“KORANG pergi mana tadi?” soal Bella sebaik saja
melihat Tengku Elman masuk ke bilik pejabatnya.
“I keluar jumpa klien.. Kenapa dengan you ni? Jelous?” soal Tengku Elman dengan
serius! Dia dah agak Isabella akan mencarinya di bilik pejabat itu.
“Memang I jelous.
Tapi I jelous tak bermakna I tak
percayakan you. I hanya takut akan kehilangan you!!” jawab Isabella lagi.
Tengku Elman mendengus marah.. Lagi-lagi cemburu!! Cemburu
yang tiada penghujungnya.
“You jangan ingat I tak dengar apa yang you cakap pada
Humaira pagi tadi.. Bukan main lagi bersayang-sayang dan ucap I love you! Dengan I, you tak pernah
cakap macam tu walau pun hanya dengan gurauan!” marah Isabella. Dia cemburu mendengar
kata-kata Tengku Elman kepada Humaira walauoun itu di anggap gurauan.
“I tak bergurau!!” cepat Tengku Elman menjawab.
Walaupun beribu kali dia memberitahu perkara yang sama tentang perasaannya,
namun Isabella tak pernah ambil pusing. Kononnya dia sangat cintakan dirinya.
Namun bila dia mengetahui serba sedikit tentang perangai Isabella dan Datin
Melinda dia juga menjadi orang yang berprasangka buruk.
“What??
It not joke??”soal Bella
dengan nada suara yang tinggi. Mengapalah lelaki ini tidak pernah mahu mengerti
dan memberi peluang untuk dirinya. Dengan orang lain, lelaki mahu pula
berbaik-baik.
“Yes..
I really-really mean it! I am sorry!!”
Isabella terduduk lemah di atas sofa yang berada di
ruang sudut bilik pejabat Tengku Elman. Dia melihat Tengku Elman seperti tidak
mengendahkan dirinya.
“How dare you!!”
“I am sorry!!”
ujar Tengku Elman lagi.
“Tapi I tak akan berputus asa untuk hubungan kita
ini!” akhirnya Isabella memberi jaminan.
Tengku Elman memandang wajah Isabella. Gadis itu
benar-benar tekad! Itulah yang dia khuatir selama ini. Bagai mana pula kalau
dia tahu Ariana masih hidup!
Kemudian Isabella bangun meninggalkan Tengku Elman
dengan perasaan yang sukar di gambarkan.
“KENAPA ni Ira? Ira ada
masalah ke?” soal Mak Teh sebaik saja dia duduk dekat dengan Humaira. Humaira
yang baru saja mahu memejam mata terus saja terbuka matanya. Dia menegakkan
tubuhnya.
“Tak
ada apa-apalah Mak Teh.. Ira penat sikit je..”
“Oh
ingatkan Ira ada masalah. Risau Mak Teh tau!!” ujar Mak Teh.
“Boleh
Ira tanya sesuatu?”
“Boleh.
Tanyalah apa dia?”
“Mak
Teh dan Pak Teh kenal lama ke dengan Tengku Elman?” soal Humaira berhati-hati.
“Kenal
lama dah.. Itu pun nasib baik dapat jumpa semula.. Kenapa Tengku Elman buat
apa-apa kat Ira ke?” Mak Teh bertanya pula. Manalah tahu kalau-kalau Tengku
Elman buat perkara macam-macam dengan Humaira. Tapi itu mustahil sebab dia tahu
Tengku Elman sangat sayangkan Humaira.
Humaira
serba salah. Nak bagitahu ke tidak dengan Mak Teh tentang apa yang sudah
berlaku hari ini.
“Tak
adalah.. Saja je Ira tanya.”
“Baguslah
kalau dia layan Ira dengan baik. Mak Teh ingatkan dia buat apa-apa yang
sakitkan hati Ira..” ujar Mak Teh sambil tersenyum. ‘Layan Ira dengan baik? Dia
bukannya seperti yang Mak Teh sangka’ bisik Humaira dalam hati.
“Ira
nak naik ke atas dululah Mak Teh.. Lagi pun badan ni lekat dengan peluh. Rasa
tak selesa pulak!!” beritahu Humaira. Dia tidak mahu Mak Teh akan bersoal
panjang dengannya.
