Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday, 17 November 2012

Cerpen: Bukan kedekut!


Pulang dari tempat kerja, Misha singgah di warung Mak Siti. Kelihatan Mak Siti sudah tersenyum melihat kedatangannya. Hanya ada beberapa orang pelanggan Mak Siti petang itu.

“Mak Siti.. Macam mana jualan kuih hari ini?” soal Misha sebaik saja dia tiba di warung Mak Siti. Setiap pagi dia menghantar kuih ke warung Mak Siti. Lagipun menurut Mak Siti, pelanggan suka sangat makan kuih yang di buat oleh Misha. Setiap malam dia buat kuih untuk di hantar ke warung Mak Siti. Sekurang-kurangnya duit yang dia dapat dari jualan kuih itu, dapat menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga. Dan selebihnya dia simpan di bank.

“Semua habis di jual.. Nampaknya ada rezeki hati ini.” Misha mengucapkan syukur! Mak Siti memberikan duit harga jualan kuihnya hari ini. Misha menghitung duit yang di peroleh hari ini. Nampaknya dia ada rezeki lebih hari ini. Nanti balik bolehlah dia membeli sedikit lauk.

Sebaik saja dia berpusing, tiba-tiba badannya di rempuh oleh seorang pemuda yang tidak di kenalinya.

“Sorry.. cik.. I tak sengaja..” Misha memandang wajah orang yang merempuhnya tadi. Rasa marahnya membuak-buak.

“Sorry? Senang je cakap Sorry ya.. Habis mana letak mata Encik tu? Dekat lutut ke?” marah Misha lagi. Duit syiling yang di pengangnya jatuh dari tangannya bertaburan di atas lantai. Dia menunduk untuk mengutip duit syilingnya itu.

“Ha.ha.. kurang 10sen.. Cepat bayar!!” ujar Misha sambil menghulurkan tangannya di depan lelaki itu.

“Sepuluh sen pun awak nak minta ganti!!” ujar lelaki tersebut. Dia sangat terkejut mendengar perempuan itu meminta ganti rugi yang bernilai sepuluh sen itu.

“Itu pun duit juga namanya.. Baik encik bayar kat saya sekarang!!” ujar Misha tegas.

“Halalkan sajalah..” lelaki itu berkata. ‘Eh dia ni, mana boleh nak halalkan sepuluh sen. Itu pun duit tau!’ bisik Misha dalam hati.

“Encik ni faham bahasa ke tidak.. Cepat ganti balik duit tu!!” tegas Misha lagi. Lelaki ini memang tak makan saman. Kalau di lihat dari rupanya, lelaki itu nampak macam orang berada. Walaupun gayanya sempoi tapi masih bergaya dengan cermin mata hitamnya.

“Iya..iya.. Saya cari duit syiling..” ujar lelaki itu. ‘Ada pulak sepuluh sen pun tak nak halalkan..’ gumam lelaki itu sendirian.

“Cepatlah.. Saya dah lambat ni..”

“Nah dua puluh sen.. Sepuluh sen tak ada..” ujar lelaki itu sambil meletakkan duit bernilai dua puluh sen di tapak tangan Misha.

“Nah saya bagi balik bakinya..” ujar Misha menghulurkan duit sepuluh sen kepada lelaki itu. Dia terus berlalu dari warung Mak Siti. Lelaki tadi hanya menggeleng kepalanya. Ada juga perangai manusia yang pelik macam perempuan itu. Sayang, wajahnya cantik tapi kedekut!!

.......................................

Misha singgah di kedai runcit Pak Ali untuk membeli bahan untuk membuat kuihnya. Biar pun kadang-kadnag dia rasa penat, tetapi ibunya juga selalu membantunya. Selepas membeli bahan-bahan itu dia terus pulang ke rumahnya. Selepas mandi dan makan malam mulalah dia membuat kuih. Kemudian awal pagi dia akan bangun untuk menyiapkannya saja.

Iskandar pulang ke rumahnya. Sepatutnya hari ini dia mula bekerja. Tetapi dia akan memulakan kerjanya pada keesokan harinya. Tadi dia sempat berjalan-jalan di sekitar ibu kota untuk merehatkan fikiran. Setelah dia bekerja keras untuk menamatkan pelajarannya akhirnya dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang perniagaan.

Dia duduk di halaman rumah milik keluarganya. Dalam fikirannya dia masih terbayang-bayang wajah perempuan yang di jumpainya petang tadi. Namun dia tersenyum sendiri bila mengenangkan balik peristiwa yang berlaku petang tadi.

“Apa yang anak umi tersengih-sengih macam tu? Ada apa-apa yang umi tak tahu ke?” tegur Puan Maisarah pada anak terunanya.

“Tak ada apalah Umi..”

“Mana boleh tak ada apa-apa, kalau duduk kat luar sambil tersenyum-senyum tu..Ceritalah pada umi..” pujuk Puan Maisarah lagi.

“Sebenarnya, Is ada cerita lucu hari ini..”

“Cerita pasal apa?”

“Begini, petang tadi Is singgah di warung Makcik Siti. Tiba-tiba Is terlanggar seorang perempuan...”

“Oh itu perkara biasa untuk sebuah perkenalan..” jawab Puan Maisarah sambil tersenyum.

“Bukan macam itu umi, Is dah terlanggar dia dan duit syiling dalam tangan dia semua jatuh di atas lantai. Lepas itu, dia minta Is gantikan duit sepuluh sen yang hilang. Sebab duitnya itu kurang sepuluh sen.. kedekut betul perempuan tu!!”

“Apa masalahnya. Itukan hak dia.. Yang anak umi pergi langgar dia buat apa?”

“Is tak sengaja umi..”

“Is ganti tak duit dia yang hilang tu?”

“Gantilah umi. Dah dia bising-bising kat warung tu malaulah Is.. Tapi Is bagi dua puluh sen. Sebab tak ada sepuluh sen. Dia bagi balik sepuluh sen..”

“Itu cerita yang Is kata lucu?” soal Puan Maisarah lagi. Iskandar mengangguk!

