyeka setitis air mata yang berguguran jua.

“So amacam?” Iqbal bertanya lagi.

“Awak ni kenapa? Kalau ya pun nak pergi Cameron Highland tu pergilah sendiri. Tak payah nak ajak Mira” jawab Mira dengan berani. Ada pulak ajak dirinya pergi ke Cameron Highland. Tapi best juga kalau dia dapat pergi sana. Cuma dia takut dengan Iqbal sebenarnya membuatkan dia fikir untuk ke seratus kalinya. Kalau pergi dengan kawan-kawan memang on time punya.

“Apa awak ingat suka-suka jelah abang nak ajak Mira pergi bercuti?” soal Iqbal tidak mahu mengalah. Takkan si isteri tidak faham maksudnya.

“Kan ke awak tu ramai awek. Takkan satu pun tak boleh bawa?” Mira mula cuak.

“Sebab Mirakan isteri abang” jawab Iqbal lembut.

Sekali lagi Mira terkedu. Mamat ni pagi-pagi lagi buat dia rasa terharu. Tapi dia harus kuatkan hati agar tidak terpedaya dengan kata-kata Iqbal.

“Tu jeer alasannya.. Mira tak percayalah..”

“Macam mana abang nak buatkan Mira percayakan abang ni?”

Lama Mira terdiam.

“Kenapa Cameron Higland?” soal Mira.

“Kalau macam tu sayang setujulah pergi ke Cameron Highland minggu ni. Masuk pejabat nanti jangan lupa isi borang minta cuti...” pesan Iqbal sambil tersenyum. Dalam kepala dia sudah merencanakan sesuatu.

Iqbal tersenyum. Soalan itu merupakan petanda baik buat dirinya. Mungkin gadis itu mahu pergi bersamanya. Tangannya di seluk ke dalam kedua-dua kocek seluarnya. Berjalan menghampiri Mira.

“Sayang pernah pergi Cameron Highland?” soal Iqbal.

“Tak pernah. Saya bukan berduit macam awak. Awak tu lainlah. Minta je semua dapat!” ujar Mira menggeleng perlahan. Sedikit pun dia tidak berani memandang muka Iqbal.

“Sebab tu abang nak bawa sayang pergi ke Cameron Highland. Abang nak bawa isteri abang pergi jalan-jalan. Tempat tu je yang dekat. Nanti kalau ada masa cuti yang panjang, abang nak bawa sayang ke tempat yang ingin sayang pergi” ujar Iqbal panjang berjela.

“Tapi kenapa Cameron Higland?” soal Mira kehairanan. Bukannya tidak ada tempat peranginan yang lain yang lebih menarik.

“Romantik. Lagi pun itu tempat yang paling abang suka. Lainlah kalau sayang nak pergi melancong ke luar negara. Abang tak kisah. Asalkan sayang suka”

Iqbal berjalan menghampiri Mira. Perlahan-lahan tangannya mengosok lembut kepala Mira. Mira lantas menepisnya tangannya. Wajah gadis itu kelihatan merona. Menahan marah barangkali, teka Iqbal. Kemudian dia mencium dahi Mira. Makin geramlah Mira di buatnya. Aku bukan budak kecik! Ishh peliklah.

..............................................................................

Iqbal Iskandar memandu menuju ke kampung Nenek Nab. Dalam perjalanan kedua mereka membisu. Hanya mendengar celoteh Dj di radio Era kedengaran. Mira Syafika membuang pandang ke luar tingkap. Langsung tidak mahu memandang kearah muka Iqbal. Iqbal sengaja mencari tangan Mira. Dia ingin menyentuhnya. Tiba-tiba Mira terkejut.

”Apa ni? Pandang depan tu. Tangan jangan nak menggatal. Nanti kemalangan” marah Mira. Dalam memandu pun sempat juga laki aku ni menggatal.. Hishh.. takutlah..

Iqbal Iskandar tersenyum.

“Akhirnya bersuara juga isteri abang ni. Ingatkan dah bisu tadi. Abang rasa muka abang ni dah cukup handsome. Tapi sampai hati sayang tak suka tengok muka abang ni?” rajuk si suami.

 Mira hanya mendiamkan diri. Malas dia nak melayan karenah Iqbal Iskandar yang merimaskan itu. Sebab itulah dia tidak suka Iqbal Iskandar balik bersama dia. Nanti ada-ada saja yang tak kena. Alih-alih dia juga yang di salahkannya.           