MALAM itu Dato Farid duduk di bilik tidurnya. Entah kenapa dia terkenang
kembali pertemuannya dengan Humaira tengah hari tadi. Hatinya berasa sayu bila
mengenangkan anaknya yang sebaya dan serupa dengan gadis itu. Tiba-tiba dia
rasa rindu!! Setelah sekian lama dia di tinggalkan pergi oleh anaknya Ariana
itulah kali pertama dia betul-betul rasa rindu dan mula menyesal dengan
sikapnya yang selalu berat sebelah.
Ketika anak gadisnya masih hidup, dia jarang
meluangkan masa bersama. Sehingga itu dia mengambil keputusan supaya Ariana di
kahwinkan dengan Tengku Elman. Lagipun dia tahu Tengku Elman boleh menjaga
Ariana dengan baik. Tetapi tuhan tetap sayangkan anak tunggalnya itu. Ketika
dia kehilangan Ariana, barulah dia sedar betapa dia selalu mengabaikan tanggung
jawabnya pada anak gadisnya itu. Manakala dia selalu menyebelahi Isabella yang
merupakan anak tirinya.
“Ari.. Papa sangat rindukan Ari.. Kalau Ari masih
hidup, papa mahu meminta maaf kerana selalu mengabaikan Ari dahulu.. Bila Ari
pergi dari hidup papa barulah papa sedar yang selama ini papa selalu
mengabaikan Ari dalam hidup papa..” ujar Dato Farid sendirian.
Kemudian dia tersenyum bila mengingatkan kembali
pertemuannya dengan gadis yang bernama Humaira tengah hari tadi. Tiba-tiba pula
Tengku Elman menyuruh gadis itu memanggilnya papa.. Itu pun cukup untuk
melepaskan rasa rindu pada anak gadisnya.
“Bang.. Kenapa senyum sorang-sorang ni?” soal Datin
Melinda yang melangkah masuk ke bilik mereka.
“Tak ada apa-apalah.. Abang cuma teringatkan Ariana..”
jawabnya perlahan.
“Abang ni tak sudah-sudah ingat orang yang dah mati..
Kita yang ada didepan ni tak pula dia nak ingat!!” soal Datin Melinda dengan
perasaan tak puas hati.
“Siapa cakap abang tak ingat..”
“Atau Mel dah nampak tua sebab itu tak menggoda?” ujar
Datin Melinda dengan suara rajuknya.
“Siapa cakap Mel tak menggoda.. Kalau tak masakan
abang kahwin dengan Melkan?” jawab Dato Farid lagi. Dia faham, isterinya itu selalu
cemburu kalau dia menyebut nama orang lain. Sama juga seperti Isabella.
“Yelah.. Kita ni kulit pun dah berkedut.. Sebab itu
abang dah tak sayangkan Mel lagi.. tapi tak apa, esok Mel akan pergi buat
rawatan muka biar nampak cantik di mata abang..” ajuk Datin Melinda dengan
gayanya yang manja. Dato Farid hanya ketawa kecil. Isterinya ini pantang betul
kalau dia menyebut nama orang lain pasti dia akan merajuk..
“Duduklah kat sini.. Nanti abang sayangkan Mel..”
Datin Melinda tersenyum lebar. Dia tahu kalau dia
merajuk sedikit sahaja, pasti Dato Farid akan cuba memujuknya. Sebab itulah dia
sukakan Dato Farid dulu.
HUMAIRA sampai ke pejabat ketika hari masih pagi benar. Tidak ramai yang
sudah sampai, cuma Kak Sofi dan Encik Johan sahaja yang sedang sibuk memulakan
operasi dalam pejabat ini.
Dia terus duduk di mejanya dan mengemaskan mejanya
yang sedikit berselerak.
“Awal kau sampai Ira?” soal Kak Sofi yang kebetulan
menghidupkan semua suis penting dalam pejabat.
“Biasa jelah kak. Ira tak nak lambat turun nanti jalan
jam. Lagipun Ira tak suka dengan jalan yang sesak. Lebih baik Ira keluar awal
dari rumah..” balas Humaira sambil tersenyum. Kemudia Kak Sofi berlalu ke meja
yang berada di hujung sudut.
Manakala Humaira pula terus menuju ke pantry untuk
bersarapan seperti kebiasaannya.
TENGKU Elman masuk ke
pejabatnya, kemudian dia keluar semula bila dia perasan Humaira tidak ada di
tempat duduknya. Tapi keretanya ada. Dalam hati tertanya-tanya juga. Tak
mungkin Humaira tidak turun kerja atau dia berada di mana-mana dia ruang
pejabat itu.
“Ya
bos nak apa?” soal Kak Sofi sebaik saja melihat Tengku Elman seperti mencari
sesuatu berdekatan dengan meja kerja Humaira.
