ZHARIF masih duduk termenung.
Tadi ketika dia melalui sebuah restoran itu, dia ternampak kelibat Datin Rodiah
dengan seorang lelaki. Dia seperti ingat-ingat lupa dengan wajah lelaki itu. Dia
cuba untuk mengingatinya. Bukan lelaki itukah yang ada bersama mereka ketika
majlis perkuburan abang Zul dan Kak Arfa? Tapi apa hubungan lelaki itu dengan
Datin Rodiah? Semasa Datuk Mahdi di kebumikan pun dia ada nampak lelaki itu.
Kenapalah fikirannya asyik
memikirkan lelaki itu. Mungkin juga lelaki itu ada kaitan dengan kes yang
berlaku pada arwah abang dan kakak iparnya. Dan juga dengan arwah Datuk Mahdi.
Beberapa kali dia meraupkan wajahnya. Mahu melupakan wajah yang menganggunya
itu.
Dia terus menekan intercom. Dia
mahu Hana masuk berjumpa dengannya. Dia rasa tak tenteram.
“Ada apa ni? Wajah kau macam ada
masalah je?” soal Hana lagi.
Zharif mengangguk. Namun dia
tidak tahu mahu memulakan dari mana.
“Cerita sajalah. Ini soal
perempuan ke? Orang mana yang sudah berkenan di hati?” usik Hana lagi. Zharif mencebik.
Hana hanya ketawa.
“Kau ni aku belum cakap, dah merapu
yang bukan-bukan..” marah Si Zharif.
“Habis tu pasal apa?” soal Hana
dengan nada serius.
Zharif menceritakan perkara yang
membuatkan hatinya rissau. Dia mahu pendapat Hana tentang hal itu. Sebagai pembantu
dan penasihat, dia amat memerlukan pandangan Hana dalam hal itu.
“Apa kata kau upah orang untuk
menyiasat kes itu. Manalah tahu kot-kot apa yang berlaku pada arwah abang kau
dan kakak kau itu ada kaitan dengan lelaki yang kau cakapkan itu.” Hana memberi
cadangan. Tak salah kalau Zharif menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.
“Itulah yang aku fikirkan sebenarnya..”
Hana hanya mengangguk. Betul juga
kalau itu yang Zharif fikirkan.
ASHRAF bangun bila merasakan ada
orang mengejutkan dia dari tidur yang lena. Entah sudah pukul berapa sekarang?
Dia melihat jam pada telefon bimbitnya.
“Ash bangun..” sekali lagi Ashraf
merasakan tangan mamanya mengejutkannya.
“Ye ma.. Ash nak bangunlah ni..”
ujar Ashraf. Dia terus duduk dan membuka matanya. Kelihatan mamanya sedang
berdiri di hadapannya dengan senyuman yang meleret.
“Mama dari mana ni?” soal Ashraf
sambil menguap. Dari segi penampilan mamanya kini pasti dia baru balik dari luar.
Bukannya dia tidak faham dengan sikap mamanya yang jarang mahu duduk di rumah.
“Mama baru balik dari jumpa
Tasha..” jawab Datin Melissa sambil tersenyum.
“Mama jumpa Tasha? Buat apa?”
soal Ashraf dengan nada tidak senang hati.
“Mama tak sengaja jumpa Tasha
pun. Tiba-tiba pula mama jumpa dia. Lalu mama ajak dia join dengan mama tadi
pergi spa..”
“Ohh..”
“Tadi mama ada jumpa Zarra
juga..” ujar Datin Melissa. Baru dia teringat sebenarnya.
“Mama jumpa Zarra? Kat mana?
Dengan siapa?” soal Ashraf bertalu-talu. Rasa luas biji matanya bila terdengar
mamanya menyebut nama Zarra. Takkan tiba-tiba mamanya berjumpa dengan Zarra!
“Dia cakap dengan mama, itu kawan
sekerja. Namanya mama tak ingat. Tapi dia lelaki..” terang Datin Melissa lagi.
Dia berharap apa yang di katakan itu akan membuatkan Ashraf berasa tidak
percayakan Zarra.
Kenyataan mamanya itu membuatkan
Ashraf tidak senang hati. Entah mengapa dia rasa cemburu. Ditekan satu persatu
pada skrin telefon bimbitnya. Dia melihat gambar Zarra. Dia harus mendapatkan
kebenarannya dari Zarra. Dia terus bangun. Mahu membersihkan diri.
DATIN Rodiah terus menuju ke
pejabat Suffian. Dia pasti ketika ini Suffian masih berada di pejabatnya. Kalau
nak tunggu dia balik rumah alamatnya susah sikit.
