ZHARIF menjeling jam di
tangan. Hayunan langkahnya pantas menghala ke arah lif yang berada di
tengah-tengah ruang bangunan yang cantik itu. Dia mahu ke pejabatnya yang
berada di tingkat 15.
Ketika berada di depan
lif pun Zharif tidak mempedulikan mata-mata gadis yang memandangnya. Dia dah
biasa dengan gelagat mereka. Dia dah tak rasa apalah. Hari ini dia masuk lambat
sedikit ke pejabatnya.
Ting!!!
Pintu lif terbuka dan
Zharif memberi laluan kepada kaum wanita untuk meloloskan diri terlebih dahulu.
Kemudiannya barulah dia menyelit sama. Saat pintu lif hendak tertutup, ada pula
jemari halus yang menahannya dan pintu lif itu terbuka kembali.
“Sorry, thanks.”
Zharif masih lagi
menatap telefon bimbitnya. Langsung tidak pedulikan ucapan gadis itu. Namun
hidungnya terhidu bau harum semerbak dari seorang perempuan di sebelahnya.
Macam pernah hidu bau itu. Tetapi di mana? Dia terus mengangkat wajahnya
mencari empunya diri yang keharumannya benar-benar menarik perhatiannya. Dia
amat tertarik dengan wangian wanita itu walaupun dia tidaklah arif sangat
dengan wangian wanita. Naluri lelakinya entah mengapa tiba-tiba sahaja berkocak
dan dia yakin gadis itu cantik jelita.
Perempuan di sebelahnya
langsung tidak menunjukkan muka. Lagipun wajahnya terlindung dengan tudung. Kalau
di lihat dari penampilannya, perempuan ini boleh tahan juga. Tapi dia tidak
nampak dengan jelas wajah perempuan itu. Malaslah dia pedulikan. Namun timbul pula
rasa nakalnya. Bagaimana dia mahu melihat wajah gadis yang terselindung dengan
tudungnya itu?
Ketika pintu lif terbuka
di tingkat 15, Zharif mahu keluar. Sengaja dia melanggar tubuh wanita itu dan
segala fail yang berada di tangan wanita itu gugur. Kertas putih bersepah di
dalam ruang lif itu!
“Sorry..” ujar Zharif sambil menunduk. Gadis itu yang terkejut juga
terduduk mengutip kertas di dalam ruangan lif itu.
“Tak apa.. Bukan salah
encik pun!” jawab si gadis itu selamba.
Zharif mencuri pandang
ke wajah misteri itu. Sesaat kemudian dia juga terpana dan terpaku. Dadanya
bagaikan melantun deras dan nafasnya bagaikan tersekat-sekat saat pandangan
gadis itu bertaut dengannya.
“You???” ujar Zarra perlahan. Dia tidak menyangka akan bertemu
dengan lelaki itu di situ.
“You??” balas lelaki itu lagi. Nampaknya kedua-dua mereka terkejut. ‘Mr Coffee? Dia buat apa kat sini?’ bisik
Zarra dalam hati. Ketika dia masuk lif tadi dia langsung tak perasan dengan
lelaki yang berdiri di sebelahnya tadi.
‘Argh!! Gadis ini
lagi?’ bisik Zharif sendirian.
“Sorry.. I tak sengaja.” ujar Zharif lagi.
“Tak apa..” balas Zarra
sambil tersenyum. Dia tidak menyangka sudah berapa kali dia terserempak dengan
lelaki itu dengan tidak sengaja.
“You kerja kat sini ke?
Selama ini I tak pernah nampak you pun?” soal Zharif lagi. Hairan kenapalah
pula tiba-tiba pagi ini dia boleh terserempak dengan gadis itu setelah beberapa
kali mereka terserempak di luar.
“Tak.. I just send document ke kat area sini..”
jawab si gadis itu.
“Owhh!! Dah banyak kali
kita terserempak, tapi I still tak
sempat nak tanya nama you..” ujar Zharif lagi. Wajarlah untuk pertama kali berkenalan,
dia sepatutnya menunjukkan skil yang dia ada.