Sesampai di halaman rumah. Mira memberi salam. Nenek Nab muncul di muka pintu. Terkejut juga dia kerana Mira tidak memberitahu dia pulang pada hari ini. Dengan cepat Mira memeluk nenek Nab. Sampai tidak dapat berkata apa-apa orang tua itu di buatnya. Terlerai sedikit rasa kerinduan yang sarat di dada kepada orang yang di kasihinya itu.

Iqbal Iskandar memandang dengan perasaan cemburu. Dengan nenek Nab bukan main lagi kau peluk kuat-kuat, lama lagi tu. Dengan aku sikit pun kau tak pandang. Sedap-sedap je kau peluk nenek Nab tu.

“Ha.. Iqbal marilah masuk. Kalau nak tunggu Mira ni jemput memang dia tak akan ingat kalau dah jumpa nenek semua benda dia jadi lupa..” gurau Nenek Nab.

“Nenek ni tak baik tau buruk-burukkan Mira. Mira rindu sangat kat nenek. Sebab tu Mira nak peluk Nenek sekejap..” balas Mira dengan tidak puas hati.

“Mira memang macam tu nek, dengan kita ni dia kedekut sangat nak bagi sayangnya tu..”

“Awak!!!” Mira menjengilkan matanya. Dia tidak mahu Nenek Nab menghidu perhubungan mereka yang agak dingin itu. Biar hal itu hanya mereka berdua saja yang tahu.

Mereka pun masuk kedalam rumah. Sambil itu Iqbal mengangkat beg pakaian mereka dari bonet kereta.

...........................................................................

Petang itu Iqbal Iskandar duduk di bawah pokok rendang itu sambil menikmati pemandangan kampung yang amat mendamaikan. Terasa jiwanya tenang dari kesibukan kotaraya yang sememangnya sibuk 24 jam. Tanpa di sedari Nenek Nab duduk mendekatinya.

“Iqbal..”

Iqbal menoleh. Dia ternampak nenek Nab menghampirinya lalu melabuhkan punggungnnya di sisi Iqbal.

“Macam mana dengan hubungan kamu berdua. Mira selalu buat hal tak dengan Iqbal?” soal Nenek Nab.

Iqbal memandang wajah Nenek Nab yang kelihatan sedikit resah.

“Tak adalah nek. Dia budak yang baik. Lagi pun kami masih dalam proses saling mengenali” Iqbal jawab tenang. Dia tidak mahu nenek tua itu tahu tentang gelora rumah tangga mereka.

“Nenek tahu, Mira tu budaknya degil sikit. Dia kuat bermanja dengan nenek. Sejak kecil lagi dia kehilangan orang tuanya. Nenek bimbang sangat tengok dia tu. Jadi nenek harap walaupun perkahwinan kamu bukan atas dasar suka sama suka tapi nenek berharap kamu berdua hidup dengan bahagia.”

Iqbal Iskandar tersenyum manis. Dia tidak mahu orang tua itu menanggung perasaan sedih atas perbuatannya jika hal itu terbongkar macam mana nanti.

“Nenek jangan risau, Iqbal akan jaga Mira dengan sebaik mungkin. Lagi pun Iqbal sudah lama kenal sejak dulu lagi. Sejak kami di universiti lagi. Dia baik, penyayang dan rajin.”

Nenek Nab tersenyum suka mendengar pengakuan Iqbal tentang cucunya. Sebenarnya dia risau dengan perangai cucunya. Memandangkan pada hari itu, nampak sangat cucunya tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu. Namun dia cuba memujuk Mira agar menerima lelaki itu. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

“Baguslah kalau macam tu. Lapang dada nenek mendengarnya. Nenek takut dia tak dapat menyesuaikan diri dengan Iqbal. Maklumlah, dia sebenarnya fobia dengan lelaki. Itu yang membuatkan nenek terkejut bila mendengar dia tiba-tiba di tangkap khalwat di hotel pulak tu..” ujar Nenek Nab dalam nada resahnya.

“Kenapa dengan Mira nek.. Mmm maksud Iqbal, kenapa dia fobia dengan lelaki?” soal Iqbal Iskandar. Dalam hati sudah berdetak detum rasanya. Mungkin kerana perbuatannya terhadap Mira empat tahun lalu yang membuatkan Mira jadi begitu. Rasa bersalah bersarang di dalam dada.

“Itu cerita lama. Masa itu Mira masih dalam tingkatan lima. Suatu malam ketika dia pulang dari kelas tambahan, dia di kejar oleh dua orang lelaki, malam itu hujan agak lebat, Nenek risau sebab hari hujan, lepas tu nenek suruh Pak Su kamu cari dia. Masa itu Mira di tangkap oleh dua orang lelaki itu. Pak Su kamu sempat sampai tepat pada masanya. Nasib baiklah mereka tak sempat apa-apakan Mira. Memang bajunya sudah koyak. Memang masa tu nenek pun menangis melihat keadaan Mira. Selepas itu. Mira jadi pendiam, murung. Bila dia mendapat keputusan yang baik Pak Su kamu suruh dia isi borang ke universiti. Nasib baik dapat. Sebab itu dia belajar di Kuala Lumpur..”

