Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 27 April 2012

Hanya Kau Milikku 11




Malam itu para tetamu mula membanjiri halaman rumah Dato Ismail dan Datin Mardiah. Tetamu mereka datangnya dari golongan ahli korporat, rakan seperniagaan dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga para pekerja dari syarikat Jaya Holding. Semuanya di jemput hadir.

“Kak Ros, akak nampak tak apa yang saya nampak?” soal Liza.

“Awak nampak apa?” soal Kak Ros.

“Perempuan dengan bos kita tu?”

“Mana?”

“Tu.. yang berdiri dekat dengan bos kita tu. Siap berpegangan tangan lagi tu.. Setahu saya bos kita belum kahwin kan? Tapi kenapa dia pegang tangan perempuan tu? Janganlah cakap bos kita dah tak betul pula.. Haram kalau belum nikah..” ujar Liza panjang berjela.

“Akak rasa macam kenal je dengan perempuan tu.. Bukan Mira Syafika ke tu?”

“Ha.. ha erkk.. baru aku perasan. Memang macam Mira Syafika. Erat betul pegangan tangan mereka tu. Tapi nampak macam Mira tak selesa pula.. Kenapa yer?”

“Jom kita pergi jumpa mereka..”

Baru saja  mereka mahu melangkah ke arah bos dan pasangannya, tiba-tiba ada pengumuman meminta perhatian dari para tetamu. Mereka segera memberhentikan langkah mereka.

“Perhatian para tetamu sekalian. Assallamuailikum dan selamat malam kepada semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang ke majlis yang amat bermakna bagi kami sekeluarga. Sempena majlis menyambut ulang tahun perkahwinan saya dan isteri saya, disini saya juga ingin mengumumkan bahawa anak tunggal saya iaitu Iqbal Iskandar sudah berkahwin dengan gadis pilihannya yang bernama Mira Syafika binti Megat Sharifuddin. Oleh itu sempena majlis malam ini saya berharap anda semua tidak segan dan malu untuk menjamu selera pada malam ini”. Akhirnya Dato Ismail mengakhiri ucapan nya malam itu.

“Hah!!!..” Semua tetamu yang hadir malam itu terkejut. Ada di antara mereka yang sudah memasang angan-angan ingin berbesankan Dato Ismail menjadi kecewa. Tidak juga ketinggalan dengan Tan Sri Ruslan dan anaknya Rozie. Memang melopong mulut Rozie mendengar berita yang baru di sampaikan oleh Dato Ismail sebentar tadi. Tak percaya!! Itulah yang ada dalam kotak fikirannya pada masa ini.

“Patutlah aku nampak bos caring sangat dengan Mira. Rupa-rupanya isteri yang tercinta..” ujar Liza.

“Akak pun tak sangka.. Pandai Mira simpan rahsia dari kita semua.. Memang masuk kerja hari isnin ni memang dia nak kena..” balas Kak Ros dengan tawanya..

“Itulah pasal. Aku pelik tengok sikap bos semenjak Mira masuk kerja. Kalau dulu dia selalu balik lewat. Tapi semenjak Mira masuk kerja dia selalu balik awal. Senyum pun sampai ke telinga. Dan caring sangat kat Mira. Aku ingatkan dia nak mengorat Mira rupa-rupanya dah jadi suami isteri. Bos..bos.. memang terbaiklah bos kita tu..” balas Ina pula.

"Kamu semua tengoklah macam mana muka Rozie perasan cantik tu..”

“Mana?”

“Tu.. muka macam kerat empat belas je saya tengok..” ujar Liza. Memang dia tidak suka dengan perangai Rozie yang suka menempel dekat bos mereka. Walaupun dulu pernah dia mendengar ura-ura dia bakal jadi tunang bos mereka tetapi berita itu akhirnya senyap begitu sahaja. Tetapi kali ini mereka di kejutkan dengan berita bos mereka sudah berkahwin dengan Mira Syafika.

"Padan muka dia. Muka tak tahu malu asyik nak menggedik jer dengan bos.." Ina pula menyambung.

Mereka meneruskan langkah menuju ke arah Encik Iqbal Iskandar dan Mira Syafika.

Tahniah bos.. Pandai bos simpan rahsia dari kita orang..” ujar Liza. Iqbal Iskandar dan Mira tersenyum. memang sudah di jangka ramai yang terkejut dengan berita yang baru di sampaikan tadi.

Maaflah bukan nak berahsia, tapi belum tiba masanya nak bagitau kat semua.. Terima kasih kerana sudi datang malam ni..”

“Kalau bos jemput mestilah kita orang datang tak gitu??” ujar Kak Ros

“Ya..ya.. makan free siapa tak nak bos..” jawab Ina pula.
“Hishh kau ni Ina, tak habis-habis pasal makan.. Memang bab makan nombor satu kau yer!!”

“Dahlah.. Jemputlah ambil makanan sendiri ya..” ujar Iqbal kepada pekerja bawahannya.

Sengaja dia memeluk bahu Mira agar rapat pada dirinya. Kalau mahu saja dia menjerit pada satu dunia biar orang tahu Mira Syafika adalah haknya yang sah. Biar tiada lelaki di luar sana yang cuba mengurat iaterinya itu. Biar padan muka dengan lelaki yang satu pejabat dengan Mira.
“Haa.. Mira jangan lupa hari Isnin..” ujar Kak Ros sengaja mengusik Mira.
“Jangan lupa apa Kak Ros?” soal Mira tidak tahu.
“Kena ceritakan bagaimana Mira kahwin dengan bos?” bisik Kak Ros ke telinga Mira. Merah padam muka Mira menahan malu. Berdebar dia menunggu hari Isnin.

“Apa pun Mira tahniah sebab dapat tambat hati bos kita yang kacak ni..” ujar Kak Ros lagi. Memang dia suka sangat mengusik. Dulu pernah juga dia mengusik Mira dengan bos mereka. Rupa-rupanya memang mereka sudah jadi suami isteri pun.

Mereka turut tumpang gembira dengan perkhabaran yang di dengar tadi. Lepas ni makin galaklah mereka mengusik Mira. Biar padan dengan muka lelaki yang bekerja di pejabat yang cuba nak usha Mira. Selama ini mereka tak tahu yang mereka sebenarnya mengusik isteri bos mereka.. Dunia hai dunia..

Selepas pengumuman itu di buat, bertimpa-timpa ucapan tahniah dari para tetamu yang datang. Memang tak cukup tangan di buatnya. Penat juga mereka berdua membalas ucapan tahniah dari para tetamu yang hadir pada malam itu.
Mata Rozie menangkap tubuh yang berdiri di sisi Iqbal Iskandar. Cemburunya datang secara tiba-tiba. Hatinya sakit bila melihat Iqbal Iskandar memengang mesra tangan gadis itu. Dan nampaknya wajah Iqbal Iskandar semakin ceria ketika berjalan bergandingan dengan gadis itu. Apa hubungan Iqbal dengan gadis itu sudah terjawab dengan pengumuman tadi. Datin Mardiah perasan akan mata tajam Rozie itu. Rozie memaling wajahnya kearah Datin Mardiah. Lalu dia berjalan mendekati Datin Mardiah. Dia inginkan kepastian dari mulut Datin Mardiah.

“Bila masa mereka menikah Auntie..? Rozie tak tau pun..” berkerut-kerut dahi Rozie dengan berita yang baru di dengarnya tadi tu.
“Dah sebulan dah mereka menikah. Kami buat secara kecil-kecilan aje kat kampung perempuan tu. Iqbal tak nak buat resepsi kat hotel. Sebab tu ramai orang yang tak tahu” jawab Datin Mardiah.

“No.. Auntie. Rozie macam tak percaya. Macam mana Iqbal boleh berkahwin dengan perempuan kampung tu?”
“Itu Rozie kena tanya dia sendiri. Auntie pun terkejut masa dia cakap dia nak kahwin dengan perempuan tu. Walaupun perempuan itu tidak mahu berkahwin dengannya” ujar Datin Mardiah. Tak kan dia nak cakap mereka kahwin sebab kena tangkap khalwat!
“Tapi perempuan tu bukan kerja dekat pejabat Iqbal ke? Kalau tak silap?” dia cuba meneka. Entah apa yang merasuk fikiran Iqbal sampai dia sanggup kahwin dengan perempuan kampung tu? Yang menghairankan selama dia kenal dengan Iqbal tidak pernah sekali pun Iqbal memperkenalkan gadis itu kepadanya. Sejak bila pula mereka bercinta. Angin tak ada, ribut pun tak ada. Tiba-tiba dia di kejutkan dengan perkahwinan Iqbal. Apa sebenarnya yang berlaku dia sendiri pun tak faham. Semuanya berlaku tiba-tiba sahaja. Hatinya semakin geram. Patutlah Iqbal langsung tidak layan dia selama ini. Tak apa aku akan ikthiarkan sesuatu.

“Itu Rozie tanya dia sendiri. Sebenarnya sudah lama Auntie nak cakap dengan Rozie tapi susah nak jumpa dengan Rozie tu yang baru sekarang dapat bagitahu hal ni pada Rozie.
 “Auntie minta maaf..” jawab Datin Mardiah serba salah. Sememangnya selama ini dia cuba menghubungi Rozie namun dia langsung tidak dapat berjumpa dengannya. Lalu perkara itu di diamkan saja hingga ke hari ini. Bukan Rozie saja yang terkejut dengan berita itu malah dirinya juga turut rasa kecewa kerana Iqbal lebih suka memilih gadis itu dari Rozie.
Mendengar berita yang di dengar dari Datin Mardiah tadi, hatinya begitu panas. Kalau boleh memang mahu menggeledak rasanya. Kalau air yang di masak tentu sudah menggeledak dan mendidih. Dan kalau boleh benda yang boleh meletup sudah pasti akan berkecai sekarang ini. Begitulah apa yang Rozie rasakan kali ini. ‘Tak apa aku nak malukan isteri Iqbal tu’ ujarnya dalam hati. Dia tersenyum sendirian.
Elly mendekati Rozie setelah melihat Datin Mardiah meninggalkan Rozie sendirian di situ.

