Awal pagi itu Humaira
masuk ke pejabat. Mungkin kawan sepejabatnya akan berasa hairan melihat dia
kembali bekerja. Namun dia tidak peduli. Kalau bukan kerana arahan dari bos
yang boleh membuatkan dia gila memang dia tidak akan bekerja di tempat itu
lagi. Tengku Elman siap mengungutnya lagi. Dia tahu lelaki itu boleh buat apa
saja!
“Ira
turun kerja semula ke? Bukan ke hari tu dah hantar surat letak jawatan?” soal
Aya sebaik saja melihat kelibat Humaira.
“Itulah
apasal saya ada kat sini!! Tu big boss
datang ke rumah cakap surat perletakan jawatan Ira tak akan di terima. Jadi apa
yang Ira boleh lakukan?” soal Humaira kembali.
“Wow..
Bestnya Ira kembali bekerja semula..”
ujar Kak Sofi.
“Hai.. Awal pagi dah dapat bunga.. Dari siapa?” soal
Aya mengusik Humaira. Entah mengapa matanya sudah menuju terus di atas meja
Humaira.
“Bunga??” soal Humaira kehairanan. Dalam masa yang
sama mata Humaira memandang ke arah mejanya.
“Iya bungalah..”
“Entahlah.. Mamat gila mana agaknya yang bagi Ira bunga..”
jawab Humaira selamba.
“Eh! Dalam bunga itu pasti ada nama pengirim..” ujar
Aya pula yang teruja.
Humaira mengambil jambak bunga itu. Di
pusing-pusingnya untuk mencari kad seperti yag di katakan oleh Aya tadi..
Memang betul ada kad kecil di selit di celahan bunga itu.
“Dari siapa?”
“TEQ!”
“TEQ?? Ini mesti peminat misteri ni..” usik Aya lagi..
“Wah, rupa-rupanya dalam diam ada juga orang yang
minat kat Humaira..” ujar Kak Sofi lagi.
Humaira hanya tersenyum hambar. Ini mesti kerja Tengku
Elman!! Mana ada orang yang menggelarkan dirinya TEQ! Tapi dia diamkan saja.
Takut pula pekerja yang lain kecoh pasal bunga itu.
Pagi
ini memang bersemangat Tengku Elman. Dari jauh lagi dia tersenyum melihat
kelibat Humaira. Namun dalam masa yang sama, dia juga ternampak Isabella tidak
jauh dari situ. Ketika itu Tengku Elman sengaja mendekati Humaira.
“Good morning sayang..” bisik Tengku
Elman kepada Humaira. Dia langsung tidak menghiraukan pekerja yang berada di
sekelilingnya. Humaira juga tidak mempedulikan sikap Tengku Elman yang terlebih
peramah pula pagi itu. Semenjak Tengku Elman balik dari rumah Pak Teh hari itu,
memang lelaki itu suka-suka sahaja memanggilnya sayang.
“Kenapa
tak jawab?” soal Tengku Elman kepada Humaira.
“Tengku
cakap dengan saya ke?” soal Humaira seperti orang bodoh! Sengaja dia mahu
menyakiti hati Tengku Elman. Namun Tengku Elman hanya tersenyum suka. Dia tahu
Humaira dia senang dengan perangainya itu.
“Yelah
dah penat mulut saya bercakap tadi. Rupa-rupanya dia tak dengarlah pulak!”
tempelak Tengku Elman.
“Tengku
cakap apa tadi?”
“Good morning sayang..” ujar Tengku Elman
lembut ke telinga Humaira. Bukan main terkejut lagi Humaira di buatnya. Tengku
Elman seronok gelak.. ‘Siapa suruh tadi dia buat tak tau saja. Sekarang baru
dia tahu tahap kenalan suaminya ini’ bisik Tengku Elman dalam hati.
“Kenapa
Tengku panggil Ira macam tu? Ira ingat Tengku panggil orang lain..” soal
Humaira hairan. Semalam panggil isteri, hari ini panggil sayang.. Lelaki ini
tidak sudah-sudah menyusahkan dia.
“Cause I love you..” jawab Tengku Elman
selamba.
“Gila!!!”
“Ira.. You know how much I love you?”
ujarnya perlahan.
“Apa
yang Tengku merepek pagi-pagi macam ni? Are
you crazy??” soal Humaira hairan! Entah hantu mana yang sampuk Tengku Elman
pagi-pagi begini. Memang bikin rosakkan mood
dia saja.
“I love you very much.. Do you love me?”
soal Tengku Elman lagi.. Dia sudah perasan Isabella sudah berdiri
menyembunyikan diri di sebalik dinding itu.
“I hate you..”
“But I love you..”
“Gila!!!
Saya tak pernah cintakan Tengku!! Saya tak akan terima cinta awak, Tengku
Elman. Saya bukan siapa-siapa pun untuk di jadi teman hidup Tengku. Lagi pun
Tengku dah ada tunang yang cantik, bijak dan berpelajaran. Apa yang dia
kurang?” marah Humaira. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan bila berdepan
dengan Tengku Elman. Mungkinkah Tengku Elman sengaja mahu menguji perasaannya.
