MALAM ini Tengku Elman
bagaikan orang yang hilang arah. Surat perletakan jawatan oleh Humaira yang di
terimanya petang tadi masih lagi dalam kotak pemikirannya. Memang dia ingin
bertemu dengan Humaira tetapi dia sibuk dengan mesyuarat dengan ahli lembaga.
Dan ketika ini pun dia baru balik dari pejabat. Keletihan masih terasa. Handphone di ambilnya. Di dailnya nombor
milik Humaira. Hanya kedengaran suara wanita yang menyatakan talian tiada dalam
perkhidmatan.
Dia
dailnya nombor itu sekali lagi. Namun jawapannya masih sama. Lalu dia mencari
nombor telefon rumah milik Humaira. Kedengaran suara seorang gadis menyahutnya.
Dia menyatakan Humaira sudah tidur. Mungkin dia tidak sihat itulah alasan yang
gadis itu berikan.
Terdengar
bunyi pintu dari bilik Humaira, Zeti menoleh. Kelihatan Humaira sedang menuruni
anak tangga.
“Akak
nak ke mana pula tu?” tanya Zeti.
Humaira
memuncungkan bibirnya ke dapur. Dia mahu buat minuman. Tiba-tiba pula tekaknya
berasa haus.
“Zeti
nak air?” soal Humaira kepada Zeti.
“Boleh
juga kalau akak rajin”
Humaira
terus menuju ke ruang dapur. Malam ni ada cerita best. Esok hari cuti. Dia
boleh tidur lewat sikit malam ini. Selepas membuat air dia membawa mug menuju
ke ruang tamu.
Ketika
meletakkan mug di hadapannya, terasa Zeti memandangnya.
“Kenapa
Zeti?”
Berkerut
dahi Humaira. Dia terasa seolah-olah dia buat silap.
“Bos
kakak call sebentar tadi.”
Berubah
wajah Humaira. Apa yang Tengku Elman mahu tengah malam buta ni? Dia melihat jam
dinding sudah pukul 10 malam. Lama juga dia dalam biliknya sebentar tadi.
“Dia
nak apa?” tanya Humaira.
“Dia
tanya kenapa akak off handphone? Akak
ni kenapa? Ada masalah dengan dia ke? Diakan sudah bertunang. Akak jangan layan
sangat dia tu.”
Terkedu
Humaira mendengar bebelan Zeti itu. Dia tahu itu yang akan di katakan oleh
Zeti. Walaupun umurnya masih muda tetapi kadang-kadang pemikirannya boleh tahan
juga.
“Apa
dah jadi ni kak?” tanya Zeti lagi tanpa menunggu jawapan darinya.
“Jadi
apa?” tanya Humaira buat tak tahu apa sebenarnya maksud Zeti. Zeti mengeluh
perlahan.
“Kenapa
dia kacau kakak lagi. Diakan sudah bertunang?” suara Zeti seolah keras
bunyinya.
“Akak
pun tak tahu. Sebab itulah kakak off handphone. Malaslah nak fikir pasal dia
tu. Biarkan saja nanti jemulah dia” ujar Humaira kepada Zeti.
Kedua
mereka mendiamkan diri. Memang perangai Tengku Elman Qaufar susah di jangka.
TELEFON bimbitnya sudah
berapa kali berbunyi. Namun tidak Humaira endahkan. Apa lagi yang dia mahu? Tak
reti bahasa agaknya. Kalau berterusan begini boleh jadi gila agaknya dia nanti.
Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi ketukan pintu biliknya. Mesti Zeti yang
mengetuk pintunya.
“Buka
jelah. Tak kunci pun” ujar Humaira dari dalam bilik.
Zeti
terus membuka pintu bilik Humaira. Sambil tersengih-sengih. Dia sebenarnya
bukan apa terkejut bila melihat Tengku Elman Qaufar yang tercengat berdiri di
depan pagar rumah mereka sebentar tadi.
“Kenapa
sengih-sengih macam kerang busuk tu?” ujar Humaira. Geram melihat kelibat Zeti
dengan keadaan yang tersengih-sengih.
“Bos
kakak datang. Dia tengah tercongok kat depan pagar tu” ujarnya sambil
tersenyum. ‘Bos??? Siapa pula bos dia ni? Takkan Tengku Elman?’detik hati
Humaira.
“Bos?
Siapa?” soal Humaira lagi.
“Ala..!
Kakak ada berapa orang bos? Tengku Elmanlah kakakku sayang oi!! Si Handsome tu..”
“Apa?
Kenapa dia datang sini pula? Takkan pasal kerja dari pejabat di bawa sampai kat
sini pulak” bebel Humaira.
“Entahlah..
Dia cakap ada hal penting nak jumpa kakak..” jawab Zeti lagi.
“Ada-ada
sajalah dia ni. Dia nak apa lagi? Kakakkan dah berhenti kerja.”