“Mira tak pernah ceritakan pada Iqbal pun. Mungkin dia rasa itu adalah rahsia hidupnya..” ujar Iqbal penuh kesal. Patutlah Mira seperti dingin dengan dirinya.

“Selepas habis belajar adalah tiga kali rombongan meminang datang ke rumah, semuanya di tolak olehnya.. Sampai masa kamu dia tangkap khalwat itu, nenek terpaksa menyuruh dia terima kamu sebab kalau naik makhamah pun bukannya ada duit nak bayar peguam. Nasib baiklah kamu terima saja cadangan mereka untuk berkahwin dengan Mira.”

“Sebab masa tu bukannya salah Mira. Kami memang mengadakan sesi temuduga. Iqbal tak tahu pula dia peserta terakhir. Masa itu kawan saya keluar sekejap. Masa dia masuk Iqbal ingatkan kawan Iqbal balik. Masa itulah pula pegawai pencegah maksiat datang. Memang tak di sangkalah.” Iqbal menerangkan perkara yang sebenarnya. Pada hari tersebut dia langsung tak berpeluang untuk menceritakan hal yang sebenarnya kepada Nenek Nab. Cuma satu yang menjadi rahsia.. sebenarnya semua itu dirancangnya...

“Itulah yang di namakan jodoh.. Kita tak dapat nak halang dari berlaku. Sebab itulah nenek risau dengan Mira. Memang dia tak dapat terima kenyataan ini. Nenek faham perasaan dia tapi nak buat macam mana?”

‘Memang dia tak dapat terima Iqbal nek. Sebab Iqbal dah musnahkan masa depannya. Iqbal telah berbuat salah padanya’ bisik Iqbal dalam hati.

“Oh ya, nenek lupa nak cakap dulu Mira selalu sakit. Dia alah dengan cuaca yang sejuk. Kalau dia di tempat yang sejuk mesti penyakit menggigilnya datang. Iqbal pernah nampak tak dia jadi macam tu? Kalau dulu bila penyakitnya itu datang mesti dia peluk nenek kuat-kuat. Walau pun nenek balut dengan selimut tebal. Dia sensitive dengan cuaca sejuk” Nenek Nab memberitahu.

“Oh...Iya ker.. Selama ini Iqbal tak pernah nampak lagi” Pelik juga penyakit isteri aku ni.

“Oh mungkin cuaca dekat bandar tu tak selalu sejuk macam kat kampung ni.. Tapi kalau penyakitnya itu datang cuma dengan cara memeluknya sahaja dia akan merasa lega.”

Iqbal Iskandar mengangguk perlahan. Ada juga kelemahan isteri aku rupanya. Patutlah dia tidak mahu duduk sebilik dengan aku sebab takut aku rahsianya. Dalam diam Iqbal Iskandar tersenyum.

...........................................

Malam ini sangat sunyi. Iqbal sudah membaringkan badannya dia atas katil di bilik Mira. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa malam pernikahan mereka. Malam itu sepatutnya malam pertama bagi dia dan Mira. Namun kerana Mira masih lagi berdendam dengan dia maka malam itu terus berlalu tanpa terjadi apa-apa.

Tiba-tiba pintu di tolak dari luar. Sengaja dia mengecilkan matanya. Dia melihat Mira masuk ke dalam biliknya. Tudungnya masih lagi di kepalanya. Dia melihat Mira mengambil toto dari dalam almarinya. Kemudian Mira bentang di atas lantai biliknya.

“Sayang.. Meh tidur kat atas ni.. Abang janji tak akan usik sayang” ujarnya. Tak sampai hati dia melihat Mira menjauhkan diri darinya. Membisu membuatkan hatinya tak senang. Kalau boleh biarlah hari-hari mereka bertekak. Tapi takkanlah di rumah kampung ini pun mereka berdua nak bertekak? Nanti habislah kena leter dengan Nenek Nab dan Pak Su.

“Tak apalah. Mira selesa tidur kat bawah ni” jawab Mira selamba. Malas dia mahu bercakap panjang dengan suaminya itu.

‘Mira ni memang degil orangnya. Betullah kata Nenek Nab. Mira memang jenis yang degil.’ Bisik Iqbal dalam hati. Teringat dia akan kata-kata Nenek Nab petang tadi.. memang benar, isterinya itu degil orangnya. Wajahnya nampak lembut tapi dalam kelembutannya itu dia punya sikap yang degil.

