Zarra
pulang ke rumah. Dia sendiri terkejut apabila mendapat tahu ada rombongan
meminang datang kerumahnya. Dan pihak rombongan itu sebenarnya meminang
dirinya. Dia tidak puas hati. Mana pernah dia berkenalan rapat dengan lelaki.
Dan dari mana pula lelaki itu mengenali dirinya. Dia mahu menolak pinangan itu
tetapi ayahnya Pak Harun sudah menerima pinangan itu bagi pihak dirinya.
Sepatutnya ayahnya bertanya pada dia dahulu sebelum membuat keputusan.
“Kak
Zarra sukalah kalau ada lelaki kaya yang pergi pinang kak Zarra..” sindir Mona
dengan perasaan sakit hatinya. Dia yang terlebih dahulu mengenali tunangan
kakaknya tetapi lelaki itu berkenan dengan kakaknya pula. Dia tidak puas hati!
Kalau boleh dia mahu melebihi segala-galanya dari Zarra terutamanya tentang
suami!
“Kakak
tak sukalah.. Akak bukan kenal sangat dengan lelaki itu..” jawab Zarra kasar.
“Eleh
tak suka konon!! Lama-lama nanti sukalah..” jawab Mona lagi. Sengaja dia mahu
menyakiti hati kakaknya.
“Betul
akak tak sukakan dia. Kenal rapat pun tidak. Diakan kenal dengan Mona dulu.
Kenapa dia pergi pinang akak? Akak tak fahamlah..” ujar Zarra dengan rasa tidak
puas hati. Namun dia tidak dapat menolak pinangan itu apabila ayahnya dan
Makcik Saleha bersetuju bagi pihaknya tanpa bertanya pada dia dahulu.
“Akak,
akak faham ke buat-buat tak faham! Atau akak dah rancang dengan pakcik?” soal
Mona sambil tersenyum sumbing. Sengaja dia memberi soalan tajam sebegitu. Biar
Zarra sakit hati!! Dan rasa sakit hati Zarra tak setanding dengan rasa sakit
hati dia sekarang ini!
“Suka
hati Monalah nak cakap apa! Kalau ayah dah terima pinangan dari pihak lelaki,
akak terpaksa turutkan..” Zarra terus menuju kebiliknya. Semakin lama dia duduk
bersama Mona semakin sakit hatinya.
Pintu
biliknya di tutup. Dia resah sendirian. Bagaimana hidupnya dengan lelaki itu
nanti. Dia tidak pernah kenal rapat dengan lelaki itu. Sepatutnya lelaki itu
pergi meminang Mona bukan dirinya.. Arghh tensionnya.. Sekarang ayahnya juga
seperti menjatuhi hukuman pula kepada dirinya supaya menerima pinangan lelaki
yang datang dari golongan orang berada itu. Dia tidak pernah terfikir pun
untuk berkahwin dengan lelaki yang
datang dari golongan yang hidup senang. Baginya lelaki memang tidak layak untuk
di jadikan suaminya. Dia tidak suka dengan cara hidup lelaki itu!
Zarra
tidak dapat melelapkan matanya malam ini. Di pusing ke kiri.. Masih juga
matanya terkebil-kebil tidak mahu tidur.. Dipusing ke kanan pun sama juga.
Entah pukul berapa dia tertidur pun dia tidak sedar!
MONA
bertemu dengan Ashraf di taman petang itu. Dia sememangnya tidak dapat menahan
rasa marah! Kenapa rombongan meminang itu meminang kakaknya bukan dia? Pada
mulanya dia ingat ada salah faham tetapi pihak sebelah lelaki itu tetap juga
menyatakan bahawa anak lelakinya mahu meminang kakaknya Zarra.
“I
tak fahamlah dengan you ni.. Ingatkan you pergi merisik I, rupa-rupanya you
pergi pinang kakak I.. Apa semua ni?” soal Mona kepada Ashraf. Ashraf
tersenyum. Dia memang agak Mona akan bertanya soalan sedemikian pada dirinya.