“Is.. dalam dunia ini manusia punya pelbagai perangai. Mungkin Is kata dia perempuan kedekut. Manalah kita tahu mengapa dia bersikap macam tu. Mungkin dia ada sebab lain atau memang dia seorang yang kedekut!”

“Apa umi ni cakap berbelit belit..”

“Is.. mungkin dia bersikap kedekut kerana faktor hidup. Mungkin dia mahu berjimat cermat dan menghargai setiap sen yang dia ada kerana hidup dia yang susah. Kalau dia memang berasal dari keluarga yang berada barulah kamu boleh cakap dia kedekut. Sebab memang sah-sah dia berduit.. faham??”

Iskandar mengangguk. Benar juga kata uminya. Dia mengenangkan kembali bagai mana perempuan itu memarahinya dia tersenyum sendiri.

“Tengok itu memang senyuman angau.. bukan kerana cerita yang lucu..” usik Puan Maisarah lagi.

“Umi..” ujar Iskandar malu sendiri.

......................................

Hari ini keadaan pejabat agak riuh rendah. Mana tidaknya melalui pegawai atasan mereka, hari ini ada pekerja baru masuk. Pekerja itu juga merupakan anak tunggal Encik Lokman yang baru balik dari luar negeri.

“Hari ini kita akan menerima seorang pekerja baru yang akan mengantikan pengurus kita Encik Lokman. Dia akan di gantikan dengan anak beliau yang bernama Iskandar. Saya berharap semua pekerja akan memberikan tunjuk ajar dan kerja sama yang baik dengan beliau..” ujar Encik Anwar di depan pekerja Setia Jaya Holding. Nora menyuruh Misha memandang wajah bos baru mereka.

“Alamak!!” ujar Misha terkejut sendiri.

“Kau ni kenapa?” soal Nora kehairanan.

“Kau kenal dia ke?” ujar Nora separuh berbisik ke telinga Misha..

“Taklah.. tak kenal..” bohong Misha lagi. Bukan mamat ni ke dengan dia bergaduh di warung Mak Siti kelmarin. Habislah aku!! Memang hari-harilah kena bantai dengan bos baru mereka tu..

Misha duduk termenung. Entah mengapa dia asyik terpikirkan lelaki itu. Argg!!menyampah sungguh!! Nampaknya memang setiap harilah dia terpaksa menghadap muka bos baru mereka. Tapi tak apalah kalau dia marah-marah. Kalau memang perangai bos mereka suka marah-marah dia terima saja. Sebab dia datang ke sini untuk mencari rezeki. Terpaksalah dia menadah telinga bila berdepan dengan bos baru itu.

.....................................

Misha memandang wajah Ismalleh. Sudah beberapa kali Malleh meminta duit kononnya mahu membeli telefon bimbit baru. Namun permintaan adiknya itu belum lagi tertunai. Dia mahu mengumpul duit untuk kegunaan lain bukannya untuk membeli telefon bimbit baru untuk Malleh.

“Kak Misha ni memang kedekut! Tangkai jering! Tahi hidung masin!!” jeritnya lagi.

“Malleh tak baik marah Kak Misha macam itu!” bela ibu lagi. Terasa hangat pipinya ketika itu. Rupa-rupanya air matanya mula menuruni pipi.

“Peduli bu.. Kak Misha kerja siang malam. Dapat duit pun bukannya dia nak bagi pada ibu. Entah apa dia buat dengan duit dia tu..”

“Tapi awak tak berhak marah Kak Long macam tu.. Itu duit dia. Hak dia..”

“Biarlah bu.. Biar dia marah along macam tu.. Dia tak tahu apa-apa. Lagi pun dia masih budak lagi. Along tak peduli apa dia nak kata...” jawab Misha perlahan. Dia kesian melihat ibunya yang selalu mempertahankan dirinya! Akhirnya Misha masuk ke bilik. Dia mengambil beg duitnya.. Dia mengira duit yang di perolehi semalam dan hari ini. Ada pun lebihnya. Misha keluar dari bilik lalu dia pun berikan duit yang Ismalleh minta kepada ibunya.

........................

Nora dan Misha berada di pantry. Mereka biasanya akan minum pagi bersama-sama. Lagipun, Misha selalu membawa kuih untuk mereka berdua sarapan. Kadang-kadang Misha jemput juga rakan sepejabat untuk makan kuih yang di bawanya.

“Kau ni kenapa? Dari tadi duduk termenung?” soal Nora rakan sekerjanya.

“Tak ada apalah..”

“Kalau tak ada masalah, Misha tak jadi macam ni?”

“Tak adalah.. Semalam adik aku mengamuk!!”

“Pasal apa?”

“Dia minta duit. Sebab aku tak bagi, dia terus mengamuk.. Lalu dia cakap macam-macamlah..” ngadu Misha kepada Nora. Hanya Nora yang tahu mengapa dan kenapa dia bersikap kedekut dengan adiknya.

“Kau pun satu sebagai kakak tu kau kena nasihatkan dia sikit..”

“Budak-budak zaman sekarang tau apa? Asyik nak minta duit.. Bukannya dia fikirkan perasaan kita yang bertungkus lumus cari duit. Kalau tak bagi ha.. Macam tulah jadinya...”

“Apa pun kau janganlah berkeras sangat dengan adik kau tu..”

“Itu aku taulah.. Sebab itu aku tak ambik hati sangat..”

“Tak payahlah kau fikirkan sangat masalah kau dengan adik kau tu.. Kalau susah sangat baik kau berterus terang dengan adik kau.. Kenapa kau nak kumpul duit tu?”

Iskandar yang mahu ke pantry itu terhenti di muka pintu. Nasib baiklah pintu itu agak terselindung dari pandangan mereka berdua. Dia mendengar setiap butir perbualan diantara dua pekerja itu.

........................................

Petang itu hari sudah gelap. Mungkin mahu hujan. Tetapi bas yang di tunggu oleh Misha tidak juga datang.. Kalau tak ada bas terpaksalah dia naik teksi. Dan tambangnya mestilah mahal dari tambang bas. Dia duduk mengeluh sendirian. Menyesal pula dia tidak naik kereta dengan Nora tadi. Bukan Nora tak pelawa. Tapi dia seganlah hari-hari nak menumpang kenderaan orang.

