‘Aduh dah malam sangat ni..
Kenapalah tak ada teksi pula kali ini?’ Rungut Zarra dalam hati. Kalau tidak di
sebabkan keretanya meragam tidak payahlah dia susah-susah menunggu teksi waktu
ini. Tunangnya pun tidak ada kat sini malam ini. Malangnya nasib dia hari ini.
Zarra masih lagi setia menunggu teksi. Tiba-tiba ada dua orang lelaki yang
tidak di kenalinya mula mengusik-ngusik dirinya. Dia jadi seram sejuk. Bukannya
dia tidak tahu di kota yang besar ini, ada pelbagai ragam manusia.
“Hai si cantik manis? Nak kemana
ni?” soal salah seorang lelaki tadi. Zarra menjeling tajam. Tidak di jawabnya
soalan lelaki itu tadi. Malah dia mula melangkahkan kakinya mahu berlalu dari
situ. Namun dia terkejut apabila salah seorang pula menghalang jalannya.
“Abang tu tanya, cik adik nak
kemana?” soal lelaki di hadapannya tadi.
“Saya nak baliklah!” jawab Zarra
dengan geram! Dia cuba untuk meloloskan diri dari kedua lelaki itu. Dia
benar-benar rasa takut sekarang. Namun begnya pula di rentap! Zarra cuba menarik
begnya. Namun kudrat lelaki itu lebih kuat darinya.
Di lorong yang sedikit gelap itu,
Zarra berlari. Di lihatnya lelaki dua orang tadi sedang mengejarnya. Dia mana
dia mahu bersembunyi. Apa niat dua orang lelaki itu. Dalam asyik dia berfikir
tiba-tiba dia terdengar suara lelaki tadi.
“Ha!! Itu pun dia!! Mari kita
menikmati keseronokan malam ini..” ujar salah seorang darinya.
“Tolong jangan apa-apakan saya!
Saya mohon dan merayu..” Zarra sudah dalam ketakutan. Namun rayuan itu tidak di
pedulikan oleh dua lelaki tadi. Malah mereka makin mendekati Zarra yang
mengundur ke belakang. Tiba-tiba kaki Zarra terlanggar objek menyebabkan dia
terjatuh. Apa lagi kedua lelaki itu mula berebut untuk memiliki gadis itu.
“Aku nak rasa dulu!!”
“Aku dululah.. Kau nanti..”
sempat lagi mereka berdua berbalah sesama sendiri.
“TOLONGG!!!!!!!!!!!!!!” jeritan
Zarra itu langsung tidak di pedulikan oleh kedua lelaki tadi. Zarra tetap
menjerit meminta tolong. Dia bagaikan hilang kudrat untuk melawan tenaga kedua
lelaki itu. Lututnya bergegar lemah. Dia hanya mampu tawakal. Tidak sanggup
rasanya dia kehilangan mahkotanya pada kedua lelaki durjana ini. Hanya lelaki
yang bergelar suaminya yang layak untuk mendapat hak itu. Dia cuba bangkit
untuk melarikan diri.
“TOLONGGG saya!!!” suaranya
bergema sekali lagi. Walau pun dalam keadaan ketakutan, Zarra tetap cuba
menjerit meminta pertolongan. Manalah tahu ada insan di muka bumi ini yang
mendengar jeritannya itu.
“Tolong!!!!!!!” satu jeritan itu mengejutkan
Zharif yang ketika itu sedang duduk di dalam keretanya. Tidak lama kemudian dia
melihat dua orang lelaki sedang mengejar seorang gadis. Dan apabila si gadis
itu terjatuh, kedua pemuda itu seperti berebut-rebut mahu bercumbu dengan si
gadis itu.
Melihat keadaan itu,
Zharif terus keluar dari kereta lalu menuju ke arah kedua pemuda yang asyik
bergelak ketawa melihat wajah ketakutan si gadis itu. Hatinya mendongkol geram.
Pantang baginya kalau kaum hawa di permainkan sedemikian! Manusia jenis apa
yang sanggup menganiaya insan yang lemah seperti perempuan itu.
“Hoi!!!” jerit Zharif.
Kedua pemuda itu menoleh. Mereka nampak Zharif sedang berjalan menuju kearah
mereka berdua.
“Eh!! Ada orang nak
jadi hero yer!!” ujar salah seorang pemuda itu. Darah Zharif memuncak. Pantang
benar dia melihat kaum hawa itu di perlakukan seperti binatang. Dengan tidak
semena-mena satu tumbukan padu hinggap di wajah salah seorang pemuda itu. Dan
yang seorang lagi cuba melawan. Namun Zharif cepat mengelak. Dia hayunkan lagi
tumbukan pada wajah itu.