“Suff mama nak minta duit.”
“Berapa banyak?” soal Suffian
lagi. Mamanya memang selalu begitu. Kalau dia minta duit, bukan alang-alang
jumlahnya. Sikap mamanya yang boros itu mungkin akan menyusahkan dia suatu hari
nanti.
“Lima belas ribu.”
“Lima belas ribu?? Nak buat apa
duit sebanyak itu?”
“Mama nak shopping. Dah lama mama tak shoppingkan?”
soal Datin Rodiah lagi. Burhan minta sepuluh ribu. Tapi lima ribu itu untuk
dirinya sendiri.
“Suff mana ada duit cash sebanyak itu..” jawab Suffian
sambil mengeluh.
“Suff bagilah cek kan senang..”
jawab Datin Rodiah lagi. Dia berharap kali ini Suffian akan memberikan sejumlah
wang yang di mintanya itu.
“Okeylah mama.. ni Suff bagi cek.
Tapi mama kena berjimat. Sekarang syarikat ini ada masalah kewangan. Suff tidak
mahu nanti syarikat kita gulung tikar!” ujar Suffian dengan nada tegas. Dia
kenal benar dengan sikap mamanya yang suka membeli barangan berjenama dan
mahal. Selagi dia tak bagi duit selagi itu juga mamanya akan merajuk dan tak
bertegur sapa dengannya.
“Mama taulah.. Baru kali inikan
mama minta lebih sikit..” ujar Datin Rodiah dengan lembut. Dia tidak mahu
anaknya tahu hal yang sebenarnya. Kalau mereka tahu dia menolong Burhan, pasti
dia tidak akan mudah nak minta duit dengan jumlah yang banyak lagi.
Datin Rodiah mengambil cek
sebanyak sepuluh ribu. Itu yang dia janjikan kepada Burhan. Dia berharap
selepas ini, lelaki itu tidak akan menganggunya lagi. Dia risau kalau-kalau
anak-anaknya tahu pasal hal itu.
ASHRAF sudah menunggu Zarra di
depan pintu pejabat Zarra. Kebetulan pada masa itu Zarra sudah pun keluar juga.
Dia berasa terkejut melihat Ashraf sudah menunggunya petang itu. Mungkin dia
tidak kerja sebab itulah dia dapat menunggunya pada masa ini.
“Dah lama awak tunggu?” soal
Zarra sebaik sahaja dia mendapatkan Ashraf sambil mlmparkan senyuman. bukannya
salah pun lagipun Ashraf tu tunangnya juga.
“Baru je.. Zarra dah nak balik ke
ni?” balas Ashraf lagi.
“Aaa.. Tapi Zarra kena tunggu
teksi..” terang Zarra dengan jujur.
“Tunggu teksi? Kenapa pula?” soal
Ashraf terkjut. Dia sangkakan Zarra pergi kerja menaiki kereta..
“Kereta Zarra rosak. Pagi tadi
pun Zarra lambat masuk kerja sebab kereta buat hal..” Zarra mengadu. Ashraf
menarik nafas. Baru dia sedar bahawa tunangnya itu dalam kesusahan. Kenapalah
dia hanya emmnetingkan diri sendiri sedangkan Zarra berada dalam kesusahan.
“Apa guna tunang Zarra ni? Kenapa
tak call Ash. Biar Ash pergi ambil
kat rumah?” soal Ashraf geram.
“Sorrylah.. Zarra tak nak ganggu Ash.. Zarra tau Ash pasti penat
baru balik semalam. Sorry
sangat-sangat!”
“Ni yang buat Ash geram sangat dengan
Zarra ni.. Macam Ash ni tak penting buat Zarra.. macam mana kalau ada apa-apa
berlaku pada Zarra?” ujar Ashraf mahu merajuk.
“Buruknya muka nak merajuk!”
cebik Zarra. Ashraf tidak jadi merajuk mendengar dan melihat gelagat Zarra.
Sungguh dia tidak mampu nak merajuk lama-lama dengan Zarra.
“Jomlah kita gerak..” ujar
Ashraf. Namun belum sempat Zarra dan Ashraf melangkah, mereka di tegur oleh
seseorang.
“Zarra”
“Encik Hadri?” soal Zarra
kehairanan.
“Ye saya.. jadi inilah..” belum
sempat Hadri menghabiskan kata-katanya.
“Ya ini tunang Zarra. Ashraf”
Zarra memperkenalkan.
Kedua lelaki itu bersalaman dan
berkenalan. Ashraf mengajak Zarra pulang. Namun dalam hati dia bimbangkan
sesuatu. Dia dapat merasakan yang Encik Hadri itu ada perasaan pada Zarra. Dia
lelaki. Memang patut pun dia dapat merasakan dari pandangan mata lelaki yang
bernama Encik Hadri itu.