“Mmm
Ira dah sampai?” soal Tengku Elman tidak sabar.
“Dah..
mungkin dia ke pantry agaknya..” j.awab
Kak Sofi lagi. Tengku Elman mengangguk. Dia terus langkah menuju ke ruang pantry. Pagi ini dia keluar awal dari
rumah dan dia belum sempat bersarapan dengan mamanya. semuanya gara-gara dia
tidak sabar unutk bertemu dengan Humaira.
Dia
membuka pintu itu perlahan. Kelihatan Humaira sendirian di ruang pantry itu
berdiri membelakangkan tubuhnya. Hanya kedengaran bunyi air yang di masak oleh
Humaira yang menunggu untuk mendidih.
Dia mendail nombor Encik Johan. Dia mahu Encik Johan menjaga di bahagian
depan untuk memastikan tiada siapa yang menganggu dia ketika dia berada di
bilik itu bersama Humaira. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke arah
Humaira.
“Sayang
buat apa tu?” bisiknya ke telinga Humaira. Humaira terkejut. Hampir terlepas
mug yang di pegang di tangan. Nasib baiklah ketika itu dia belum lagi
menuangkan air panas ke dalam mugnya itu.
“Tengku!!!”
jerit Humaira lagi. Dia benar-benar geram dengan kelakuan Tengku Elman yang
sesuka hati saja memanggilnya sayang.
“Ala
comelnya sayang abang kalau dah marah..” usik Tengku Elman lagi. Suka benar dia
melihat wajah Humaira yang berlagak marah! Tawanya masih belum berhenti. Pagi
tadi dia sanggup keluar awal dari rumah kerana dia tahu Humaira biasanya awal
datang ke tempat kerja. Apa yang di sangkanya itu tepat. Lagi pun buat masa ini
hanya mereka berempat sahaja yang sudah sampai di pejabat.
“Siapa
sayang abang? Tengku jangan nak merepek yang bukan-bukan. Boleh sakit jantung
Ira kalau hari-hari macam ni!!” marah Humaira lagi.
“Janganlah
marah-marah! Nanti cepat tua..” dia mengusik lagi. Namun matanya tetap
memandang wajah Humaira yang masih marah itu. Rasa rindu!!
“Ada
Ira kisah? Suka hati Iralah!!”
“Sayang,
jangan marah.. Ni tolong buatkan abang coffee..”
“Buat
sendirilah!!” balas Humaira lagi. Ada ke patut dia cakap macam tu dengan bos
dia sendiri. Memang dia pekerja yang tidak bertanggung jawab.
“Please.. Make me a coffee.. Because coffee
you paling sedap!” Humaira rasa serba salah dengan rayuan Tengku Elman. Nampak
sangat lelaki itu belum minum pagi.
“Okey.
Tengku duduk dulu. Nanti Ira buatkan coffee
untuk Tengku” kini giliran Humaira pula memberi arahan.
Tengku
Elman tersenyum. Dia pasti Humaira tidak sampai hati menolak permintaannya.
Humaira
terus sahaja mengambil satu lagi mug untuk membuat air kopi Tengku Elman.
Tengku Elman yang duduk di meja makan itu terus tersenyum. Matanya ternampak
bekas makanan dalam plastic yang berada di atas meja. Mungkin itu kuih sarapan
yang di beli oleh Humaira. Tapi kalau beli takkan di letakkan dalam bekas makanan?
Humaira
terus meletakkan mug yang berisi air kopi didepan Tengku Elman. Kemudian dia
pun turut duduk bersama. Dia membuka bekas makanan yang di ambilnya dalam
plastic tadi.
“Makan
Tengku kalau sudi..” ajaknya selamba. Tengku Elman tersenyum lebar.
“Kalau
sayang abang yang ajak, abang tak akan tolak..”
“Dah
mulalah tu!! Malas nak layan perangai Tengku yang mengarut ni! Kan bagus kalau
Tengku simpan panggilan sayang Tengku itu untuk Cik Bella...” cebik Humaira
lagi.
“Untuk
apa? Saya panggil pada yang layak je tau!!” balas Tengku Elman sambil menyuakan
kuih ke mulutnya. Masih lagi mahu mengusik Humaira. Tapi dia bukan sekadar
mengusik, dia cuba memberi hint
kepada Humaira.
