TENGKU Elman mengacau
air dengan sudu kecil. Dia rasa keseorangan. Hari minggu begini dia terpaksa
keluar sorang-sorang. Kalau dulu dia sering meluangkan masa bersama Humaira.
Namun selepas bertunang dengan Isabella, Humaira semakin menjauhkan diri
darinya.
“Hai
Tengku.. Seorang saja?”
Satu
sapaan lembut menyebabkan Tengku Elman mengangkat kepalanya, wajahnya pucat
seketika. Kelihatan Humaira sedang berdiri di sebelah seorang lelaki. Di
amatinya wajah itu. Rasanya dia pernah melihat lelaki itu.
Tiba-tiba
dia berasa cemburu membuak-buak. Bertuahnya lelaki ini. Mungkin dia ini buah
hati Humaira!
“Tengku
Elman kenalkan ini Azwan.”
Humaira
memperkenalkan mereka berdua dan keduanya bersalaman. Hati Tengku Elman Qaufar
terasa sakit tiba-tiba. Entah mengapa otaknya seperti tidak dapat menerima
kemesraan yang terjalin di antara gadis itu dengan teman lelakinya.
“Kita
duduk di sini sajalah Wan. Lagipun Tengku Elman seorang sajakan?” tanya
Humaira. Tengku Elman mengangguk. Antara mahu dengan tidak. Humaira menarik
kerusi dan duduk berhadapan dengan Tengku Elman begitu juga dengan Azwan.
“Termenung
saja Tengku, teringatkan tunang ke?” Humaira mengusik. Tengku Elman merenung
wajah Humaira tajam.
“Ira
dari mana tadi?” Tengku Elman bertanya sambil menjeling. Tengku Elman rasa
geram. Humaira langsung tidak memandangnya. Gadis tersebut leka meneliti menu
yang di berikan oleh seorang pelayan sebentar tadi.
“Tengku
tanya apa?” Humaira bertanya semula, mengangkatkan muka. Matanya bertembung
dengan mata Tengku Elman Qaufar.
“Dia
bertanya kita dari mana? Berangan betullah sayang ni..”
Azwan
mentertawakan Humaira yang kemudian ketawa kecil. Dia sebenarnya leka sangat
meneliti menu sebentar tadi.
“Balik
dari menonton,” ujar Humaira pantas.
Berderau
darah Tengku Elman Qaufar mendengarnya. Amboi kalau Azwan yang mengajak mahu
pula dia pergi menonton. Kalau dengan dirinya seribu alasan! Sekali saja dia
dapat pergi menonton dengan Humaira. Itu pun sebelum Humaira mengenali dirinya
sebagai Tengku Elman Qaufar!
“Tengku
dari mana seorang saja? Kenapa tak ajak Cik Isabella keluar?” Humaira bertanya.
Tengku
Elman merenung wajah Humaira. Wajahnya masam mencuka.
“Tak.
lebih baik saya kelaur sendiri.” jawab Tengku Elman dengan penuh makna.
“Kami
pergi menonton teater tadi. Di Dewan Bandaraya. Seronok juga sekali sekala
menonton live macam tu.” ujar Azwan.
Sekali
gus Tengku Elman Qaufar merasa lega. Dia tersenyum sendirian. Dia rasa lega
sangat-sangat bila mendengar jawapan dari Azwan.
“Bila
Tengku nak kahwin? Ira cakap Tengku dah bertunang” soal Azwan.
Azwan
menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Matanya merenung Tengku Elman Qaufar yang
sudah menyandar di kerusi.
“Tak
tahu lagilah. Mungkin tahun depan. Lagipun tunang saya tu jenis orang yang
sibuk dengan kerja.”
Tengku
Elman Qaufar menjeling Humaira yang diam tidak berkata apa-apa.
“Orang
dah bertunang macam tulah. I ni nak pinang Ira. Tapi dia tidak mahu pulak. Jual
mahal..” rungut Azwan lagi.
Berderau
darah Tengku Elman mendengarnya. Adakah Azwan ni main-main? Tapi tak mungkin,
dia tahu Azwan berminat dengan Humaira. Dari cara pandangan seorang lelaki dia
tahu.