“Kita nak pergi mana ni?” soal
Zarra apabila menyedari jalan yang mereka lalui bukannya jalan pulang ke
rumahnya.
“Kita keluarlah.. Pergi makan ke..
Pergi shopping ke..” Ashraf memberi
cadangan. Dia tidak kisah mahu membawa Zarra ke mana asalkan tunangnya itu
selesa dengannya.
“Tapi.. Ash tak penat ke?” soal
Zarra lagi.
“Tak.. apa-apalah untuk Zarra..
Ash sanggup!”
“Mengada-ngada..” marah Zarra
namun akhirnya dia tersenyum. Dia suka dengan apa yang di katakan Ashraf tadi.
Entah mengapa dia mula sukakan sikap Ashraf sekarang ini. Tapi belum lagi
sampai tahap jatuh cinta.
“Apa yang Zarra sengihkan tu?”
soalan dari Ashraf itu mengejutkan Zarra. Merah muka Zarra bila di tegur
begitu.
“Mmm tak ada apalah..”
“Mesti Zarra terbayangkan kita
duduk di pelaminkan. Ash juga tak sabar menunggu hari bahagia kita. Kalau boleh
sekarang juga Ash nak menikah dengan Zarra.”
“Hish!! Apa yang Ash mengarut
ni?” soal Zarra sambil tersenyum. Dia pun tidak sabar juga menantikan hari
bahagia itu. Dia akan cuba menerima Ashraf dalam hidupnya. Mulai sekarang
jugalah dia harus mengenali hati budi masing-masing. Rasanya belum terlewat dia
mengenali Ashraf dengan lebih dekat.
“Pagi tadi, saya ada jumpa mama
awak dengan Tasha..” ujar Zarra. bukannya dia snegaja nak tunjuk baik tapi dia
sekadar bercerita sahaja.
“Kat mana?”
“Depan spa.. Masa tu Zarra dengan
Encik Hadri ada meeting kat luar..”
beritahu Zarra.
“Encik Hadri yang tadi tu?”
Zarra mengangguk. Kini barulah
Ashraf berasa senang. Tidak sedar senyuman mula menguntum di bibirnya.
kata-kata mamanya tidak di endahkan.
ZHARIF singgah di sebuah kedai.
Niatnya dia mahu membelikan kek hari jadi untuk Nani. Nasib baik dia sudah
mencatatnya di telefon bimbit. Kalau tidak pasti dia akan terlupa kerana
kesibukannya dengan tugas.Tiba-tiba sahaja matanya ternampak kelibat Amylia
dengan seseorang. Bukankah itu Datuk Maarof? Namun dia melihat Amylia sangat
mesra dengan Datuk Maarof. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak mahu Amylia ternampak
kelibatnya di situ, dia terus berlalu. Bukannya dia cemburu tetapi dia rasa
lega kerana dia sudah ada alasan untuk menjauhkan diri dari Amylia. Wanita
seperti Amylia tak akan setia pada yang satu.
‘Zharif?’ bisik Amylia pada
dirinya sendiri. Dia melepaskan tangan Datuk Maarof yang memegang jari
jemarinya. Dia pasti Zharif sudah ternampak dia dengan Datuk Maarof. Sebab itu
dia terus berlalu dari situ.
“Kenapa ni honey?” soal Datuk Maarof yang perasan dengan layanan Amylia.
“Mmm tak ada apa-apa.. Cuma I
rasa pening sikit..” Amylia memberi alasan. Dia tidak mahu Datuk Maarof tahu
hal yang sebenarnya.
“Jadi honey nak balik rumah?” soal Datuk Maarof lagi. Amylia mengangguk!
Tapi?
“Nanti you macam mana? Takkan I
nak tinggalkan you kat sini?” soal Amylia lagi. Datuk Maarof ketawa. Rasa suka
melihat riak wajah Amylia mencuka. Kalau dia merajuk bermakna dia sayangkannya.
“Jom balik rumah I..” ajak Amylia
lagi. Datuk Maarof tersenyum.
Mereka berdua terus bangun
meninggalkan tempat itu. Namun fikiran Amylia masih terganggu dengan kemunculan
Zharif di situ tadi.
Akhirnya Zharif sampai di rumah.
Kelihatan Nani dan Adam setia menunggunya. Mereka kelihatan gembira melihat
papa mereka membelikan kek harijadi Nani. Mereka berdua menjerit kesukaan.
“Sorry papa lambat sikit. kerja
papa banyak sangat kat pejabat..”