Akhirnya dia di kejutkan dengan bunyi hon yang kuat. Kelihatan sebuah kereta BMW warna biru metallic berhenti di perhentian bas itu. Misha tidak peduli. Mungkin pemandu itu mahu menjemput gadis yang duduk di sebelahnya.

Melihat Misha tidak pedulikan hon keretanya, Iskandar keluar dari keretanya lalu berjalan menuju ke arah Misha.

Dia memberi salam. Misha menoleh. Seperti dia kenal dengan suara itu. Betullah Encik Iskandar!! Dia benar-benar terkejut!!

“Encik buat apa kat sini?” soal Misha sebaik sahaja dia melihat Iskandar tersenyum padanya.

“Saya nak tumpangkan Misha balik. Lagipun hari nak hujan ni..” ujar Iskandar berterus terang.

“Eh.. tak apalah encik.. Saya boleh naik bas saja.. Kalau tak ada bas nanti saya naik teksi..” jawab Misha dengan jujur.

“Kan lebih baik kalau saya hantar Misha pulang.. Lagipun Misha tinggal seorang saja tau kat sini. Kalau ada apa-apa nanti siapa yang susah?” soal Iskandar tidak berputus asa.

Misha melihat sekeliling. Betul juga cakap bosnya itu. Ada rasa seram pula. Bila masa pula gadis yang menunggu bas dengannya tadi berlalu pergi.

“Okeylah.. Saya tumpang kereta encik..” ujarnya perlahan. Dia terpaksa juga mengikut lelaki itu kerana bimbang tentang keselamatan dirinya.

“Macam itulah..” jawab Iskandar sambil tersenyum. Sepanjang perjalanan mereka berdua diam membisu. Masing-masing tidak tahu apa yang ingin di bualkan.

Sampai di depan warung Makcik Siti, Misha meminta Encik Iskandar berhentikan keretanya.

“Encik baliklah dulu. Saya tumpang kereta encik sampai di sini saja..”

“Tak apalah. Dah alang-alang saya lalu kat sini, baik saya hantar Misha balik sampai rumah.”

“Kalau macam tu, encik tunggulah sekejap..”

“Okey..”

Misha berjalan menuju ke warung Makcik Siti. Hujan pula mula turun renyai-renyai.

“Amboi.. Siapa tu Misha??” soal Makcik Siti bila Misha berdiri di depannya.

“Bos Misha, Makcik..”

“Oh..baik betul orangnya..” MAkcik Siti tersenyum. Macam kenal saja dia dengan lelaki itu.

“Okeylah Makcik terima kasih. Misha balik dululah ya..” ujar Misha sebaik sahaja duit sudah di terima dari tangan Makcik Siti.

Misha terus berlari anak menuju ke kereta Encik Iskandar. Kemudian mereka beredar dari situ. Sampai di rumah Misha, Iskandar memberhentikan keretanya.

“Inilah rumah Misha Encik.. Tak adalah besar macam rumah Encik..” gurau Misha lagi. Sebenarnya dia rasa malu sangat!!

“Itu pun rumah juga namanya. Asalkan ada tempat kita berteduh dari hujan dan panas..”

Iskandar keluar lalu membuka pintu di sebelah tempat duduk Misha. Makin bertambah malulah Misha di buatnya apabila gelagat mereka di lihat oleh ibu dan juga adiknya.

“Kenalkan ini ibu Misha. Dan ini adik Misha namanya Ismalleh.” Mereka bersalaman.

“Jemputlah naik ke atas..”

“Saya minta maaf Makcik. Saya kena pergi dulu. Ada hal penting lagi selepas ini.. Lain kalilah saya datang lagi..”

“Kalau macam tu tak apalah.. Kami pun tak memaksa..”

“Terima kasih Encik Is sebab hantar Misha balik. Hati-hati memandu..” pesan Misha kepada Encik Iskandar. Mereka semua tersenyum.

“Bestnya ada abang ipar yang kaya macam tukan Kak Misha..” ujar Malleh mengusik kakaknya.

..............................

Iskandar memandang ke tempat duduk di sebelah. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu. ‘Buku apa tu?’ bisiknya dalam hati. Perlahan dia mengambil buku yang terselit di bahagian tempat duduk Misha tadi. Diari!!

Pasti diari itu kepunyaan Misha. Dia membukanya. Memang betul itu diari milik Misha. Pasti gadis itu akan tercari-cari bila menyedari diarinya hilang. Akal mula nakal membayangkan wajah Misha yang bersusah hati mencari diarinya itu.

Di bilik tidurnya, selepas mandi, Iskandar duduk bersandar di atas katilnya. Tiba-tiba dia teringat diari yang di bawanya tadi. Cepat dia bangun dari pembaringannya menuju ke meja tempat dia meletakkan diarinya tadi. Kemudian dia duduk semula bersandar di atas katilnya.

Satu persatu muka surat di selak.

Tiba-tiba dia membaca.

14 Februari 2012

Aku bergaduh dengan seorang lelaki gara-gara duit sepuluh sen. Bagi lelaki itu apalah sangat nilai sepuluh sen itu. Tetapi bagi aku sepuluh sen itu melambang setitik peluh aku ketika aku membuat kuih untuk di hantarkan ke warung Makcik Siti. Mungkin lelaki itu ingat aku kedekut, tetapi aku kedekut pun bersebab.

Iskandar tersenyum membaca perenggan itu.

15 Februari 2012

Rupa-rupanya lelaki yang bergaduh dengan aku semalam itu adalah bos baru di syarikat tempat aku bekerja.. arghh!! Malunya. Pasti dia mengecop aku perempuan kedekut. Tapi aku peduli apa.. Janji aku menunaikan permintaan ayah yang mahu melihat Ismalleh masuk ke menara gading.

Aku sedar hidup kami susah. Dan aku akan berusaha mengumpul duit, supaya Ismalleh dapat belajar di university dengan selesa kelak.