Kedua-dua pemuda itu
cabut lari apabila melihat keberanian Zharif yang melawan mereka. Mata Zharif
menangkap sekujur tubuh gadis yang tidak dikenalinya itu. Terus saja Zharif
mendekatinya. Pada masa yang sama gadis itu sudah pengsan! Tubuh yang terbaring
itu berada dalam keadaan yang mengaibkan. Sebahagian tubuhnya terdedah dan
keadaan itu benar-benar mencemaskan! Zharif tergamam seketika.
Cepat-cepat Zharif
mencempung tubuh gadis itu menuju ke keretanya. Dia terus memandu menuju ke
klinik sahabatnya Doktor Hisyam. Sampai sahaja didepan klinik sahabatnya, dia
terus meluru sambil mencempung tubuh gadis yang masih pengsan itu.
“Tolong I, Hisyam..”
ujar Zharif sambil nafasnya pun naik turun. Dia terus masuk ke bilik sahabat
tanpa mempedulikan beberapa orang pesakit yang menunggu di luar.
“Kenapa ni?” soal
Doktor Hisyam cemas. Dia melihat gadis yang di bawa oleh Zahrif itu masih
pengsan dan tubuhnya di tutupi oleh baju kot milik Zharif.
“Tadi dia pengsan.
Mungkin dia terkejut!” beritahu Zharif cemas.
“Kenapa boleh jadi
macam ni? Apa yang berlaku sebenarnya?” soal Doktor Hisyam lagi.
“Tadi ada dua orang
lelaki yang tidak di kenali mahu merogolnya. Nasib baiklah I lalu kat situ. Dia
menjerit minta tolong, jadi I pun tolonglah..” terang Zharif dengan lebih
terperinci. Doktor Hisyam mengangguk!
Doktor Hisyam menyuruh
Zharif keluar. Sementara dia dan jururawatnya merawat keadaan gadis itu. Zharif
menunggu dengan penuh debar. Bagai mana keadaan gadis itu? Rasanya kedua lelaki
itu tidak sempat mengapa-apakan si gadis itu. setelah siap membuat pemeriksaan,
Doktor Hisyam memanggil Zharif.
“Macam mana dengan
gadis itu?”
“Dia tak apa-apa.
Mungkin dia terkejut sebab itu dia pengsan” beritahu Doktor Hisyam kepada
sahabatnya.
“Alhamdulillah..” ucap
Zharif penuh syukur!
“Nasib baik kau ada kat sana kalau tak memang
gadis itu tak dapat diselamatkan.” Terdengar kata-kata Doktor Hisyam membuatkan
Zharif tersenyum. Mungkin dia ada jodoh dengan si gadis itu. Rasanya, ini bukan kali pertama mereka di
pertemukan. Namun dia belum lagi mengetahui nama si gadis tersebut.
“Terima kasih kerana
menolong saya..”
“Itukan perkara biasa.
Tapi cantik juga gadis tu..” usik Doktor Hisyam.
“Ada-ada saja kau ni!!”
balas Zharif sambil tersenyum. Boleh pulak Doktor Hisyam mengusiknya sebegitu.
“Kalau susah sangat kau
kahwin saja dengan dia.. Lagi pun kau ni sampai bila nak hidup membujang..”
sambung Doktor Hisham.
“Eh kesitu pula kau
ni!! Aku taulah tapi aku belum berkesempatan nak berkenalan dengan dia pun..
Cuma aku kenal wajah dia..” Zharif mula mengingatkan wajah yang selalu menganggunya
itu.
“Tak apa lepas ini, kau
berkenalanlah dengan dia. Manalah tau dia masih bujang lagi.. dan aku berharap
kau akan kahwin tak lama lagi. Tak sabar rasanya nak makan nasi minyak kau!”
Doktor Hisyam bergurau.
“Okey.. Nanti aku soal
siasat dia..” balas Zharif sambil tersenyum. Kawannya itu memang suka sangat
mengusik.
“Doktor, pesakit dah
sedar!” ujar seorang jururawat kepada Doktor Hisyam. Kedua mereka menoleh.
Doktor Hisyam terus berjalan menuju ke bilik yang menempatkan si gadis itu.
Manakala Zharif pula mengikut dari belakang.
“Saya dekat mana ni?”
soal si gadis itu. Mungkin dia hairan melihat tepat dia berada dan melihat
pakaian di tubuhnya.
“Awak berada di klinik
saya.” jawab Doktor Hisyam.
“Kenapa dengan saya
doktor?” soal si gadis itu lagi. Dia tidak ingat apa yang berlaku pada dirinya.
“Cik pengsan tadi
kemudian kawan saya ni yang hantar cik ke sini..” terang Doktor Hisyam. Seraya
itu mata si gadis itu memandang ke arah lelaki yang di maksudkan. Dia berusaha
senyum.
“Terima kasih kerana
menyelamatkan saya..” ujarnya perlahan. Biar pun dia tidak pernah kenal dengan
lelaki itu, namun kata-kata ucapan terima kasih sepatutnya dia ucapkan juga.
“Sama-sama itukan
kewajipan kita sebagai manusia” jawab Zharif lagi.