“Banyak kali? Seingat
I, sekali je, masa tu I tertumpah coffee
atau you..” balas si gadis itu dengan cepat. Namun cepat tangannya mengutip
dokumen yang bertaburan tadi. Malas dia mahu melayan ayat dari lelaki yang
berada di depannya itu. ‘Sorrylah I ni tunang orang!’ gerutu Zarra dalam hati.
“I think you dah hilang ingatan kot. Before tu pun I pernah terlanggar you!!” kali ini giliran Zharif
pula berterus terang.
‘Hilang ingatan? Berani
sungguh lelaki ini mengatakan dia hilang ingatan. Adakah ini taktik lelaki
zaman sekarang nak mengorat? Kalau dengan perempuan lain boleh makanlah lakonan
itu. Tapi bukan dengan aku ni Nur Izarra!’ marah Zarra dalam hati.
Tiba-tiba sahaja pintu
lif terbuka di tingkat 18.
“Sorry excuse me.. But thanks..” Zarra cepat-cepat melangkah keluar.
Sambil itu dia sempat lagi berbalas senyum dan mengucapkan terima kasih kepada
lelaki itu.
Zharif mengeluh kecewa.
Kali ini dia masih gagal untuk mengetahui nama gadis itu. Nampaknya gadis itu
sengaja mempermainkannya. Tak apa, tidak lari gunung di kejar! Dia menekan
nombor 15 kembali. Dia turun ke bawah semula.
Zharif terus menuju
ke bilik pejabatnya. Dia duduk di kerusinya sambil memejamkan matanya.
Terbayang wajah gadis yang di temuinya tadi. Bagaikan mereka ada jodoh.
MALAM ini, Amylia
bersiap cantik. Dia sudah berjanji untuk keluar bertemu dengan Datuk Maarof. Dia
gembira kerana Datuk Maarof tiba-tiba menghubunginya bila lelaki itu senyap
seketika. Ingatkan lelaki itu sudah melupakan dia. Kalau dia nak keluar dengan
Zharif pastinya ada saja alasan lelaki itu kepadanya.
“Hai Amy.. rindu I
kat you tau!” ujar Datuk Maarof. Dia jadi tidak sabar untuk bertemu dengan
Amylia. Rindunya pada perempuan itu bagaikan menyesakkan jiwanya. Dia terus
sahaja menelefon Amylia sebaik sahaja kakinya menjejak tanah air. Pada mulanya
dia merancang mahu menyambut harilahir wanita itu. Namun atas tuntutan kerja
dia terpksa menangguhkan hasratnya itu.
“Hai.. macam mana
dengan kerja you?” soal Amylia lembut. Lelaki ini memang tidak pernah berputus asa
mahu mendapatkan cintanya. Namun perasaannya bukan untuk lelaki itu. Sekali
sekala dia meluangkan masa bersama apalah salahnya. Dapat juga dia mengubat
perasaan sakit hati di atas kedinginan Zharif.
“Macam biasa. You tau
tak I sangat rindukan you. I minta maaf sebab tak dapat jumpa you di hari lahir
you..” terang Datuk Maarof lagi. Dia tidak mahu Amylia menyangkakan dia yang
bukan-bukan.
“Tak mengapalah..
Sekurang-kurangnya I tak celebrate sorang-sorang..”
jawab Amylia jujur.
“Iye ke? You celebrate dengan siapa?” soal Datuk
Maarof dengan nada tidak senangnya. Namun dia harus sedar, bahawa dia saja yang
menunjukkan perasaan suka kepada wanita itu sedangkan wanita itu tidak
menganggapnya lebih dari seorang teman.
“Tak payahlah nak
cemburu. I keluar dengan Zharif je.. Bukan siapa-siapa pun..” terang Amylia.
Dia tidak mahu Datuk Maarof syak yang bukan-bukan terhadapnya.
“Really??” soal Datuk Maarof lagi. Dia mahukan kepastian. Amylia
mengangguk! Datuk Maarof tersenyum lega. Jawapan Amylia itu seolah-olah memberikannya
harapan bahawa wanita itu mula menyukainya.