“Sini kejap. Abang ada perkara nak bincang dengan Mira.”

“Kita bincang bila kita kat Kl nanti” jawab Mira acuh tak acuh.

Alasan! Nanti kat Kl pun bukannya dia dapat cakap apa-apa dengan Mira. Dekat rumahnya Mira sentiasa berkurung dalam bilik. Keluar bila dia mahu minum dan makan. Dalam pejabat mereka langsung tak bertegur. Dia sendiri sudah pening kepala dengan perangai Mira. Dia terus bangun mendapatkan Mira yang sedang menyusun bantal dengan selimutnya. Dia duduk berhadapan dengan Mira.

“Awak ni kenapa?” serius sekali wajah Iqbal di depannya kini.

“Abang nak bincang sesuatu dengan Mira.” Tiba-tiba Iqbal mendapat satu idea.

“Nak bincang apa? Tak sabar-sabar nampak..” perli Mira.

“Abang nak sayang ambil lesen memandu. Nanti kalau abang pergi outstation senanglah sayang pergi hantar dan ambil. Atau senanglah sayang nak pergi mana-mana!”

“Tapi Mira tak mampu nak bayar yurannya. Awak bukan tak tahu yurannya mahal. Mira tak ada duitlah..”. Mira terus teringat, kalau nak ambil lesen memandu bukannya murah.

“Bukan abang suruh sayang bayar. Abang yang bayar. Yang penting sayang kena ambil lesen memandu tu..”

Akhirnya Mira mengalah. Lepas balik dari kampung ni dia akan belajar memandu. Bagus juga kalau dah ada kaki sendiri nanti senanglah dia berjalan kesana kemari. Dia tersenyum tanpa menyedari Iqbal masih berada di depannya. Terpegun Iqbal dengan senyuman Mira. Tidak pernah dia melihat Mira tersenyum indah seperti sekarang ini.

“Kan cantik kalau sayang selalu senyum macam ni selalu. Senyum macam tu buat abang tergoda jelah?” Iqbal mengusik lagi.

“Hah.. Apa awak mengarut ni?” ujar Mira sambil memukul Iqbal dengan bantalnya. Alangkah malunya bila dia tertangkap senyum sendirian.

“Abang nak tidur sini boleh? Abang rindulah nak tidur dekat sayang..”

“Jangan nak mengada tu katil tu dah tunggu awak..” Mira menolak tubuh Iqbal agar segera berlalu ke katilnya.

“La nak jugalah..” Iqbal merengek persis budak kecik.

“Saya cakap tak boleh...” sedikit tinggi suaranya.

“Oi.. Apa bising-bising tu, orang nak tidurlah..” tegur Nek Nab dari bilik sebelah.

“Kan kena marah dengan nenek..” ujar Mira. Dalam hatinya dia mahu tergelak melihat telatah Iqbal.

“Yelah orang tak sudi nak temankan kita tidur.. Nak buat macam mana?” Iqbal Iskandar terus bangkit dari tempat duduknya. Geram hatinya melihat Mira tersenyum kemenangan.

‘Tak apa nanti kalau sayang tidur, abang tidur kat sebelah sayang. Abang tak peduli kalau sayang marahkan abang’ gumam Iqbal dalam hati.

.........................................................................

Subuh mula menjelma. Tiba-tiba Mira merasakan sesuatu. Pelik!

‘Hish.. apa benda yang merayap kat muka aku ni?” bisik Mira dalam hati. Mata yang dirasakan masih berat itu sedaya upaya di buka.

“Selamat pagi, sayang!” terdengar bisikan halus di telinga Mira. Mulanya Mira tidak mengendahkan suara itu kerana dia menganggapnya itu hanyalah satu mimpi. Tapi itu cuma seketika. Untuk beberapa saat sahaja, matanya terus terbuka apabila mengingatkkan sesuatu. Terbeliak biji matanya memandang wajah Iqbal yang begitu hampir dengan wajahnya.

“Eh! Awak! Kenapa awak ada kat bawah sini? Siapa suruh awak tidur kat sini?” kelam kabut Mira mahu bangun dari pembaringannya. Tetapi tangannya sempat di tarik oleh Iqbal. Mira membetulkan baju tidurnya yang sedikit berkedut. Entah apalah yang di fikirkan oleh Iqbal tadi dan sudah berapa lama lelaki itu merenung wajahnya ketika tidur. Aduh malunya.. Mana dia nak letak mukanya itu. Mana tahu ada air liur basi kat wajahnya. Tanpa sedar tudung di kepalanya malam tadi pun turut hilang. Terburai rambutnya.

