DATO
Farid mula di serang sakit jantung. Dia rasa tertekan dengan apa yang baru di
dengarnya tadi. Dia tidak menyangka isteri yang di sangka baik selama ini
adalah orang yang menjadi dalang kepada apa yang berlaku kepada anak
perempuannya.
“Papa tak
sangka isteri papa sangat teruk orangnya!” keluh Dato Farid lagi. Semua yang
berada di situ hanya terdiam. Tidak tahu apa nak di kata. Semua berlaku sekelip
mata.
“Sabarlah
papa.. El dah lama tunggu hari ini..”
“Sejak
bila El tahu kegiatan Melinda?”
“Sejak
El bertemu semula dengan Pak Teh dan Mak Teh.. Mereka telah ceritakan
segalanya. Pada mulanya memang El pun tak percaya sebab diakan isteri papa.
Tapi selepas Ariana di langgar hari itu, El telah menyuruh kawan El menyiasat
perkara ini. Bila dah ada bukti, Datin Melinda tidak dapat lari dari semua
perkara jahat yang pernah dia lakukan!”
“Mama
pun tak sangka Datin Melinda boleh jadi begitu! Apa yang tak kena dengan dia
tu? Patutlah dia beriya-iya mahu anaknya berkahwin dengan El.. Rupa-rupanya ada
perkara yang dia rancang..” balas Tengku Suraya pula.
“Bella pun tak tahu yang Datin Melinda rancang
semua ini. Datin sendiri yang membuat panggilan untuk memusnahkan Ariana.. Tapi
sebelum Ariana keluar memang Bella bergaduh dengan Ariana..” ujar Mak Teh lagi.
“Kenapa
mereka bergaduh?”
“Kata
Bella dia mahu menjemput Tengku Elman di airport! Dia kata Puan Ariana jangan
keluar. Tapi Cik Ariana tetap berdegil. Pada masa itu, Mak Teh memang nak
halang juga Ariana keluar rumah. Tapi selepas pergaduhan itu, Puan terus keluar
dari rumah. Cuma Mak Teh sempat telifon Pak Teh agar ikut kereta Puan Ariana.”
ISABELLA
keluar dari hotel. Dia tidak dapat menunggu saja di situ. Mungkin pihak polis
sedang memburunya. Sebaik saja kakinya berada di ruang lobi, dia melihat
beberapa anggota polis berada di kaunter. Dia cuba menyembunyikan diri di
sebalik tiang besar itu.
Nampaknya
apa yang di sangka telah pun berlaku. Setelah melihat anggota polis itu pergi,
dia keluar dari tempat persembunyiannya.
Amir
tetap sedia menunggu suspek di dalam kereta. Dia percaya, Isabella belum pergi
jauh. Menurut kata orang bawahannya tadi, Isabella memang menetap di hotel itu.
Sengaja dia tidak pergi bersama anggota lain agar dia dapat memerhati kawasan
itu. Manalah tahu suspek itu melarikan diri ketika anggotanya berada di dalam
hotel tersebut!
Tiba-tiba
matanya menangkap tubuh wanita yang baru keluar dari hotel itu. Kelihatan
wanita itu mencurigakan. Dia mengenakan cermin mata hitam yang besar dan
selendang menutupi wajahnya. Dia berjalan pun asyik menoleh ke kanan dan kiri.
Lama juga Amir memerhatinya. Dan kali ini dia tidak salah. Memang itulah suspek
yang di cari!
Dia
keluar dari keretanya perlahan. Namun matanya tetap memerhati gerak geri wanita
itu dari jauh.
Isabella
singgah di kedai runcit untuk membeli surat khabar. Manalah tahu ada berita
sensasi masa ini. Lagi pun sudah dua hari mummynya tidak menelefonnya.
Dia duduk di sebuah kerusi di sebuah taman
yang agak jauh dari tempat penginapannya. Satu persatu muka surat di selak.
Tiba-tiba matanya melotot dengan tajuk yang terpampang di dada akhbar.
Seorang
wanita bergelar Datin Melinda di tangkap!
“Mummy??”
ujar Isabella. Matanya terus membaca laporan itu. Tanpa sedar air matanya
menitis. Ada perkara yang dia sendiri tidak tahu.