“Bertenang..
Sebenarnya I nak cakap dengan you hari tu.. tapi you pergi macam tu je..”
Ashraf membela diri. Memang pun sebelum dia menghantar rombongan meminang hari
itu, sehari sebelumnya dia ada berjumpa dengan Mona. Dia mahu berterus terang
dengan Mona tentang perasaannya. Dia dapat merasakan yang Mona ada perasaan
pada dirinya. Tetapi hatinya sudah terpaut pada kakak Mona iaitu Zarra.
“So,
you memang nak pinang kakak I bukannya I..” soal Mona lagi.
“Sebenarnya,
I memang dah lama perhatikan kakak you tu.. I suka kat dia..” jawab Ashraf
berterus terang. Apa yang dia risaukan secara tidak langsung, Zarra sudah
menjadi tunangnya pun!
“Habis
selama ni you layan I dengan baik bukannya suka, sayang dan cinta kat I?” soal
Mona geram.
“I
tak pernah cakap macam tu pun.. You yang salah sangka dengan I.. sebab itu I
nak berterus terang dengan you. Tapi you pula cepat pergi hari tu..”
“You...”
jerit Mona tanpa menghiraukan pengunjung yang datang ke situ..
Ashraf
menggelengkan kepalanya. Hatinya sudah terpaut pada Zarra bukannya Mona. Itulah
yang di katakan cinta. Cinta itu akan datang dengan sendiri tanpa
dipaksa-paksa. Dan itulah yang dia rasakan pertama kali berjumpa dengan Zarra!
PETANG itu, Zarra
terpaksa juga berjumpa dengan lelaki yang bernama Ashraf itu. Berkali-kali dia
menerima pangilan dari lelaki yang sudah menjadi tunangnya itu. Kata tunangnya
itu, dia tetap akan menunggu sehingga dia sampai. Mahu tidak mahu, Zarra
terpaksa juga pergi berjumpa dengannya.
“Sorry saya terlambat.” ujar Zarra sambil melabuhkan punggungnya di
kerusi yang di sebelah Ashraf.
“Tak apa, Ash akan
setia menunggu walaupun selama mana..” jawab Ashraf lagi. Dia tahu Zarra bukan
sengaja mahu lambat. Pasti dia ada alasan tertentu!
Zarra
memandang lelaki itu tanpa perasaan! Dia geram dengan pertunangan itu, dia
tidak tahu apa yang lelaki itu pandang pada dirinya sehingga nekad menghantar
rombongan merisik.
“Kenapa
Zarra pandang saya macam tu?” soal Ashraf. Dalam masa yang sama dia sedar gadis
itu sedang menahan rasa marah!
“Siapa
suruh awak pergi hantar rombongan merisik? Pandai-pandai sajakan..” Zarra masih
mengawal perasaannya.
“Saya
minta maaf.. Sebenar dah lama saya kenal dengan Zarra... Dengar cerita tentang Zarra
dari Mona.. Sejak itu saya selalu perhatikan Zarra!” Ashraf menerang perkara
yang sebenarnya. Dia selalu memerhati Zarra dalam diam. Bukan sahaja setakat
cantik tetapi dia sangat baik hati. Mungkin pada orang yang tidak rapat
dengannya akan menganggap gadis itu sombong namun setelah lama dia selalu
memerhati Zarra, gadis itu sebenarnya tidak begitu. Cuma senyumannya itu sangat
mahal untuk di berikan kepada orang yang dia tidak kenali!
“Oh..
jadi awak nak paksa saya kahwin dengan awak? Macam tu??” soal Zarra dengan nada
yang geram.
Ashraf
ketawa. Dia suka melihat wajah Zarra yang tengah marah. Betul kata orang, kalau
dah sukakan seseorang yang buruk pun jadi cantik, yang bau jadi wangi..
“Zarra
makin cantik kalau marah macam tu..”
“Hish!!
Orang gila agaknya.. Saya nak awak putuskan pertunangan ini!!” ujar Zarra dengan
keras!
“Hah!!