“Abang terjatuh malam tadi. Dalam mimpi. Lepas tu abang malas nak angkat ke katil semula..” Iqbal mencipta alasan yang sungguh tak logic. Kalau tidak mesti Mira marahkan dia habis-habisan. Pada hal malam tadi dia tak dapat tidur. Lepas itu dia sengaja mendekati Mira yang sedang lena. Lama juga dia memerhati keadaan Mira yang sedang tidur itu. Comel sangat macam bayi. Kemudian dia cuba menanggalkan tudung di kepala Mira tanpa Mira sedari. Akhirnya dia terlelap disisi Mira hinge ke pagi.

“Huh.. Alasan! Bukannya saya tak tahu taktik awak tu. Senganjakan.. Nak tidur kat bawah ni..” ujar Mira geram. Semakin hari lelaki itu semakin pandai buat taktik yang menyakitkan hatinya. Ada saja alasannya!

“La itu pun sayang marah ke? Sorrylah.. Abang sejuk sangat. Dahlah selimut abang tu nipis. Selimut sayang tebal. Sebab itulah abang menumpang kasih dengan sayang, walaupun abang tau sayang tak sudi” Iqbal buat muka kesiannya. Mira hanya terdiam sahaja. ‘Sampai hati juga aku ni kot?’ ujar Mira dalam hatinya. Wajah Iqbal di renung dengan perasaan serba salah. Namun dia segera tersedar!

Mira terus bangun bila mengenangkan waktu solat semakin hampir. Kalau nak di layan perangai Iqbal cerita tak akan habis!

Sunday, 1 July 2012

Kau Rantai Hatiku 2



PAGI-pagi lagi pejabat itu kecoh. Mana tidaknya mereka akan menerima ketua pengarah yang baru. Selama ini urusan syarikat hanya di kendalikan oleh Encik Johan. Ketua pengarahnya tidak pernah muncul. Dan tiada siapa pun yang mengenali beliau.

“Siapa tu?” soal Erin. Dia terpandang susuk tubuh yang sungguh tampan dan kacak itu. Hairan juga selama ini dia tidak pernah nampak lelaki itu.

“Ketua pengarah kita yang baru” jawab Arif.  

“Wow.. Handsomenya. Siapa nama dia?”soalnya lagi. Siapa yang tak keruan melihat pemuda kacak ada di depan mata. Bukan calang-calang lagi orangnya. Pasti dia jadi buruan gadis di luar sana.

“Tengku Elman Qaufar anak kepada Tengku Suraya” jawab Arif. Dia sendiri pun kelam kabut apabila Tengku Elman Qaufar menyuruhnya mengambil fail pejabat untuk di bawa ke mesyuarat pertama mereka. Kemudian dia melihat seorang perempuan berjalan di belakang Tengku Elman. Siapa pula gerangannya? Janganlah di katakan itu isteri beliau. Tapi mereka memang sepadan. Walaupun gadis itu nampak seperti sombong.

“Perempuan tu siapa pula?” tanpa sedar mulutnya bertanya lagi.

“Itu bakal tunang Tengku Elman. Cik Isabella..”

“Cantik..” gumam Erin. Memang hebat kalau di satukan mereka berdua itu. Tapi perempuan itu nampak sombong. Iyalah bakal tunang Tengku yang handsome tu. ‘Siapa yang tidak banggakan? Kalau aku dapat boyfriend kaya raya dan handsome macam Tengku Elman pun aku akan berbangga juga’ ujar Erin dalam hati.

Meeting pukul sepuluh pagi” ujar Tengku Elman.

“Baik Tengku...”

“Sediakan laporan semasa dan yang terbaru sekali” Tengku Elman memberi arahan.

“Baik Tengku..”

Tengku Elman Qaufar terus berlalu dari bilik mesyuarat menuju ke pejabatnya. Memang besar pejabat Ketua pengarah. Lama dia berdiri sambil memerhati keadaan sekeliling. Tergantung gambar besar arwah ayah dan datuknya. Perniagaan ini sudah di wariskan kepadanya. Semasa ketiadaannya Encik Johanlah yang menggantikan tempatnya.

Sementara mamanya hanya menjadi penasihat. Dia juga ada banyak urusan lain yang perlu di jalankannya. Kini dia sudah kembali dan bersedia untuk menggalas tanggung jawab yang di pengang oleh mamanya semasa ketiadaan dia di dalam negara.