“Alah
orang kacak macam kau, Ira takutlah.. Nanti tak lama kena kebas dengan orang.”
jawab Humaira. Dia tahu ramai gadis yang terpikat dengan lelaki di sebelahnya
itu. Azwan ketawa kuat. Lucu benar mendengar alasan Ira. Hati Tengku Elman
mendidih dengan kemarahan yang amat sangat.
“Apa
pula ni Ira, Wan jenis yang setia tau!”
Azwan
membela diri. Humaira mengangkat keningnya seolah-olah mengejek. Tengku Elman
rasa nak muntah mendengar kata-kata tersebut.
“Belum
dapat boleh cakap setia. Bila dah dapat perempuan lain entah sumpah seranah
yang di dapat, hilang sumpah setianya.”
Azwan
ketawa mendengar kata-kata Humaira.
“Ira
ni prejudis sangat. Tak semua laki-laki macam tu. Betul tak Tengku?” soal Azwan
kepada Tengku Elman yang dari tadi membisu.
Mata
Humaira bertembung dengan mata Tengku Elman. Sebenarnya dia berasa kasihan
dengan Tengku Elman sebab itulah dia mengajak Azwan duduk disitu. Namun wajah
masam itu seperti tidak menyenangi mereka berdua duduk disitu membuatkan
Humaira rasa serba salah.
“Ira
tu memilih sangat Wan. Entah siapa yang dia tunggu. Orang macam kita ni mana
dia nak pandang.” Tengku Elman menjawab dengan dendam yang sarat di dada. Dia
mendengar Azwan ketawa kuat, menganggap katanya itu sebagai gurauan.
“Ira
memang memilih nanti jumpa jenis yang tak setia kan naya hidup Ira nanti.”
Humaira
malas nak berdebat dengan mereka berdua. Kalau dia teruskan topik perbualan itu
pun belum tentu dia akan menang.
MALAM ini Tengku Elman
bersendirian lagi. Rasa mahu pecah kepalanya bila memikirkan tentang
perasaannya ketika ini. Kemesraan yang di lihatnya petang tadi membuatkan
hatinya bagai rasa di cucuk-cucuk. Telefon bimbitnya di capai. Dia mahu
berjumpa dengan Amir. Hanya sahabatnya itulah tempat dia mengadu. Cuma
sahabatnya itu sering kali sibuk dengan tugasannya.
Seperti
yang di janjikan, Tengku Elman sudah sedia menunggu tempat mereka bertemu. Amir
hanya tersenyum melihat Tengku Elman yang sedang menunggu di meja itu.
“Ada
hal penting ke malam-malam ajak jumpa?” soal Amir sebaik saja melabuhkan
punggungnya. Dia nampak wajah Tengku Elman seperti ada masalah.
“Memanglah..
aku tak boleh tahan ni..”
“Hai
dah jadi tunang orang pun masih tak gembira?” soal Amir. Kedengaran Tengku
Elman mengeluh. Wajahnya memang tidak ceria.
“Memang
dah jadi tunang orang. Tapi aku rasa aku ni bodoh!”
“Kenapa
cakap macam tu? Isabellakan gadis yang baik.. Takkan kau dah jatuh cinta dengan
perempuan lain pulak!”
“Memanglah
Isabella itu gadis yang baik. Tapi aku tak cintakan dia..”
“Habis
kenapa kau orang bertunang? Hish tak fahamlah aku!” rungut Amir lagi.
“Kalau
kerbau berpengang pada tali, manusia mesti berpengang pada janjikan? Itulah
yang yang terjadi.”
“Susahlah
kalau macam ni!”
“Aku
rasa hidup aku ni kosonglah Mir..”
“Kenapa
pula? Kau dah jatuh cinta dengan perempuan lain ke?” Tengku Elman mengangguk.
“Perempuan
itu mesti Humairakan?” tembak Amir. Memang sebelum Tengku Elman bertunang
nampak sangat sahabatnya itu menunjukkan minat pada gadis yang bernama Humaira
itu. malangnya dia terpaksa bertunang dengan Isabella yang bukan pilihan hati.
“Sekarang
makin susah aku nak dekat dengan dia.. Ada saja alasan yang tidak masuk akal di
berikannya...”