Kita bertunang baru berapa hari!! Takkan nak putus macam tu je?” soal Ashraf
yang terkejut! Gadis ini biar betul! Bersusah payah dia memujuk orang tuanya
agar pergi meminang gadis ini. Sesenang itu gadis itu mahu pertunangannya di
putuskan. Ini tak boleh jadi.
“Zarra
tak peduli.. Zarra tak sukakan awaklah... dan Zarra tak dapat nak hidup dengan
orang macam awak ni!!”
“Tapi
saya peduli. Sebab saya suka dan cintakan Zarra” jawab Ashraf lagi. Zarra diam.
Lelaki ini makin dia cakap dia tak suka. Makin lelaki itu membalas sebaliknya.
Ini tak boleh jadi! Kalau dia kahwin dengan lelaki ini bermakna dia akan
menjadi musuh Mona selama-lamanya. Dia tahu Mona sukakan lelaki ini.
“Tapi
Mona yang sukakan awak, bukan saya!” Zarra cuba memberi alasan. Biar lelaki itu
tahu bukan dia yang di cintainya.
“Tapi
saya sukakan Zarra, bukan Mona!”
“Hishh!!
Zarra tak tahu nak cakap apalah dengan awak..” Zarra terus melangkah pergi. Dia
sakit hati dengan setiap jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Kenapalah
lelaki itu tidak cuba untuk memahami perasaannya!
“Zarra..
tunggu..” jerit lelaki itu.
Zarra
tetap menghayunkan kakinya menuju ke keretanya.. Dia tidak mahu berdepan
lama-lama dengan lelaki yang tidak betul itu.. Nanti dia sekali pun jadi tidak
betul juga.
MONA
berasa tidak senang hati. Dia harus mencari jalan untuk memutuskan pertunangan
Ashraf dengan Zarra. Tetapi bagaimana? Bukan dia tidak kenal dengan lelaki itu.
Segala apa yang dia mahu pasti dia akan dapat. Dan Zarra pula nasib baik
sentiasa menyebelahi dia. Entah apa tarikannya yang membuatkan Ashraf boleh
jatuh cinta dengan musuhnya itu. Beberapa kali juga dia duduk sambil mengeluh.
Tanpa
sedar Puan Saleha duduk menghampiri Mona.
“Apa
yang Mona kerutkan dahi tu?”
“Kenapa
mak?” soal Mona terkejut!
“Tak
ada apalah mak.”
“Masakan
tak ada apa-apa. Mak tengok dari kau sampai tadi langsung tak keluar dari
bilik. Duduk dalam bilik pun termenung panjang. Apa dah jadi dengan kau ni?”
“Mona
hairanlah. Kenapa mak setuju kak Zarra bertunang dengan Ash. Sedangkan mak tahu
yang Mona sukakan Ash!”
Puan
Saleha tersenyum. Patutlah anak gadisnya asyik bermasam muka dengannya.
“Mona
dengar baik-baik. Mak buat begitu supaya kita boleh menumpang hidup senang
dengan Zarra nanti! Lagipun, kalau Mona kahwin dengan Ash yang tak sukakan Mona
apa akan jadi? Mak tak nak hidup Mona menderita di sebabkan suami mencintai
perempuan lain.”
“Maksud
mak?”
“Maksud
mak, kalau kak Zarra kau kahwin dengan Ash, kita boleh minta apa saja dari
Zarra sebab Ash sayangkan Zarra! Dan Mona boleh cari lelaki lain yang lebih
kaya dari Ash!” ujar Puan Saleha memujuk Mona. Kini barulah Mona faham
rancangan emaknya. Lalu dia tersenyum dan memeluk ibunya.
“Terima
kasih mak!”
“Sama-sama..”
lalu mereka berdua berpelukan. Benar juga kata emaknya. Dia boleh mencari
lelaki lain yang lebih kaya dari Ashraf!
TASHA
kebetulan melihat Ashraf sedang duduk di sebuah restoran makanan. Pada masa
itu, Ashraf sedang menunggu Zarra. Segera dia menuju ke arah lelaki itu.
