Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 24 February 2017

Kau Rantai Hatiku 61

DATO Farid mula di serang sakit jantung. Dia rasa tertekan dengan apa yang baru di dengarnya tadi. Dia tidak menyangka isteri yang di sangka baik selama ini adalah orang yang menjadi dalang kepada apa yang berlaku kepada anak perempuannya.

“Papa tak sangka isteri papa sangat teruk orangnya!” keluh Dato Farid lagi. Semua yang berada di situ hanya terdiam. Tidak tahu apa nak di kata. Semua berlaku sekelip mata.

“Sabarlah papa.. El dah lama tunggu hari ini..”

“Sejak bila El tahu kegiatan Melinda?”

“Sejak El bertemu semula dengan Pak Teh dan Mak Teh.. Mereka telah ceritakan segalanya. Pada mulanya memang El pun tak percaya sebab diakan isteri papa. Tapi selepas Ariana di langgar hari itu, El telah menyuruh kawan El menyiasat perkara ini. Bila dah ada bukti, Datin Melinda tidak dapat lari dari semua perkara jahat yang pernah dia lakukan!”

“Mama pun tak sangka Datin Melinda boleh jadi begitu! Apa yang tak kena dengan dia tu? Patutlah dia beriya-iya mahu anaknya berkahwin dengan El.. Rupa-rupanya ada perkara yang dia rancang..” balas Tengku Suraya pula.

 “Bella pun tak tahu yang Datin Melinda rancang semua ini. Datin sendiri yang membuat panggilan untuk memusnahkan Ariana.. Tapi sebelum Ariana keluar memang Bella bergaduh dengan Ariana..” ujar Mak Teh lagi.

“Kenapa mereka bergaduh?”

“Kata Bella dia mahu menjemput Tengku Elman di airport! Dia kata Puan Ariana jangan keluar. Tapi Cik Ariana tetap berdegil. Pada masa itu, Mak Teh memang nak halang juga Ariana keluar rumah. Tapi selepas pergaduhan itu, Puan terus keluar dari rumah. Cuma Mak Teh sempat telifon Pak Teh agar ikut kereta Puan Ariana.”

ISABELLA keluar dari hotel. Dia tidak dapat menunggu saja di situ. Mungkin pihak polis sedang memburunya. Sebaik saja kakinya berada di ruang lobi, dia melihat beberapa anggota polis berada di kaunter. Dia cuba menyembunyikan diri di sebalik tiang besar itu.
Nampaknya apa yang di sangka telah pun berlaku. Setelah melihat anggota polis itu pergi, dia keluar dari tempat persembunyiannya.

Amir tetap sedia menunggu suspek di dalam kereta. Dia percaya, Isabella belum pergi jauh. Menurut kata orang bawahannya tadi, Isabella memang menetap di hotel itu. Sengaja dia tidak pergi bersama anggota lain agar dia dapat memerhati kawasan itu. Manalah tahu suspek itu melarikan diri ketika anggotanya berada di dalam hotel tersebut!

Tiba-tiba matanya menangkap tubuh wanita yang baru keluar dari hotel itu. Kelihatan wanita itu mencurigakan. Dia mengenakan cermin mata hitam yang besar dan selendang menutupi wajahnya. Dia berjalan pun asyik menoleh ke kanan dan kiri. Lama juga Amir memerhatinya. Dan kali ini dia tidak salah. Memang itulah suspek yang di cari!

Dia keluar dari keretanya perlahan. Namun matanya tetap memerhati gerak geri wanita itu dari jauh.
Isabella singgah di kedai runcit untuk membeli surat khabar. Manalah tahu ada berita sensasi masa ini. Lagi pun sudah dua hari mummynya tidak menelefonnya.

 Dia duduk di sebuah kerusi di sebuah taman yang agak jauh dari tempat penginapannya. Satu persatu muka surat di selak. Tiba-tiba matanya melotot dengan tajuk yang terpampang di dada akhbar.
Seorang wanita bergelar Datin Melinda di tangkap!

“Mummy??” ujar Isabella. Matanya terus membaca laporan itu. Tanpa sedar air matanya menitis. Ada perkara yang dia sendiri tidak tahu.