Mereka berdua makanan
yang mereka pesan tadi itu sampai. Bila makanan itu sampai mereka berdua terus
menjamu selera.
“Lepas ni kita nak
pergi mana?”
“That’s up to you. I ikut je, kemana you nak pergi.” Amylia menjawab
sambil mengelap bibirnya yang kotor ketika dia makan tadi. Datuk Maarof ketawa
kecil.
ELOK saja Zarra duduk
menonton tv selepas makan malam tiba-tiba mereka terdengar bunyi kereta
berhenti di depan rumah. Ayahnya segera bangun untk melihat siapakah
gerangannya yang datang pada waktu ini. Kedengaran orang memberi salam. Pak Harun
menjawabnya.
“Zarra, pergi buka
pintu pagar tu..” ujar Pak Harun lagi.
“Siapa datang ayah?”
“Ashraf”
“Ash?” soal Zarra
kehairanan. Dua hari lelaki itu tidak menghubunginya tiba-tiba sekarang ada di
depan rumah? Mestilah dia hairan. Macam biskut
chipmore.
“La.. Kenapa pula ni?
Pergilah buka pintu pagar tu..” tegur Pak Harun lagi. Tahu sangat dia dengan
perangai Zarra yang tidak suka dengan kehadiran Ashraf waktu ini.
“Baiklah ayah..”
jawab Zarra sambil tergesa-gesa mengambil kunci untuk membuka mangga yang
tergantung di pintu pagar. Dalam hati dia menrungut sendirian. Dia melihat
Ashraf tersenyum manis padanya. Namun dia balas dengan perasaan tidak sukanya.
“Kenapa datang sini?”
soal Zarra sebaik sahaja dia berdiri didepan Ashraf untuk membuka pintu pagar
itu.
“Ash nak ajak Zarra
keluar.”
“Keluar malam
begini?” soal Zarra lagi.
“Yelah. Kenapa? Zarra
tak suka?” soal Ashraf sedikit kecewa dengan sikap dingin Zarra. Soalan itu
langsung tidak di jawab oleh Zarra. Tanpa sedar mereka sudah sampai di ruang
tamu. Pak Harun menjemput Ashraf duduk bersamanya di ruang tamu. Sebelum itu,
Ashraf menyalami tangan bakal bapa mertuanya.
“Kenapa Ashraf datang
ke sini malam-malam begini?” soal Pak Harun lagi. Ashraf tersenyum. Dua hari
dia tidak nampak wajah Zarra dia bagaikan orang angau. Tidak sabar rasanya dia
balik cepat untuk bertemu dengan tunangnya itu. Sebab itulah sebaik sahaja dia
sampai di KL dia terus menuju ke sini.
“Sebenarnya, Ash nak
ajak Zarra keluar. Tak lama sekejap pun jadilah..” Ashraf berterus terang.
“Zarra.. Tak dengar
ke apa yang Ashraf cakapkan tu?” soal Pak Harun kepada anak perempuannya itu.
Zarra sekadar menjeling. Dia faham dengan apa yang di cakapkan oleh ayahnya.
ZARRA bangun dari
tempat duduknya. Kalau di ikutkan memang malas dia mahu keluar waktu begini.
Namun di atas desakan Ashraf dia menurut sahaja. Lagi pun dia sudah datang
kerumah untuk menjemputnya.
“Tunggu kejap, Zarra
nak tukar pakaian..” ujarnya kepada Ashraf. Ashraf hanya mengangguk!
“Maaflah Pakcik sebab
bawa Zarra keluar waktu begini. Tapi saya betul-betul sibuk dengan kerja. Jadi
nak luangkan masa bersamanya pun tak sempat. Ni pun saya baru sampai dari
Penang. Ada urusan kerja kat sana selama dua hari” Ashraf menerangkan perkara
yang sebenarnya. Bukannya dia sengaja nak bawa Zarra keluar waktu begini, namun
masa begini sajalah yang dia ada untuk bertemu dengan tunangnya itu.