Wajahnya kelihatan ceria.
“Hai
Ash!” tegur Tasha lagi. Dia segera duduk di depan Ashraf.
“Hai”
ujar Ashraf yang duduk di meja makan sambil matanya masih memandang ke arah
pintu masuk restoran itu. Namun kelibat orang yang di tunggu masih juga tak
muncul-muncul lagi.
“Betul
ke you dah bertunang Ash?” soal Tasha. Wajah lelaki di depannya di tenungnya. Dia
sudah mendengar berita itu dari seseorang yang dia percayai. Namun dia mahu
pastikan yang berita yang di dengarnya itu betul.
“Betul!
Kenapa you tak percaya yang I dah bertunang?” soal Ashraf lagi. Dia tahu kalau
berita itu sudah sampai ke telinga gadis itu, pasti gadis itu akan datang
berjumpa dengannya. Tidak kira cepat atau lambat.
“Tapi
dengan siapa? I kenal dia ke?” soal Tasha yang cuba untuk menyembunyikan
perasaannya. Dia juga mahu tahu gadis mana yang dapat menambat hati lelaki itu.
Bukan dia tidak tahu di luar sana ada ramai gadis yang sukakan lelaki itu. Namun
semuanya dia layan seperti biasa. Sekadar teman biasa.
“Nanti
kalau dah tetap tarikh perkahwinan, I akan bagi kad jemputan pada you. Di hari
yang bahagia tu baru I kenalkan siapa dia..” jawab Ashraf lagi.
“Tak
salah kan kalau I kenal dengan orangnya..” pujuk Tasha lagi. Mahu tidak mahu
Ashraf mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mencari fail yang menyimpan gambar
tunangnya.
“Ni
dia..” tunjuknya pada Tasha.
“Dah
lama kenal ke?”
“Adalah
juga dalam setahun I kenal dia dalam diam..”
“Kenal
dia dalam diam? Maksud you?”
“Sudahlah.
Tak payah nak korek semua rahsia I ni.. yang penting you balik sekarang. I ada
hal ni..”
Tasha
menghembuskan nafasnya. Dia cuba mengawal perasaannya. Perlahan dia bangkit
dari tempat duduknya menuju ke pintu utama.
“By the way, congratulation.. I tunggu
kad jemputan you.”
“Thanks..” balas Ashraf lagi. Selepas ini
siapa lagi yang akan datang berjumpa dengannya untuk mengesahkan dia sudah
menjadi tunangan orang.
ZARRA
terlanggar seseorang. Gara-gara dia melihat jam di tangan. Dia sudah terlewat
untuk menemui tunangnya.
“Sorry..” ujar Zarra.
“Sorry.. I tak sengaja” lelaki itu juga
mengucapkan perkara yang sama. Zarra hanya tersenyum saja. Sepatutnya dia yang
meminta maaf kerana terlanggar lelaki itu. Tadi dia yang tergesa-gesa berjalan
sehinggakan dia tidak menyedari yang dia terlanggar seseorang.
“Sepatutnya
saya yang minta maaf sebab tergesa-gesa
tadi. Saya minta maaf ya!” ujar Zarra. Lelaki itu hanya tersenyum.
Lelaki itu nampak terpegun
seketika. Gadis itu nampak cukup manis dan menarik dengan mengenakan sepasang
baju kurung bewarna ungu dan tudung yang di pakai itu begitu menyerlahkan
penampilan. Amat sesuai dengan kulitnya yang putih bersih. Lidahnya tiba-tiba
jadi kelu. Kenapa pula dia langsung tidak dapat berkata apa-apa.
Sekurang-kurangnya dia harus menyapa gadis itu.
Gadis itu terus berlalu pergi
tanpa menghiraukan kelakuan pelik lelaki itu. Baginya orang macam itu memang
suka mengambil kesempatan pada perempuan sepertinya. Dunia sekarang apa nak di
hairankan. Bukan mudah nak mencari ciri-ciri lelaki idaman! Kebanyakannya
berhidung belang.