Iskandar membaca lagi seterusnya yang di tulis dalam diari tersebut hingga ke muka surat terakhir. Selepas itu Iskandar menutup buku diari tersebut. Kini barulah dia faham kenapa gadis yang bernama Misha itu kedekut. Sebenarnya dia bukan begitu. Dia tersenyum sendiri lagi.

.......................................

Keesokan harinya Iskandar bangun awal. Pada mulanya dia mahu ke warung Makcik Siti. Dia mahu membeli kuih untuk sarapan mereka sekeluarga.

Namun sesampai sahaja di warung Makcik Siti dia tidak melihat ada kuih muih di jual seperti selalu.

“Makcik, hari ini tidak ada kuih muih ke?” soal Iskandar kepada Makcik Siti.

“Tak adalah nak.. Pagi tadi orang yang buat kuih itu telefon Makcik dia tak sihat..”

“Siapa yang buat kuih tu? Kempunanlah saya nak merasa kuihnya hari ini..” gurau Iskandar. Makcik Siti tersenyum.

“Misha.. Encik kenalkan dengan dia?” soal Makcik Siti.

“Oh macam tu.. Selama ini dialah yang buat kuih muih itu ke Makcik?”

“Dialah yang buat kuih muih tu. Ramai pelanggan yang suka makannya. Tapi hari ini dia cakap dia tidak sihat. Jadi tak ada kuih muih untuk hari ini.” Bersunguh-sungguh Makcik Siti memberitahu kepada Iskandar.

“Okeylah Makcik. Terima kasih..” ucap Iskandar lalu dia berlalu dari situ.

........................................

Ismalleh jadi marah. Kenapalah Kak Mishanya kedekut sangat. Pantang dia emminta benda yang bernama duit atau wang, pasti kakaknya akan marah-marah..

“Kak Misha selalu macam tu, sebab itulah tak ada orang yang nak kahwin dengan Kak Misha!! Kedekut!!” jerit Ismalleh.

“Malleh.. akak tak kedekut! Tapi akak...” belum habis lagi kata-katanya sudah di sampuk oleh Ismalleh.

“Cakap je yang akak memang kedekut!! Selama ini mana Kak Misha pernah nak bagi duit lebih pada Malleh. Tengoklah kawan-kawan Malleh semuanya ada telefon bimbit yang canggih, Malleh apa ada! Cuma sebuah telefon bimbit buruk ni je!” ujar Malleh sambil menghempaskan telefon bimbit yang ada dalam genggamannya.

Misha benar-benar rasa marah dan juga sedih. Dia marah kerana di panggil kedekut! Dan sedih kerana adiknya tidak pernah menghargai apa yang dia berikan selama ini. Rasa sia-sia sahaja dia berkorban bekerja siang dan malam untuk mengumpul duit.

Pandangannya di lemparkan pada tubuh Malleh yang berlalu pergi. Dia terasa ingin menangis. Dia tahu ibunya ada berdiri di belakangnya. Dan kalau boleh dia tidak mahu ibunya nampak kesedihannya.

“Bersabarlah Misha.. kalau dia tahu suatu hari nanti pasti dia akan menyesal kerana berkata begitu pada Misha..” pujuk ibunya.

.........................................

Iskandar datang ke rumah Misha. Namun dia terkejut apabila mendengar Ismalleh sedang bergaduh dengan Misha ketika dia mahu memberi salam. Dia berdiri di tangga rumah itu. bukannya niat mahu mendengar tetapi dia tidak boleh berpatah balik macam itu sahaja. Bila dia melihat Malleh keluar dari rumah dia terus mengejar Ismalleh dari belakang.

“Malleh..” panggilnya.

Ismalleh berpaling. Kelihatan seorang lelaki sedang mengikutinya dari belakang.

“Encik Is.. Apa yang Encik buat di sini?” soal Malleh kehairanan.

“Saya datang nak jumpa kakak kamu.. Tapi secara tak sengaja saya terdengar kamu bertengkar dengan kakak kamu.. Kenapa?”

“Mana Malleh tak sakit hati bang.. Malleh nak minta duit nak beli handphone baru. Kak Misha marah pulak!! Mestilah Malleh bengang..”

“Malleh tahu tak kenapa Kak Misha buat macam tu dengan Malleh? Malleh pernah fikir tak apa perasaan Kak Misha ketika Malleh marahkah dia?” soal Iskandar bertubi-tubi. Dia bukannya nak menyibuk tentang hal keluarga Misha. Namun kebisuan Misha selama ini membuat hatinya geram. Kerana mahu impian ayahnya tercapai, Misha sanggup membisu walau pun selalu di marahi oleh adiknya.

“Kak Misha tu, dia kedekut sangat. Kita minta duit sikit pun bukannya nak bagi.. Dia nak marah-marah adalah..” jawab Malleh tanpa berselindung.

“Itulah silapnya kamu Malleh.. pada mulanya abang pun ingat dia perempuan yang kedekut!! Gara-gara duit sepuluh sen, Kak Misha kamu bergaduh dengan abang tau di warung Makcik Siti.”

“Hanya kerana sepuluh sen?” soal Ismalleh kehairanan.

Iskandar mengangguk.

“Sebenarnya dia ada sebab bersikap demikian. Sehinggakan orang yang berada di sekelilingnya salah faham dengan sikapnya. Kamu tau kenapa Kak Misha tolak pinangan orang?”

“Kenapa?” soal Malleh seperti orang bodoh.

“Sebab pesanan arwah abah kamu.. Sebelum dia meninggal, arwah abah kamu teringin melihat anak dia masuk ke universiti. Apakan daya Kak Misha kamu tak berkesempatan. Malleh ingat result SPM Kak Misha tak bagus?” Malleh menggeleng kepalanya.

“Keputusan SPM dia sangat cemerlang. Tapi di sebabkan arwah ayah kamu sakit dan mereka tak mampu nak menyara perbelanjaan dia, dia tak nak melanjutkan pelajarannya. Sebab itu dia bekerja keras mengumpul duit supaya kamu dapat pergi ke menara gading!”