“Perempuan tulah dengan Iqbal masa I terserempak dengan mereka petang tadi kat butik..” ujar Elly sengaja membakar perasaan Rozie. Dia tahu Rozie sudah lama menaruh hati pada Iqbal Iskandar. Bukan tidak ada lelaki lain yang cuba mendekatinya namun hanya Iqbal Iskandarlah lelaki yang satu-satunya dapat menembusi keegoannya.

“Habis kenapa you tak cakap dengan I?” soal Rozie bengang. Tak guna punya kawan. Benda macam tu pun dia tak bagitau!

“Sorrylah I ingat you tau pasal ni. Lagipun mana I tahu yang itu wife dia...” jawab Elly. Dia dapat mengagak, sekarang Rozie sedang berperang dengan perasaannya. Dari raut wajahnya dia tahu, pasti Rozie akan berbuat sesuatu.
“So sekarang apa you nak buat?” soal Elly lagi.

“I nak malukan wife Iqbal tu. Dia tak kenal siapa Rozie ni yang sebenarnya. Berani dia rampas lelaki pujaan I..” jawab Rozie dengan yakin.

“Tak sabar I nak tengok you malukan wife Iqbal tu.. Perempuan kampung tu tak setaraf dengan kita ni pun..” ujar Elly bangga. Dia tahu pasti Rozie akan mengotakan apa yang di kata.

“Tahniah Iqbal. Tak sangka kamu dah kahwin” ujar Encik Hamid. Memang pada mula-mulanya dia pun terkejut mendengar Iqbal mahu berkahwin hari itu. Tapi bila dia berjumpa dengan isteri Iqbal hari ini barulah dia tahu perempuan itu memang sepadan dengannya.

“Terima kasih Uncle, Auntie..” balas Iqbal.

“Huh.. Kalau nak tunggu anak Auntie tu kahwin memang lama lagilah tu.. kan bang?”ujar Auntie Lisda. Teringat anak lelakinya Amirul.

“Awak ni, bagilah dia masa pilih pasangan hidup dia. Kalau dah bertemu jodoh nanti tak kemanalah..” balas Encik Hamid. Auntie Lisda merenung wajah Mira. Wajah itu sungguh menarik perhatiannya. Bak kata orang tak jemu mata memandangnya. Bertuah Iqbal punya isteri yang cantik dan juga baik.

“Betulkan Auntie cakap, Mira cantik sangat pakai blaus ni?” ujar Auntie Lisda. Memang dia suka sangat dengan Mira. Gadis itu tidak sombong.

Teringat perbualan Mira dengan Iqbal di butik petang tadi. Walaupun Mira bercakap separuh berbisik ke telinga Iqbal namun dia masih boleh mendengar butir perbualan mereka.

Mira tidak suka Iqbal membelikan pakaian yang mahal. Namun Iqbal tetap juga berdegil mahu membelikan untuknya. Kalaulah perempuan lain, itulah perkara yang di tunggu-tunggu. Patutlah Iqbal sayang sangat kat isterinya itu.

“Terbaik..” jawab Iqbal sambil mengangkat jari ke arah Auntie Lisda.

Kedua tetamu itu tersenyum. Mereka turut rasa gembira melihat pasangan di depan mata itu bahagia.

“Am tak datang ke Auntie? Pada hal awal-awal Iqbal dah cakap dengan dia...”

“Datang tapi tak tau pula dia kat mana? Dari tadi auntie menjenguk-jenguk pun tak nampak batang hidung dia” jawab Auntie Lisda.

Kemudian kelihatan Rozie melangkah mendekati band yang bermain muzik itu. Microphone di ambil dari penyanyi tersebut. Dengan senyuman yang tak lekang di bibir dia membuat pengumuman.
“Pengumuman.. pengumuman..”

Semua tetamu yang hadir berpaling ke arah Rozie. Termasuk Iqbal dan Mira Syafika. Mereka berdua sedang melayan tetamu sedikit terkejut.

‘Apa yang Rozie nak buat ni?’ soal Iqbal dalam hati. Hairan!

“Malam ini kita akan menjemput Mira Syafika untuk menyanyi dan bermain piano. Dengan segala hormatnya di persilakan Mira Syafika...” suara Rozie kedengaran di udara.

Para tetamu bertepuk tangan. Mira terkejut mendengar apa yang di ucapkan oleh Rozie tadi. Mana mungkin dia mahu. Tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu memalukan suami dan keluarganya. Dia tahu mungkin Rozie sengaja mengenakan dia. Bukan dia tidak tahu selama ini Rozie sentiasa mencari peluang untuk mendekati Iqbal. Menurut budak pejabat Rozie memang tergila-gilakan suaminya itu.

“Sayang.. macam mana ni? Sayang bolehkah main piano? Kalau tak dapat abang tolong Mira” soal Iqbal. Dia tahu Mira sebenarnya sudah bengang. Dari riak wajahnya dia tahu isterinya jadi tak menentu.
“Tak apalah. Mira akan cuba. Mira tak nak keluarga awak dapat malu” lega Iqbal Iskandar mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mira.

Rozie ni memang sengaja nak kenakan Mira. Mungkin sebab dia dah tahu perkara yang sebenarnya. Perlahan-lahan Mira Syafika mengatur langkah menuju ke arah piano yang di sediakan. Dia duduk dan menarik nafas. Ingat dia tidak berani menyahut cabaran itu. Salah oranglah beb kalau ada orang yang buat begitu.

Dia memejam matanya sambil mengingat not. Dulu masa kecil dia adalah bermain piano dengan arwah papanya. Selepas papanya meninggal, hanya instrument pemberian papanya itu saja yang selalu menemani kesunyiannya.

Perlahan-lahan dia mendaratkan jarinya dia atas piano itu. Terlintas di fikirannya mahu menyanyikan lagu yang di minatinya. ‘Ku pinang kau dengan Bismillah.’ Lagu yang di nyanyikan oleh Rossa dan Pasha dari kumpulan Unggu. Hanya lagu itu saja yang terlintas di kotak fikirannya.
Mira menyanyi dengan perlahan-lahan mengikut not yang di mainkan.
Selesai menyanyi dan memainkan piano tersebut, Mira menerima tepukan yang gemuruh sekali. Apalagi Rozie jadi malu dengan diri sendiri apabila dia tidak menyangka Mira pandai bermain piano. Sebenarnya tadi dia mahu malukan Mira Syafika sebaliknya dia mendapat pujian lagi setelah habis persembahan itu. Hati sudah berbalam-balam rasa sakitnya.

Sedangkan dia hanya perempuan kampung, mana mungkin dia pandai bermain piano? Datin Mardiah pun terkejut sama. Dia tidak menyangka menantunya itu pandai bermain piano. Dalam diam dia memuji akan kecantikan dan bakat yang Mira ada.

“Sedap suara sayang. Abang suka sangat” puji Iqbal hampir di telinga Mira. Mira menoleh. Terkejut mendengar suara yang begitu dekat dengannya.

“Terima kasih. Sebab awak tolong saya tadi” ucapnya. Kalau dia sendirian memang lagu itu tidak lengkap.
“Apa nak berkira sangat. Kitakan suami isteri. Tak sangka kita minat lagu yang sama. Tapi abang suka dengan liriknya” ujar Iqbal lagi. Alangkah gembiranya dia kalau Mira memaksudkan perasaannya seperti bait-bait lagu itu.
“Perasan. Mira cuma nyanyi je tak bermaksudkan apa-apa” Mira menjeling. Dia juga tidak menyangka Iqbal naik ke pentas bersamanya tadi. Memang pun itu lagu duet. Hanya lagu itu yang terlintas di fikirannya dan dia dapat menyanyi sambil bermain piano.

Iqbal hanya tersenyum. Suka dia melihat wajah isterinya yang merah kerana menahan geram. Dan dia tidak melepaskan peluang dengan menggenggam tangan Mira di hadapan tetamu. Tangan itu di genggam kemas. Kadang-kadang terasa Mira ingin menarik tangannya. Namun dia sengaja buat tak tahu saja. Hanya malam ini dia bekesempatan untuk memengang tangan itu. Dia tidak mahu memikirkan untuk hari esoknya.

“Amboi.. pengantin baru kita ni.. Tak habis-habis dengan perangai romantiknya” Amirul menegur. Dia tersenyum suka bila melihat sahabatnya itu bahagia. Kekadang dia berasa cemburu dengan Iqbal kerana di pertemukan dengan gadis sebaik dan secantik Mira. Tetapi bila dikenangkan bagai mana cara Iqbal untuk mendapatkan Mira baginya sungguh tidak adil bagi Mira. Kesian gadis itu. Itulah kuasa cinta!! Kuasa cinta yang membuatkan sahabat karibnya menjadi lelaki yang seperti sekarang ini.
“Ala biasalah. Namakan pengantin barukan sayang? Awak cemburu ke? Kalau cemburu, cepat-cepatlah awak kahwin” ujar Iqbal sambil melirik kearah Mira. Mira tertunduk malu.

Tangan Iqbal tidak melepaskan gengamannya. Malam ini adalah peluangnya dia menggengam tangan itu. Di hadapan tetamu dia beramah mesra. Dia tahu Mira tidak akan membantah kerana tidak mahu dirinya di permalukan.

“Amboi-amboi.. Romantik sangat sampai tak ingat kat atuk!” ujar Encik Fuad pula mencelah dia antara mereka. Dari tadi dia mencari kelibat pasangan sejoli itu. Suka dia melihat Iqbal bahagia dengan gadis pilihannya. Setiap kali dia melihat wajah gadis itu, dia teringatkan seseorang. Mata gadis itu mirip dengan mata arwah isteri pertamanya. Tapi tidak mungkin!! Sebab itu hatinya sentiasa tertarik-tarik untuk mendekati gadis itu. Dia juga senang dengan kelakuan gadis yang sopan itu. Tidak macam cucunya sendiri. Seksi. Nampak sana, nampak sini. Perangai tak ubah seperti perangai isteri mudanya.