“Mummy.. Maafkan Bella mummy..” dia menutup suratkahabar itu lalu bangun dari tempat duduknya. Walau pun dia tidak tahu kemana arah yang di tuju. Apa yang pasti dia tidak dapat balik ke teratak Humaira semula.

AMIR segera menelefon Tengku Elman. Kali ini dia terpaksa meminta pertolongan dari Tengku Elman. Dia tidak boleh bertinadak terburu-buru. Kalau tidak pasti akan berlaku kejadian yang tidak di ingini.

Tengku Elman bergegas ke tempat yang di beritahu oleh Amir. Dia mahu berbincang dahulu dengan Amir tentang apa tindakan yang harus di buat.

Perlahan-lahan Tengku Elman mendekati Isabella dari belakang. Dia tidak mahu Bella perasan akan kehadirannya di sana. Dia terpaksa menggunakan cara lembut untuk memerangkap Isabella.

“Bella..” panggilnya perlahan. Panggilan itu membuatkan Isabella terkejut. Paling menggembirakan apabila melihat lelaki yang sangat di rinduinya berdiri di depannya.

“Elman...” dengan pantas dia memeluk Tengku Elman. Dia merasakan Tengku Elman datang tepat  pada masanya. Pada masa dia benar-benar memerlukan seorang teman.

“I miss you.. and I love you..” ujarnya perlahan. Tengku Elman hanya mengangguk.

“I miss you too..” balas Tengku Elman.

“Really???” soal Bella lagi. Wajahnya yang sedikit muram tadi sudah menunjukkan sinar cahayanya. Tengku Elman mengangguk. Dari jauh dia melihat Amir sedang setia memerhatinya.

“Bella dah makan?” soal Tengku Elman. Dia tahu pasti Bella belum menjamah apa-apa meliat dari riak wajahnya itu.

“Belum. Kenapa?” soal Bella sambil melihat wajah itu.

“Jom kita pergi makan. Bella nak makan apa?” pujuk TEngku Elman lagi.

Isabella yang mendengar soalan Tengku Elman benar-benar rasa gembira. Nampaknya Tengku Elman masih mengambil berat akan dirinya. Tapi bagai mana kalau itu sekadar lakonan.

“Tak nak!!” jawabnya kuat. Tengku Elman tersentak!

“Nanti Elman bawa Bella ke balai polis. Elman sengaja nak buat baik dengan Bellakan?” soal Isabella lagi.

“Siapa cakap Elman nak bawa Bella pergi balai polis! Elman nak ajak Bella pergi makan je.. Lagipun Elman laparlah!” sedaya upaya Tengku Elman memujuk. Dia tidak mahu apa yang di rancang tadi gagal. Dia tersenyum pada Isabella. Dia harus meyakinkan gadis itu. melihat senyuman dari bibir Tengku Elman, Isabella mengangguk setuju.

KEDUA mereka menuju ke restoran tempat yang di sukai Isabella. Selepas makan, Tengku Elman membawa Bella ke suatu tempat. Pada masa itulah pegawai polis wanita menangkap Isabella. Isabella rasa sangat terkejut. Dia juga tidak menyangka yang Tengku Elman juga bersubahat dengan pegawai polis untuk menangkap dia. Dia menyumpah seranah akan Tengku Elman. Wajah yang dulu sangat di pujanya berubah menjadi benci!

Isabella memandang dengan pandangan yang benci ke arah Tengku Elman. Namun Tengku Elman tidak dapat berbuat apa-apa. Dia juga kesal dengan apa yang berlaku.

“I hate you.. Tengku Elman Qaufar!!” jerit Isabella lagi. Dia tetap juga cuba meronta-ronta dari di pengag oleh dua orang polis wanita. Kemudian dia ketawa dengan kuat. Dia telah di bawa masuk kedalam kereta peronda polis.

Amir mendekati Tengku Elman. Dia tahu Tengku Elman pasti sedih melihat keadaan Isabella sekarang. Siapa sangka dari menjadi seorang wanita berperwatakan moden boleh menjadi seorang pesalah.

“Terima kasih atas bantuan awak!”

“Sama-sama.. baru sekarang Aku rasa sangat lega...”

“Saya pun juga lega bila kes kau ni dah selesai. Jadi macam mana dengan Ariana?”