“Memanglah..
Sekarang status kau tu dah lain. Tak macam dulu. Lagi pun tak lama lagi kamu
akan berkahwin.. Takkan itu pun aku nak bagi tau!!”
“Tapi
takkan macam tu sekali dia nak jauhkan diri dari aku..”
“Kau
serius ke jatuh cinta pada Humaira?” Tengku Elman mengangguk. Terpaksa dia
mengaku di depan sahabatnya. Makin di simpan makin berat dia rasakan masalah
perasaannya itu.
“Kau
tak bagitahu ke dengan Humaira tentang perasaan kau sebelum bertunang dulu?”
soal Amir lagi. Seolah-olah dia menyiasat seorang pesalah pula.
“Dah..
Aku dah bagitau dia pasal perasan aku.. Siap aku soal lagi tentang perasaan
diapada aku..”
“Apa
jawapan dia?”
“Dia
cakap dia tak cintakan aku. Pada hal dari sinar matanya aku tahu dia cintakan
aku walaupun dia bercakap dalam keadaan marah. Mungkin silap aku juga..”
“Kau
buat apa kat dia sampai dia tak nak mengaku perasaannya?” soal Amir
berhati-hati.
“Aku
ni lelaki Mir.. dan pernah berkahwin.. Aku nyaris-nyaris melakukan perbuatan
yang aku tidak sedar. Aku tak dapat nak kawal perasaan aku bila berada dekat
dengan Humaira..Aku hampir-hampir cium dia di apartment itu...”
“Apa???”
“Ya
hari itu sebelum aku bertunang dengan Isabella, aku pernah bawa dia pergi ke
apartment yang pernah aku diami bersama Ariana dulu. Walaupun aku desak agar
dia boleh ingat apa-apa tentang kenangan di rumah itu. Namun semuanya gagal.
Dia langsung tak ingat apa-apa. Nasib baik kilauan buah rantai itu menyedarkan
aku ke dunia yang nyata. Kalau tidak aku pun tidak dapat memaafkan diri aku
sendiri. Mungkin itu sebabnya Humaira tolak perasaan aku!” Sekali lagi
kedengaran keluhan dari bibir Tengku Elman.
“Apa
pun apa yang kau lakukan itu memang tak patut.. Tapi baik juga kau lupakan
dia.. sekarang masa depan kau dengan Isabella. Takut nanti Isabella nak buat
hal pula dengan Humaira. Kesian Humaira..”
“Isabella
tak kan berani kacau Humaira. Aku dah bagi amaran dengan dia. Kalau dia berani
kacau Humaira, aku akan batalkan perkahwinan kami..”
DARI jauh Humaira dapat
melihat kelibat Tengku Elman berjalan ke arahnya. Mahu bersembunyi pun dia
tidak sempat lagi. Mahu tidak mahu dia terpaksa berdepan dengannya.
“Ada
apa datang jumpa Ira kat sini?” soal Humaira.
“Awak
sihat?” soalan pertama yang keluar dari mulut Tengku Elman. Memang dia akui
semenjak akhir-akhir ini, Humaira seolah-olah melarikan diri darinya. Kalau
bertembung di mana-mana, cepat sahaja Humaira melarikan. Sampaikan dia mau
bertegur pun dia tidak sempat.
“Macam
yang Tengku nampak. Saya nampak sakit ke?” soal Humaira kembali.
“Saya
tahu awak tak nak jumpa saya sebab ada orang tak bagikan?” ujar Tengku Elman
Qaufar.
Tahukah
gadis itu betapa dia merindukan senyuman di wajahnya itu. Sudah beberapa hari
dia tidak dapat berjumpa dengan gadis itu membuatkan perasaan rindunya semakin
membuak-buak. Gadis itu semakin hari semakin melarikan diri darinya. Dan dia
langsung tidak berkesempatan untuk bertemu dengan gadis itu kerana kesibukan
kerja. Namun hari ini dia dapat juga bertemu dengan Humaira.
“Kenapa
mesti nak libatkan orang lain. Ini keputusan saya sendiri. Saya tak nak
terlibat dalam masalah Tengku sekeluarga. Lagi pun perkahwinan Tengku dengan
Cik Isabella tidak lama lagi. Sepatutnya saya sedar dari dulu lagi. Tapi masih
belum terlambat lagi saya nak ucapkan tahniah..”