“Tak adalah tuk.. Ramai sangat tetamu jadi kami tak berkesempatan nak jumpa atuk..” jawab Mira mesra. Memang dari tadi juga matanya melilau mancari kelibat Encik Fuad. Entah kenapa dia berasa seperti dekat dengan atuk itu walapun baru sekali mereka berjumpa.

Iqbal juga membela diri. Mana mungkin dia lupa pada Encik Fuad. Datuk kepada Rozie itu. Di sangkanya Encik Fuad tidak mahu lagi bergaul mesra dengannya kerana dia berkahwin dengan Mira. Ternyata sangkaannya meleset. Lelaki tua itu nampaknya suka dengan Mira. Katanya gadis itu sesuai dengan dirinya. Dia seorang yang baik hati dan bersopan santun. Apalagi kembanglah hidung Iqbal mendengarnya. Dia bersyukur sangat perlahan-lahan orang sekelilingnya menerima Mira dalam hidupnya.
“Awak, Mira nak ke tandas sekejap” bisik Mira ke telinga Iqbal. Iqbal tersenyum. Alasan!! Pada hal dia mesti tidak selesa dengan suasana begini.

“Okeylah. Nanti datang balik tau!” balasnya.

Mira mengangguk. Kemudian dia terus berlalu dari situ. Ketika dia baru melangkah ke tandas dia terdengar sesuatu.

“Perempuan macam Mira tu boleh kahwin dengan Iqbal. Dia ingat dia boleh jadi enggang kalau kahwin dengan si enggang. Pada hal dia masih jadi pipit..” berdesing telinga Mira mendengar kata-kata itu dari seorang perempuan yang tidak di kenalinya.

“Yelah Elly. Dia ingat dirinya tu hebat sangat. Sebab tu dia boleh perangkap lelaki kaya supaya kahwin dengan dia. Iqbal tu pun bodohkan Elly. Perempuan kampung macam tu yang dia pilih jadi isteri dia.. Memang tak padan..” ujar Rozie lagi.

Mira yang mendengar kata-kata itu ingin rasanya membalas balik kata-kata yang menghina dirinya namun dia tidak mahu, mengeruhkan keadaan dan majlis malam ini. Biarlah dia hanya mendengarnya sendiri. Cuma dalam hatinya saja dia memang berjawab. Di terus masuk kedalam tandas. Kedua-dua perempuan tadi keluar dari bilik tandas itu.

Rozie melihat kelibat Mira yang baru keluar dari tandas. Kali ini dia mesti berjaya memalukan Mira di depan para tetamu malam ini. Kalau tadi dia gagal memalukan Mira dia akan pastikan kali ini dia berjaya. Sengaja dia berjalan dengan membawa segelas air oren di tangannya.

“Sorry I tak nampak you kat sini. Sorrylah air I tumpah kat baju you yang cantik dan mahal ni..” ujar Rozie dengan sengajanya.

Pada hal dia tersenyum gembira melihat Mira yang sudah basah di sirami dengan air oren di tangannya tadi. Merah muka Mira saat itu. Siapa tidak malu bila semua mata tetamu memandang ke arahnya. Dalam ramai-ramai orang yang ada di majlis itu dia pula yang kena siram.
“Tak apalah..” jawabnya perlahan.

“Sorry ya.. I sengaja nak malukan you depan para tetamu yang ramai ni. Lain kali sedar diri tu. You ni langsung tak setaraf dengan kami tau tak..! Awak ingat Iqbal cintakan awak ke?” bisik Rozie ke telinga Mira. Merah muka Mira sekali lagi. Rozie tersenyum gembira bila melihat aksi Mira seperti mahu marah.

“Hei.. awak ingat sebab awak anak orang kaya dan ternama, awak boleh hina saya sesuka hati. Dan lagi satu, saya pun tak harap yang Iqbal cintakan saya sebab saya langsung tak cintakan dia..” puas rasa hati Mira membalas setiap kata-kata Rozie sebentar tadi.

Jangan ingat dia tidak pandai membalas setiap kata-kata seperti itu. Silap oranglah beb! Rozie terkejut mendengar balasan kata dari Mira.. Sekali lagi dia merasakan dirinya kalah di tangan perempuan itu. Sial!!

“Sayang.. Kenapa ni?” soal Iqbal. Dari jauh tadi dia nampak Mira seperti ada masalah dengan Rozie. Lalu dia segera mendapatkan mereka berdua. Dan sekarang dia ternampak pakaian Mira basah. Arghh!! Sudah pasti itu puncanya isterinya itu tengang sangat wajahnya.

“Excuse me...” ujar Mira tanpa mempedulikan teguran dari Iqbal. Sakit hatinya apabila Rozie memang sengaja mahu memalukan dia pada malam ini.
“Mira!!” Iqbal mahu mengejarnya. Namun lengan cepat di paut oleh Rozie.

“You.. Macam ni ke tuan rumah layan tetamu. Sepatutnya you tTak bolehlah biarkan tetamu macam kami ni di sini. Majlis nikan majlis kamu.. Takkanlah you sanggup tinggalkan para tetamu yang datang malam ini.”

“Tapi I..”

“Tak apalah.. Wife you bukannya budak kecik.. And sorrylah I tak sengaja tumpahkan air ke baju dia tadi” ujar Rozie dengan menggoda. Kalau boleh malam ini dia mahu Iqbal menemaninya walaupun hanya seketika.

“Tapi I nak jenguk dia sekejap..” balas iqbal.
“You.. Apa kata malam ni kita lepak kat tempat biasa tu. I nak celebrate perkahwinan you..” ujar Rozie memberi cadangan. Dia berharap agar jeratnya kali ini mengena. Kalau dengan Mira dia tidak dapat membalas, dengan Iqbal pun jadilah. Membayar hutang setelah hatinya di lukai..

“Sorrylah.. I penat sangat malam ni.. You pergilah cari orang lain temankan you..” Iqbal memberi cadangan. Kemudian dia berlalu meninggalkan Rozie sendirian di situ. Ada tetamu yang beransur pulang. Jadi dia harus mengambil tempat di depan untuk mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang datang malam itu.

Mira melangkahkan kakinya ke atas menuju ke arah billik tidur Iqbal. Kemudian dia segera menuju ke bilik mandi. Di situ dia menangis sepuas hatinya di situ. Segala kesedihan dan kemarahan dalam dirinya di muntahkan di situ. Setelah merasa lega dia terus mandi sebelum si suaminya masuk kebilik tidur itu kelak.

Penat terasa badannya maklumlah dari pagi dia menemani Iqbal pergi membeli hadiah kemudian pergi ke butik. Selepas keluar dari butik mereka pergi makan dan menonton wayang. Dan pada sebelah malamnya dia terpaksa menemani Iqbal melayan tetamu yang hadir malam itu.

Badannya di baringkan dia atas sofa yang terletak di tepi katil itu. Lega rasanya bila badannya sudah bersih. Hanya hatinya masih sakit mendengar sindiran dari Rozie dan kawannya sebentar tadi. ‘Bukannya aku nak sangat kahwin dengan Iqbal tu..’ ujarnya dalam hati. Akhirnya dia terlelap bersama titisan air mata di pipinya.

..............................................................

Iqbal naik ke atas menuju ke bilik tidurnya. Dari tadi lagi dia mencari kelibat Mira. Dia ingatkan Mira akan turun balik menemaninya namun hampa bila orang yang dicari itu tidak kelihatan. Pada masa ini barulah dia dapat meloloskan diri dan mengambil peluang untuk menuju ke biliknya. Para tetamu sudah pulang. Majlis ulang tahun papa dan mamanya juga baru selesai.

Sampai di muka pintu, Iqbal Iskandar mengetuk pintu biliknya perlahan beberapa kali. Kemudian dia tunggu sekejap. Setelah beberapa lama dia menunggu masih tiada tindak balas dari dalam. Mungkin isterinya itu sudah tidur! Bisiknya. Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu bilik itu. Pintu itu dikuak perlahan-lahan kerana dia tidak mahu mengejutkan isterinya dengan bunyi pintu itu nanti. Dia menonong masuk ke dalam. Kemudian dia menutup pintu itu perlahan-lahan.
‘Eh! Kenapa pula lampu bilik ini tak ditutup? Tak silaukah dia nak tidur?’ bisiknya kehairanan. Di palingkan wajahnya ke arah katil peraduan. Kosong! Dia pergi mana? Kemudian matanya terarah kebilik mandi. Perasan pintu bilik sedikit renggang. Laju kakinya menapak menghampiri bilik air. Pintu itu di kuak perlahan. Kepalanya di jengulkan sedikit. Matanya melilau memerhati keadaan bilik air yang kemas. Cuma tempat mandi masih lagi basah. Orang yang di cari tiada di situ.

Aik kat sini pun dia tak ada? Dia pergi mana? Hatinya menjadi risau akan kehilangan isterinya. Hatinya berdebar-debar hebat. Takkan nak tanya pada semua orang di rumah itu. Pasti kecoh nanti jadinya. Namun dia berperangsangka baik. Jangan pula cakap isterinya balik kerumah mereka tanpa pengetahuan dia. Atau mungkin juga isterinya sedang mengambil angin dan bersiar-siar di luar! Bisik hatinya sekadar untuk menyedapkan kegalauan perasaannya.


Dia terus mengambil tuala yang di gantung lalu membersihkan diri. Selesai mandi, terasa matanya mengantuk pula. Badannya terasa penat setelah seharian dia menghabiskan masa bersama isteri tersayang.


