TENGKU
Elman Qaufar masih juga berdiri di hujung katil Zeti. Matanya memandang wajah
gadis itu. Muda-muda dah sakit. Itulah penyakit ini bukannya mengira umur tua
atau muda. Kalau dah kena bukan boleh kata apa!! Patutlah hari itu Huamira
bersungguh-sungguh meyakinkan orang yang di telefonnya bahawa dia akan
mengusahakan duit itu, Rupa-rupanya gadis ini yang terlantar sakit. Sungguh
kesian!!
“Kenapa
Tengku datang sini?” soal Humaira perlahan. Dia mengalih pandangnya.
“Saja.
Salah ke kalau saya datang melawat?” jawab Tengku Elman dengan selamba. Bukan
niatnya mahu menyakiti hati Humaira, tetapi dia jadi sakit hati bila panggilan
demi panggilannya pagi tadi tidak di jawab. Sebab itu dia bertindak untuk
menjejaki Humaira sampai ke sini.
“Tak
salah. Tapi tak eloklah Tengku lama-lama berada dalam bilik ni. Lagipun Tengku
ni orang luar. Nanti apa kata orang sekeliling atau kalau terserempak dengan
budak pejabat nanti kecoh pula jadinya.” Terang Humaira. Dia tidak mahu ada
gossip yang timbul di antara dia dengan Tengku Elman. Sedangkan ketika Tengku
Elman memanggilnya masuk ke pejabatnya hari itu pun mereka yang lain sudah
sibuk bertanya.
“Kalau
macam tu kita bercakap di luar..” pujuk Tengku Elman Qaufar. Dia tahu memang ada
benarnya kata-kata Humaira. Tapi hatinya tidak berkata begitu.
“Ira
tak nak tinggalkan dia!! Mana tau dia tersedar nanti. Tiba-tiba saya tak ada di
sisinya pula. Saya rasa lebih baik Tengku balik saja. Lagipun kita tak ada
urusan yang nak di bincangkan pun!!” balas Humaira lagi.
“Saya
nak bercakap dengan awak sekejap saja!” janji Tengku Elman. Wajah itu di
tatapinya. dia hatinya dia tetap bersimpati dengan apa yang terjadi.
Hish
degilnya lelaki ni!! Entah apa yang dia mahukan!
“Baik
Tengku balik. Takut ada orang nampak Tengku kat sini. Saya tak nak ada masalah
dengan Tengku!” Humaira tetap juga berdegil dengan memberikan pelbagai alasan.
“Awak
ni degil jugakan. Please sekejap saja
kita bercakap di luar..”
Melihat
kedegilan Tengku Elman Qaufar, Humaira mengalah. Lalu dia melangkah ke luar
bilik. Dia duduk di kerusi yang di sediakan di luar. Tengku Elman Qaufar pula
mengambil tempat di sisi! Wajah itu di pandangnya.
“Sorrylah kalau kedatangan saya ni
menganggu awak di sini. Bukan apa saya cuma nak tau macam mana keadaan ahli
keluarga awak yang sakit ni.” Tengku Elman mula menuturkan kata dengan lembut.
Dia tidak mahu mereka berdua semakin tegang lagi.
“Bukan
itu tujuan Tengku bukan? Tengku datang sini untuk memastikan yang saya cuti
bersebabkan?” tuduh Humaira. Sakit benar hatinya ketika ini. Tengku Elman
Qaufar diam. ‘Kalaulah awak tahu apa tujuan aku mencari awak sampai ke sini
pastinya awak tak akan percaya!!’bisik Tengku Elman lagi.
Wajah
Humaira di pandangnya lama. Kelihatan gadis itu benar-benar tidak selesa dan
tidak suka dengan kedatangannya ke situ. Namun dia hanya mengikut kata hatinya.
Walaupun otaknya kata tidak namun hatinya kata ya. Jadi dia meminta Arin
menemankan dia datang ke sini untuk berjumpa dengan gadis ini.
“Awak
jangan salah faham. Saya memang ikhlas datang melawat. Apa salahnya saya
sebagai majikan datang melawat..” dia cuba menahan rasa geramnya.
Humaira
mendengus geram juga. Alasan!! Cakap sajalah yang Tengku tu memang tak percaya
dia cuti sebab nak jaga Zeti.
“Macam
nilah.. Kalau Tengku benar ikhlas datang melawat, tolong pergi dari sini. Saya
tak nak menimbulkan gossip tentang Tengku dengan saya. Lagi pun sekarang budak
opis pun dah syak yang bukan-bukan pasal saya dengan Tengku. saya nak bekerja
cari rezeki bukannya nak di gossipkan dengan Tengku! Tolonglah faham. Please!!” rayu Humaira lagi. Dia
berharap selepas ini lelaki itu tidak akan menganggunya lagi. Biarlah hubungan
mereka sekadar majikan dan pekerja.