Malleh terduduk mendengar kata-kata Iskandar. Sungguh dia rasa sangat menyesal kerana berburuk sangka terhadap Kak Longnya selama ini.

“Encik Is, Malleh minta maaf..”

“Bukan dengan abang, Malleh minta maaf! Tapi dengan Kak Misha kamu tu..” nasihat Iskandar lagi. Dia tahu pasti Ismalleh rasa bersalah setelah dia memberitahu hal yang sebenarnya.

“Tapi mesti dia sangat marahkan Malleh sekarang. Sebab Malleh sudah kurang ajar dengan dia!” ujar Ismalleh dengan nada kesalnya. Dia tidak tahu sampai begitu sekali pengorbanan Kak Misha terhadapnya. Dan selama ini dia selalu menyakiti hati kakaknya itu.

.........................................

Ismalleh pulang ke rumah. Kelihatan Kak Misha dan ibunya sedang duduk di ruang tamu. Mungkin sedang menunggu kepulangannya.

“Malleh minta maaf kak.. Selama ini Malleh salah sangka dengan akak..”

“Kenapa ni Malleh? Kenapa tiba-tiba minta maaf pulak!” Soal ibunya. Mana dia tidak hairan. Tadi dia baru melihat api kemarahan di wajah anak lelakinya itu. Dan sekarang dia melihat wajah yang penuh dengan keinsafan.

“Malleh nak minta maaf dengan Kak Misha. Malleh terlalu mengikut perasaan. Malleh tak tahu akak simpan duit untuk masa depan Malleh..”

“Apa Malleh cakapkan ni? Akak tak faham!!”

“Malleh benar-benar minta maaf. Malleh tak tahu pengorbanan akak selama ini adalah untuk masa depan Malleh.. Malleh minta maaf..” ujar Ismalleh lagi.

“Dah lama akak maafkan.. Akak pun tak ambik hati dengan perangai Malleh..” ujar Misha lagi. Dia berasa sayu.

“Tapi Malleh selalu marah-marah dengan akak! Malleh dah banyak menyusahkan akak!”

“Kita lupakanlah..” pujuk Misha lagi. Dia tidak mahu Malleh berterus terusan rasa bersalah terhadap dirinya.

“Itulah lain kali jangan nak cakap tanpa periksa.. Sebab itulah ibu diam je selama ini. Kak misha kau tak bagi ibu beritahu hal yang sebenarnya. Walau pun ibu kekadang mrah sangat dengan sikap Malleh tu..” ujar ibunya lagi.

Misha tersenyum sahaja bila mendengar kata-kata ibunya.

“Kak Misha dengan encik Is macam mana?” soal Ismalleh tiba-tiba. Dia teringat bagai mana wajah Encik iskandar bercerita tentang soal hati dan perasaannya terhadap kak Mishanya.

“Macam mana apa?” soal Misha tidak mengerti.

“Kak Misha tak tahu ke yang Encik Is sukakan akak?” soal Ismalleh lagi. Misha tidak tahu sejak bila pula bos mula menaruh hati padanya. Namun masa ini dia memang belum sedia untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.

“Adik.. soal jodoh ditangan tuhan.. Kalau akak memang ada jodoh dengan encik Is,adalah. Kalau tak ada jodoh antara kami berdua, terserah.. Adik jangan risau!” pujuk Misha lagi. Kalau boleh buat masa ini dia memang tidak mahu fikirkan soal jodoh. Apa yang penting dia mahu menyelesaikan kemasukan Ismalleh ke universiti.

“Kalau macam tu, sebelum Malleh masuk universiti, akak kahwin dulu dengan encik Is.. Kesian encik Is.. Dia sangat cintakan Kak Misha..” ujar Ismalleh lagi..

“Kan kakak dah cakap, kalau ada jodoh..”

“Kita kahwin!!!” kedengaran suara Iskandar di belakang mereka. Misha dan  Ismalleh sama-sama menoleh.

Wednesday, 14 November 2012

Kau Rantai Hatiku 21



Humaira segera mendapatkan sahabatnya Arin. Tentu Arin marah kepadanya kerana menunggu dia menghantar baju itu terlalu lama. Salah dia juga tadi dia tak sempat nak call atau sms.

“Ira, kau pergi buat baju ke hantar baju? Lamanya kau keluar.” Ujar Arin sebaik sahaja melihat kelibat Humaira yang melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengannya.

Sorrylah Arin. Aku ada hal tadi. Lupa nak call tadi.. Sorry eh..”

“Yelah.. Ingatkan Ira tak balik sini lagi tadi. Kalau Ira balik rumah pun tak apa. Tapi calllah.”

Sorry. Awak tahu tak kerumah siapa aku pergi tadi?” tiba-tiba Humaira teringatkan sesuatu! Kalau Arin tahu pasti dia suka mendengarnya.

“Manalah saya tahu. Rumah siapa?” soal Arin berminat.

“Rumah Tengku Elman..”

“Apa?? Rumah lelaki pelik tu. Jadi Tengku Suraya mamanya Tengku Elman. Gitu?” soal Arin bertubi-tubi. Mana tidaknya dia terkejut mendengar apa yang di katakan oleh sahabatnya itu. ingatkan Tengku suraya itu tidak ada kaitan dengan Tengku Elman.

“Aaaa.. Rupa-rupanya yang tempah baju kat kedai ni mama dia.” Balas Humaira lagi. Dia sendiri pun terkejut tadi.

“Oh.. patutlah lama sangat kat sana. Entah-entah dah tersangkut kot.” usik Arin dengan senyuman di bibirnya.

“Tapikan.. aku pun hairan juga dengan keluarga Tengku Elman ni.. Mama dia pun peluk aku macam Tengku Elman hari tu..” ujar Humaira lagi. Dia kembali teringat bagaimana hangatnya pelukan wanita itu bagaikan ibunya sendiri. Apa yang penting perasaannya juga mengatakan dia sangat rapat dengan wanita separuh umur itu.

“Woow.. bestnya..”