“Awak
nak pergi mana?”
“Tak
pergi mana.. Lagipun saya tak nak jadi penghalang dalam hubungan kamu..”
“Awak
tak boleh buat saya macam ni. Gila saya dibuatnya nanti...” ucap Tengku Elman
sambil memandang wajah pujaan hatinya itu. Sedih dia mendengar Humaira ingin
menjauh darinya. Takkan sekadar kawan pun tak boleh?
“Tengku
fikir gila Tengku saja. Tapi pernah tak Tengku fikirkan perasaan orang lain.
Perasaan mereka yang berada di sekeliling Tengku? Yang amat sayangkan Tengku?”
“Memang
selama ini saya sangat menjaga perasaan mereka sampaikan saya sanggup menerima
apa saja cadangan mereka terutamanya pertunangan ini. Saya menjaga hati mereka
walaupun hati saya sakit. Sakit sebab tidak dapat menyintai Isabella. Tetapi
dengan awak lain. Hati saya jadi tenang, gembira bila berada di sisi awak..”
“Bukan
di sebabkan wajah saya serupa dengan wajah isteri awak?”
“Tidak.
Saya memang cintakan awak. Bukan kerana rupa paras awak yang menyerupai isteri
saya terdahulu. Tetapi saya memang sangat cintakan awak sekarang.”
“Saya
minta maaf. Saya tidak boleh terima cinta Tengku sekarang. Yang sebenarnya saya
tak cintakan Tengku pun..” ujar Huamira tegas.
“Awak
tipu.. Saya tak percaya tiada sekelumit perasaan cinta awak pada saya. Awak
jangan tipu saya..” balas Tengku Elman Qaufar. Dia berasa sakit hati mendengar
pengakuan berani dari Humaira. Tak mungkin semudah itu Humaira melupakan
dirinya..
“Tengku..
Kita tidak semestinya dapat hidup bersama dsengan orang yang kita sayangi. Itu
semua aturan jodoh. Jadi Tengku jangan bertindak bodoh. Tengku harus menerima
kenyataan bahawa, Isabella adalah bakal isteri Tengku. Jangan di sebabkan saya,
Tengku mahu berubah hati.”
“Tapi
saya tetap cintakan awak!!”
“Terpulanglah..
Apa pun saya harap Tengku jangan datang ganggu saya lagi. Lebih baik Tengku
menumpukan perhatian pada Cik Isabella tu.”
‘Ingat
saya tak akan berputus asa. Selagi saya belum tahu siapa kau sebenarnya jangan
harap saya akan lepaskan awak macam tu saja.’ Bisik Tengku Elman dalam hati.
PETANG itu Azwan datang
ke rumah Pak Teh dan Mak Teh. Hari ini dia mesti berterus terang dengan kedua
orang tua tentang hajatnya. Dia sudah fikir masak-masak. Baginya mengenali
gadis bernama Humaira itu adalah perkara yang terindah dalam hidupnya. Mereka
berkawan agak lama. Walau pun sampai sekarang dia tidak tahu dari mana Pak Teh
dan Mak Teh berjumpa dengan Humaira. Pada masa ini, Humaira belum pulang dari
pejabat. Jadi senanglah dia berbincang dengan Pak Tehnya. Dia ingin mengetahui
lebih lanjut perkara peribadi tentang
Humaira.
“Saya
datang ada hajat Pak Teh, Mak Teh..” ujar Azwan. Dia rasa sudah sampai masanya
dia berterus terang pasal perhubungannya dengan Humaira.
“Kenapa
pula ni? Cakap ada hajat pula tu” balas Pak Teh sambil tersenyum. Mak Teh
meletakkan cawan yang di penuhi air kopi di atas meja.
“Pak
Teh... Mak Teh, saya ingat nak kahwin dengan Ira” perlahan-lahan Azwan
menyuarakan niatnya.
“Hah!!Awak
nak kahwin dengan Ira? Betul ke?” soal Mak Teh dengan nada terkejut. Dia
seperti tidak suka dengan apa yang di dengarnya tadi.