“Dia masih begitu juga..” ujar Tengku Elman perlahan. Walaupun Ariana belum sedar lagi, sekurang-kurangnya dia lega masalah mereka sudah selesai. Dengan penangkapan Datin Melinda dan Isabella, dia tidak perlu bimbang lagi.

 “JANGAN tinggalkan abang, sayang,” rintihnya satu suara yang disulami esakan. Perlahan-lahan Humaira cuba bukakan mata yang terasa bagaikan digam. Berat! Matanya masih kabur untuk dia mengecam pemilik suara tadi.

“Tak cukupkah kita di pisahkan selama lima tahun ini? Abang tak nak Ira tinggalkan abang lagi. Abang dah cukup bertahan, Ari” suara itu sungguh lirih bunyinya. Adakah itu dia? Perlahan-lahan Humaira cuba bukakan mata. Dalam kesamaran, dia dapat melihat wajah itu dekat di sisinya. Benar, dia. Dia yang selama ini sangat di rindui. Pemilik wajah yang Ariana Humaira  ingin habiskan masa seumur hidup. Air matanya merembes laju. Genggaman tangan mereka biarkan saja. Sukar hendak dia tolak dalam keadaan dirinya yang masih lemah ini.

Humaira bergerak perlahan-lahan. Matanya agak silau dengan cahaya terang yang menikam wajahnya. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

“Aku dekat mana ni?” tanyanya pada diri sendiri.

Dia tebarkan pandangan sekeliling bilik. Bagaikan hospital. Tapi kenapa? Dia mula meraba kepalanya. Berbalut dan terasa menyengat. Kemudian dia melarikan pandangan pada lelaki itu. Orang pertama sekali dia nampak waktu ini. Nampak matanya merah. Seperti orang baru lepas menangis.
“Alhamdulillah sayang dah sedar” ujar lelaki itu.

“Aku dekat mana ni? Dan kenapa aku ada di sini?”  Humaira lagi.

“Sayang kemalangan. Dah sebulan sayang tak sedarkan diri,” jawab lelaki itu. Humaira terpinga-pinga. Biar betul!! Sudah sebulan dia tidak sedarkan diri? Patutlah dia rasa tulang belakangnya mula terasa sakit-sakit. Dia mengalihkan pandangan pada wanita separuh umur itu.
Kelihatan Mak Teh hanya mengalirkan air mata. Begitu juga dengan Zeti. Terkejut juga mendengar kenyataan dari lelaki itu tapi mungkin juga.

Mata Zeti merah. Serta merta dia menghampiriku dan meraih tubuhku.

“Kak Ira, Zeti rindu sangat dengan Kak Ira” ngongoinya selepas meleraikan pelukan. Aku membalas dengan senyuman kelat.

Semua tetamu disekelilingnya mengucapkan syurkur. Dan ada yang sampai menitiskan air mata. Siapa sangka pesakit yang setia menemani katil itu semenjak sebulan lalu akhirnya tersedar jua.
Dato Farid, Tengku Suraya, Tengku Elman, Pak Teh dan Mak Teh serta Zeti mengelilingi pesakit itu. Semuanya sudah tersenyum gembira. Tengku Suraya memeluk tubuh Humaira. Siapa sangka orang yang di sangkanya sudah meninggal dunia masih hidup di muka bumi tuhan ini. Begitu juga dengan Dato Farid. Kesedihannya selama lima tahun ini kini sudah berbalas apabila dia mengetahui anaknya masih hidup. Siapa sangka!

Tengku Elman Qaufar adalah antara insan yang paling gembira yang tak terkata dan hanya mampu mengucapkan syukur pada Illahi. Kini dia boleh tersenyum lega melihat insan kesayangannya masih hidup. 