“Peduli
apa dengan apa yang mereka cakap. Nanti pandailah mereka bosan!!” geramnya
Tengku Elman pada gadis itu.
Humaira
mengeluh. Bahasa apa lagi yang dia mahu cakapkan kepada lelaki yang tak faham
bahasa ini. Sudah berbuih mulutnya mengatakan agar dia tidak masuk campur dalam
urusan keluarga mereka namun semuanya bagaikan mencurahkan air di daun keladi
sahaja.
Humaira
mengeluh lagi. Dia memandang wajah Tengku Elman. Semua rasa bercampur gaul. Ada
rasa sedih, marah, gembira dan juga geram pada lelaki itu.
“Saya
minta maaf kalau kedatangan saya ini hanya menganggu ketenteraman awak. Tapi
kalau Ira perlukan bantuan apa-apa, jangan segan beritahu dengan saya.” Pesan
Tengku Elman. Berkerut dahi Humaira. Bantuan apa yang di maksudkan?
“Apa
maksud Tengku?” Humaira bertanya meminta kepastian. Bunyinya macam orang bodoh
saja.
“Yelah
manalah tahu Ira perlukan bantuan apa-apa terutamanya dari segi kewangan? Saya
boleh bantu pada bila-bila masa saja. Janganlah segan dengan saya.” Humaira
tersenyum pahit mendengarnya.
“Tengku
sindir saya ke?” soal Humaira. Terasa panas telinganya mendengar kata-kata
Tengku sebentar tadi.
“Bukan
menyindir, saya katakan dari hati saya yang ikhlas. Mungkin Ira sudah lupa
bahawa kita kongsi rasa yang sama..” Tengku Elman menjawab dengan berhati-hati.
Dia tidak mahu Humaira tersinggung dengan katanya. Memang niatnya ikhlas..
“Jangan
Tengku, nanti saya ambil kesempatan. Habis duit Tengku saya kikis nanti. Hari
itu pun saya dah gunakan banyak duit Tengku. Tak terbayar saya..” Humaira
menjawab dengan nada bergurau. Lupa sekejap tentang perasaan marahnya.
Tengku
Elman Qaufar merenung wajah Humaira yang begitu manis pada pandangan matanya.
Dia tahu gadis itu cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenarnya.
“Selalunya
orang yang cakap dia tak akan buat. Lebih-lebih lagi orang yang macam Ira. Saya
tak percaya Ira orang yang macam itu.” Begitu lembut Tengku Elman berkata.
Humaira mengangkat bahunya.
“Entahlah
Tengku, kita ni manusia. Sebaik mana pun seseorang itu akan tergelincir juga
sekali sekala.” Jawab Humaira lagi.
“Itu
memang betul. Tapi saya tetap tak percaya Ira kategori orang yang macam tu.”
“Terserah.”
Kedua
mereka tersenyum. Macam mana mereka berdua sering saja seia dalam suatu hal.
Mungkin betul kataTengku Elman. Mereka berdua berkongsi rasa yang sama!!
Tengku
Elman bertanya sedikit tentang latar belakang keluarga Humaira. dia juga
bertanya macam mana Zeti boleh jatuh sakit. Humaira mula mencertiakan perkara
yang sebenarnya. Dia rasa lega kerana dapat meluahkan masalahnya pada Tengku
Elman tanpa disedari.
PETANG
Sabtu itu, Arin mahu melawat Zeti. Hari itu dia tutup kedai butiknya terlebih
awal dari biasa. Dia juga menyuruh pembantunya balik awal hari itu.
Di
sebabkan waktu melawat tidaklah lama, Arin cepat-cepat melangkah ke pintu besar
hospital itu. Arin terkocoh-kocoh berjalan tanpa menyedari dia terlanggar seorang
pemuda yang sedang berjalan keluar dari pintu utama hospital.
“Opss sorry..”
“Sorry saya yang terlanggar awak tadi..”
ujar Arin. Dia malu sendiri. Kelihatan pemuda itu juga tersenyum.
Berdebar-debar pula hatinya melihat senyuman di bibir pemuda itu.
“Saya
juga salah sebab tak nampak awak tadi..”
Inspektor
Amir tersenyum melihat gadis itu tersipu malu. Kalau dilihat penampilan gadis
itu memang boleh tahan juga!
“Cik,
saya benar-benar minta maaf...”
“Arin
Natasya. Panggil Arin saja..” jawab Arin dengan cepat. Dia sudah malu untuk
menatap wajah lelaki yang berada di depannya itu. Boleh tahan juga gaya lelaki
ini!