“Betul
Mak Teh.. kami kawan pun dah lama. Wan ingat nak sunting dia jadi isteri Wan”
ujarnya perlahan. Wajah kedua-dua orang di hadapannya di pandang.
Mak
Teh dan Pak Teh terdiam. Selama ini mereka hanya menganggap Azwan hanya
berkawan biasa saja dengan Ira. Langsung tak terlintas di hati mereka bahawa
Azwan serius dalam hubungan mereka.
“Wan,
kami tak setuju Wan rapat sangat dengan Ira” ujar Pak Teh terus terang.
Sememangnya pada mulanya lagi dia tidak suka Ira terlalu rapat dengan Azwan.
Dan apa yang dirisaukannya sudah pun terjadi.
“Kenapa
Pak Teh? Wan ada buat salah ke?” timbul rasa tak puas hatinya. Biasalah orang
muda, cepat rasa naik angin. Bukan tahu bersabar!
“Wan
tak buat salah.. Tapi Wan tak boleh teruskan niat nak kahwin dengan Ira” ujar
Pak Teh. Dia tidak mahu Azwan berasa tersinggung dengan niat baiknya.
“Wan
berniat baik Pak Teh lagipun Wan sangat cintakan dia” kedua-dua mereka terdiam.
Parah ni. Macam mana mereka nak jelaskan perkara yang sebenarnya.
“Iya
kami tau, tapi Wan tetap tak boleh kahwin dengan Ira. Kami tak setuju Wan
kahwin dengan Ira” ujar Pak Teh dengan lembut. Dia tidak mahu Azwan berkecil
hati dengan mereka.
“Kenapa
pula? Ira ada orang lain ke?”
Mendengar
soalan Azwan begitu. Kedua mereka mengangguk.
“Apa-apa
sajalah Pak Teh ni..” ajar Azwan dengan rasa marah. Dia tidak puas hati. Sudah
tiga tahun dia mengenali Humaira. Setahu dia Humaira tidak mempunyai kawan
lelaki yang lain kecuali dia. Dan dia senang berada di sisi Ira. Gadis itu
sangat periang dan selalu membuatkan dia gembira. Sebetulnya, Humaira lain dari
pada gadis yang lain. Dia terus bangkit dari tempat duduknya.
“Wan
balik dululah..” ujarnya. Dia berasa kecewa dengan penjelasan Pak Teh dan Mak
Teh.
Dia
sudah berangan-angan menyunting Humaira untuk menjadi permaisuri hatinya tapi
sekarang dia tidak dapat menerima alasan yang Pak Teh dan Mak Teh berikan
sebentar tadi. Yang menjadi persoalan kenapa dia tidak boleh berkahwin dengan
Humaira? Dia mahu penjelasan dari mulut Humaira.
MALAM ini di kamar
tidur, Pak Teh sedang berbaring dan Mak Teh pula duduk di birai katil. Sesekali
Pak Teh mendengar keluhan dari bibir isterinya.
“Bang,
kita kena beritahu hal yang sebenarnya pada Ira.. Uteh tak sedap hatilah
bang..” rungut si isteri. Pak Teh memandang isterinya.
“Abang
tau. Tapi abang takut Ira akan rasa terkejut nanti.. Dan boleh ke dia terima
hal yang mengejutkan ini?”
“Uteh
risaulah bang.. Macam mana kalau hal ini terbongkar suatu hari nanti? Mesti Ira
kecewa dengan sikap kita..”
“Jangan
fikir yang bukan-bukan. Bila tiba masanya nanti kita akan berterus terang
dengan Ira. Jangan ingat abang tak risaukan keadaan Ira..” jelas Pak Teh kepada
isterinya.
“Yalah
Uteh ikut je cakap abang. Uteh berharap tak akan berlaku apa-apa nanti..”
“Dah
tidur.. jangan di fikirkan sangat hal itu. Awak tu bukannya sihat sangat.”
Nasihat Pak Teh kepada isterinya.
“Amboi-amboi
abang sukalah nak usik Utehkan?” jawab Mak Teh lagi. Namun dia sentiasa
bersyukur kerana di anugerahi seorang suami yang baik dan penyayang seperti Pak
Teh itu.