Tuesday, 17 January 2017

Kau Rantai Hatiku 60

Pertama sekali , saya ingin minta maaf sbab dah lama menyepi..                                                BAB 60
TENGKU Elman terpaksa juga bertemu dengan Isabella petang itu. Dia tidak mahu Isabella membuat perkara yang di luar jangkaannya. Dia meninggalkan Ariana Humaira bersama Mak Teh. Masalahnya harus selesai hari ini juga. Dia tidak peduli lagi tentang perasaan Isabella. Dan dia sudah membuat keputusan yang nekad!
“Jadi you nak cancelkan majlis perkahwinan kita..” soal Bella. Tengku Elman memandang wajah Isabella. Memang dia rasa bersalah. Tetapi dia tidak dapat memaksa dirinya untuk menikahi perempuan itu.
“I minta maaf.. I tak dapat meneruskan rancangan kita ini..”
“Atas sebab apa?”
“Sebab I tak pernah cintakan Bella. Hati dan cinta I hanya untuk Ariana..”
“You memang kejamkan.. Sampai hati you buat I macam ni.. Malukan I serta keluarga I dengan perbuatan you ini..”  jerit Isabella lagi. Dia tidak peduli dengan perasaan Tengku Elman ketika ini.
“Kan I minta maaf.. I tahu I bersalah. Tapi I tak dapat nak teruskan majlis perkahwinan kita ini.. I cintakan Ariana..”
“Tak bolehkah you berikan sedikit kasih sayang you tu untuk I? I tak minta banyak.. El.. Cuma sedikit kasih sayang..” rayu Isabella lagi.
“Lagi satu, I sanggup jadi madu Kak Ari kalau you sanggup berikan I peluang untuk I buktikan cinta I pada you..”
“Tapi I tak sanggup menduakan Ari.. Biar pun Ari bersetuju untuk hidup bermadu dengan Bella, tapi I tak janji yang I akan berlaku adil. Dan akhirnya kita akan saling bermusuhan..” dengan tenang Tengku Elman memberikan alasan yang kukuh. Kalau boleh dia memang tidak mahu menyakiti hati Isabella. Dia juga tidak mahu kehilangan Ariana. Tetapi dia harus bijak mengambil keputusan.
Sekali lagi Tengku Elman melepaskan keluhan.
TELEFON bimbit milik Tengku Elman Qaufar berbunyi. Di skrin tertera nama Inspektor Amir. Lalu dia menjawab. Ada perkara penting yang di beritahu oleh Inspektor Amir. Setelah panggilan di matikan Tengku Elman memberitahu berita yang baru di sampaikan oleh Inspektor Amir tadi.
“Pihak polis dah jumpa orang yang langgar Ari” ujar Tengku Elman perlahan.
“Siapa?” soal Dato Farid.
“Seorang lelaki. Sebenarnya dia di upah untuk melanggar Ari” jawab Tengku Elman. Entah siapa yang mengupah lelaki itu untuk melanggar wanita yang amat di cintainya itu. Kalau dia dapat hish.. taulah apa dia nak buat..
“Pihak polis belum dapat siasat lagi ke?” ujar Dato Farid.
“Nampaknya mereka akan dapat bukti tidak lama lagi. Lepas ni baru kita tahu siapa dalang semua ini!” tegas Tengku Elman lagi.
Datin Melinda jadi serba tidak kena. ‘Sial, kenapa budak upahannya itu tidak dapat melarikan diri. Kan dia sudah pesan, kalau dah buat kerja itu dia mahu bukti di lupuskan dan dia harus melarikan diri’ bisiknya dalam hati.
“Awak kenapa Mel? Gelisah semacam je? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Dato Farid. Dia hairan dari tadi lagi mereka rancak berbual mengenai siasatan polis, isterinya hanya mendiamkan diri. Biasanya dialah orang yang paling kecoh sekali.
“Tak ada apa-apalah bang.. Mel pening kepala. Mel nak masuk rehat sekejap..” dalih Datin Melinda. Dia tidak betah mahu tinggal lama-lama bersama dengan mereka.
Di dalam bilik, dia segera mengambil telefon bimbitnya. Di dailnya nombor budak upahannya itu.
“Hello..”
“Helloo.. Botak?”
“Ya Datin?”