“Ira
ni layak ke Tengku? Boleh tak Tengku jangan cakap yang bukan-bukan. Cik Bella
tu tunang Tengku dan kalian berdua akan kahwin tak lama lagi.. tapi Ira masih
tak faham dengan perangai Tengku yang suka buat hal dengan Ira. Yang menjadi
mangsanya ialah Ira.. Tak pasal-pasal pula Cik Bella marahkan Ira!” kini pecah
jua apa yang mahu di simpannya.
“What?? Bella marah Ira?” soal Tengku
Elman tiba-tiba.
“Bila?”
sambung Tengku Elman lagi. Humaira membisu. Kenapalah dia terlepas cakap tadi?
Adoi!! Masalah timbul lagi. Dia menepuk mulutnya sendiri. Dia sudah tersasul.
“Ira, I ask you!!” suara Tengku Elman
agak keras. Dia melihat Humaira mendiamkan diri. Mungkin Ira serba salah. Tapi
dia tidak boleh membiarkan Isabella menganggu Humaira.
“Kita
lupakanlah..” pujuk Humaira lagi. Dia tidak mahu meretakkan lagi hubungan
Tengku Elman dengan Cik Bella.
“No!! This is serious matter!!”
“Kan
Ira cakap lupakannya..” sambil itu Humaira terus bangun dari tempat duduknya.
Makin lama dia duduk berdepan dengan Tengku Elman makin banyak pulak hal yang
berlaku.
“Ira.. Please tell me the truth..” desak
Tengku Elman. Tangannya memegang tangan Humaira. Humaira terkejut. Lagi pun
jantungnya juga mula berdegup kencang. Ia seolah-olah mahu melompat keluar dari
tubuhnya.
“Apa
Tengku buat ni? Nanti ada orang nampak tau!!” marahnya lagi.
“Tak
ada orang nampak. Cuma kita berdua saja kat sini..” jawab Tengku Elman dengan
yakin. Kalaulah Humaira tahu ada orang yang jaga line depan hanya untuk dia meluangkan masa dengan Humaira.
“Tengku
nak buat apa dengan Ira?”
“Tak
buat apa-apa. Cukup kalau abang dapat menikmati sarapan pagi dengan sayang..”
ujar Tengku Elman dengan suara romantiknya.
“Itu
jer?” soal Humaira kehairanan. Apa istimewanya sekadar sarapan pagi di pantry dan makan kuih muih yang di
sediakan oleh Mak Teh dengan secawap kopi yang dia sediakan. Pelik!!
“Mmm..
itu dah cukup membuatkan abang bahagia sayang..” balas Tengku Elman.
“Uhuk…”
Humaira terbatuk. Rasa nak muntah dia mendengar Tengku Elman memanggilnya sayang
dan membahasakan dirinya abang. Mungkin Tengku Elman tak sihat kot. Dia
meletakkan belakang tangannya di dahi Tengku Elman.
“Tak
demam pun.”
“Abang
tak demam sayang.. Ini kenyataan..” ucap Tengku Elman lembut.
“Apa-apalah
Tengku ni. Malas nak layan..” marah Humaira. Dia rasa geram kerana rasa dirinya
di permainkan. adakalanya dia sendiri pun tidak dapat mengawal perasaannya
terhadap lelaki itu. kadang kala bagaikan ada magnet yang melekatkan dia dengan
Tengku Elman.
Ketika
Humaira melangkah keluar, dia melihat Encik Johan tersenyum padanya. Patutlah
tidak ada orang masuk ke pantry
seperti selalu sebab Encik Johan jaga line
dekat depan. tengku Elman memang melampau!!
SETIAP hari mereka sangat sibuk dengan persediaan untuk majlis
pelancaran itu nanti. Dalam masa yang sama, Humaira masih lagi belum
berkesempatan untuk keluar membeli pakaian yang akan di pakai malam itu nanti.
Kerana kesibukan yang memanjang, dia langsung tidak dapat balik awal. Ada saja
yang Tengku Elman suruh dia buat. Kadang-kadang dia orang yang paling akhir
pulang. Tengku Elman pula sentiasa memberi alasan yang munasabah supaya dia
pulang lewat dari orang lain. Dia sendiri pun kadang-kadang ingin saja
memberontak namun bila mengingatkan kembali budi Tengku Elman dia diamkan diri
sahaja.
Setiap hari, Humaira terpaksa pulang lewat. Sesampai
sahaja di rumah dia hanya mahu melelapkan matanya sahaja. Kepenatannya
membuatkan dia langsung tidak mempedulikan orang sekelilingnya.