“Tengku rasa okey ke dengan suasana pejabat ni?” soal Encik Johan. Kalau boleh memang dia mahukan yang terbaik buat Tengku Elman. Sejak dari dulu lagi dia sudah biasa dengan Tengku Elman. Jadi dia tahu citarasa Tengku Elman Qaufar jenis yang macam mana..

“Semua okey. Terima kasih Encik Johan” ujarnya sambil tersenyum. Memang dia berasa sangat bangga kerana Encik Johanlah satu-satunya orang yang amat dia percayai yang sanggup bersusah payah menolongnya selama ini. Kesetiaan Encik Johan kepada keluarganya amatlah dia hargai.

“Sama-sama Tengku” jawab Encik Johan sambil tersenyum. Dia tahu Tengku Elman agak cerewet orangnya. Dan dia akan menyediakan mengikut selera Tengku Elman Qaufar.

Kalau dulu dia selalu melihat senyuman di bibir Tengku Elman Qaufar. Dia seorang yang amat ceria dan tidak sombong kepada orang di sekelilingnya. Tetapi selepas  kejadian yang menimpa dalam hidup Tengku Elman, semuanya sudah berubah. Dia jarang senyum kepada orang. Kalau senyum pun sekadar mengambil hati orang sekeliling sahaja.

KALAU dulu hujung minggu begini memang dia suka pergi ke pantai ini untuk meluangkan masa bersama Ariana. Begitu cepat masa berlalu, kini hampir lima tahun Ariana tiada di sisi Tengku Elman Qaufar. Namun segala perihal tentang isterinya tetap segar dalam ingatannya.

Tengku Elman Qaufar menguis-nguis pasir pantai sambil memerhati ombak yang menghempas pantai dengan lembut. Angin bayu yang begitu mendamaikan mengingatkan kembali dia pada kenangan lama.

Dulu dia dengan Ariana selalu datang ke pantai ini bila ada masa terluang. Mereka berdua selalu berkongsi rasa yang sama. Mereka juga suka mendengar bunyi ombak memukul pantai. Keakraban mereka dari kecil hingga dewasa menjadikan mereka sebagai pasangan suami isteri. Namun tempoh sebagai pasangan suami isteri itu tidak kekal lama apabila kemalangan malam itu telah meragut nyawa Ariana.

Tengku Elman Qaufar merenung jauh ke arah laut. Airmatanya menitis lagi apabila dia mengenangkan suara gelak tawa Ariana yang suka berlari di kaki langit itu kembali menerjah di ruang matanya. Disitulah dia dengan Ariana selalu bermain kejar-kejaran. Masa itu dia merasakan dunia ini hanya milik mereka berdua sahaja. Siapa sangka panas yang di sangka ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Arghh!! Bagai mana dia harus melupakan wajah kesayangannya itu. Dia sudah cukup tabah untuk menghadapi kenyataan itu. Tapi sampai bila?

Sungguh Ariana abang sangat rindukan Ariana. Tengku Elman menarik nafasnya perlahan lalu bangkit dari tempat duduknya tadi.

Sudah dua jam dia duduk di tepi pantai itu, kini dia kembali ke rumah pantainya yang di miliki oleh keluarganya sejak dulu lagi. Rumah pantai itu juga banyak kenangannya bersama Ariana. Bila dia membuka pintu bilik yang didudukinya bersama Ariana, kelihatan ia masih seperti dulu. Dia memang ada menggajikan orang untuk menjaga rumahnya tu sebab tu rumah itu sentiasa kemas dan bersih.

Selepas dia membaringkan tubuhnya di atas tilam itu, matanya terlelap seketika. Arghh!!! Sukarnya hidupnya sekarang. Namun dia harus tabah untuk menghadapi hari-hari berikutnya. Selepas ini sudah pasti dia akan sibuk dengan projek barunya. Projek pertamanya setelah dia memengang jawatan Ketua Pengarah.

Isabella mendail nombor Tengku Elman Qaufar. Namun dia mendapati telefon bimbit Tengku Elman di tutup. Hatinya mula geram. Semenjak mereka ballik ke Malaysia, dia merasakan Tengku Elman seperti cuba menjauhi dirinya.

MALAM ini Tengku Elman terpaksa menemani Isabella keluar makan sempena langkah pertama mereka berdua mula bekerja. Memang pada mulanya dia enggan tetapi setelah di pujuk oleh mamanya Tengku Suraya, jadi dia tidak sampai hati mahu mengecewakan hati perempuan yang amat di sayanginya itu.

“Sayang apa kata kita pergi makan kat restoran Hotel Residence. Kata mummy I situ makanannya sedap” ujar Bella sebaik saja dia menaiki kereta bersama Tengku Elman Qaufar.