“Saya
Amir Nazim. Panggil Amir saja. Selamat berkenalan..” ujar Amir sambil tersenyum
menampakkan lesung pipit di pipinya
“Nampaknya
nama kita ni bermula dari huruf A dan N lah kan?” Arin pula berseloroh. Siapa
sangka nama mereka berdua bermula dengan huruf A dan N.
Kedua
mereka tergelak. Amir cepat teringat. Mahu meminta nombor telefon gadis itu.
Mana tau untung kalau gadis itu belum berpunya!
Mereka
berdua bertukar nombor telefon. Arin cepat-cepat menuju ke wad yang menempatkan
Zeti. Kelihatan Humaira masih setia menemani Zeti. Perlahan-lahan dia menolak
pintu bilik itu.
“Akhirnya
kau datang juga..”
“Beb..
sorrylah terlambat sikit.. Tadi aku
terlanggar pemuda kacak kat bawah tu..” Arin memberitahu dengan nada yang
tercungap-cungap. Nasib baik plastik makanannya tidak jatuh ketika dia
berlanggar dengan lelaki itu tadi.
“Sempat
pula kau!” cebik Humaira.
“Siap
bertukar nombor telefon lagi..” Arin sengaja menggiat Humaira. Dia tahu Humaira
masih marahkan dirinya kerana membawa Tengku Elman semalam. Tapi apa boleh dia
buat bila lelaki sekacak itu merayu-rayu meminta dia pergi melawat pesakit itu.
“Siapalah
lelaki bertuah tu? Yang dapat memikat hati cik Arin Natasya kita ni yer?” usik
Humaira lagi. Dia gembira melihat wajah Arin yang berseri-seri menceritakan
peristiwa yang berlaku di bawah itu tadi.
‘Nampaknya
Humaira tidak lagi marahkan dirinya jika dia boleh bergurau seperti itu’bisik
Arin dalam hati. Sebenarnya dia risau juga jika Humaira marahkan dirinya. Namun
bila mendengar kata-kata Humaira sebentar tadi dia percaya kawannya itu tidak
marahkan dirinya.
“Bagai mana keadaan Zeti hari ini?”
“Macam tulah.. Dia belum sedarkan
diri lagi. Entahlah bila dia akan tersedar..” jawab Humaira dengan sayu. Dia
sedih melihat keadaan Zeti yang terlantar di atas katil pesakit dengan berbirat
wayar yang di cucuk sana sini. Bagai mana pula perasaan Mak Teh dan Pak Teh
bila melihat keadaan Zeti begitu. Mereka tentunya rasa sedih melihat
satu-satunya puteri mereka yang sakit ini.
“Bersabar sajalah. yang penting dia
dah menjalani pembedahan itu dan dia selamat.” Arin cuba memujuk hati Humaira.
dia tahu sahabatnya itu dalam kesedihan. dia pun rasa kasihan pada Zeti yang
umur semuda itu sudah di duga dengan cubaanseperti ini.
“Pasal semalam tu, aku minta maaf
ya!” Arin segera teringat tentang Tengku Elman yang merayu-rayu mahu berjumpa
dengan Humaira.
“Buat apa kau nak minta maaf?” soal
Humaira kehairanan.
“Pasal bawa Tengku tu kesini. Dia
yang beriya-iya mahu datang melawat ke sini. Dah sedaya upaya Arin tolak namun
dia pandai memujuk!” ujar Arin dengan nada kesalnya.
“Ira tahu, perangai Tengku tu. Dia
tak mungkin mengalah begitu saja.. Sebab itulah Ira marahkan dia semalam.”
teringat kembali bagai mana dia memarahi Tengku Elman aka bosnya itu. Memang
dia selalu memarahi lelaki tu namun, lelaki itu tetap juga berdegil dengan
sikapnya sendiri. Sampaikan dia mati akal di buatnya. Tidak pernah dia jumpa
lelaki yang benar-benar buat dia meluat!!
Arin tersenyum lega.
Sekurang-kurangnya sahabatnya itu tidak marahkan dirinya. Dia benar-benar risau
kalau Humaira menyangka dia sengaja membawa Tengku Elman berjumpa dengannya
hari itu.
Setelah habis waktu melawat, Arin
meminta diri. Tinggallah Humaira yang menjaga Zeti. Pagi tadi dia sudah
bertukar dengan Mak Teh. Masa yang terluang itu dia gunakan untuk merehatkan
fikiran dan badannya. Bila waktu petang, dia akan pergi ke hospital untuk
menggantikan Mak Teh yang menjaga Zeti waktu pagi itu.