“Manalah
Zeti tahu!”
“Apa-apalah
dia ni..” Zeti hanya tersenyum saja mendengar bebelan dari mulut Humaira.
Humaira terus menuju ke pintu pagar rumah. Dari muka pintu, dia sudah dapat
melihat wajah lelaki itu.
Geram
juga dia dengan lelaki yang berada di depannya sekarang ini. Ada apa lagi
masalahnya sekarang ini. Sedangkan surat perletakan jawatan dia sudah serahkan
kepada Cik Bella.
“Ada
apa Tengku nak jumpa saya ni?” soal Humaira sebaik saja dia berdiri di depan
pagar rumah. Namun pintu pagar di bukanya sedikit.
“Saya
ada hal penting nak bincang dengan Ira” terang Tengku Elman.
“Tapi
saya dah bagi surat letak jawatan! Nak bincang apa lagi?”
“Sebab
itulah saya datang ke mari. Nak bincang pasal tu..”
Dari
dalam lagi Mak Teh mendengar bunyi bising. Dia terus menuju ke pintu utama
rumah..
“Siapa
tu Ira? Dari jauh lagi Mak Teh dengar suara kamu ni?” soal Mak Teh sambil
mendekati Humaira dan lelaki itu.
“Bos
Ira..” jawab Humaira pendek. Tengku Elman terkejut dengan orang yang berada di
hadapannya kini.
“Mak Teh??” cepat saja Tengku Elman Qaufar
menyalami orang tua itu.
“Awak
ni siapa?” Mak Teh bertanya. Hairan juga kenapa pemuda di depannya itu
tiba-tiba mengenalinya.
“Saya
Elman. Mmm.. Tengku Elman. Mak Teh tak ingat wajah saya ker?” soal lelaki itu
lagi. Berkerut-kerut dahi Mak Teh cuba mengingati sesuatu.
“Mak
Teh kenal dengan Tengku Elman ke?” Mak Teh menggeleng.
“Sebenarnya
bos Ira inilah yang beri sumbangan masa Zeti buat pembedahan hari itu..” terang
Humaira lagi. Terkejut juga bila mendengar Tengku Elman menyebut nama Mak Teh
sebentar tadi.
Sekali
lagi Mak Teh terkejut. Mak Teh mengangguk perlahan. Lain benar wajah Tengku
Elman Qaufar sekarang. Memang patut pun dia tidak kenal sebentar tadi.
“Jemputlah
masuk..”
“Aaaa..
Jemputlah masuk kalau Tengku tak malu..” balas Humaira. Sakit hatinya masih
lagi terasa bila lelaki itu suka mendesaknya. Sebenarnya tadi dia tak terfikir
pun untuk menjemput lelaki itu masuk ke rumah. Tetapi sekarang dia terpaksa
mengikut kata Mak Teh.
“Ira! Kenapa cakap macam tu!! Mak Teh tak ajar
pun sikap biadap dengan tetamu..” Mak Teh menegur sikap Humaira. Kalaulah dia
tahu siapa lelaki itu padanya, tak mungkin Humaira bersikap dingin begitu.
“Opppp.. Sorry.. ” ujar Humaira selamba.
“Ira
ni kan ada-ada saja...” jawab Mak Teh.
“Tak
apalah Mak Teh.. Mungkin salah saya juga..” balas Tengku Elman dengan
senyumannya.
“Ira
nak ke dapur dulu. Tengku bersembanglah ya dengan Mak Teh” ujar Humaira. Dia
terus meninggalkan Mak Teh dan Tengku Elman di ruang tamu.
“Duduklah
Tengku..” pelawa Mak Teh.
“Terima
kasih. Mak Teh apa khabar? Dah lama kita tak jumpakan?” ujar Tengku Elman yang
memulakan bicara. Dia teringat kembali ketika mereka di Johor, Humaira ada
menyebut nama Mak Teh, tetapi dia tidak percaya Mak Teh ini yang di maksudkan.
“Baik
sihat. Dah lima tahun kita tak jumpa sebenarnya” tidak lama kemudian Mak Teh
melihat kelibat suaminya yang baru masuk kedalam rumah. Cepat sahaja Mak Teh
mendapatkan suaminya.
“Bang
kita ada tetamu..” ujarnya perlahan ke telinga Pak Teh.
“Siapa?”
“Tengku
Elman...” jawab Mak Teh pendek. Wajah Pak Teh sedikit terkejut.
“Tengku
Elman?” Mak Teh mengangguk.
Dia
terus berjalan menuju ke ruang tamu rumah mereka. Pak Teh mengambil tempat
duduk berhadapan dengan Tengku Elman.
“Ada
apa datang sini?” serius saja bunyinya. Tengku Elman Qaufar memandang wajah Pak
Teh. Dia kehairanan! Kenapa kedatangan dia ke rumah itu seperti tidak di
ingini?