“Tak apalah Pakcik
faham. Orang macam kamu ni memang sibuk dengan kerja. Pakcik pun pernah juga
merasanya dahulu. Apa salahnya Ashraf bawa Zarra keluar, lagi pun kamu dah nak
kahwin tak lama lagi. Mesti ada banyak yang perlu kamu bual dan bincangkan.”
“Terima kasih kerana
memahami keadaan Ash..” Ashraf berterima kasih kepada Pak Husin.
“Yelah Ashraf, majlis
kamu tak lama lagi. Mesti banyak yang perlu kamu bincangkan..” sampuk Makcik
Saleha sambil menghidangkan air the untuk tetamu mereka malam itu. Makcik
Saleha meletakkan cawan dan piring di atas meja. Air teh itu dituang kedalam
cawan dan kemudian dia menjemput Ashraf dan suaminya minum.
MANAKALA di dalam
bilik Zarra tidak habis-habis merungut. Dia penat sangat hari ini. Ingatkan dia
dapat tidur awal. Sebalik pula yang berlaku.
Akhirnya dia sudah
bersiap dia tidaklah memakai liptik tebal. Cukuplah memakai lip gloss sahaja. Wajahnya pula tidak
juga di tempekkan dengan bedak tebal cukuplah hanya sapukan nipis sahaja.
Tudungnya pula dia buat biasa sahaja yang penting menutup rambutnya. Dia segera
keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu.
“Jom” ujarnya kepada
Ashraf. Ashraf memandangnya lama. Cepat juga Zarra bersiap! Walaupun dia cepat
bersiap, dia tetap kelihatan cantik di matanya.
“Jom kira gerak!”
Dia terus bangun dari
tempat duduknya dan menyalami tangan Pak Harun.
“Ayah kami pergi
dulu..” kini giliran Zarra pula yang menyalami tangan ayahnya.
“Hati-hati kat jalan
tu ya..” pesan Pak Harun.
“Baik pakcik.. Nanti
saya hantar Zarra pulang..” janji Ashraf lagi.
Mereka berdua terus
menuju ke kereta milik Ashraf. Ashraf membukakan pintu kereta untuk Zarra.
Perbuatannya itu di lihat oleh Makcik Saleha.
“Hish!!
Mengada-ngada!! Pintu kereta pun nak juga orang tolong bukakan!” gumamnya.
“Apa yang kau
membebel tu?” soal Pak Harun.
“Tak ada apalah bang.
Leha cakap,. Mereka berdua tu memang sepadan..” jawab Makcik Saleha dengan
cepat. Nasib baik suaminya tidak mendengar dia mengutuk Zarra. Bukannya dia
tidak tahu yang suaminya itu lebih sayangkan Zarra kerana Zarra itulah
satu-satunya anak perempuannya.
MEREKA masing-masing
mendiamkan diri. Namun Ashraf meneruskan pemanduannya. Sementara itu, Zarra
pula asyik membelek telefon bimbitnya.
“Tak nak cakap dengan
Ash lagi ke?” tiba-tiba Ashraf bersuara. Dia rindu benar ingin mendengar suara
Zarra. Namun tunangnya itu tetap mendiamkan diri.
“Ash ada buat salah
ke?” soal Ashraf masih tidak berputus asa untuk mendengar jawapan dari mulut
Zarra. Terdengar keluhan dari bibir Zarra.
“Tak adalah.. Kita
nak kemana ni?”
“Pergi makan..”
“Zarra kenyang
lagi..”
“Ash tahu, tapi Ash
lapar sangat. Tak sempat makan sebab teringatkan Zarra!” tanpa malunya Ashraf
meluahkan apa yang di rasa.
‘Kesian juga tunang
aku ni. Sanggup dia menahan lapar semata-mata mahu bertemu dengan aku ni!! dia
ni buat aku rasa terharulah!’ bisik hati Zarra.
“Okeylah.. Tapi kita
keluar jangan lama sangat tau! Zarra penatlah hari ni..” balas Zarra yang tidak
sampai hati untuk mengecewakan Ashraf.