“Mama dia ingat aku ni menantu dia.. Terkejut riaknya bila nampak aku.. Aku pun terkejut juga bila dia tiba-tiba peluk aku..”

“Habis tu kau tak cakap siapa kau sebenarnya..” soal Arin lagi. dia mula berminat dengan cerita Humaira itu.

“Cakap tapi dia tak percaya. Nasib baik Tengku Elman datang tepat pada waktunya.”

So, dia jadi herolah tu” ujar Arin sambil tersenyum. Suka dia nak mengusik si Ira.

“Mmmm banyaklah kau hero.. Konon. Tapi ada sorang lagi lelaki separuh umur yang terkejut tengok muka aku ni. Siap dia peluk lagi. Nama dia Dato Farid”

“Kau ni biar betul. Kau biarkan saja lelaki tu peluk awak?” ujar Arin dengan rasa tidak percayanya.

“Nak buat macam mana? Aku kesianlah beb.. Dia terlalu rindukan anak dia. Cuba kau bayangkan kalau kaulah dalam keadaan dia. Dah aku dengar Ariana tu anak tunggal dia. Dato tu kahwin baru dan ada seorang anak tiri.. Rupa-rupanya Isabella tu anak tiri Dato Farid tu..”

“Kecilnya dunia. Lepas tu apa jadi? Sampai lambat kau balik ni..”

“Mereka ajak aku makan tengah hari dengan mereka. Kemudian mereka tunjukkan album gambar masa mereka bersama ‘Ariana’ mereka tu”

“Jadi kau ada ingat apa-apa tak?”

“Aku langsung tak ingat apa-apa beb! Kesian mereka. Aku dah hampakan harapan mereka..”

“Kau tak tanya ke apa hal yang berlaku dengan arwah Ariana mereka tu?”

“Ada. Mereka cakap kereta yang di naiki arwah tu kemalangan. Dan kemudian meletup. Mayatnya pula tak dapat di kenal pasti cuma mereka ada jumpa cincin perkahwinan dan dompet arwah tu je.”

“Kalau macam tu awak bukan yang mereka cari. Cuma kau ni mirip wajah Ariana mereka tu aje. Lagi pun dulu kan kau duduk kat Johor. Mana mungkin kau pernah duduk kat Kl sebelam itu.”

“Macam itulah yang aku cakapkan dengan mereka.”

“Jadi macam mana penerimaan mereka?”

“Walau pun Ira bukan Ariana mereka, tapi mereka dah anggap Ira macam Ariana merekalah.”

“Baguslah tu mana tahu ada jodoh dengan Tengku Elman!!”

“Amboi.. kesitu pula awak ye.. Habis Azwan tu aku nak letak mana?”

“Ala.. Arin gurau jelah.. Mana tahu jodohlah kan? Kalau masin mulut aku akulah yang paling gembira sekali.” Usik Arin lagi.

“Lagi satu, dia jemput aku pergi ke majlis harijadi anak tiri dia tu.. Tapi aku tak akan pergilah.. Malulah weii.. Nak pergi ke rumah orang kaya ni..” ujar Ira berseloroh. Arin ketawa mendengar kata-kata Humaira. Sahabatnya itu memang suka membuatkan dia ketawa.

“Betul juga cakap kau. Kita ni orang yang biasa-biasa je.. Manalah sama dengan taraf keluarga mereka tu.”

“Lebih baik aku tolong kau dekat sini. Lagi banyak manfaatnya.”

“Itulah yang aku nak sangat dengar.”

“Terima kasih Arin sebab sanggup jaga kedai ni dengan baik..”

“Ha.. dah mulalah tu.. Ni yang malas Arin nak dengar ni..”

Mereka berdua ketawa. Sudah lama mereka tidak meluangkan masa bersama. Yalah Humaira sudah sibuk dengan kerja di pejabatnya sementara Arin menguruskan kedai kain mereka. Walau pun mereka mempunyai pembantu tetapi mereka tidak boleh mengharapkan seratus peratus dari pembantu sahaja.

ISABELLA mengetap bibirnya menahan kemarahan apabila Tengku Elman Qaufar tidak datang ke rumahnya. Sudah beberapa kali nombor Tengku Elman di hubungi tapi satu pun tiada berjawab. Mummynya sibuk melayan tetamu yang mula datang.

“Mana perginya dia ni? Dah banyak kali call pun tak di jawab. Entah-entah dia ada dengan perempuan sengal tu tak? Dah orang suka kat dia dia buat tak tahu je! Makin di sakitkan hati kita macam ni adalah..” Isabella mengomel di depan meja solek. Sesekali matanya mengerling pada cermin. Sengaja melihat penampilan diri. Kalau boleh dia mahu kelihatan cantik pada pandangan mata Tengku Elman Qaufar. Siapa tidak mahu kelihatan cantik di depan lelaki yang selalu di pujanya.lelaki pujaan malayalah katakana!!

“Apa yang di rungutkan oleh Bella tu?” tegur Datin Melinda apabila melihat wajah anaknya masam mencuka. Dia duduk di birai katil. Isabella terus mendapatkan mummynya.

“Bella tunggu Elman tapi dia tak datang pun. Dia janji nak datang. Sampai sekarang pun tak nampak batang hidung dia.” Rajuknya. Datin Melinda membelai rambut anaknya. Faham benar perangai anaknya itu. Macam itulah kalau apa yang di mahukan tidak di dapatkannya. Sama seperti sifatnya. Bak kata orang, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

“Sayang, kita ni kalau nak dapatkan sesuatu kita kena lebihkan usaha sikit. Bukannya dengan mengomel tak tentu pasal kat sini.” Ujar Datin Melinda penuh makna. Isabella memandang wajah mummynya.

Mummy ingat Bella tak berusaha ke? Pelbagai cara yang Bella buat mummy! Semua tak menjadi. Benci betul! Entah ilmu apa yang si Elman pakai tu” rungut Isabella lagi.