Zarra
terus mencari di mana Ashraf duduk. Mungkin lelaki itu sudah lama menunggunya.
Siapa suruh last minute cakap nak
jumpa. Lagi pun dia kerja bukannya boleh keluar sesuka hati. Ini pun nasib baik
masa keluar makan. Kalau tak susah.
Kakinya
terus laju melangkah apabila melihat Ashraf melambaikan tangan ke arahnya. Dia
cuba tersenyum. Sekadar mengambil hati lelaki itu supaya lelaki itu tidak
terasa sangat menunggunya lama.
“Sorrylah.. Zarra lambat..”
“Tak apa
janji Zarra sudi datang jumpa dengan Ash..” jawab lelaki itu sambil membalas
senyuman dari Zarra.
“Ada apa
hal nak jumpa Zarra ni?” soal Zarra lembut. Kalau di ikutkan hatinya memang dia
tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Tetapi dia tidak boleh buat begitu
kerana awal-awal ayahnya sudah berpesan dengannya. Mungkin tunangnya itu pernah
ceritakan apa-apa pada ayahnya.
“Minggu
ni, kita keluar nak?” soal Ashraf lagi. Itu tujuannya dia mengajak Zarra
bertemu dengannya. Memang dia boleh berbual dalam telefon tapi dia terasa rindu
pada tunangnya itu. Tak puas rasanya dia hanya berbual-bual dalam telefon.
“Pergi
mana?” Zarra bertanya sambil mengerutkan dahinya. ‘Kalau setakat nak tanya
boleh keluar hari minggu ni, kenapa tak tanya dalam telefon?’ bisik hati Zarra
lagi. Dia memang tidak suka nak jumpa dengan tunangnya itu.
“Pergi
butiklah.. Kita cuba pakaian pengantin. Takut tak muat nanti..” ujar Ashraf
sambil tersenyum. Dia sudah tidak sabar menunggu hari bahagianya dengan Zarra.
Seluruh rasa cintanya itu akan di serahkan pada wanita yang amat di cintainya
itu.
“Kalau
macam tu, tunggu hari Ahad saja kita jumpa. Sekarang Zarra kena balik. Zarra
tak nak lambat masuk kerja.” Ashraf menggelengkan kepalanya. Sekejap benar
Zarra berjumpa dengannya. Bermacam alasan pula dia berikan untuk melepaskan
dirinya.
“Makanlah
dulu, Ash dah orderkan untuk Zarra..” pada masa yang sama pelayan itu sudah
memabawa makanan yang di pesan oleh Ashraf. Zarra terkejut. Biar betul
tunangnya ini. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga kembali duduk di kerusinya
semula. Dia ingatkan tadi dengan memberi alasan begitu dia dapat larikan diri
dari lelaki itu.
“Makanlah.
Jangan malu-malu. Ash tak tahu apa makanan kegemaran Zarra. Jadi Ash order je nasi goreng kampung..” Zarra
tersipu-sipu malu. Dia juga melihat Ashraf sudah mengambil sudu dan menyuapkan
makanan kedalam mulutnya. Zarra pun berbuat benda yang sama. Sumpah sedap
sangat rasanya nasi goreng kampung tu! Licin nasi goreng itu. Cuma tinggal sisa
kulit udang. Ashraf tersenyum lega. Nampaknya nasi goreng kampung itu kena pada
selera Zarra!
“Sedap ke
nasi gorengnya?” soal Ashraf. Zarra hanya mengangguk! Malunya bila dia meliaht
kembali ke pinggannya. Licin!!
Selepas
makan, Ashraf menghantar Zarra ke tempat kerjanya. Sampai di tempat kerja
memang kecoh kawan-kawan Zarra yang terpegun melihat lelaki yang menghantar
Zarra. Apa lagi mereka mulalah bertanya pelbagai soalan. Zarra hanya tersenyum
mendengarnya. Kalau nak di layan perangai mereka pasti satu kerja pun tak akan
menjadi.