“Mummy..
Maafkan Bella mummy..” dia menutup suratkahabar itu lalu bangun dari tempat
duduknya. Walau pun dia tidak tahu kemana arah yang di tuju. Apa yang pasti dia
tidak dapat balik ke teratak Humaira semula.
AMIR
segera menelefon Tengku Elman. Kali ini dia terpaksa meminta pertolongan dari
Tengku Elman. Dia tidak boleh bertinadak terburu-buru. Kalau tidak pasti akan
berlaku kejadian yang tidak di ingini.
Tengku
Elman bergegas ke tempat yang di beritahu oleh Amir. Dia mahu berbincang dahulu
dengan Amir tentang apa tindakan yang harus di buat.
Perlahan-lahan
Tengku Elman mendekati Isabella dari belakang. Dia tidak mahu Bella perasan
akan kehadirannya di sana. Dia terpaksa menggunakan cara lembut untuk
memerangkap Isabella.
“Bella..”
panggilnya perlahan. Panggilan itu membuatkan Isabella terkejut. Paling
menggembirakan apabila melihat lelaki yang sangat di rinduinya berdiri di
depannya.
“Elman...”
dengan pantas dia memeluk Tengku Elman. Dia merasakan Tengku Elman datang
tepat pada masanya. Pada masa dia
benar-benar memerlukan seorang teman.
“I
miss you.. and I love you..” ujarnya perlahan. Tengku Elman hanya mengangguk.
“I
miss you too..” balas Tengku Elman.
“Really???”
soal Bella lagi. Wajahnya yang sedikit muram tadi sudah menunjukkan sinar
cahayanya. Tengku Elman mengangguk. Dari jauh dia melihat Amir sedang setia
memerhatinya.
“Bella
dah makan?” soal Tengku Elman. Dia tahu pasti Bella belum menjamah apa-apa
meliat dari riak wajahnya itu.
“Belum.
Kenapa?” soal Bella sambil melihat wajah itu.
“Jom
kita pergi makan. Bella nak makan apa?” pujuk TEngku Elman lagi.
Isabella
yang mendengar soalan Tengku Elman benar-benar rasa gembira. Nampaknya Tengku
Elman masih mengambil berat akan dirinya. Tapi bagai mana kalau itu sekadar
lakonan.
“Tak
nak!!” jawabnya kuat. Tengku Elman tersentak!
“Nanti
Elman bawa Bella ke balai polis. Elman sengaja nak buat baik dengan Bellakan?”
soal Isabella lagi.
“Siapa
cakap Elman nak bawa Bella pergi balai polis! Elman nak ajak Bella pergi makan
je.. Lagipun Elman laparlah!” sedaya upaya Tengku Elman memujuk. Dia tidak mahu
apa yang di rancang tadi gagal. Dia tersenyum pada Isabella. Dia harus
meyakinkan gadis itu. melihat senyuman dari bibir Tengku Elman, Isabella
mengangguk setuju.
KEDUA
mereka menuju ke restoran tempat yang di sukai Isabella. Selepas makan, Tengku
Elman membawa Bella ke suatu tempat. Pada masa itulah pegawai polis wanita
menangkap Isabella. Isabella rasa sangat terkejut. Dia juga tidak menyangka
yang Tengku Elman juga bersubahat dengan pegawai polis untuk menangkap dia. Dia
menyumpah seranah akan Tengku Elman. Wajah yang dulu sangat di pujanya berubah
menjadi benci!
Isabella
memandang dengan pandangan yang benci ke arah Tengku Elman. Namun Tengku Elman
tidak dapat berbuat apa-apa. Dia juga kesal dengan apa yang berlaku.
“I
hate you.. Tengku Elman Qaufar!!” jerit Isabella lagi. Dia tetap juga cuba
meronta-ronta dari di pengag oleh dua orang polis wanita. Kemudian dia ketawa
dengan kuat. Dia telah di bawa masuk kedalam kereta peronda polis.
Amir
mendekati Tengku Elman. Dia tahu Tengku Elman pasti sedih melihat keadaan
Isabella sekarang. Siapa sangka dari menjadi seorang wanita berperwatakan moden
boleh menjadi seorang pesalah.