“Bella kena juga dapatkan Tengku Elman. Mummy tak kira. Bella tahukan harta dia tujuh keturunan pun tak habis di makan. Kamu tak nak berkahwin dengan anak jutawan ke? Lagi pun musuh utama kita sudah mati lima tahun yang lepas. So tugas Bella sekarang goda Tengku Elman sampai dapat. Tak kira apa cara sekali pun!” Datin Melinda meracuni pemikiran anaknya. Isabella terus tersenyum. Dia gembira kerana mummynya sentiasa menyokongnya.

‘Dia bukan setakat berharta tetapi juga kategori lelaki idaman yang punya paras rupa yang di gilai ramai’ Siapa yang tak bangga dapat berdiri di sisi jejaka idaman seperti Tengku Elman Qaufar itu!! Sebab itulah dia berusaha untuk mendekatkan dirinya dengan Tengku Elman Qaufar!

Mummy jangan risaulah. Ni Isabella. Jangan kata goda Elman, lebih dari itu pun Bella akan buat untuk dapatkan dia. Kalau Bella tak dapat dia, Bella akan pastikan tiada perempuan lain juga yang boleh dapt dia!! Mummy tengok jelah nanti.” Isabella begitu yakin dengan dirinya bahawa suatu hari nanti Tengku Elman Qaufar akan jatuh ke tangannya.

Kemana lelaki itu hendak lari. Kalau dulu memanglah Ariana yang menjadi penghalangnya. Dan sejak kematian Ariana dia mengambil peluang untuk berada lebih dekat dengan Tengku Elman Qaufar. Datin Melinda tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum lalu meninggalkan anaknya yang sedang rancak merencanakan sesuatu.

Malam itu ramai juga kenalan Dato Farid dan Datin Melinda menghadirkan diri di majlis harijadi Isabella. Mereka meraikan majlis sempena kepulangan Isabella pulang ke tanah air. Para tetamu semakin ramai yang hadir. Isabella masih terjenguk-jenguk ke arah pintu pagar. Dia mengharapkan jejaka pujaan hatinya itu sampai. Namun wajah yang di tunggu masih tak kunjung tiba. Cuma dari jauh dia melihat Tengku Suraya baru sampai. Lalu dia segera mendekatinya.

“Selamat hari jadi Isabella...” tegur Tengku Suraya.

“Terima kasih. Auntie datang seorang saja ke?” soal Isabella.

“Aaa.. Dah ramai ke tetamu yang datang?” soal Tengku Suraya.

“Boleh tahan jugalah Auntie. Tengku Elman mana? Dia tak datangkah?” Isabella bertanya lagi. Orang yang di tunggu masih belum kelihatan. Upacara akan berlangsung sebentar lagi. Kemana dia pergi?

“Entahlah dari petang lagi dia keluar. Ada hal kot!”

“Yalah.. Silakan auntie. Mummy ada kat dalam tu..” dalam diam Isabella menggumam sendirian. ‘Memang tak boleh diharap. Ada saja alasan kau bagi ye Elman. Tak apa kita tunggu dan lihat nanti!!’

“Yelah.. Auntie nak jumpa mummy Bella kejap.” ujar Tengku Suraya meminta diri.

 Isabella mengeluh perlahan. Kemana agaknya Tengku Elman pergi. Sekali lagi dia mendail nombor Tengku Elman. Namun tidak di jawabnya juga. Lalu dia menghantar mesej.

Dari jauh kelihatan Sarah sedang melambai-lambai ke arahnya. Segera dia mendekati sahabatnya itu.

“Cantiknya you malam ni!” puji Sarah kepada Isabella.

“Mestilah nak kelihatan cantik depan orang yang special dan juga tetamu.. Ni Isabellalah..” jawab Isabella dengan angkuh. Sarah hanya tersenyum. Perangai memang tak berubah dari dulu sampai sekarang. Tetap angkuh dengan kecantikan diri.

“Mana Tengku Elman?” soal Sarah kepada Isabella.

“Entahlah dari tadi I cari pun tak nampak langsung batang hidung dia. Dia ni sengaja nak buatkan I marah!” sekali lagi Isabella merengus marah.

“Mungkin dia ada hal lain kot.. you tak baik marah-marah di hari jadi you ni..” nasihat Sarah lagi. Dia memang rapat dengan Isabella sejak dulu lagi.

“Mana I tak marah. Hal apanya? Sekarangkan hujung minggu. Ni sampai jam sekarang pun dia tak datang lagi. Ingatkan dapatlah I potong kek dengan dia. Tapi hampehlah..” Sarah hanya mendiamkan diri. Malas lagi di mahu bercakap. Nanti lain pula jadinya. Lagipun sahabatnya ini tengah panas!

“Bell, Tengku Elman tak sampai lagi ke?” soal Datin Melinda.

“Belum mummy. Ni yang Bell risaukan ni. Nak potong kek sekarang ke?”

“Habis Bell nak tunggu sampai bila? Kalau tak potong sekarang takut tetamu pula pulang nanti..” jawab Datin Melinda pun yang mula geram pada Tengku Elman.

“Tak payah nak tunggu Elman ke mummy?”

“Bell tak call dia ke? Tanya dia dapat datang ke tidak?”

“Dah. Malah berkali-kali Bell call tapi handphone dia tutup.”

“Kita teruskan sajalah.. Takut dia datang lambat nanti. Lagipun ni pun dah kira lewat juga dah ni” Datin Melinda memberi cadangan. Isabella hanya mengangguk.

“Sabarlah Bella.. Mungkin Tengku Elman ada hal!” pujuk Sarah lagi.

Majlis hari jadi tetap berlangsung. Namun dia terpaksa tersenyum manis kepada tetamu yang hadir. Sakit hatinya bila orang yang di tunggu-tunggu tak kunjung tiba. Matanya sentiasa saja melilau kearah tetamu yang hadir pada malam itu.

 “Hishh.. manalah Tengku Elman ni? Semua staff datang kecuali dia. Kemana dia pergi agaknya? Perempuan itu pun tak datang juga. Entah-entah mereka sedang berseronok di luar sana tanpa pengetahuannya. Tanpa berlengah lagi dia terus mendapatkan Encik Johan. Dia ingin bertanya kemana arah tujuan Tengku Elman.