Seperti kebiasaanya dia menutup pintu bilik air kemudian suis lampu bilik utama di tutup. Kakinya di pacu menuju kea rah katil. Lampu katil pula di hidupkan dalam cahaya yang agak malap. Lantas badannya di baringkan di atas tilam empuk yang berusia. Kemudian badannya di merengkan ke sebelah kanan. Dia sedikit tersentak. Matanya sudah merenung ke arah seraut wajah yang sedang tidur lena di atas sofa putih yang panjang di sisi katil yang agak terlindung dari pintu bilik. Memang wajarlah dia tidak nampak ketika dia masuk ke bilik ini tadi.


Perlahan-lahan dia angkat kakinya menuju ke arah sofa itu. Di amati wajah itu dengan penuh rasa kasih dan sayang. Wajah itu nampak begitu mulus tanpa secalit make-up. Di kepalanya masih tersarung tudung berwarna putih menutupi mahkotanya.

Tiba-tiba dia perasan akan sesuatu. Seperti isterinya baru lepas menangis! Tapi kenapa boleh jadi begitu? Mungkin ada orang yang telah menyakiti hati isterinya itu.

Ingin saja dia terus bertanya tetapi mengenangkan isterinya itu lena sangat tidurnya dia tidak mahu mengganggu. Tapi tak mengapalah. Esokkan masih ada. Dia akan bertanya hal itu esok.


‘Dia nikan, nak tidur pun masih pakai tudung?’ soalnya dalam hati. Ternyata tubuh itu sedang mengerekot kesejukan. Hatinya jatuh belas pada si isteri. Kerana rasa sayang yang kian menebal dan tanggungjawabnya sudah terbeban di kedua belah bahunya, dia memberanikan diri untuk menyentuh isterinya. Dia tidak rela membiarkan isterinya tertidur dalam kesejukan.


Lalu tubuh isterinya itu di angkat lantas di cempung menuju ke katil. Dia tidak memandang wajah itu sewaktu dia mengangkatnya. Takut imannya senipis kulit bawang itu tidak mampu menahan gelora hatinya yang sudah menderu ganas.


Tubuh itu kemudiannya di baringkan dengan cermat di atas katil yang berhias indah. Malam ini barulah dia berpeluang tidur di atas  katil itu bersama-sama Mira. Kalau dalam keadaan sedar jangan harap Mira mahu tidur sekatil dengannya.



Belum pun sempat tangannya yang melingkari tubuh itu di tarik, tiba-tiba terasa lehernya di peluk erat. Hatinya semakin berdebar kuat.  Darah muda sudah naik hingga ke kepalanya. Mengecas semula keupayaan akal sihatnya. Wajah di palingkan ke muka isterinya. Hanya satu inci saja jarak yang memisahkan wajah mereka. Tangannya makin erat memeluk pinggang isterinya. Wajah yang penuh eskotik itu di perhatikan dengan penuh kasih dan sayang yang makin membuak-buak.

Akibat tidak tertahan dengan kasih sayangnya yang sudah menggunung,dengan penuh perasaan Iqbal Iskandar memeluk tubuh isterinya dengan erat. Dahi isterinya di kucup tanpa di lepaskan. Bau harum yang terbit dari tubuh isterinya menghangatkan lagi perasaannya. Terbuai seketika perasaannya ketika itu.


Perlahan-lahan tangannya menanggalkan tudung yang membaluti kepala isterinya. Sungguh!! Isterinya langsung tidak terkutik dengan gerakan pada tubuhnya. Tudung putih itu di leparkan ke tepi katil. Terserlah rambut hitam lebat beralun cantik milik isterinya. Dia mengusap perlahan rambut panjang itu. Ini kali ke tiga dia melihat rambut isterinya itu.


“Sayang... Abang sangat mencintaimu..” tangannya melingkari lehernya di kucup penuh kasih.


“Izinkan abang untuk membahagikanmu sayang.. Abang betul-betul dah kemaruk cintakan sayang... Ya allah! Aku pohon padamu agar jodoh kami di perkuatkan. Aku tidak mampu hidup tanpa bayangan isteriku. Ya Allah.. Hambamu memohon dengan serendah-rendah hati agar hamba di beri peluang menjadi seorang suami yang patuh dan bertanggungjawab pada keluarganya. Berikanlah kesempatan itu pada hambamu ini ya Allah.. Perkenankanlah permohonan hambamu ini. Amin ya rabbalalamin..” ucapnya dengan penuh pengharapan agar dia kekal hidup bersama isterinya.

Wajahnya di tundukkan tepat bertentangan dengan wajah isterinya. Dia mahu merenung sepuas-puasnya wajah isterinya itu. Inilah kesempatan dan peluangnya. Bukan mudah untuknya mengamati wajah isterinya dari jarak dekat. Teringat dia ketika suatu malam dia menyusup masuk ke bilik isterinya. Memang mengamuk Mira padanya ketika itu. Dia tersenyum sendirian mengenangkan masa itu.

Pelukan di pinggang isterinya masih lagi tidak di lepaskan. Dia mahu tidurnya bertemankan kehangatan dan keharuman isterinya. Akhirnya dia terlelap bertemankan si isteri dalam pelukannya.


Dia mengangkat sedikit tubuhnya dan menjulurkan tangannya ke bawah tengkuk isterinya bila dia mula rasa tidak selesa kerana lama tubh itu menindih tangan kanannya. Kini isterinya tidur berbantalkan lengannya. Dan dia amat selesa begitu. Malam ini bagaikan malam yang paling indah buat dirinya.


.................................................................



Mira membuka matanya. Terasa seperti dia menghempap sesuatu. Alangkah terkejutnya dia bila melihat seenak-enaknya dia berada dalam pelukan lelaki itu. Aduh..!! Bila masa aku tidur atas katil dia ni.. Dia cuba mengingati... Seingat dia, dia sedang tidur di atas sofa panjang di sisi katilnya itu.. Macam mana dia boleh berada dalam pelukan suaminya itu? Dengan perlahan dia cuba merenggangkan badannya. Enak saja lelaki itu mengambil kesempatan ke atasnya.



“Selamat pagi sayang..” tiba-tiba suara itu menyapa di telinganya.


Cepat saja Mira bangun. Terkejut mendengar suara yang menegurnya. Dia dapat melihat senyuman dari bibir lelaki itu. Sakit hatinya.. Awal pagi dia dah buat hal!!


“Apa ni? Awak suka ambik kesempatan ya..” Marah Mira lagi. Mentang-mentang mereka berada di rumah keluarga Iqbal dan tidur di biliknya itu, membuatkan lelaki itu suka hati saja mengambil kesempatan ke atas dirinya.

“Eh siapa yang ambik kesempatan? Sayang atau abang? Cuba tengok. Kita berdua kat mana sekarang..?” soal Iqbal sengaja mengusik si isterinya. Merah muka Mira, bila tersedar mereka berdua berada diatas katil Iqbal. Pada hal malam tadi dia tidur di sofa itu. Matanya melirik kearah sofa di mana dia tidur malam tadi. Jadi bila masa pula dia tidur atas katil?

“Macam mana..?” belum habis lagi Mira bertanya.

“Mira yang cari abang sampai kat katil. Abang nak buat macam mana?” ujar Iqbal serius. Tapi sumpah rasa macam nak pecah ketawanya bila melihat wajah isterinya merah menahan malu.

“Yelah tapi awak sukalah. Lepas tu ambik kesempatan dengan Mirakan?”soalnya sambil menahan getar di hati. Jantungnya sudah berdegup kencang seumpama nafas pelari seratus meter sahaja.
“Abang memang suka ambil kesempatan. Jangan sayang tak tahu. Tapi cuma dengan sayang sajalah abang berani buat macam tu” seloroh Iqbal Iskandar pula. Di tariknya badan isterinya dalam pelukannya. Mira pula cuba menolaknya. Namun tenaga Iqbal lebih kuat darinya. Akhirnya dia menurut sahaja.

Kepala isterinya di bawa dekat ke arah dada bidangnya dan di tekapkan telinga isterinya selari dengan terletak jantungnya.
“Sayang dengar tak degupan jantung abang yang laju ni. Cuma sayang je yang boleh buat jantung abang bekerja keras macam ni tau!”
“Yelah tu.. Malas nak gaduh dengan awak ni tau!” balas Mira.

“Kenapa sayang tak kejutkan abang..?”

“Awakkan dah bangun tu..” memuncung mulut Mira.


Ketawa Iqbal Iskandar melihat muncung bibir isterinya. Ingin saja dia mencium bibir itu supaya dia bertambah marah lagi. Mira membelakangkannya. Dia ingin pergi ke bilik mandi. Membersihkan diri dan kemudian sembahyang subuh. Malunya dia bila mengenangkan dirinya yang tidur dalam pelukan Iqbal Iskandar.


Entah apa yang terjadi malam tadi. Tanpa dia menyedarinya. Tetapi apa yang pasti pakaiannya masih elok saja di badannya. Tak payah fikirlah. Tak ada apa-apa pun yang berlaku dia memujuk hatinya.

“Sayang menungkan apa tu.. Pasal malam tadi ker?” sengaja Iqbal mahu mengusik isterinya. Mira menjeling tajam ke arahnya. Dia sebenarnya tidak tahu berkata apa. Nak bertanya malu kantoi pulak. Adalah lebih baik dia diamkan dirinya saja. Mira mengangkat kakinya menuju ke bilik mandi. Lepas mandi dan bersembahyang subuh nanti dia mahu membantu bibik di dapur mertuanya.

.................................................................................


Di dapur Mira melihat bibik sudah sibuk menyiapkan sarapan. Bibik leka memotong sayur sehingga dia tidak sedar Mira ada di belakangnya.


“Selamat pagi bik..? Ada apa yang saya boleh tolong ker?”soal Mira. Memang dia seorang yang ringan tulang kalau bab-bab kerja dapur.
“Selamat pagi non. Tak apa non.. Bibik tinggal goreng mi saja.. Ini kegemaran Iqbal..”