Tampan sungguh lelaki di sebelahnya malam ini. Memang patutlah dia tergila-gilakan lelaki itu. Namun lima tahun masa bersamanya masih tidak mampu menggoyahkan cinta lelaki itu pada wanita yang amat di cemburuinya. Kekadang dia sendiri tidak faham kenapa lelaki itu susah sangat menerima kenyataan dan menerima dirinya sebagai pengganti. Bukan susah sangat pun setakat mencari pengganti. Dia sedia menawarkan diri.. Sanggup tu!!

Pada mulanya memang dia gembira sangat apabila menerima berita kematian tentang saudara tirinya itu. Sejak pertemuan pertama dengan Tengku Elman Qaufar dia sudah terpaut. Apalagi bila dia mendapat tahu dari mummynya bahawa Tengku Elman Qaufar merupakan anak tunggal kepada arwah Tengku Harith Ismail dan bakal mewarisi segala harta benda dari orang tuanya membuatkan dia begitu buta hati. Dalam terang terangan dia mahu merampas hak orang untuk di jadikan hak dirinya.

Dan berita kematian Ariana kakak tirinya membuatkan dia mampu tersenyum. Terbayang segala yang indah akan berlaku. Namun hingga ke hari ini, nampaknya Tengku Elman Qaufar belum lagi bersedia menerima mana-mana huluran cinta si gadis.

“Ikut suka youlah kita nak makan di mana..” jawab Tengku Elman. Malas dia mahu menjawab panjang. Selalunya dia cuma ikut kata Isabella saja.

Setelah mereka sampai di tempat yang di tuju, mereka berdua memilih meja yang agak tersembunyi dari pandangan orang ramai. Itu pun pilihan Isabella. Katanya dia mahu suasana romantik dengan Tengku Elman Qaufar.

Mereka memesan makanan yang dikatanya Isabella sedap. Sambil menunggu pesanan sampai, peluang ini Isabella gunakan untuk mengorek rahsia Tengku Elman. Seharian ini dia cuba menghubungi Tengku Elman namun tidak dapat. Kemana perginya pun dia tidak tahu. Akhirnya dia menghubungi Tengku Suraya untuk bertanya Tengku Elman berada. Dia juga menyatakan tujuan dia mencari Tengku Elman. Dia berharap sangat Tengku Suraya dapat menolongnya memujuk Tengku Elman agar dia dapat keluar makan malam ini.

“Sayang, you pergi mana seharian tak nampak you?” soalnya sebaik sahaja pelayan itu meninggalkan mereka berdua.

“Tak pergi mana. Cuma pergi menenangkan fikiran. Kenapa tanya?” soal Tengku Elman selamba. Dia memang dah agak Isabella akan bertanya kemana dia pergi. Memang dia kenal sangat perangai Isabella.

“Tak adalah. Mana tahu you cari perempuan lain.. Di belakang Bella. Kitakan nak bertunang tak lama lagi. Jangan nak buat hal pulak..!” tempelak Isabella. Sakit hatinya bila Tengku Elman sengaja nak menyakitkan hatinya. Bukannya pandai mengambil hatinya. Jauh sekali mahu memujuknya.

“Itu urusan I. I lelaki boleh kahwin empatkan? Kuota lelaki ada empat! Lagi pun I mampu apa?” jawab Tengku Elman Qaufar dengan angkuh. Dia bosan dengan sikap Isabella yang tak sudah-sudah mengongkongnya. Sungguh kalau mamanya tidak memujuknya tadi memang dia mahu bermalam dulu di rumah tepi pantai itu. Ini gara-gara menurut kata mamanya dia segera pulang. Dan sekarang keadaan ini menyakitkan hatinya pula!

“Itu I tahulah. Tapi kalau you berani buat hal taulah apa I akan buat nanti” ugut Bella lagi. Sakit hatinya apabila Tengku Elman Qaufar menyatakan kekosongannya ada empat lagi.

“You buatlah apa yang you nak buat. I dah letih dengan melayan perangai kamu yang tak sudah-sudah cemburu macam ni..” balas Tengku Elman. Hilang sudah seleranya mahu makan malam. Setiap kali berjumpa dan bersama mesti ada saja benda nak di gaduhkan. Ini semua gara-gara sikap Bella yang terlalu cemburu buta.

Pelayan pun sampai membawa makanan mereka. Cepat saja Tengku Elman mencapai sudu lalu menyuapkan makanan dalam mulutnya. Dia terasa nak marah saja dengan Isabella yang tak sudah-sudah dengan sikap cemburunya. Belum lagi jadi isterinya. Bertunang pun belum, dia sudah berani mengawal segala pergerakannya. Itulah perkara yang paling dia tidak suka. Keadaan yang di kawal oleh seseorang!