“Asal budak you kena tangkap? Kan I dah cakap hari tu, lepas buat kerja pergilah bersembunyi buat sementara waktu. Ni tidak, kau biarkan pihak polis dapat tangkap anak buah you tu..”
“Kami pun tak tahu benda ni boleh berlaku Datin. Datin tak boleh salahkan kami saja” jawab Botak.
“Mmm yalah.. Kamu pun hati-hati tau..” pesan Datin Melinda.
Kemudian kedengaran pintu di buka dari luar bilik. Mungkin Dato Farid ikut serta mahu merehatkan badannya.
“Mel cakap ngan siapa tadi?” soalnya kehairanan. Pada hal tadi isterinya itu cakap dia pening kepala. Dan sebentar tadi dia terdengar isterinya seperti bercakap dengan seseorang.
“Dengan kawan Mel.. Mereka bertanya khabar tentang Ariana..” Datin Melinda berpura-pura. Dia tidak tahu apa alasan yang sebaiknya.
“Cepat betul berita macam tu tersebar. Abang pun tak sabar nak tunggu Ariana sedar semula. Kesian dengan Elman. Hari-hari dia menemani Ariana kat hospital tu..”
‘Huh.. Lega. Nasib baik dia tidak mendengar perbualannya dengan Botak tadi.’
“Abang memang pentingkan anak awak je.. Habis anak Mel abang langsung tak ambil peduli!” Datin Melinda pura-pura merajuk.
“Siapa cakap abang tak peduli, tapi sekarang Ariana lebih memerlukan perhatian dari abang. Dan sebagai seorang ayah, abang memang bertanggung jawab ke atasnya.”
Dato Farid segera berbaring di tempatnya. Dia rasa sangat letih hari ini. Pelbagai peristiwa yang berlaku.
ISABELLA menjadi sakit hati. Dia mahu membunuh perempuan yang di anggapnya merampas Tengku Elman Qaufar darinya. Dia menuju ke hospital di mana Ariana Humaira di tempatkan. Sejak kemalangan itu Ariana Humaira koma. Sudah dua minggu keadaannya begitu.
Dia memasuki bilik Ariana setelah memastikan tiada orang yang menjaganya. Biasalah bilik itu tidak pernah kosong dengan penemannya. Namun kali ini nasibnya baik apabila dia memerhati tiada seorang pun berada dalam biliknya itu.
 Perlahan-lahan dia berjalan menuju kearah katil yang menempatkan Ariana.
“Aku mahu kau mati. Sepatutnya kau dah mati masa lima tahun yang lalu. Kalau kau mati tiada siapa yang berebut Elman dengan aku. Aku pun hairan apa yang membuatkan Elman tergila-gilakan kau. Padahal kalau dibandingkan aku lebih cantik dan bergaya dari kau. Tapi dia tetap pilih kau. Jadi sekarang kau tak ada pilihan lagi. Aku akan tamatkan riwayat kau sekarang supaya tiada siapa yangberani berebut Elman dari aku!!”
Isabella ketawa terbahak-bahak. Dia memengang hos oksigen yang berada di wajah Ariana. Baru saja dia mahu membukanya, dia terkejut mendengar namanya di panggil.
“Isabella!!” jerit Tengku Elman. Suaranya menggegarkan seluruh ruang dalam bilik itu.
Kelihatan wajah Tengku Elman yang sangat marah ketika itu. Cepat saja dia mendekati Isabella dan menarik kasar tangan itu supaya menjauhi katil Ariana.
“Hei apa kau buat kat sini hah?? Kau jangan berani nak dekat dengan Ariana!!” ujarnya sedaya upaya menahan rasa marahnya. Dia baru saja meninggalkan Ariana di bilik itu kerana ingin berjumpa dengan Doktor Faizal. Bila dia baru hendak membuka pintu dia melihat Isabella sedang mencabut hos oksigen yang di sambungkan ke mulut Ariana.
“Kau nak bunuh Ariana ke?” soalnya.
Wajah Isabella kelihatan pucat. Mana tidaknya Tengku Elman tidak pernah memarahi dia seperti sekarang ini. Biasanya dia hanya marah yang biasa tetapi kali ini berbeza sekali.
“Ti..Ti..Tidak...” jawabnya sambil tergugup-gugup.