“Tak apa kalau aku tolong gorengkan..?” ujar Mira menghulurkan bantuan. Lalu dia mengambil alih tugas bibik. Dia membiarkan bibik menyediakan makanan di atas meja makan.

Tumis bawang di masukkan ke dalam kuali, kemudian dia masukkan udang dan sotong, lalu di gaulnya.


Dia masih tidak lupa skill memasaknya. Walaupun dia sedar bahawa Datin Mardiah tidak sukakannya namun dia harus pandai mengambil hatinya dan dia begitu hormatkan Dato Ismail kerana dia bagaikan seorang bapa padanya.


“Morning sayang.. Masak apa tu?” tiba-tiba Iqbal Iskandar berdiri di sebelah Mira. Terbang segala khayalan Mira. Tangannya terletak kemas di pinggang Mira. Keadaan ini membuatkan Mira rasa tidak selesa.


“Hish.. janganlah nak kacau Mira. Tangan tu boleh duduk diam tak..? Malulah dengan bibik tu..” marah Mira sambil mendengus.


“Ala sayang ni nak manja-manja pun tak boleh.. Apa salahnya abang peluk bini abang jugakan..” sambil berkata Iqbal Iskandar mengeratkan lagi pelukannya.


Mukanya terletak kemas di antara bahu dan leher Mira. Mira mula merasa rimas. Memang lelaki ini sengaja membuatkan dia rimas. Dari bilik tidur sampai ke dapur tak habis-habis dia membuat perangainya.


“Hai romantiknya anak mama ni? Dah tak de tempat lain nak bermanja ker?” tegur Datin Mardiah. Dari tadi dia melihat Iqbal asyik berkepit dengan menantunya. Walaupun dia sesekali mendengar Mira marah-marah dengan Iqbal namun anaknya itu tidak peduli dengan teguran isterinya malah dia makin suka menyakatnya pula. Mungkin benar Mira tidak sukakan anaknya. Tetapi kelihatan Iqbal pula yang sedang kemaruk cinta dengan Mira.


Dari tadi dia asyik perhatikan perbuatan Mira. ‘Rajin juga menantu aku ni masuk dapur. Jadi selalulah Iqbal makan di rumah. Lagipun dia tengok badan Iqbal sekarang sedikit berisi. Mungkin isterinya rajin memasak di rumah. Sebab itulah tak ingat nak bawa isterinya balik ke rumah ini’ bisik hati Datin Mardiah.

“Ala mama.. jangan jeles.. Iqbal bermanja dengan isteri Iqbal sendiri bukan dengan orang lain pun..” jawab Iqbal selamba. Sengaja dia mahu mengusik mamanya. Muka Mira sudah merah menahan malu. Malu di tegur oleh Datin Mardiah ini semua gara-gara Iqbal. Selesai memasak Mira terus membawa pinggan mi goreng di atas meja.

“Hurmmm.. Nampak macam sedap. Ni mesti bukan bibik yang masak” ujar Dato Ismail. Dia kenal benar dengan cara masakan bibiknya.


“Mestilah bukan bibik yang masak. Itukan menantu Dato yang masak. Memanglah sedap..” jawab bibik sambil tersenyum.


Dia pun tidak menyangka Mira memang pandai memasak. Setahu dia bila sudah menjadi menantu Dato orangnya akan jadi sombong. Dan paling pun tak akan rajin menolong di dapur. Tetapi berbeza dengan menantu Dato yang seorang ni. Dahlah peramah ringan tulang pula membantu dia di dapur. Walau pun beberapa kali di tegah olehnya Mira tetap juga berkeras mahu menolongnya.


“Betullah pa.. Isteri Iqbal yang masak pa.. Memang sedap. Dia selalu masakkan di rumah..” ujar Iqbal bangga. Sambil matanya menjeling isterinya di sebelah. Mamanya dari tadi asyik muncung saja. Langsung tiada senyuman di bibirnya.


“Oh iya ker.. Jadi Mira selalulah masak di rumah untuk Iqbal?” soal Dato Ismail. Dia tidak menyangka bahawa menantunya itu jenis yang suka masuk ke dapur.


“Iqbal memang bertuah pa.. Dapat isteri yang cantik dan pandai masak.. Kalau papa tak percaya papa cubalah..” balas Iqbal dengan bangga. Wajahnya tidak lekang dari senyuman apalagi bila mendengar pujian dari papanya.


“Mmmm memang sedaplah.. Betul cakap Iqbal.. Papa tak pernah rasa masakan sedap macam ni..” Mira hanya menunduk. Bukan dia bangga di puji tapi terharu bila mendengar kata-kata pujian yang ikhlas dari bapa mertuanya.


“Pandai Iqbal pilih isterikan? Mamanya kenapa tak makan? Takkan dah kenyang, papa puji menantu papa..” Dato Ismail sengaja mengusik isterinya. Namun Datin Mardiah tetap membisu. Matanya terarah kepada Mira.


Sedari mata mamanya asyik memandang Mira, Iqbal mencari-cari tangan Mira di bawah meja. Dia menggenggamnya. Mira cuba menarik tangannya, namun tangan Iqbal lebih kuat genggamannya. Mira hanya diam membisu melihat gelagat suaminya itu. Dia tidak mampu melepaskan tangannya dari genggaman tangan Iqbal.

Selesai sarapan pagi, Mira menolong bibik mengemas meja dan dapur. Walaupun beberapa kali bibik melarangnya namun Mira tetap berdegil. Bukan apa dia berbuat demikian agar dapat melarikan diri dari suami dan keluarga mertuanya.

Setelah selesai kerja-kerja di dapur barulah dia melangkahkan kakinya menuju ke bilik Iqbal Iskandar. Dia ingin mengemas bilik itu agar kelihatan kemas. Pintu di buka dari luar. Mira Syafika menapak masuk apabila mendapati tiada orang di dalam bilik. Namun dia tidak sedar bahawa Iqbal sebenarnya berada di balkoni biliknya. Dia sedang duduk bersantai sambil melemparkan pandangannya di luar rumah.

Mira mengemas meja dan bilik mandi mereka. Kini tiba giliran untuk menyapu pula. Mira tetap kusyuk menjalankan tugasnya tanpa menyedari ada mata yang memerhatinya. Dari tadi lagi Iqbal Iskandar mendengar seperti ada orang membuka pintu bilik. Namun dia berdiam diri. Kemudian baru dia mengintai dari cermin luar itu tanpa Mira sedarinya.

Timbul pula otak nakalnya. Inilah kesempatan untuknya mengusik Mira. Di rumah papa dan mamanya ini sahajalah peluang yang ada. Teringat dia peristiwa malam tadi.. dia tersenyum nakal. Sedangkan malam tadi pun Mira mengikut rentaknya. Bepegang tangan di depan para tetamu.. Nampak mereka seperti pasangan yang bahagia sangat. Memang dia bahagia dengan suasana malam tadi.


Perlahan-lahan Iqbal Iskandar mendekati Mira. Pada ketika itu Mira sedang menyapu debu-debu yang ada di tepi katil itu. Lalu tangan Iqbal memeluk pinggang yang masih ramping itu.


“Ahrgg!!” Mira menjerit kerana terkejut. Penyapu di tangan hampir saja di angkat untuk memukul. Bila dia menoleh dia mellihat Iqbal Iskandar sedang ketawa mendengar dia menjerit terkejut tadi.

“Awak nikan.. Tak boleh tengok orang senanglah..” ujar Mira marah. Mukanya sudah merah seperti orang memakai blusher saja.

“Sayang senang ke ni? Abang tengok dari pagi tadi buat keja rumah.. Senang ke tu?” Iqbal bertanya lagi.

“Awak nak apa ni?” tanya Mira lagi. Padahal dia sudah kecut perut. Bukan dia boleh lari dari Iqbal memandangkan itu bilik peribadi Iqbal dan rumah keluarga Iqbal. Kalau di rumah mereka jangan haraplah Iqbal boleh mengambil kesempatan.

“Abang nak sayang..” lembut saja kata-kata yang keluar dari bibir Iqbal dekat dengan telinganya. Apalagi meremang bulu roma Mira mendengarnya.

“Gila..” Mira mengangkat muka. Jelingan maut di hadiahkannya kepada Iqbal Iskandar.

“Memang dari dulu lagi abang gilakan Mira.. Mira je yang buat tak tau..” Iqbal mengusik lagi. Merah lagi pipi Mira. Dia suka dengan perubahan di wajah Mira. Apalagi makin galak dia mengusik wanita pujaannya itu. Bukan selalu dapat peluang macam tu.

Iqbal mengeratkan pelukan dari belakang. Teringin sekali dia menikmati saat-saat indah seperti ini bersama Mira.

“Sayang.. Tinggalkan dulu keja tu.. Ada sesuatu yang abang nak cakapkan” sambil tangannya mengambil penyapu dari tangan Mira lalu di letakkan ke tepi. Dia menarik tangan Mira agar duduk di birai katil bersamanya.

Mereka duduk bertentangan mata. Hati Mira sudah berdegup kencang. Apa yang lelaki ini nak sebenarnya. Apa yang nak di bincangkannya.
“Sayang.. Abang minta maaf kalau abang ada buat salah dan silap malam tadi. Tapi abang nak Mira berterus terang apa yang terjadi malam tadi sampai buat Mira menangis?” berhati-hati dia menuturkan soalan cepumas itu. Dia tidak mahu Mira terasa dengan kata-katanya.
‘Menangis..? Bila masa aku menangis?’ detik hati Mira. Dia pejamkan mata. Ingin mengingati.. Benarkah dia menangis malam tadi.. Oh ya baru dia teringat memang dia menangis..’ Tapi macam mana Iqbal tahu semua itu..’
“Ma..mana ada Mira menangis?” dia cuba menyembunyikan perkara sebenarnya.