“But I love you... Saya betul-betul maksudkannya” ujar Tengku
Elman Qaufar. Matanya tetap setia memandang wajah Humaira. Entah apa yang
berada di fikiran gadis itu. Dari sinar matanya dia dapat melihat cahaya cinta
untuknya. Namun mulutnya itu selalu menidak apa yang di rasa! Namun dia harus
berlakon dengan lebih mantap. Biarlah Isabella tahu yang dia sebenarnya
menyintai gadis lain!
“Sebab
saya ni mirip arwah isteri Tengku? Macam tu? Dengar sini baik-baik Tengku Elman
Qaufar bin Tengku Harith Ismail. Saya tak mudah nak terima kata-kata manis
Tengku tau! Baik Tengku simpan kata-kata itu buat Cik Isabella yang bakal
menjadi isteri Tengku tak lama lagi! Lagi pun saya malas nak layan perangai
Tengku yang pelik macam ni” Geram dia dengan perangai Tengku Elman yang tak
sudah-sudah dengan perangainya.
“Orang
kahwin lagikan boleh bercerai apalagi baru bertunang. Kalau dah jodoh saya
dengan Ira pun tiada siapa yang dapat melarang!” kini suara Tengku Elman
kedengaran tegas.
“Tengku
ni dah gila agaknya.. Saya ni perempuan.. dan saya faham perasaan orang yang
sejenis dengan saya..”
“Okey. We see. But I make sure you be mine
one day. Saya bukan jenis orang yang mudah berputus asa untuk mendapatkan
sesuatu terutama tentang teman hidup” balas Tengku Elman Qaufar. Dia sengaja
mengusik Humaira begitu! Mengapalah perempuan ini berhati batu. Kalau perempuan
lain pasti mereka suka bila lelaki seperti dia yang mengusiknya.
“Apa-apalah
Tengku ni.. Malas nak layan.”
“But I love you very-very much..”
Laungan
itu membuatkan Humaira menghadiahkan jelingan tajam buat Tengku Elman. Isabella
pula mengurut dada. Tengku Elman sudah jatuh cinta pada Humaira. Tapi sejak
bila? Mungkinkah perkahwinan mereka tidak akan di teruskan? Oh tidak!!! Dia
tidak sanggup kehilangan Tengku Elman. Airmata sudah menuruni pipinya. Dia rasa
sangat marah kerana Tengku Elman tidak pernah menghargai cintanya.
SEMUA para pekerja
terpinga-pinga dan hairan melihat perangai bos besar mereka hari itu. Selalunya
bos mereka tidak pernah mahu senyum apatah lagi bergurau seperti yang mereka
dengar tadi. Yang mereka hairan, walaupun Isabella tunangnya pun tak pernah
sekali Tengku Elman mesra dengannya.
“Kenapa
dengan bos itu, Ira”
soal Kak Sofi. Dia hairan pagi-pagi lagi dia mendengar Humaira bergaduh dengan
bos besar lagi tu.
“Entahlah kak.. Hantu mana yang sampuk
dia pagi-pagi macam ni!” jawab Humaira dengan geram. Dia jadi malu apabila
Tengku Elman meluahkan perasaannya di depan dia dan beberapa pekerja lain.
“Jangan-jangan dia dah jatuh cinta
dengan Ira.. Sebab itu dia jadi tak betul..” jawab Kak Sofi lagi.
“Kakak ni pun kena sampuk juga ke? Tak
ada maknanya dia nak jatuh cinta dengan Ira. Mana dia nak letak tunangnya Cik
Bella kita tu.. Dia ni tak habis-habis nak kacau hidup Ira..” Humaira membebel
lagi. dia rasa sakit hati dan juga malu kepada rakan sekerja. Tengku Elman
memang sudah melampau.
“Dia benar-benar jatuh cinta dengan
Iralah tu..”
“Akak ni.. Takkan dia nak jatuh cinta
dengan Ira.. Tunang dia tu nak letak mana?”
“Alah.. orang kahwin lagikan boleh
bercerai apa lagi baru bertunang. Dan kalau memang jodoh Ira dengan Tengku pun
nak buat macam mana?”
“Akak ni pun sama pendapat dengan
Tengkukan?”
Kak Sofi hanya tersenyum mendengar
bebelan Humaira. Dia tahu Humaira tak akan merampas Tengku Elman dari Isabella.
Tetapi dari tatapan matanya dia tahu Tengku Elman memang ada hati dengan
Humaira. Begitu juga sebaliknya.
PUKUL 9 pagi, Tengku Elman mengajak Encik Johan keluar mengikutnya. Ada
pertolongan yang dia perlukan dari Encik Johan.
Sepanjang perjalanan, Encik Johan dapat melihat wajah
Tengku Elman yang tersenyum. Senyumannya sangat ikhlas dan gembira. Entah apa
angin Tengku pagi ini. Dia seperti kembali bersemangat seperti dulu sebelum
kehilangan ‘Ariana’.
