PAGI Isnin memanglah pagi yang sangat sibuk. Maklumlah sudah tiga hari
bercuti. Lagi pun hari Jumaat yang lepas merupakan hari cuti umum.
“Good morning
everyone!” sapa Tengku Elman dengan senyuman. Suara itu membuatkan para
pekerjanya memaling ke arahnya. Pagi ini Tengku Elman nampak sangat segak,
tampan dan juga gembira. Senyuman lebar terukir di bibir. Tetapi mereka tidak
tahu apakah sebabnya. Mahu bertanya seganlah pulak!
“Good morning
Tengku..” balas mereka serentak.
“Gembira benar nampaknya Tengku pagi ni. Ada apa-apa
ke?” soal salah seorang dari mereka.
“Salah ke? Tapi kalau korang soal macam tu, memang I happy sangat. Sebabnya.. Tak payah nak
cerita kat korang semua..” Kemudian Tengku Elman terus masuk ke bilik
pejabatnya.
“Kenapa Tengku berseri-seri sejak akhir-akhir ini?”
“Apa nak di hairankan itukan seri pengantin! Bukan
perempuan je yang berseri kalau dah nak kahwin.” ujar Kak Sofi. Namun mereka
suka dengan penampilan Tengku Elman yang sekarang. Lebih ceria dan gembira
wajahnya. Walau pun mereka tidak tahu apakah sebabnya, namun mereka suka!
“Aaalah. Betul juga cakap Kak Sofi. Orang dah nak
kahwin, mestilah wajahnya berseri-seri.” jawab Aya lagi. Humaira sekadar
mendengar saja perbualan rakan sekerjanya. Dia tahu ada di antara mereka tidak
sukakan dirinya. Tetapi mereka tidak tahu hakikat yang sebenarnya. Yang dia
sendiri pun masih dalam keadaan terkejut. Bukan mudah bagi dirinya untuk
menerima bahawa Tengku Elman itu sebenarnya adalah suaminya!
KIRA-kira pukul sepuluh, Tengku Elman keluar dari biliknya. Kebetulan
pada masa itu, dia terserempak dengan Isabella. Sebentar tadi dia tidak melihat
kelibat Humaira pun di meja kerjanya.
“Bella, I nak kidnap
Ira. Boleh ke?” soalnya selamba.
“You nak kidnap Ira? For what?” soal Bella kehairanan. Sejak bila pula Tengku Elman
pandai meminta izin nak culik Humaira.
“This is my own
business.”
“I know, but
what the reason? Ini waktu kerja bukannya waktu di luar pejabat!” ujar
Bella dengan geram!
“That
why I tell you it is my own business. And I already ask for permission!
Understand!!” jawab
Tengku Elman dengan geram! Tengku Elman menunggu Humaira di luar pintu pejabat.
“Ira, Tengku Elman nak bawa you keluar.” Jerit Bella bila melihat Humaira yang baru balik dari
tandas.
“For what?”
“Entahlah. Tanya kat dia sendiri!” balas Bella dengan
kasar.
“Okeylah saya keluar dulu..” terus sahaja Humaira
mengambil beg tangannya. Kalau lama-lama di situ pasti akan terjadi perang.
Di dalam lif, Humaira masih membisu. Dia masih
terbayang-bayang wajah Bella yang tidak sukakan dia keluar dengan Tengku Elman.
Yang menjadi persoalan, kemana Tengku Elman nak bawa dia pergi?
“Kita nak pergi mana?” soal Humaira memecah kesunyian
di dalam lif itu. Masih lama lagi untuk sampai ke tingkat bawah.
“Abang nak bawa sayang jalan-jalan” balas Tengku Elman
sambil menggenggam tangan Humaira. Rasa rindu pula untuk menatap wajah Humaira.
Matanya memang statik melihat wajah itu.
“Abang, ini bukan lawak tau! Ira tanya betul-betul!”
geram juga Humaira dengan perangai lelaki itu. suka sangat nak menyakatnya.
Mungkin begitulah perangai Tengku Elman dahulu.
“Okey sayang, kita nak pergi ke suatu tempat. Tapi
abang tak boleh bagitau sekarang..” balas Tengku Elman sambil mengengitkan
matanya.
“Abang tak takut ke kalau ada orang nampak abang
pengang tangan Ira?” soal Humaira seperti orang bodoh.
“Nak takut apa? Irakan isteri abang. Halal apa? Mereka
boleh buat apa? Lagi pun siapa yang nampak?” ujar Tengku Elman lagi.
“Kalau orang tak nampak. Guard yang jaga itu nampak” sambil itu Humaira menunjukkan ke arah
cctvnya. Tengku Elman hanya tersenyum. Dia tahu itu salah satu helah isterinya.
“Sekarang, isteri abang makin bijak tau! Ni yang buat
abang naik geram!” ujar Tengku Elman menarik hidung Humaira. Kebetulan pintu
lif terbuka. Humaira cepat-cepat menampar tangan Tengku Elman. Dia tidak mahu
ada timbul gossip mereka bermesra di dalam lif.