“Look at me dear.. Jangan nak bohong abang.. Abang tau.. Mira tak pandai nak tipu abang.”

“Mana ada Mira menangis.. Awak salah nampak tak?” ujar Mira cuba berseloroh. Tajam mata Iqbal Iskandar memandangnya.

“Betul..? Atau sayang nak kena denda..” Iqbal cuba mengugutnya. Mira terkejut. Bersungguh-sungguh juga Iqbal ingin mengetahui hal yang sebenarnya. Patutkah dia menceritakannya.

“Betullah. Tak ada apa-apa..” dia cuba berbohong lagi. Baginya tiada papa-apalah setakat kena sindir macam tu. Tetapi malam tadi entah kenapa dia berasa airmatanya terlalu senang untuk keluar. Walaupun dia cuba menahan namun airmatanya tetap juga menuruni pipi gebunya itu.

“Sayang.. nak kena cium kat bi..” belum lagi Iqbal Iskandar menghabiskan ayatnya lalu di potong oleh Mira. Dengan gerakannya mukanya sudah menghampiri muka Mira.

“Ya Mira bagitau..” akhirnya Mira mengalah.

“Macam itulah isteri abang.. Jangan cuba nak sembunyikan sesuatu dari abang.. Jangan sesekali..” ujar Iqbal Iskandar memberi amaran. Siap dengan jari amaran lagi.
Mira mula menceritakan perkara yang sebenarnya. Kini tahulah Iqbal kenapa isterinya menangis malam tadi. Nampaknya dia harus berhati-hati dengan Rozie. Ini baru permulaan apalagi bila dia tahu Mira adalah isterinya yang sah. Memang tidak dapat dia jangkakan apa akan berlaku selepas ini.
“Petang nanti kita balik rumah..” dia memberitahu. Tangan Mira di kucupnya. Tumpah kasih sayangnya pada wanita itu tidak berbelah bahagi. Dia tidak mahu orang lain menyakiti hati insan kesayangannya itu. Dalam masa yang sama Mira rasa macam nak meletup-letup debarnya di dalam dada.

Wednesday, 18 April 2012

Hanya Kau Milikku 10



Wani baru pulang kerja. Tiba-tiba ketika dalam perjalanan menuju ke stesen bas dia terlanggar bahu seseorang. Lalu dia menoleh. Terkejut dia melihat si empunya badan. Yusri!!

“Yusri!!”

“Wani!! Hai.. Ingatkan siapalah yang terlanggar bahu I tadi.. Ni nak ke mana?” soal Yusri. Memang dia tidak menyangka akan bertemu dengan Wani petang itu.

“Nak balik kerja. Tunggu bas kat depan tu” ujar Wani sambil menunjuk kearah stesen bas.

“Oh ya kawan kamu yang sorang lag itu mana?” soal Yusri lagi.

“Siapa?” soal Wani.

“La awak lupa ke siapa kawan baik awak tu? Mira Syafika. Kau ada jumpa dia tak? Dah lama aku cari dia tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa lagi.”

“Buat apa kau nak cari dia?” soal Wani. Patut ke tidak dia beritahu Yusri yang Mira sudah berkahwin. Lagi pun tiada siapa antara kawan-kawan lain tahu yang Mira sudah berkahwin. Arg.. biar sajalah.

“Rindulah dengan dia. Lama aku tak dengar berita dari dia. Semenjak habis pengajian tu langsung tak jumpa dia lagi. Pandai betul dia main sorok dari aku.” Jawab Yusri. Memang selepas mereka berdua bergaduh besar hari tu, dia sudah tidak bertemu dengan Mira lagi. Entah bagaimana keadaan gadis itu sekarang. Rindu dia pada gadis itu.

“Aku pun lama tak jumpa dia” Jawab Wani pendek. Yusri mengerutkan dahinya. Hairan!! Sedangkan setahu diamereka tu berkawan baik.

“Awak memang tak tahu kat mana dia sekarang?” Wani menggeleng kepalanya.

“Aku pun tak tahu.” Sungguh dia pun tak tahu di mana Mira berada dan bekerja. Kerana selepas hari pernikahan Mira mereka tidak pernah bertemu lagi atau menghubungi antara satu sama lain. Kesibukan kerja juga menjadi dia lupa akan sahabatnya itu.

“Kalau kau ada jumpa dia kau cakap aku cari dia, atau suruh dia contact nombor aku ni.”

Sekali lagi Yusri berasa hampa. Hanya dengan Wanilah satu-satunya harapan terakhir untuk mencari Mira Syafika. Sebab gadis itu adalah kawan karib kepada Mira mustahil dia tidak tahu di mana Mira berada. Terasa pencarian dan penantiannya hanya sia-sia. Gadis yang di puja sejak universiti dulu masih belum di temui.

.....................................................

Selepas makan malam Mira melabuhkan pinggang di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Tangannya segera menekan remote control yang ada di tangannya. Seharian bekerja inilah masanya dia berehat. Segala makan minum Iqbal Iskandar di sediakan walau pun dia sudah bekerja.

Iqbal Iskandar sengaja melabuhkan pinggangnya di sisi Mira yang asyik menonton rancangan kegemarannya. Dia teringat permintaan papanya yang mengajaknya pulang ke rumah papanya.

“Sayang..”

Namun senyap saja. Mira masih menumpukan perhatiannya pada skrin television.

“Tak jawab dosa..”

“Ye.. kenapa?”

“Minggu ni kita kena pergi rumah parent abang..” ujar Iqbal Iskandar sambil memandang wajah Mira yang berada di sisinya.

“Buat apa pergi sana?” jawab Mira acuh tak acuh.

“Papa dan mama nak buat majlis ulang tahun perkahwinan mereka. Jadi papa jemput kita datang sekali. Kita tidur kat sana..”

“Kalau Mira tak pergi boleh ker?” tanya Mira lagi.

“Mana boleh ini permintaan papa tau! Sejak kita kahwin, Mira belum pernah pergi ke rumah family abang. Lagi pun dalam majlis tu nanti papa dengan mama nak memperkenalkan Mira pada semua orang“ agak keras sedikit suara Iqbal. Geram pun ada.

“Yelah.. yelah.. Mira pergi..  Orang tanya sikit pun dah nak naik angin..” kini giliran Mira pula yang terasa.

“Sorrylah abang tak sengaja nak tinggikan suara..” matanya sempat melihat wajah Mira yang menarik muka masam. Timbul pula nakalnya ingin mengusik Mira.

Baru saja Mira ingin bangkit dari tempat duduknya, tiba-tiba tangannya di rentap kasar. Bukan sengaja tapi dia tidak tahan melihat sikap Mira yang sengaja melarikan diri darinya. Sedangkan dia setiap hari menanggung rindu pada wajah itu.

“Mira nak masuk tidurlah..”

“Duduklah temankan abang. Ada banyak perkara yang abang nak cakap dengan sayang.”

“Esok-esok sajalah. Mira mengantuk ni” jawab Mira tidak senang hati. Bukan dia tidak tahu perangai Iqbal memang sukar di jangka. Teringat dia perbualan Dato Ismail dengan Encik Fuad hari tu.

“Banyaklah alasan. Abang suruh duduk sini temankan abang. Itu pun susah sangat ker?”

Mira mengeluh keras. Tanda dia tidak suka dengan sikap Iqbal yang kadang kala merunsingkan dia. Agaknya lelaki itu jenis yang suka memaksa. Kekadang dia tidak faham dengan perangai lelaki itu. Kekadang okey kekadang tak okey.

“Yelah..yelah.. Awak nak cakap apa, saya dengar ni” akhirnya Mira mengalah.

Mira kembali duduk di tempatnya yang tadi. Matanya di tuju ke arah television. Iqbal mengambil kesempatan ini untuk memandang wajah itu.

..........................................................................

Habis waktu pejabat, Mira terus menuju ke stesen menunggu teksi. Dia sudah berjanji dengan Wani untuk berjumpa di Restoran Melayu. Ketika sampai di sana, kelihatan Wani sudah pun menunggu.

Mira terlambat sampai. Maklumlah jalan akan sesak selepas waktu pejabat. Tergesa-gesa dia mendapatkan Wani kemudian memeluk Wani apabila gadis itu menerpa ke arahnya. Sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu. Selepas majlis akad nikah di kampung, mereka berdua sibuk bekerja membuatkan mereka susah bertemu.

“Mira apa khabar?” Wani bertanya kepada Mira lembut dan dengan penuh kasih sayang. Wajah Mira sedikit cengkung di tatapnya.

Mira adalah kawan karibnya dari kecil lagi. Kawan karib yang dia boleh berkongsi segala suka dan duka, susah dan senangnya. Dia melihat Mira menggeleng. Ada wajah kesedihan terpamer.

“Apa sudah jadi ni? Dia tak layan awak dengan baik ke?” soalnya lagi.

Mira menggeleng kepalanya. Wani  memimpin tangan Mira lalu duduk di salah sebuah kerusi yang berada tidak jauh dari situ.

“Dia layan aku baik.. tapi aku..”

Mira tidak dapat menahan rasa sebaknya. Wani mengurut bahu Mira lembut dan menyuruh gadis itu bertenang. Dia faham apa yang di tanggung dan di alami oleh sahabat karibnya itu sekarang. Bukan mudah untuk menerima hakikat dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Terutama seklai lelaki itu pernah menjadi musuhnya ketika mereka berada di university lagi. Tapi itulah jodoh tiada siapa yang mampu menolak aturan tuhan yang sudah di tetapkan.

“Sabar Mira, mengucap banyak-banyak. Bertenang. Kita minum dan makan dululah ya.. hari ni aku belanja kau. Sebab aku dah dapat gaji” ujarnya sambil gelak. Dia mahu Mira kembali ceria semula.

“Oh.. patutlah beriya-iya nak ajak Mira keluar makan. Ni sebabnya” ujar Mira dengan nada gurau. Air matanya di lapkan cepat-cepat.