Bunyi karbulator itu membuatkan Tengku Elman menoleh. Kelihatan Ariana seperti sesak bernafas. Segera dia mendekatinya. Menyambungkan semula hos yang di cabut oleh Isabella sebentar tadi.
Isabella terus melarikan diri apabila melihat Tengku Elman mendekati Ariana. Tengku Elman baru menyedari Isabella mahu melarikan diri. Untuk  menjejakinya dia tidak sempat kerana dia harus memanggil doktor untuk memeriksa Ariana. Nyawa Ariana lebih penting sekarang. Hal Isabella itu di ketepikan. Butang kecemasan di tekan.
Berlari-lari Doktor Faizal menuju ke bilik Ariana bersama dengan jururawatnya. Ada panggilan kecemasan datang dari bilik tersebut.
“Apa yang berlaku?” soal Doktor Faizal kepada Tengku Elman Qaufar.
‘Tadi, Isabella datang, masa I jumpa you tadi. Lepas tu dia cabut hos oksigen tu. Kebetulan masa tu I baru nak masuk kebilik ni.. Kemudian dia terkejut. Lepas tu dia larikan diri. Ariana pula macam tak cukup oksigen. Cuba you check dia” Tengku Elman memberi penerangan. Dia mahu Doktor Faizal menyelamatkan nyawa Ariana. Dia tidak mahu kehilangan Ariana lagi.
“Okey I akan periksa dia.. You jangan risau okey..” ujar Doktor Faizal selaku sahabatnya.
Memang Doktor Faizal bersimpati dengan apa yang di alami oleh sahabatnya Tengku Elman Qaufar. Siapa sangka selepas lima tahun dia kembali bertemu dengan isterinya tetapi dalam sekelip mata saja dia di duga dengan keadaan yang begini pula.
“I tunggu di luar.”
Tengku Elman Qaufar terus keluar dari bilik wad itu. Dia mahu membiarkan Doktor Faizal merawat Ariana. Telefon bimbitnya di ambil dari poketnya, lalu dia menelefon Inspektor Amir.
Dato Farid terus sampai sebaik saja Tengku Elman menelefonnya dan memberitahu apa yang terjadi. Dia juga risau tentang keadaan Isabella yang kini amat membimbangkan. Sudah seminggu dia tidak pulang ke rumah. Entah kemana pula dia pergi. Dan sekarang dia di kejutkan dengan berita Isabella cuba membunuh Ariana!!
“Macam mana dengan Ariana?” soal Dato Farid.
“Dia dah okey pa..”
“Macam mana hal ini boleh berlaku?”
“Elman pun tak tahu, masa tu Elman pergi ke bilik Doktor Faizal bertanyakan tahap kesihatan Ariana. Apabila Elman balik ke bilik, tiba-tiba Elman ternampak Isabella mencabut hos oksigen dari mulut Ari. Apa lagi terus Elman menegurnya. Kemudian Isabella melarikan diri. Tapi jangan risau, Elman dah call Inspektor Amir. Dan sekarang pihak polis sedang mencari dia.”
“Risau papa dibuatnya. Entah dia dah tak betul agaknya. Ini dah kira kes cubaan membunuh ni..”
“Jangan risau pa.. Tak lama lagi mesti pihak polis dapat cari dia” Tengku Elman Qaufar memujuk Dato Farid. Ayah mana yang tidak risaukan keselamatan anaknya. Ditambahkan lagi dengan pelbagai peristiwa yang berlaku.
“Terima kasih sebab jaga Ariana”
“Itu papa jangan risau. Sudah memang tanggung jawab Elman. Dan kali ini Elman tidak akan terlepas pandang lagi. Elman mahu jaga Ari sampai sembuh..” itulah janjinya pada dirinya sendiri. Dia tidak mahu terlepas pandang lagi. Takut perkara yang sama akan berulang lagi.
“Kita semua berdoa supaya dia cepat sedar. Papa pun tak sabar nak peluk dia. Papa rindukan dia. Sebab dialah satu-satunya anak papa.”
Tengku Elman mengangguk.
“Elman lagilah pa.. Tapi Elman rasa bersyukur sangat kerana di beri peluang untuk hidup kembali bersama Ariana.