“Selamat pagi Tengku!” ucap Epy. Dia mahu masuk
kedalam lif untuk turun ke bawah.
Ketika lif sampai di tingkat bawah, cepat-cepat
Humaira melangkah keluar. Cepat-cepat Tengku Elman mengejarnya dari belakang.
Laju betul si isterinya itu berjalan. Risau kalau orang nampak mereka konon!
Tengku Elman tersenyum suka. Sekarang hobi barunya pula suka mengusik Humaira.
TENGKU Elman memandu menuju ke hospital. Segala urusan dia serahkan
kepada Encik Johan. Dan hari ini adalah hari pertama untuk temujanji dengan
doktor pakar.
Biar pun Humaira agak hairan apakah tujuan Tengku
Elman membawanya kesana, tetapi dia tetap mengikut juga langkah Tengku Elman.
Bila Humaira masuk ke sebuah bilik itu, matanya sempat
menangkap tanda nama yang ada di muka pintu bilik itu. Doktor Safrul menyambut
mereka dengan senyuman. Kedatangan mereka sudah di maklumkan oleh Encik Johan
kepadanya.
Tengku Elman bersalaman dengan Doktor Safrul. Humaira
hanya menjadi pendengar dan sekadar memerhati. Selesai berbincang dan menjalani
beberapa rawatan, Tengku Elman terus membawa Humaira balik. Namun dia sempat
singgah ke kedai makan dahulu.
Kebetulan pada masa itu, Dato Farid juga ada di sana.
Lalu Tengku Elman mempelawa Dato Farid bersama. Selepas makan barulah Tengku
Elman membawa Humaira masuk ke pejabat semula.
Mereka
masuk ke dalam bangunan bersama. Nasib baik mereka tidak perlu tunggu lama
untuk lif terbuka. Sebaik saja lif terbuka, kelihatan Yusof keluar dari lif.
Lelaki itu agak terkejut melihat Humaira dan Tengku Elman bersama.
“Hai
Ira....lambat masuk hari ni” tegur Yusof sambil memandang wajah Humaira.
“Kami
baru balik jumpa client....You ada masalah ke kalau kami masuk lambat?”
Tengku Elman bersuara. Dia tak suka cara Yusof memandang wajah Humaira. Dia
rasa cemburu. Gila tak cemburu kalau ada lelaki lain mengurat isteri sendiri.
“T...tak.....sorry,
Tengku....saya tak tahu yang Humaira ni keluar dengan Tengku” cepat-cepat
Yusof beredar tanpa menoleh ke belakang.
Humaira
mengerling ke arah Tengku Elman yang nampak agak serius. Tanpa menghiraukan
perasaan Tengku Elman, Humaira terus masuk diikuti oleh Tengku Elman. Terus
tangannya menekan angka 15.
“Abang
tahu yang si mamat tu dah lama sukakan Ira, I don't like it!” tiba-tiba
Tengku Elman bersuara tanpa memandang wajah Humaira. Humaira mula gusar, tambah
pula hanya mereka berdua dalam lif ketika ini.
“Itu hak
dia.. Saya tak ada kuasa nak menghalang dan saya tak pernah melayan dia lebih
dari kawan sekerja” balasHumaira. Risau juga kalau Tengku Elman mengambil
apa-apa tindakan terhadap Yusof. Lelaki itu tidak bersalah dan dia seorang
pekerja yang baik yang banyak menolongnya berkaitan dengan kerja dan jawatan
yang sedang di pegangnya.
Sampai di
tingkat 10, pintu lif terbuka. Masuk seorang gadis yang mengenakan skirt
berwarna hitam dengan dipadankan dengan jaket merah. Gadis itu segera mengukir
senyum sebaik saja melihat wajah Tengku Elman di dalam lif. Sengaja dia
mendekatkan diri pada lelaki itu. Humaira menjarakkan diri, tidak mahu dekat
dengan gadis itu.
“Selamat
petang, Tengku” tegur gadis itu bila senyumannya tidak dibalas oleh Tengku
Elman. Sempat lagi mengerling tajam pada Humaira. Cemburu bila melihat Humaira
bersama Tengku Elman berdua di dalam lif.
“Selamat
petang, Iris. Cantik you hari ni”
balas Tengku Elman. Sengaja memuji gadis itu semata-mata mahu mengelak cerita
yang bakal disebarkan oleh gadis itu terhadap Humaira. Lagi pun semua orang
tahu bahawa Tengku Elman itu tunang Isabella!
“Terima
kasih” tersipu-sipu malu Iris bila di puji. Setelah Iris keluar di tingkat 10,
Tengku Elman memandang Humaira.
“Ingat kalau mereka ada tanya apa-apa, jangan cakap
apa-apa. Cakap jumpa klien saja. Faham!” pesan Tengku Elman kepada Humaira.