Dan
mungkin gadis yang di panggil Humaira itu adalah Ariana? Dia harus mengambil
kesempatan ini untuk bertanya. Dan dia teringat kata-kata yang di ucapkan oleh
Humaira bahawa dia tidak di benarkan kahwin dengan mana-mana lelaki pun.
“Pakcik,
itu Arianakan?” Tengku Elman bertanya tanpa sabar.
Pak
Teh memandang Mak Teh. Begitu juga Mak Teh. Dia memandang tepat ke arah
suaminya. Kemudian Pak Teh bersuara.
“Sebenarnya..”
“Sebenarnya
apa Pak Teh? Dia siapa sebenarnya?” Tengku Elman Qaufar bertanya dengan tidak
sabar.
“Bang
mungkin dah tiba masanya kita cakap saja perkara yang sebenarnya” ujar Mak Teh.
Dia kesian melihat wajah itu. Dia tahu bukan salah Tengku Elman Qaufar. Semua
orang tahu bahawa Tengku Elman terlalu sayang kepada isterinya. Semua terjadi
atas angkara Datin Melinda yang tidak mahu melihat kebahagiaan mereka!!
“Apa
yang benar Mak Teh? Ada apa yang saya tak tahu.. Pak Teh cakaplah apa yang sebenarnya
berlaku??” soal Tengku Elman tidak sabar.
Pak
Teh mengeluh. Pandangannya tetap pada wajah yang berada di depannya itu.
Terbayang peristiwa yang berlaku lima tahun yang lalu.
“Sebenarnya
dia memang Ariana isteri Tengku...”
“Apa??
Biar betul Pak Teh?” melopong mulut Tengku Elman. Selama ini firasatnya tidak
pernah salah. Ingin saja dia menghemburkan rasa marahnya tetapi dia harus
bersabar jika dia mahu tahu kebenarannya.
“Iya
betul. Dia memang Ariana isteri Tengku..” jawab Mak Teh pula. Dia tahu mungkin
lelaki muda di hadapannya itu tidak percaya. Tetapi itulah kebenarannya!!
“Patutlah begitu mudah untuk saya
jatuh cinta dengan Humaira. Hati saya mengenali dia dan cinta saya” ujar Tengku
Elman kepada Pak Teh.
“Pak Teh dan Mak Teh benar-benar
minta maaf kerana menyembunyikan isteri Tengku...” ujar Pak Teh perlahan.
“Tapi
kenapa Pak Teh panggil dia Humaira?”
“Untuk
keselamatan dia. Kami tak mahu ada orang tahu dia masih hidup!”
“Tapi kenapa
perkara ini boleh berlaku? Lima tahun saya hidup menanggung sengsara. Kerinduan
yang tiada penghujung.. Saya masih tak faham...” wajah tua di hadapannya di
tatap. Ada perasaan sedih di wajahnya.
“Panjang
ceritanya..” ujar Pak Teh. Baru saja Pak Teh mahu menceritakan hal itu, Humaira
sudah muncul dengan dulang minuman di tangannya.
Segera
dia tersenyum agar Humaira tak perasan tentang topik mereka tadi! Sorotan
matanya memang tidak berkelip memandang Humaira yang sedang mambawa air di
dulang. Perasaan yang penuh kerinduan memang tak tertanggung rasanya.
“Amboi
senang hati nampak!! Ni mesti kes kutuk Ira ni!” celah Humaira. Sakit betul
hatinya apabila melihat kemesraan Tengku Elman dengan Mak Teh dan Pak Teh.
“Eh
mana ada! Kami berborak kosong je.. Ada cerita lucu, jadi kami ketawalah..”
jawab Tengku Elman. Pak Teh dan Mak Teh tadi yang dalam mood sedih juga
tersenyum mendengar jawapan dari Tengku Elman. Mereka tidak mahu Humaira tahu
hal yang rumit itu. Lalu Mak Teh bangun dari tempat duduknya.
“Saya
nak masak untuk makan tengah harilah ya.. Nanti Tengku boleh makan dengan kami
sekali..” ujar Mak Teh mesra.
“Tak
payah susah-susah Mak Teh..” ujar Tengku Elman.
“Tak
ada yang susahnya. Lagi pun kami nak balas budi Tengku yang menolong kami masa
itu.. Kalau tak ada bantuan dari Tengku tentu anak kami tak sihat seperti
sekarang..”
“Bagus
juga.. Ira tolong Mak Teh masaklah ya.. Nanti kita makan sama-sama.. Kami nak
berborak di luar dulu..” ujar Pak Teh kepada Humaira.
“Baiklah
Pak Teh.. Saya tolong Mak Teh masak..” jawab Humaira sambil menuju ke ruang
dapur bersama Mak Teh.
Humaira
dan Mak Teh segera beredar di dapur.