“Encik Johan, kemana Tengku Elman pergi? Majlis saya ini pun dia tak datang. Saya banyak kali call dia satu pun dia tak angkat” ujar Bella.

“Minta maaflah cik Bella. Saya pun tak tahu kemana dia pergi. Saya pun tengah call dia” Encik Johan menjawab. Mana dia boleh bocorkan rahsia Tengku Elman. Dia memengang amanat Tengku Elman Qaufar supaya tidak memberitahu kemana dia pergi.

Jam tangan di tilitnya. Nampaknya dia terlewat untuk menghadiri majlis hari jadi Bella. Tadi dia hanya mahu keluar untuk membeli hadiah pada gadis itu. Namun dia terleka mengunjungi tempat-tempat yang menghadirkan kenangan manis kepada dalam hidupnya. Tengku Elman masih berada dalam keretanya. Dia baru saja menghidupkan enjin keretanya. Tiba-tiba dia melihat Humaira baru saja keluar dari pintu keluar. Kedengaran bunyi alarm kereta Humaira. Kemudian Humaira terus menuju ke keretanya. Tengku Elman hanya memandang dari keretanya. Tiba-tiba muncul ideanya mahu mengekori Humaira. Manalah tahu untung nasibnya dia pada mala mini dia dapat petunjuk.

Perlahan-lahan kereta Humaira bergerak. Begitu juga dengan kereta Tengku Elman. Dia mengekori Humaira dari jarak yang jauh. Dia takut Humaira dapat mengesan keretanya. Biar pun waktu itu malam namun tidak hairan jika gadis itu mengesanya.

Majlis sudah berakhir. Para tetamu sudah beransur pulang. Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu oleh Isabella muncul juga.

Senyuman terukir di bibir Isabella. Walau pun lambat Tengku Elman sampai dia tidak kisah. Asalkan lelaki itu sampai pada malam itu.

“Kenapa lambat ni? Tetamu semua dah pulang.”gediknya.

“Maaflah I ada hal tadi..” jawab Tengku Elman selamba. Sengaja dia tidak datang semasa majlis itu tadi. Rimas dia dengan perangai Isabella.

“Tak apa. Janji you sempat datang. Tapi sorrylah kek birthday I dah habis tadi.”

 Menyesal pula dia tidak menyimpan sedikit kek untuk Tengku Elman. Langsung dia tidak terfikir. Rasa marahnya dan cemburunya menguasainya sebentar tadi membuatkan dia lupa untuk menyimpan sedikit kek untuk Tengku Elman. Selama ini Tengku Elmanlah satu-satunya orang yang sentiasa dia dahulukan dalam semua perkara.

“Ni hadiah untuk you. Happy birthday!!” hadiah itu bertukar tangan. Wah.. mesti Elman belikan hadiah yang mahal untuk dirinya. Hilang segala rasa marah dan kecewanya seperti ketika majlis belum bermula tadi.

“Terima kasih. Jomlah masuk ke dalam.” Isabella menjemput Tengku Elman masuk ke dalam rumah.

“Minta maaflah. I nak balik.. Sebab dah tengah malam ni. Esok nak kerja lagi. Lagi pun I rasa penat ni. I singgah pun sebab nak hantar hadiah ni saja” ujar Tengku Elman Qaufar. Memang pun dia hanya singgah untuk menghantar hadiah tu. Kalau dia tak datang malam ni takut mengecikkan hati Isabella. Untuk hadir penuh dalam majlis itu dia tidak mahu. Cukuplah datang sekadar menjenguk sekejap.

Isabella merasa hampa. Tengku Elman ni memang ada-ada saja alasannya. Tak apa hari ini kau boleh mengelak tetapi lain hari jangan haraplah.

“I pergi dulu..”

“Okey. Hati-hati memandu.”

Tengku Elman melangkah meninggalkan perkarangan rumah itu. Sementara Isabella melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaik saja dia melabuhkan pinggang di sofa, kedengaran suara mummynya menegur.

“Aik.. Tengku Elman mana? Tadikan mummy macam dengar suara dia kat luar” ujar Datin Melinda.

“Dia dah balik mummy. Dia singgah sekejap saja. Bella suruh dia masuk ke rumah pun dia cakap tak sempat. Alasan!” katanya. Hatinya kembali sakit mengenangkan tingkah laku Tengku Elman sebentar tadi.

“Mungkin dia benar-benar penat kot. Sayang tak perlu marah-marah macam ni. Yang penting dia datangkan?” dia memujuk anak perempuannya itu.

“Iayalah mummy. Entah kenapa hati Bella rasa cemburu pula bila mengenangkan kemungkinan dia dengan gadis lain.”

“Bella rasa Tengku Elman macam tu ke?”

“Entahlah. Dulu kat London dia tak macam tu pun. Tak pernah pun dia dekat dengan perempuan kecuali dengan Bella saja. Sebab itulah ramai gadis kat sana cemburukan Bella.”

“Ha.. Kalau macam tu jangan fikir yang bukan-bukan. Fikirkan majlis pertunangan kamu saja. Selepas bertunang, tak lama lagi kamu akan berkahwin. Kamu tak bangga ke menjadi isteri kepada ahli perniagaan yang berjaya yang masih muda, kacak, bergaya dan juga berharta. Fikirkan itulah sayang..”

“Betul cakap mummy. Selagi Bella belum mendapatkan dia selagi itulah Bella berusaha.”

“Macam itulah anak mummy...” mereka berdua ketawa.

“Dahlah tidur lagi. Esok Bella kerjakan.”

“Yalah mummy. Bella rasa penat sangat. Apa pun terima kasih kerana majlis hari jadi Bella ni. Dan sudah tentu Bella gembira dapat hadiah special dari Elman ni” ujarnya sambil menunjukkan kotak hadiah yang di berikan Tengku Elman kepadanya tadi.

Dia berlalu menuju ke bilik tidur. Senyuman tak pernah lekang dari bibirnya apabila mengenangkan Tengku Elman yang berusaha datang walau pun dia lambat.