ISABELLA mencari hotel murah untuk didiaminya. Dia tahu sekarang pihak polis giat mencarinya. Ketika dalam perjalanan sini pun dia ternampak polis sedang membuat sekatan jalan raya. Mesti Tengku Elman membuat laporan tentangnya. Sial!!! Gara-gara perempuan yang bernama Ariana Humaira itu, Tengku Elman Qaufar langsung tidak mempedulikan perasaannya. Malah semakin hari semakin menyakitinya lagi.
Telefon bimbitnya berbunyi. Di lihat nama si pemanggil. Mummy!!!
Terus dia mengangkatnya.
“Helloo..”
“Helloo sayang kat mana tu?” soal Datin Melinda. Sebentar tadi dia mendengar Tengku Elman memberitahu bahawa, Isabella cuba membunuh Ariana. Dia rasa risau lalu dia menelefon anak kesayangannya itu.
“Mummy.. tolong Bell mummy.. Bell takut sangat.”
“Awak dekat mana ni sayang?”
“Bella menginap di hotel murah je mummy. Nak hotel mahal nanti polis senang cari Bell.”
“Okey macam mana mummy nak jumpa Bell ni?”
“Tak payahlah mummy nanti orang tau dekat mana Bell tinggal..”
“Masalahnya mummy risau dengan Bell.. Mummy tak boleh biarkan Bell sendirian..” ujar Datin Melinda risau. Mana tak risaunya apabila dia mendengar berita terbaru, Isabella cuba membunuh Ariana di hospital.
“Mummy jangan risau. Bell boleh jaga diri, ya mummy. Okeylah nanti apa-apa hal Bell akan call”
“Janji dengan mummy..”
“Okey mummy Bell janji akan call nanti.”
Talian segera di putuskan.
“Awak call siapa?”
Datin Melinda terkejut mendengar suara suaminya Dato Farid bertanya. Entah sejak bila pula suaminya ada di belakangnya.
“Bella..”
“Dapat call dia?”
“Dapat. Mel baru cakap dengan dia” jawab Datin Melinda.
“Dia ada kat mana?” soal Dato Farid lagi.
“Mel tak tahu.. Dia tak nak cakap.”
Sekali lagi Dato Farid mengeluh kasar.
‘Apa nak jadi dengan budak tu. Mungkin dia dah hilang akal.’
Dia terus melangkahkan kakinya meninggalkan isterinya di situ. Dia sudah tiada hati untuk bertanya lebih lanjut tentang Isabella. Kalau dulu memang dia manjakan Isabella seperti anaknya sendiri. Tetapi entah kenapa sejak dia tahu Ariana masih hidup dia bagaikan terlupa dengan anak tirinya itu.
KETIKA pihak polis mahu membawa Datin Melinda pergi, sempat juga Datin Melinda meminta maaf dari Tengku Elman. Kini dia mengaku bersalah kerana berniat mahu membunuh Ariana lima tahun yang lepas. Kini dia di berkas untuk di bawa ke pangadilan.
Sesiapa saja yang melihat keadaan Datin Melinda pada masa ini memang akan berasa kesian. Tetapi sikapnya yang kejam itu rata-rata membuatkan orang hilang simpati padanya. Terutama sekali Tengku Elman dan Dato Farid.
Datin Melinda mendekati Tengku Elman.
“Tengku Elman, Auntie nak minta maaf..” ujarnya perlahan. Walau pun dia sedar kesilapannya memang susah untuk di maafkan. Dia tetap memohon maaf pada Tengku Elman.
 “Tolonglah maafkan Auntie. Auntie tahu Auntie banyak buat salah. Dan sekarang Auntie dah sedar akan kesilapan Auntie..” ujar Datin Melinda dengan tangisan yang tiada kesudahannya.
“Sabar nak, sabar. Ingat Allah banyak-banyak.” Lembut Dato Farid memujuk Tengku Elman sambil menepuk–nepuk bahunya.
“Elman..” Tengku Elman terus merenggangkan pelukan Dato Farid sebaik sahaja mendengar suara Datin Melinda memanggilnya. Wajah Datin Melinda juga kelihatan murung.
“Auntie betul-betul minta maaf Elman..”
“Perlu ke saya nak maafkan Auntie. Kerana sikap Auntie yang tak peri kemanusiaan, Auntie telah membunuh satu nyawa yang sepatutnya hidup di dunia ini. Nyawa yang sepatutnya menjadi penyeri dalam rumah ini. Auntie tahu tak, walaupun Ariana masih hidup, tetapi anak dalam kandungannya telah mati kerana tidak dapat di selamatkan. Macam mana saya nak maafkan perbuatan Auntie tu?” jelas Tengku Elman lagi!