Wani melambaikan tangannya pada pelayan yang memandang kearahnya. Dia memesan makanan untuk mereka berdua.

“Beb!! Hari tukan aku ada jumpa Yusri. Dia ada tanya pasal kau” ujar Wani.

“Tanya pasal apa pula?” soal Mira kehairanan. Memang sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki itu.

“Dia tanya dengan aku sama ada aku ada jumpa kau ke tidak? Dia kata dah lama dia cari kau tapi tak jumpa... dan dia ada bagi kad nama dia.. kalau aku ada jumpa kau dia suruh aku bagi.” Cepat-cepat Wani keluarkan kad nama Yusri dari beg tangannya.

“Kenapa dia masih cari aku?” soal Mira lagi.

“Bukan kau tak tahu dari dulu lagi dia suka kat kau. Kau tu je buat tak layan dia. Kekadang aku pun tak faham dengan perangai kau ni. Pada hal dia tu baik, handsome pulak tu. Ramai gadis suka kat dia. Tapi dia suka kat kau. Kiranya kau bertuah tau.”’Bertuah’ Ini kali ketiga manusia di sekeliling mengatakan perkataan bertuah pada dirinya. Entah bertuahlah sangat.

“Sebab aku tak layak buat dia. Lagi pun sekarang aku dah jadi isteri orang.” Jawab Mira menahan sebak dalam hatinya. Kalaulah dia seperti gadis lain sudah lama dia menerima huluran cinta jejaka itu. Tetapi apa yang dia ada untuk di berikan pada jejaka itu. Maruahnya sudah tergadai. Seandainya lelaki itu tahu kisah silamnya, mahukah lelaki itu cinta kepadanya?

“Tak layak?  Dari dulu lagi kau selalu cakap kau tak layak buat dia. Dari segi apa kau tak layak buat dia? Dia bukannya memilih pasal harta dan darjat. Tapi ini soal hati” soal Wani hairan.

‘Kau tak akan tahu dan tak faham apa yang ku rasa Wani. Tak apalah ada masa nanti aku akan cerita dengan kau’

“Woi.. kau dengar tak ni aku cakap dengan kau.. mengelamun pula...”

Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang membawa nasi goreng kampung.

“Jomlah kita makan laparlah perut Mira ni.”ujar Mira. Sengaja dia menukar topic.

“Mmmm Mira, Iqbal macam mana? Dia layan kau baik tak?” soal Wani. Dia memandang tepat kearah wajah sahabatnya itu.

“Dia layan aku baik tapi aku.. Entahlah.. Masih takut nak terima semua ni.. Aku belum bersedia lagi..”

“Belajarlah mencintai dia. Cinta akan datang apabila kau sudah menyiapkan diri untuk menerima cinta. Lagipun tak salah kalau kau belajar cintakan suami kau. Manalah tau nikmatnya nanti” Ujar Wani.

‘Belajar untuk menyintai Iqbal. Bolehkah dia?’ dia  memandang tepat kearah muka Wani.

“Mira belum bersedia untuk menerima semua ini. Dan awak tak akan faham dengan apa yang Mira lalui.. Apa yang Mira rasa..” ujarnya perlahan. Kembali terlayar peristiwa hitam itu. Walaupun dia sedaya upaya untuk mengusir sejarah hitam itu namun seringkali sahaja ianya muncul dalam mimpi. Kini setelah dia bergelar isteri kepada Iqbal, setakat ini dia tidak lagi mengalami mimpi ngeri itu. Apakah jodohnya memang di takdirkan dengan lelaki yang bernama Iqbal Iskandar.

“Kalau macam tu kau cakaplah apa yang kau rasa dan lalui itu. Mungkin dengan cara itu ia dapat melapangkan hati dan perasaan awak tu.”

“Tunggulah kalau ada masa yang panjang nanti aku akan ceritakan. Tapi bukan sekarang. Sebab Mira belum bersedia untuk menceritakannya” jawab Mira lagi.

“Kau ada rahsia tak bagi tau aku ke?” soal Wani sangsi. Mira hanya mengangguk.

“Tak apalah kalau kau belum bersedia nak bagi tahu. Tapi janji jangan lupa nak cari aku tau kalau dah rasa bersedia nak luahkannya.” Mira hanya mengngguk.

“Kau dah kerja ke sekarang? Atau jadi suri rumah sepenuh masa? Maklumlah suami kau tu orang kaya” usik Wani. Bertuah Mira. Kahwin dengan anak dato. Anak tunggal lagi.

Mira mencebik.

“Tak ada maknanya aku sekolah tinggi-tinggi sekadar nak jadi suri rumah. Tak berbaloi segala penat lelah aku. Lagi pun aku tak suka nak pakai duit orang macam tu. Nanti aku terhutang budi pula dengan dia.”

“Hish.. tak baik cakap macam tu tau. Apa pun dia suami kau dan dia berhak bagi nafkah. Jadi Iqbal bagilah kau kerja..?” soal Wani lagi.

Mira mengangguk.

“Dia bagi aku kerja dengan syarat kerja kat opis dia tu.. Leceh betul. Ingatkan dapatlah aku nak lari dari santapan mata dia tu. Tapi kalau di fikirkan balik memang susah nak cari kerja kat tempat lain.”

“Kau kerja kat opis dia? Eh.. kejap.. kejap. Kan ke kau ada pergi interview hari tu, macam mana?”

“Memang benar pun ada jawatan kosong kat pejabat dia tu. Memang jawatan itu yang aku pegang sekarang.”

“Bertuahnya kau. Tu tanda dia sayang kat kaulah tu. Dia tak nak kau jauh darinya sebab tu dia tak nak ambik calon lain. Jangan-jangan Iqbal dah jatuh cinta kat engkau. Mana tahu!” Wani mengusik lagi.

“Hish mana ada! Melampau betul dia tau tak. Aku memang tak ada pilihan. Kalau aku kerja kat tempat lain dia tak bagi aku kerja. Apa yang aku boleh buat. Nak duduk di rumah lagilah bosan. Kerja sajalah kat opis dia tu.”

“Mereka tau tak awak bini bos mereka?” soal Wani lagi.

“Mereka belum tau lagi. Malam esok baru nak umumkan kepada tetamu tentang status kami.”

“Malam esok ada apa?” soal Wani pula.

“Majlis ulang tahun perkahwinan orang tua Iqbal. Nilah yang Mira nak jemput Wani. Datang ye malam esok kau carilah teman. Aku seganlah nak berdepan dengan tetamu tu..”Mira cuba memujuk.

“Eh aku mana ada kawan lain..”

“Laa yang satu rumah dengan kau tu?”

“Tengoklah nanti. Kalau aku rasa nak pergi aku call kau eh..”

“Tapi kalau boleh pergilah..” Mira cuba memujuk.

“Tak dapat nak janjilah..”

........................................................

Sejak tadi dia menunggu Mira. Namun kelibatnya belum juga sampai. Dari tadi lagi dia cuba menelefon Mira namun hampa. Asyik-asyik voice mail. Entah kemana dia pergi? Dia risaukan keselamatan Mira. Dia pernah beritahu Mira tentang peraturan tinggal di rumah itu. Baru sebulan inilah kali pertama Mira pulang lewat darinya. Dia sanggup tinggalkan kerja yang masih berlambak kerana dia mengingatkan Mira mahu pulang awal hari ini. Mana dia tahu apabila dia keluar dari bilik pejabatnya Mira sudah tidak kelihatan lagi. Nak bertanya kepada pekerja lain mesti mereka akan syak sesuatu. Dia menelefon tapi hanya kedengaran suara operator wanita saja yang menjawab.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia membaringkan badannya di atas sofa. Tiba-tiba pula matanya rasa mengantuk. Namun di lawannya juga rasa ngantuknya.

‘Lebih baik aku keluar cari dia. Manalah tahu dia ada apa-apa hal..’ bisiknya dalam hati. Baru saja dia melangkah kearah pintu. Bunyi pintu utama membuatkan dia terkejut. Rasa marahnya masih lagi menyesakkan ruang dadanya.

“Awak dari mana ni? Dah pukul 9 malam baru ingat nak balik. Bagus tak payah balik.” soalnya garang. Mira mengangkat mukanya. Terkejut dia bila mendengar suara Iqbal yang agak kasar itu. Bungkusan nasi goreng itu masih berada di tangannya. Dia tahu pasti Iqbal lapar sebab selalunya dia akan memasak bila balik dari pejabat. Namun hari ini dia pergi berjumpa dengan Wani. Dia mahu menelefon Iqbal untuk memberitahu kemana dia pergi, namun handphonenya terpadam kerana kehabisan bateri.

“Saya tanya jawab. Itu pun susah sangat ke awak nak jawab!” Iqbal tiba-tiba naik angin. Bayangkan dia tengah bersusah hati, tiba-tiba isterinya selamba saja tanpa mempedulikan perasaannya. Memang sakit hatinya..

“Jumpa kawan..” jawab Mira perlahan walau pun rasa terkejutnya tadi belum hilang lagi namun dia tidak mahu cari gaduh masa  sekarang. Mira terus berlalu menuju ke ruang dapur. Iqbal terus mengikutinya dari belakang. Dia masih belum puas hati dengan jawapan Mira tadi.

“Ni Mira belikan nasi goreng kampung buat awak.. Mira tak tahu awak suka makan apa?” seraya itu Mira meletakkan bungkusan nasi goreng itu di atas meja. Dia mengambil sudu lalu di letakkan di atas bungkusan plastic itu. Kemudian dia mengambil air kosong. Gelas itu di letakkan di tepi bungkusan plastic itu.

“Kawan awak tu lelaki ke perempuan?” soal Iqbal tidak puas hati. Hatinya tiba-tiba rasa cemburu. Memang dia mahu tahu sama ada Mira keluar dengan kawan lelaki ke perempuan. Lebih baik dia bertanya terus. Tidak kisahlah kalau Mira kata apa tentang dirinya.