Kemudian Tengku Elman menyambung bicaranya selepas makan. Hari ini dia harus meluahkan perasaannya. Dia tidak mahu Isabella menaruh harapan tinggi terhadapnya. Apalagi setelah dia berjumpa dengan gadis yang mirip ‘Ariana’ petang tadi.

“I minta maaf kalau I telah menyakiti hati you tapi I tak boleh teruskan hubungan kita lagi kalau terus desak I macam ni..” ujar Tengku Elman lagi. Bella merenung tajam ke arahnya.

“Kenapa? Kenapa you tak boleh teruskan hubungan kita ni?  Kan kita akan bertunang tak lama lagi? Kan you dah janji hari tu, kita akan bertunang dulu. Jangan cakap you ada perempuan lain ke selain dari I?” soal Isabella bertalu-talu. Sekarang dia memang rasa dirinya tak berguna. Macam mana dia mahu meneruskan rancangannya sedangkan terang-terangan dirinya sudah di tolak oleh lelaki di hadapannya kini.

Tengku Elman Qaufar diam. Matanya memandang wajah Isabella. Memang gadis itu sangat cantik dan seksi. Tapi pakej itu lansung tidak menarik padanya. Soal hati mana boleh di paksa untuk mencintai gadis itu. Berulang kali dia mahu memberitahu perkara yang sebenarnya. Tetapi dia tidak sanggup untuk melukakan hati gadis yang telah banyak berkorban untuknya.

“Setakat ini belum lagi. Manalah tau esok-esok I akan jumpa perempuan yang serasi dengan I” jawab Tengku Elman bersahaja.

“Apa sebabnya you tak boleh cintai I? I benar-benar nak tahu” ujar Isabella tidak puas hati. Malam ini Tengku Elman Qaufar benar-benar telah menyakiti hatinya. Dia tidak sangka selama ini Tengku Elman hanya melayannya sebagai seorang kawan biasa. 

“You tak perlu tahu sebabnya. Memang dari dulu lagi I tak cintakan you. Tapi demi menjaga hati you dan orang sekeliling I terpaksa menurut semua kata you.. Sekarang you dah puas hatikan..” perlahan-lahan Tengku Elman Qaufar meluahkan apa yang di rasanya sekian lama.

“You memang kejam!!! I tak pernah di hina sebegini teruk!!” ujar Isabella separuh menjerit. Mengenangkan mereka berada di restoran suaranya di kawal sebaik mungkin. Kalau di luar sudah pasti dia akan menjerit kuat terhadap Tengku Elman. Lelaki yang tiada perasaan itu sungguh menyakitkan hatinya.

“I minta maaf. I terpaksa berterus terang tentang soal hati I. I pun tak mahu perkara ini berlaku..” ujar Tengku Elman Qaufar dengan nada kesal. Namun tidak lama kemudian, Isabella kembali bersuara.

“Man… You tak perlu cintai I.  You cuma perlu terima cinta I.. Sebab I benar-benar cintakan you.” Isabella kembali merayu. Dia tidak mahu kehilangan Tengku Elman Qaufar. Hanya dia saja yang berhak memiliki lelaki itu.

“I minta maaf. Perasaan I tak boleh di paksa-paksa. Semakin I paksa diri cintakan you semakin derita hati I ini” jawab Tengku Elman perlahan. Selama lima tahun ini dia terpaksa tabah menghadapi kenyataan namun jauh di sudut hatinya dia masih mengharapkan ‘Ariana’ kembali. Walaupun bunyinya agak gila tapi itulah yang di rasanya.

“You memang kejam..”

“I minta maaf..” balas Tengku Elman.

“Jom kita balik. I Harap lepas bangun tidur esok you akan cintakan I..” Isabella bangkit dari tempat duduknya. Makin lama dia duduk nanti makin sakit dan terluka hatinya nanti.

“I pun berharap selepas you bangun tidur esok you akan lupakan I dalam hati you. Semoga you bertemu dengan lelaki yang lebih baik dari diri I. You cukup pakej. Tak mustahil kalau ada lelaki yang berminat dengan you.”

“Huh.. tapi mereka semua tak boleh di harap. Mereka tak setanding dengan you..” jawab Bella lagi.

“Tak baik cakap takbur macam tu.. Semua orang ada kelemahan dan kekurangan..”

“You nikan memang pandai bercakap..”

Selesai makan Tengku Elman mahu menghantar Bella pulang. Malas dia mahu lama-lama dengannya. Sebab makin lama mereka berdua bersama makin jadi pula gaduhnya.