Sampai di suatu tempat, Tengku Elman mengarahkan Encik
Johan berhenti. Mereka masuk ke sebuah restoran mewah. Ada perkara yang dia
mahu bincangkan kepada Encik Johan dan dia tidak mahu membincangkan perkara itu
di pejabat.
Encik Johan sekadar mengikut saja langkah Tengku
Elman. Pada mulanya dia pun hairan, kenapa hari ini tiba-tiba Tengku Elman
membawanya keluar makan waktu pejabat.
“Ada hari apa hari ini Tengku?” soal Encik Johan
sebaik saa kedua mereka duduk. Tengku Elman tetap tersenyum. Dia pasti, tentu
Encik Johan hairan dengan perangainya pagi ini.
“Hari yang sangat membahagiakan saya, Encik Johan..”
ujar Tengku Elman lagi.
“Hari yang bahagia? Saya tak faham maksud Tengku..”
Tengku Elman tersenyum. Dia pun tidak sabar mahu berkongsi cerita itu pada
Encik Johan. Lelaki yang satu-satunya yang setia bekerja dengan keluarganya
sejak dulu lagi.
Tengku Elman menceritakan segala-galanya tentang
Humaira pada Encik Johan. Kini barulah Encik Johan mengerti. Siapa sangka orang
yang di anggap mati masih hidup! Patutlah Tengku Elman kembali seperti dulu.
“Saya nak Encik Johan tolong carikan doktor pakar yang
boleh merawat Humaira dan juga tolong awasi dia untuk saya, kalau saya tiada di
pejabat..” terang Tengku Elman.
“Saya faham Tengku. Tentu Tengku risau Cik Bella akan
apa-apakan Cik Humairakan?” soal Encik Johan.
“Ya.. sebelum ini pun sudah beberapa kali dia
menganggu Humaira.. Masa itu saya tak tahu pun yang Humaira itu isteri saya.
Dan sekarang saya terpaksa rahsiakan tentang Humaira. Encik Johan fahamkan?”
terang Tengku Elman.
“Ya saya faham. Mulai hari ini saya akan awasi
Humaira. Manalah tahu kalau rahsia ini terbongkar pasti Humaira tidak akan
selamat lagi..” ucap Encik Johan. dia akan melindungi Humaira seperti mana dia
selalu melindungi ‘Ariana’ dulu.
“Terima kasih atas bantuan Encik Johan.. Saya amat
menghargainya..” Encik Johan nampak wajah Tengku sangat gembira dan lega
barangkali. Selepas berbincang mereka berdua pulang semula ke pejabat. Dalam
perjalanan Tengku Elman memberitahu Encik Johan agar membawa Humaira berjumpa
dengannya di bilik pejabatnya.
ISABELLA terus memanggil Humaira masuk ke biliknya. Niatnya
hanya satu. Dia mahu tahu tentang perasaan Humaira pada Tengku Elman. Tak
mungkin Tengku Elman hanya mengusik Humaira tentang perasaan. Sebetulnya,
Tengku Elman tidak pernah mengucapkan kata-kata seperti yang di ucapkannya pada
Humaira.
“Kau sengajakan menggedik dengan
Tengku Elman sampai dia langsung tak pedulikan I..” ujar Isabella dengan perasaan
geramnya. Pagi tadi dia perasan wajah Tengku Elman nampak ceria dan gembira.
Sambil itu sempat pula dia meluahkan perasaannya pada Huamira. Humaira merenung
wajah Isabella tanpa berkedip.
“Saya menggedik? Bila masa saya
menggedik dengan Tengku? Cik Bella salah faham ni..” ujar Humaira lagi.
“Tapi kenapa Tengku Elman boleh
pangggil you sayang? And say I love you?”
soal Isabella lagi. Sebolah-bolehnya dia mahu mengawal perasaan di dalam hati.
Humaira diam. Pasti Cik Bella sudah
mendengar kata-kata Tengku Elman kepadanya tadi. Hishh ini semua Tengku Elman
punya pasal!!
“Kenapa diam? You dah tahu tahap
youkan? You tidak setanding I” Humaira menatap wajah Isabella. dia tidak akan
membenarkan Cik Bella memijak maruahnya sebagai seorang wanita. nampaknya Cik Bella
tersilap orang. Dia bukannya seorang wanita yang sperti di sangkakan oleh Cik
Bella.
“Cik Bella, saya minta maaf.
Sebenarnya saya memang tak sukakan Tengku Elman. Tapi dia yang selalu menganggu
hidup saya. Mungkin itu yang menyebabkan orang lain salah sangka. Saya tak
kisah kalau benar dia sukakan Cik Bella. Lagipun kamu berdua memang sepadan.
Dan saya sedar siapa diri saya..” Humaira membela diri.
Isabella mengangguk.
“Baguslah kalau kamu dah sedar
diri!” ujar Isabella. Dia ingatkan perempuan ini cuba nak goda Tengku Elman.
“Saya minta maaf sekali lagi..” ujar
Humaira. Isabella mengangguk. Memang sahlah Tengku Elman sendiri yang ada
perasaan terhadap Humaira.