“Ira faham.. Ini rahsia kita..” usik Humaira lagi.
Kedua mereka ketawa. Memandangkan tiada orang yang masuk ke dalam lif bersama
mereka, kesempatan itu di gunakan oleh Tengku Elman menggengam jari jemari Humaira.
Hati Humaira terasa tenang melihat Tengku Elman ketawa bersamanya. Risau juga
kalau lelaki itu berterusan bermasam mukanya.
Tengku
Elman sengaja mendekati Humaira, tangan isterinya itu di capai dan digenggam
seketika. Semakin Humaira cuba menarik tangannya, semakin kuat pula Tengku
Elman mengenggam tangannya. Akhirnya dia terpaksa merelakan tangannya terus
digenggam oleh Tengku Elman. Bibir lelaki itu tersenyum dan kalau boleh dia
ingin terus mengenggam tangan itu. Pintu lif terbuka di tingkat 15 dan Humaira
cepat-cepat menarik tangannya. Tengku Elman terpaksa melepaskan tangan Humaira
kerana saat itu juga Badrul yang memegang jawatan sebagai dispatch
sedang berdiri di pintu lif sambil merenung tajam ke arah mereka berdua.
Mungkinkah dia melihat apa yang berlaku di dalam lif itu?
PETANG itu, Humaira pergi berjumpa dengan Arin. Kata
sahabatnya ada hal penting yang mahu di khabarkan kepadanya.
“Aku tak sangka pulak yang Tengku Elman tu suami aku.
Aku macam bermimpi saja. Patutlah selepas dia balik dari berjumpa dengan Pak
Teh hari itu dia berubah.” Humaira mula mengadu pada Arin. Arin hanya tersenyum
sahaja mendengar kata-kata Humaira. Dia pada mulanya pun terkejut bila mendapat
tahu Tengku Elman sebenarnya suami Humaira. Apalagi Humaira.
“Aku tahu mesti kau tak percaya. Tapi Tengku Elman
lagilah. Bertahun-tahun dia hidup menderita selepas kehilangan kau, Ira.
Tup-tup tahu isteri dia masih hidup lagi.. Itulah keajaiban namanya.. Siapa
sangkakan?”
“Tapi aku langsung tak ingat apa-apa. Aku jadi kekok
dan malu dengan Tengku Elman.”
“Kenapa pula? Diakan suami Ira..”
“Mestilah dengan sikap aku selama ini dengan dia
memang aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan dia..”
“Itu kau jangan risau. Aku percaya dia akan mencari
doktor yang terbaik untuk merawat kau. Apa pun kau juga kena bekerja sama
dengan dia. Apa pun dia suami Ira. Ira kena ingat tu..” Arin memberi nasihat
kepadanya.
“Okey, aku akan berusaha mengingati kisah lama kami.”
“Tak payahlah kau sedih sangat. Ni aku nak bagi tahu,
aku akan bertunang hari Sabtu ni. Aku harap Ira tak ada pelan lain..” terang
Arin lagi
“Bertunang? Sabtu depan? Dengan siapa?” soal Humaira
terkejut. Mungkin kerana kesibukannya akhir-akhir ini membuatkan dia lupa
hal-hal lain.
“Iya hari Sabtu depan. Dengan Amir. Kenapa? Ira ada rancangan
lain ke?” tiba-tiba Arin pula yang terkejut. Dia risau sebenarnya. Risau
kalau-kalau Humaira ada rancangan lain. Nanti rosaklah pelan mereka!
“Tak adalah.. Tak sangka pula jodoh korang cepat. Tapi
bagus juga” balas Humaira sambil tersenyum. Dia tidak menyangka pertemuan Arin
dengan Amir membawa mereka hingga ke hari ini.
“Ni aku nak suruh kau pakai gaun ni malam pertunangan
aku nanti..” ujar Arin sambil menunjukkan gaun kepada Humaira.
“Kau beli untuk aku?” soal Humaira hairan. Dia melihat
betapa cantiknya gaun yang berada di tangan Arin.
“Cantiknya..” sambung Humaira lagi.
“Mestilah.. Aku sanggup buat apa saja untuk kau. Sebab
kau adalah sahabat aku yang paling baik..” ujar Arin sambil memeluk bahu
Humaira.
“Ada-ada sajalah kau ni. Jadi nilah berita yang Arin
nak sampaikan pada Ira?” soal Humaira lagi. Arin mengangguk. Takkan dia lupa
pada Humaira sahabat yang selalu bersusah payah dengannya. Mereka bagaikan adik
beradik. Lagipun keluarga mereka juga rapat dengan Humaira.
“Yalah..”
Akhirnya Humaira memeluk Arin. Dia tak sangka jodoh
kawannya sudah sampai. Dan Amir memang seorang lelaki yang bertuah kerana
lelaki itu adalah cinta pertama Arin!