“Tak apa papa, kami faham yang
penting papa tak lupa dengan hari jadi Nani..” ujar Nani lagi. Adam juga
gembira melihat papa mereka membawa kotak kek.
“Jadi anak papa tak marah?” soal
Zharif lagi.
“Taklah papa.. Janji papa dah
sampai..”
“Cepatlah papa. Adam tak sabar
nak makan kek tu..”
“Hish Adam ni tak sabar!” marah
Nani pula!
“Dah-dah. Papa nak naik mandi
dulu. Nanti Mak Enon siapkan pinggan dan sudu. Panggil Pak Abu sekali..” arah
Zharif kepada Mak Enon.
“Baik Tuan..” jawab Mak Enon. Dia
segera mengangkat kotak kek itu lalu di bawa ke dapur.
“Cepatlah papa. Tak sabar nak
makan kek tu tau!” ujar Nani lagi. Zharif tersenyum. Hai.. budak-budak memang
tak sabar rupanya. Dia terus naik ke biliknya.
“Kak, agak-agak papa beli kek apa
ya?” soal Adam.
“Manalah kakak tau! Tadi tak
tanya kat papa..” marah Nani pula.
“Adam rasa mesti papa beli kek
coklat! Papa kan tahu kita suka makan kek coklat!”
“Pandailah Adam. Nantilah kita
tengok.. Kita tunggu papa dulu..”
tidak lama kemudian, Zharif sudah
muncul di ruang meja makan. dia melihat Nani dan Adam tidak sabar untuk
menjamah kek yang di belinya tadi.
“Semua dah siap tuan!” ujar Mak
Enon.
“Terima kasih. Mana Pak Abu?”
“Saya kat sini tuan.” Pak Abu
muncul dari ruangan dapur!
“Okey kalau dah semua ada disini,
mari kita mulakan..”
“Yeahh!!!’ jerit kedua budak itu.
Zharif menyalakan lilin dan di
selangi dengan nyanyian lagu selamat hari jadi. selepas meniup lilin, Nani
memotong kek tersebtu. Dan akhirnya Mak Enon memotong kek itu dan di bahagikan
kepada mereka.
AMYLIA menghempaskan beg
tangannya di atas sofa. Datuk Mahmood yang berjalan mengikutnya dari belakang
terus sahaja memeluk tubuh Amylia dari belakang. Dia tidak sabar untuk bersama
Amylia. Biasanya wanita itu sering sahaja mengelak dari dirinya. Namun hari ini
perangai Amylia semakin manja dengan dirinya.
“Sayang, I nak mandi dulu okey..
Badan I melekitlah..” bisik Amylia sambil merenggangkan pelukan Datuk Mahmood.
Lelaki separuh umur itu hanya tersenyum. Betul juga sudah seharian mereka
berada di luar, sudah pasti Amylia rasa tidak selesa dengan badannya yang
melekit itu.
“Okey I bagi honey mandi, tapi jangan lama-lama tau! I tak sabar nak bermesra
dengan honey!” ujar Datuk Mahmood
sambil mencuit hidung Amylia. Pertama kali dia berjumpa dengan Amylia dia mula
jatuh cinta. Biar pun dia sudah berkahwin dan masih kekal sehingga sekarang,
namun ketika dia berada di samping Amylia, dia rasa bahagia sangat. Mungkin itu
yang di katakan jatuh cinta.
“You tunggu I tau!” balas Amylia
dengan manja. Dia turut mencuit hidung Datuk Mahmood. Datuk Mahmood tersenyum
senang.
Amylia terus menuju ke kamar
tidurnya. Dia mahu membersihkan diri. Argh!! Sekarang sudah pukul lapan. Selepas
ini dia mahu kemana dengan Datuk Mahmood? Namun dalam fikirannya dia masih
tidak dapat melupakan wajah Zharif yang ternampak dia dengan Datuk Mahmood.
Memang dia bersama dengan lelaki separuh umur itu. Tetapi dia tetap cintakan
Zharif. Namun cintanya hanya sia-sia bila Zharif tidak pernah mengambil serius
dengan perasaannya. Tiba-tiba dia jadi sakit hati. Bagaimana caranya dia untuk
menambat hati lelaki Zharif itu. Langsung tak lut dengan cinta dan perasaannya.
Apakah susah benar lelaki itu mahu menerima dirinya?
Cepat-cepat Amylia keluar dari
bilik mandi. Dia tidak mahu Datuk Mahmood menunggunya lama di ruang tamu. Malam
ini dia harus bergembira dengan lelaki itu. Biarlah dia merawat hatinya yang kecewa
malam ini.