“Apa yang El cakap ni?”
Tubuh Tengku Elman itu digoncang oleh Dato Farid.
“Papa, sebenarnya Ariana mengandung masa tu..” Dato Farid, Tengku Suraya ternganga. Kakinya menjadi lembik tiba-tiba. Dia memang terkejut mendengar berita ini. Apa salah dan dosa Ariana sampai Datin Melinda sanggup membunuh menantunya yang baik itu.
“Apa?? Ariana mengandung masa tu? Kenapa papa tak pernah tau?” soal Dato Farid.
“Memang tiada siapa yang tahu Ariana mengandung. Sebab pada masa sebelum kejadian itu, Ariana pernah menelefon bahwa dia mahu memberi satu kejutan. Tetapi Mak Teh dan Pak Teh telah di beritahu oleh doktor bahawa Ariana kehilangan bayi dalam kandungan itu. Dan yang sedihnya sekarang Ariana tidak tahu yang dia pernah mengandung!” ujar Tengku Elman penuh kesal. Kesal kerana semua itu berlaku tanpa pengetahuannya.
“Auntie tak tahu Ariana mengandung pun. Auntie minta maaf..” ujar Datin Melinda lagi. Menyesal sekarang pun tiada gunanya lagi. Dia sudah terlanjur dan melakukan jenayah!
“Walaupun auntie tak tahu dia mengandung Auntie tetap mahu bunuh diakan? Apa salah Ariana dan saya pada Auntie. Cuba cakap? Apa salah kami pada auntie sampai auntie sanggup membunuh anak perempuan suami Auntie sendiri?”
Semua yang ada di situ diam dan terpaku mendengar kata-kata Tengku Elman Qaufar.
“Elman maafkan Auntie walaupun dengan kemaafan itu tidak dapat mengembalikan keadaan seperti sedia kala..” jawab Tengku Elman Qaufar dengan penuh kesal. Dia hairan mengapa di dalam dunia ini masih ada manusia yang kejam seperti Datin Melinda dengan Isabella. Kerana harta, mereka jadi tamak. Kerana sikap tamak itu mereka sanggup lakukan apa saja termasuklah membunuh.
“Hidup Elman sangat menderita selama ini. Hancur dan musnah sebab manusia keji macam auntie ini.. Elman pun tak tahu nak cakap apa jenis manusia seperti Auntie ini. Apa dosa kami pada auntie? Cakap? Apa dosa kami pada auntie?” marah Tengku Elman lagi. Kalau di ikutkan hatinya mahu saja dia menumbuk wajah Datin Melinda itu bila dia merasa kesakitannya yang di tanggung oleh Ari dan juga dirinya.
“Dahlah Elman.. Elman marah macam mana sekali pun takkan dapat merubah segalanya. Papa pun kesal dengan apa yang terjadi pada Elman dan Ariana. Papa lagilah menyesal kahwin dengan perempuan yang hampir membunuh anak perempuan papa sendiri!”
Datin Melinda terus memandang wajah Dato Farid. Inilah kali pertama dia mendengar kata-kata yang sangat menyedihkan hatinya. Tetapi dia sendiri juga yang memulakan semua ini. Dan semua itu telah pun berlaku!
“Abang, Mel minta maaf.. Mel menyesal bang! Abang tolong Mel bang!! Mel sayangkan abang juga..” rayu Datin Melinda. Dia menangis. Langsung dia tidak pedulikan pada mata yang memandangnya. Sekarang bukanlah masanya untuk dia meninggikan egonya seperti selalu!
“Bawa dia pergi sebelum apa-apa berlaku..” ujar Dato Farid sambil tangannya mengarahkan kedua polis wanita itu membawa Datin Melinda pergi. Hatinya hancur dan luluh. Dia rasa sangat mneyesal kerana berkahwin dengan wanita yang di sangkakan dapat menjaganya dengan baik!!

Kedua anggota polis wanita itu membawa Datin Melinda masuk ke dalam kereta peronda polis. Biar pun Datin Melinda meronta-ronta agar dia di lepaskan, namun dia tidak mampu melawan kudrat dua anggota polis wanita tersebut. Akhirnya kereta polis itu membawa Datin Melinda pergi ke balai.