“I promise!!” Ashraf tersenyum gembira.
Ashraf membawa Zarra
ke kedai makan. Dia berasa sangat lapar. Namun di tahannya dahulu kerana dia
tidak sabar untuk berjumpa dengan Zarra.
Zarra sekadar duduk
dan memesan minuman sahaja. Untuk makan dia masih kenyang lagi. Berselera
sungguh Ashraf makan. ‘Mungkin dia benar-benar lapar kot! Kesiannya. Aku ni pun
kejam jugakan?’ getus Zarra dalam hati. Dia memandang wajah Ashraf yang asyik
menikmati makanannya.
“Kenapa pandang Ash
macam tu?” soal Ashraf yang perasan dirinya di pandang oleh Zarra.
“Tak ada apalah. Just pandang je tak boleh ke?” soal
Zarra menutup malu. ‘Ada pulak dia perasan aku pandang dia. Buat malu aku jer!’
marah Zarra dalam hati.
“Tapi, Ash sukalah
kalau Zarra pandang Ash macam tu. Mungkin Zarra rindukan Ash! Yelah kat mulut
cakap tak rindu, tapi dalam hati ada taman..” usik Ashraf lagi.
“Rindu?? Oh Pleaselah..” balas Zarra dengan
gelaknya. Terasa lucu dengan ayat-ayat Ashraf. Mungkin selama ini dia tidak memberi
ruang dan peluang kepada Ashraf untuk bercakap panjang dengannya. Ashraf
terpana. Inilah kali pertama dia melihat Zarra gelak begitu dengannya.
Selalunya wajahnya masam sahaja.
“Bukan Ash yang
rindukan Zarra?”
“Dua-dualah..” Ashraf
menjawab cepat. Mereka ketawa lagi. Lucunya, dalam masa dua hari keadaan sudah
bertukar. Namun Ashraf bersyukur sangat bila melihat perubahan sikap Zarra
terhadapnya. Tidak sedingin salju lagi. Sekurang-kurangnya itu sudah ada
perubahan!
Malam itu, mereka
berbual panjang. Ashraf rasa gembira sangat. Dia tidak menyangka pemergiannya
kali ini boleh membuatkan sikap Zarra berubah.
Selepas puas
bersembang, Ashraf menghantar Zarra balik kerumah. Lagi pun dia rasa penat hari
ini. Mungkin esok dia tidak akan masuk pejabat.
ASHRAF balik sedikit
lewat malam itu. Walaupun sebenarnya dia rasa penat namun dia terasa berbaloi
juga kerana dia dapat keluar bersama Zarra. Sebaik sahaja pintu utama di buka,
dia terkejut bila mamanya tengah menunggu di ruang tamu rumah.
“Ash”
“Mama? Kenapa mama
belum tidur lagi?”
“Sepatutnya mama yang
soal Ash. Kenapa Ash balik lambat?” soal Datin Melissa lagi.
“Oh, Ash keluar
dengan Zarra tadi. Kenapa mama? Ada benda yang tak kena ke?” soal Ashraf yang
kenal sangat dengan perangai mamanya jika dia sudah di soal siasat.
“Tak adalah. Ash
lebih pentingkan tunang Ash dari mamakan?” soal Datin Melissa. Dia seakan-akan
merajuk. Mana dia tidak merajuk, Ashraf sudah berjanji akan pulang lebih awal
seperti yang di janjikan namun terjadi sebaliknya pula.
“Ash minta maaflah
mama.. Ash betul-betul lupa. Tapi itu hanya makan malam sajakan?”
“Tapi kita dah janji
dengan parent Tasha. Ash buat mama
dengan papa rasa malu jer!” balas Datin Melissa tidak puas hati.
“Sorrylah mama, Ash
tak berniat pun! Lain kali sajalah kita makan bersama..” janji Ashraf lagi.
“Okey, itu janji
Ash!”
“Ash janji mama. Ash
nak naik ke atas dululah ya.. Penat!”
“Baiklah. Mama pun
nak masuk tidur juga.” Mereka masing-masing menuju ke bilik tidur.