“Saya boleh balik ke
sekarang doktor?” soal Zarra lagi. Dia tahu pasti ayahnya tengah risaukan dia
di rumah. Maklumlah dia tidak pernah lewat sebegini pulang ke rumah.
“Biar saya hantar cik
balik. Lagi pun malam-malam begini naik teksi tu bahaya!” ujar Zharif mempelawa
diri.
“Betul juga kata kawan
saya ni.. Lebih baik dia bawa cik pulang. Lebih selamat..” Doktor Hisyam pula
menyokong.
Zarra hanya mengangguk
kepalanya.
“Kita pergi buat
laporan polis..” ujar Zharif lagi. Doktor Hisyam mengangguk. Itu lebih baik
buat gadis itu. Demi keselamatannya juga.
ZARRA pulang kerumah
dengan pakaian yang serabai. Nasib baik ada baju kot lelaki itu yang menutupi
tubuhnya. Ketika sampai di rumah, semua ahli keluarganya terkejut.
“Apa dah jadi ni?” soal
si ayah. Zarra membisu. Dia tidak dapat bersuara. Lidahnya rasa kelu. Dari
klinik sampai ke rumah ini dia hanya memberitahu alamat rumah ini kepada lelaki
yang tidak di kenalinya itu.
“Pakcik, sebenarnya dia
di.. di..” tak sampai hati Zharif mahu menyebut penuh perkataan itu. Dia rasa
jijik sangat! Kenapalah ada manusia yang sangat kejam sebegitu di dunia ini.
“Di rogol? Siapa yang
buat kerja tu?” soal Pakcik Harun. Tak payah lelaki itu menyebut perkataan
akhir pun dia tahu melalui pandangan matanya pada anak gadisnya itu. Mujurlah tubuh
anaknya itu di tutupi dengan baju kot yang mungkin milik lelaki itu.
“Saya pun tak tahu.
Bila tiba di tempat itu, saya lihat dua orang lelaki sedang bergelut dengan
dia.. Dan kemudian dia pengsan. Saya sudah bawa dia ke klinik.. Doktor cakap
dia tak apa-apa..” terang Zharif lagi. Dia sudah kecut melihat wajah Pak Harun
yang sedang menahan kemarahan. Dia risau jika lelaki separuh umur itu mengamuk!
“Mana boleh tak
apa-apa! Siapa buat kerja ni?” soal Pak Harun lagi.
“Habis macam mana ni
bang?” soal Makcik Saleha dengan nada yang cemas.
“Macam mana kalau
keluarga Datuk Majid tahu perkara ini?” soal Makcik Saleha lagi.
“Abang pun tak tahu.
Kalau keluarga Datuk Majid tahu mesti mereka tidak akan dapat menerima berita
ini. Mereka pun tak nak menanggung rasa malu ini..” terdengar keluhan dari
bibir Pak Harun. Dia tidak tahu apakah reaksai keluarga tunang anaknya itu
nanti. Sanggupkah mereka meneruskan majlis perkahwinan yang tinggal seminggu
itu lagi.
“Kenapa pakcik?” soal
Zharif bila mendengar keluhan kecil dari bibir Pak Harun.
“Sebenarnya Zarra akan
berkahwin tak lama lagi. Tapi macam mana kalau keluarga sebelah lelaki tahu
yang Zarra kena rogol pasti mereka akan membatalkan majlis kahwin ini..” sampuk
Makcik Saleha. Dia berpura-pura seperti orang sedih. Pada hal dalam hati memang
dia gembira kerana dia mengharapkan perkahwinan itu tidak menjadi dan Zarra
akan mendapat malu kerana peristiwa yang memalukan itu.
“Bila tarikhnya?”
“Dua minggu dari
sekarang!” jawab Pakcik Harun. Mona tersenyum lega. Akhirnya pernikahan kakaknya
dengan Ashraf akan di batalkan. Dan dia akan berpeluang untuk merebut tempat di
hati Ashraf.
Zharif mendiamkan diri.
Gadis itu sudah menjadi tunangan orang dan bakal menjadi isteri orang.
Nampaknya dia sudah terlambat untuk merebut kasih di hati gadis itu.
Zharif memandu menuju
ke rumah. Dia merasa letih dan penat sekali. Sekarang dah pukul satu. Nasib
baiklah budak-budak tu tidak ada di rumah. Dia terus menuju ke biliknya. Dia
mahu menyegarkan diri dan tidur.
Dia dalam biliknya,
Mona tersenyum gembira. Dia langsung tak bersimpati di atas apa yang berlaku
pada Zarra. Baginya itu satu peluang yang baik untuk dia mendekatkan dirinya
dengan Ashraf.
Tak mengapalah esok dia akan bertemu dengan Ashraf untuk memberitahu hal ini. Pastinya Ashraf akan terkejut dan dia serta merta akan memutuskan pertunangannya dengan Zarra! Ya itulah yang sepatutnya berlaku esok!