“Terima
kasih atas bantuan awak!”
“Sama-sama..
baru sekarang Aku rasa sangat lega...”
“Saya
pun juga lega bila kes kau ni dah selesai. Jadi macam mana dengan Ariana?”
“Dia
masih begitu juga..” ujar Tengku Elman perlahan. Walaupun Ariana belum sedar
lagi, sekurang-kurangnya dia lega masalah mereka sudah selesai. Dengan
penangkapan Datin Melinda dan Isabella, dia tidak perlu bimbang lagi.
“JANGAN tinggalkan abang, sayang,” rintihnya
satu suara yang disulami esakan. Perlahan-lahan Humaira cuba bukakan mata yang
terasa bagaikan digam. Berat! Matanya masih kabur untuk dia mengecam pemilik
suara tadi.
“Tak
cukupkah kita di pisahkan selama lima tahun ini? Abang tak nak Ira tinggalkan
abang lagi. Abang dah cukup bertahan, Ari” suara itu sungguh lirih bunyinya.
Adakah itu dia? Perlahan-lahan Humaira cuba bukakan mata. Dalam kesamaran, dia
dapat melihat wajah itu dekat di sisinya. Benar, dia. Dia yang selama ini
sangat di rindui. Pemilik wajah yang Ariana Humaira ingin habiskan masa seumur hidup. Air matanya
merembes laju. Genggaman tangan mereka biarkan saja. Sukar hendak dia tolak
dalam keadaan dirinya yang masih lemah ini.
Humaira
bergerak perlahan-lahan. Matanya agak silau dengan cahaya terang yang menikam
wajahnya. Perlahan-lahan dia membuka matanya.
“Aku
dekat mana ni?” tanyanya pada diri sendiri.
Dia
tebarkan pandangan sekeliling bilik. Bagaikan hospital. Tapi kenapa? Dia mula
meraba kepalanya. Berbalut dan terasa menyengat. Kemudian dia melarikan
pandangan pada lelaki itu. Orang pertama sekali dia nampak waktu ini. Nampak
matanya merah. Seperti orang baru lepas menangis.
“Alhamdulillah
sayang dah sedar” ujar lelaki itu.
“Aku
dekat mana ni? Dan kenapa aku ada di sini?”
Humaira lagi.
“Sayang
kemalangan. Dah sebulan sayang tak sedarkan diri,” jawab lelaki itu. Humaira
terpinga-pinga. Biar betul!! Sudah sebulan dia tidak sedarkan diri? Patutlah
dia rasa tulang belakangnya mula terasa sakit-sakit. Dia mengalihkan pandangan
pada wanita separuh umur itu.
Kelihatan
Mak Teh hanya mengalirkan air mata. Begitu juga dengan Zeti. Terkejut juga
mendengar kenyataan dari lelaki itu tapi mungkin juga.
Mata
Zeti merah. Serta merta dia menghampiriku dan meraih tubuhku.
“Kak
Ira, Zeti rindu sangat dengan Kak Ira” ngongoinya selepas meleraikan pelukan.
Aku membalas dengan senyuman kelat.
Semua
tetamu disekelilingnya mengucapkan syurkur. Dan ada yang sampai menitiskan air
mata. Siapa sangka pesakit yang setia menemani katil itu semenjak sebulan lalu
akhirnya tersedar jua.
Dato
Farid, Tengku Suraya, Tengku Elman, Pak Teh dan Mak Teh serta Zeti mengelilingi
pesakit itu. Semuanya sudah tersenyum gembira. Tengku Suraya memeluk tubuh
Humaira. Siapa sangka orang yang di sangkanya sudah meninggal dunia masih hidup
di muka bumi tuhan ini. Begitu juga dengan Dato Farid. Kesedihannya selama lima
tahun ini kini sudah berbalas apabila dia mengetahui anaknya masih hidup. Siapa
sangka!
Tengku
Elman Qaufar adalah antara insan yang paling gembira yang tak terkata dan hanya
mampu mengucapkan syukur pada Illahi. Kini dia boleh tersenyum lega melihat
insan kesayangannya masih hidup.