“Kenapa? Mira keluar dengan Wanilah. Baru hari ini kami ada masa terluang.” Jawab Mira dengan rasa tidak senang hati. Lelaki ni memang kuat cemburu kot!!

“Tak adalah. Manalah tahu Mira keluar dengan kawan lelaki. Habis kenapa tak call abang. Boleh abang pergi hantar. Naik teksi bahaya tau. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu.” Dia menutur lembut suaranya.

“Tak payahlah. Terima kasih. Lagipun teksikan ada. Memang pun Mira nak bagitahu tapi bateri handphone Mira dah habis. Nak buat macam mana?”

“Alasan... Awak tahu tak awak telah menyusahkan saya. Lain kali jangan nak buat perangai macam tu. Abang tak suka.” Entah kenapa dia boleh bercakap macam tu di depan Mira.

...........................................................................

Pagi Sabtu mereka sudah bersiap-siap untuk pergi ke rumah Dato Ismail.  Mereka singgah di sebuah supermall utnuk membeli hadiah. Selepas mereka membeli hadiah sempena majlis ulang tahun perkahwinan, Iqbal Iskandar sengaja mengajak Mira ke sebuah butik. Dia mahu membeli blaus untuk Mira pakaikan malam nanti. Dia tahu Mira tidak punya pakaian untuk malam nanti. Mira yang tiada mood mengikut sahaja kehendak Iqbal. Entah kenapa hatinya rasa tidak begitu sedap. Mungkin ada perkara yang berlaku menjelang malam nanti.

“Hai Auntie Lisda...”

“Hai.. pengantin baru.. Ada apa datang ke butik Auntie ni?”

“Ni malam nanti ada majlis dekat rumah family Iqbal. Sebab tu Iqbal nak Auntie pilih pakaian yang paling cantik dan selesa buat Mira.. Bolehkan Auntie..?”

“TAk ada masalah.. Serahkan saja pada Auntie.”

 “Tak payahlah nak belikan yang mahal-mahal..” ujar Mira berbisik ke telinga Iqbal.

“Tak apalah, malam nantikan malam yang bermakna buat kita. Abang nak semua tetamu yang hadir terpegun dengan kecantikan Mira.” Balas Iqbal dengan senyumannya. Dia suka kalau hari-hari dia dapat mengusik si isteri. Dan hari ini dia berpeluang untuk berdua-duaan dengan Mira. Harapnya tiada siapa yang mengganggu. Kalau tidak tak dapatlah dia bermanja-manja dan bergurau senda dengan isterinya itu.

“Ni yang malas ni. Leceh betul tau jadi perhatian ramai. Nak buat apa semua tu? Semua orang dah taukan Mira ni isteri awak..” balas Mira lagi.

“Abang tak kira abang nak juga belikan. Malam nanti sayang kena pakai.”

Ketika Mira berada di dalam bilik persalinan itu datang pula Elly kawan si Rozie. Dari luar tadi Elly melihat Iqbal sedang menilit gaun malam yang ada dalam butik tersebut. Jadi dia mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan Iqbal.

“Hi Iqbal you dengan siapa?” saolnya sambil matanya meliar mencari seseorang.

“Hi Elly.. I dengan special girl. Kenapa?”

 Lalu mata Elly terarah kepada seorang gadis yang bertudung sedang berdiri di hadapan mama Amirul.

“Itu ke your special girl? Kampung sangatlah.. Sejak bila pula your taste berubah ke perempuan bertudung?”

“Really.. tapi bagi I dia yang teristimewa sekali. Kalau nak di bandingkan dengan you all.”

“You.. sampai hati cakap macam kat kita orang. Ni Rozie tau tak?” ujar Elly mendengus marah. Sakit hatinya bila dia mendengar Iqbal seperti mengejeknya.

“Dia akan tahu malam nanti.. Tak payahlah nak kecoh sangat..” ujar Iqbal.

Dari jauh Mira terlihat Iqbal sedang berbual dengan seorang gadis cantik dan seksi. Mungkin begitulah citarasa si suaminya yang sebenarnya sebab itu dia bersusah payah datang ke butik yang standard macam ni. Dasar lelaki pantang nampak perempuan yang berdahi licin.

“Mira.. semua okey ke?” soal mama Amirul.

“Semuanya okey auntie. Terima kasih sebab tolong Mira. Kalau Mira memang suka yang simple saja.. tapi tak taulah citarasa Iqbal pula begini.”

“Mirakan cantik. Mestilah dia mahu yang terbaik buat Mira. Auntie tak pernah lihat dia bawa perempuan lain kat butik auntie. Sebab tu hari tu auntie terkejut bila dia tiba-tiba bawa Mira ke butik auntie hari tu. Jadi tentulah auntie fikir Mira sangat special buat Iqbal.”

“Ye ke Auntie. Boleh percaya ke?”

“Kenapa Mira cakap macam tu pula?” Aunti Lisda pula yang bertanya.

“Tu... Dia tengah berbual dengan perempuan yang lebih cantik dari Mira..”

“Tapi kalau auntie tengok, Mira lebih cantik dari perempuan seksi tu.. Ala dia cantik pun sebab pakai makeup yang mahal dan tebal. Kalau auntie suka dengan wajah yang solekan ala kadar saja macam Mira.”

“Terima kasih Auntie..” jawab Mira samba tersenyum.

“Dah okey ke?” soal Iqbal yang datang secara tiba-tiba di belakang Mira.

“Semuanya okey. Cantik sangat dia pakai..” balas Auntie Lisda.

“Ruginya abang tak sempat tengok tadi.”

“Ala surprisekan.. Malam nanti awak boleh tengok dia pakai puas-puas..” jawab Auntie Lisda. Dia memang kagum dengan kecantikan Mira Syafika. Alangkah bertuahnya Iqbal memperisterikan gadis itu. Dahlah cantik, baik dan berbudi bahasa pula tu.

“Aik.. mana kawan awak tadi. Dah balik ke?” soal Mira. Matanya masih melilau cari perempuan yang berbual dengan suaminya sebentar tadi.

“Aaa.. Dah balik pun sengaja je dia singgah nak bertegur dengan abang..” jawab Iqbal.

“Oh yeke.. cantik orangnya..” puji Mira lagi.

“Tapi cantik lagi isteri abang...” jawab Iqbal dengan cepat.

“HIshh tak malu betullah dia ni...”

‘Lain aku cakap lain pula dia balas’

“Yelah.. Mira lebih cantik dari perempuan tadi tukan Iqbal? Dia kawan Iqbal ke?”

“Kenal gitu-gitu saja. Kawan Rozie.” Jawab Iqbal selamba.

Selepas keluar dari butik Mama Amirul, mereka terus menuju ke tempat makan. Terasa laparlah pula. Kemudian mereka pergi menonton wayang. Sepanjang mereka bersama, Iqbal langsung tidak melepaskan tangan Mira. Ada saja alasannya dia mahu memengang tangan Mira itu. Sesekali Mira membantah namun dia terpaksa menurut sahaja. Bukan selalu pun si suaminya berpeluang memengang tangannya itu.

Selepas menonton wayang, Iqbal membawa Mira pergi ke rumah keluarganya. Sesampai di sana mereka di sambut oleh Datin Mardiah dan Dato Ismail.

..................................................

Malam sudah tiba, hati Mira rasa gelisah. Dapatkah dia menyesuaikan diri dalam majlis itu nanti. Berkali-kali dia membelek blaus yang di beli oleh Iqbal dari butik Auntie Lisda. Cantik!! Sangat cantik.

Kemudian dia terus menuju ke bilik air untuk menukar pakaiannya. Selepas mandi tadi dia memakai pakaian biasa. Kali ini baru dia nak bersiap-siap untuk majlis malam ini.

Lama juga dia membelek dirinya di hadapan cermin. Kemudian dia meilit tudung pula.

Selesai saja dia mempersiapkan diri, kedengaran tombol pintu di buka dari luar. Makin berdegup kencang rasa jantungnya. Kali ini mesti Iqbal yang ingin masuk kebiliknya.

“Sayang dah siap ke?”

“Tinggal sikit lagi..”

Sekali saja Iqbal mengangkat mukanya, dia terpegun. Terpegun dengan kecantikan isterinya malam ini. Dia tidak menyangka gurauan Auntie Lisda petang tadi bukan hanya gurauan.

“Cantiknya isteri abang.. Ni yang buat abang tak tahan ni..” ujarnya sambil tersengih-sengih.

“Awak jangan nak macam-macam.. Majlis tu akan bermula sebentar nanti.”

“Kalau dah siap jom kita turun ke bawah.. Kalau lambat, Abang akan...”

“Awak akan apa?”

“Nak cium mulut tu.. banyak pula soalan..”

“Yelah-yelah dah nak siaplah ni..” sekali lagi Mira membelek wajahnya di hadapan cermin. Dia sudah berpuas hati. Makeup yang ala kadar saja. Yang penting dia selesa.

“Dahlah tu dah cantik dah..  Abang pula yang rasa takut..”

“Kenapa pula awak nak rasa takut. Sepatutnya Mira yang rasa macam tu sebab nilah kali pertama Mira berdepan dengan tetamu korporat”

“Takut sayang dilarikan orang nanti.. Cantik sangat mesti orang suka. Jomlah.. nanti lambat pula..” sengaja tangan Iqbal menarik tangan Mira.

“Sengajalah tu nak pegang tangan Mira..”

“Eh mana ada? Apa kata mereka nanti kalau abang tak pegang tangan Mira? Terutama sekali di depan para tetamu papa tu..”

“Yelah-yelah.. Malam ni awak boleh pegang tangan Mira ni..” balas Mira mengalah.

“Terima kasih sayang.. inilah yang abang selalu inginkan..”

Mereka berdua terus keluar dari bilik menuju ke ruang halaman rumah.