ISABELLA datang
menziarahi Tengku Elman Qaufar di hospital tengah hari itu. Memang pagi tadi
dia mahu singgah melihat keadaan Tengku Elman. Namun tuntutan kerja membuatkan
dia terpaksa menangguhkan dulu hasratnya. Dia sudah membeli bunga dan buah-buahan
untuk buah hati tersayang.
“Hi
sayang.. Macam mana hari ni?” soal Isabella yang duduk di kerusi yang di
sediakan. Dia lambat datang kerana banyak sangat kerja yang perlu di uruskan.
Tambah lagi dengan kesihatan Tengku Elman Qaufar yang kurang memuaskan dan kini
terlantar di hospital.
“Semakin
sihat sikit.” jawabnya acuh tak acuh. Sebenarnya dia malas nak berdepan dengan
Isabella yang tak habis-habis seperti emak.
“Baguslah..
you ni kan buat I risau saja tau.. You pergi mana sampai cuai macam ni?” ujar
Isabella lagi.
“I
cuma nak jalan-jalan mana tau tiba-tiba ada kereta yang langgar I” jawab Tengku
Elman lagi.
“Lain
kali kalau nak jalan ajaklah I sekali.. Ni suka nak jalan sorang-sorang mana
tak jadi macam ni..” rungut si Bella lagi.
“I
tak nak susahkan orang..” jawab Tengku Elman.
“Tapi
dah berlaku macam ni pun sudah menyusahkan orang..” balas Isabella dengan suara
yang agak meninggi.
“Kalau
you tak suka you boleh balik. I tak minta pun you datang sini. Kalau datang kat
sini tak payah nak membebel.. I taulah jaga diri I..” Tengku Elman naik marah.
Sudahlah dia memang sakit makin di tambahkan sakit hatinya.
Terkejut
Isabella mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Elman. Entah hantu
mana yang sudah merasuk fikiran lelaki itu sampai dia boleh di herdik begitu.
Selama ini Tengku Elman tidak pernah meninggikan suara atau memarahi sebaliknya
dia yang selalu meninggikan suara pada lelaki itu.
“Sorry..” ujar Tengku Elman apabila dia
menyedari dia sudah terkasar bahasa kepada Isabella. Sepatutnya dia berterima
kasih kerana gadis itu sanggup datang melawatnya walau pun lambat dari orang
lain.
“Tak
apalah.. I faham perasaan you.. Orang sakit memang macam ni..” Isabella kembali
tersenyum apabila Tengku Elman meminta maaf darinya.
Selepas
berbual sekejap pasal urusan kerja Isabella pun pulang ke rumah. Malam ini
Tengku Suraya akan menemani Tengku Elman. Jadi dia tidak payah bersusah payah
bersengkang mata menemani Tengku Elman Qaufar.
ENTAH kenapa tiba-tiba
sahaja dia teringatkan lelaki aneh itu. Bagaimana keadaannya sekarang. Dia
berharap lelaki itu akan cepat sembuh. Dan tidak akan menganggu hidupnya lagi.
Deringan telefon bimbit mengejutkan Humaira yang sedang duduk termenung.
“Hello..”
“Hello..
Ira..”
“Ada
apa Mak Teh?”
“Zeti
masuk ke hospital.”
“Macam
mana boleh jadi macam ni?” tanya Humaira dengan perasaan gelabah.
“Dia
pengsan masa di sekolah tadi.. Mungkin penyakitnya datang lagi..” ujar Mak Teh
di hujung talian.
“Habis
sekarang Mak Teh kat mana? Nanti Ira datang jumpa Mak Teh kat sana..” sebaik
saja talian di putuskan Humaira terus saja mengemas barangannya.
Humaira
terus saja keluar dari kedainya sebaik sahaja menerima panggilan dari Mak Teh.
Dia juga risau mendengar Zeti jatuh sakit. Dia sudah menganggap Zeti itu bagai
adik sendiri. Kerana dia sendiri pun tidak pasti tentang asal usulnya. Kepada
Arin dia memberitahu kemana perginya.
Kakinya
laju berjalan menuju ke wad yang menempatkan Zeti. Dari jauh dia sudah melihat
kelibat Pak Teh yang sedang duduk menunggu di luar. Mungkin dia takut Humaira
tidak jumpa mereka.
“Pak
Teh?”
Pak
Teh menoleh sebaik saja mendengar namanya di panggil.
“Ira
dah lama sampai?” ujarnya sedaya upaya tersenyum ke arah Humaira.
“Baru
saja Pak Teh. Macam mana dengan Zeti? Serius ke sakitnya Pak Teh.”
“Pak
Teh pun tak tahu nak cakap apa sebab sakit lamanya datang lagi..”
“Habis
tu macam mana sekarang?”
“Doktor
cakap mesti buat pembedahan segera. Cuma kosnya belum tau lagilah..”
“Tak
apalah Pak Teh, Ira akan usahakan duitnya nanti. Yang penting Zeti selamat.
Kita berdoa saja agar Zeti cepat sembuh juga..”
“Pak
Teh pun berharap begitu juga.”
“Ira
nak masuk jenguk Zeti dulu ya?”
“Baiklah..
Ada Mak Teh kau di dalam..”
Humaira
terus melangkah masuk ke bilik wad yang menempatkan Zeti. Dia berasa kasihan
melihat Zeti yang masih muda sudah di uji sebegini rupa.
Tengku
Elman Qaufar berasa bosan berada dalam bilik tidurnya. Sehari selepas keluar
dari hospital, dia rasa sunyi. Entah mengapa hatinya jadi resah dan gelisah
kerana beberapa hari dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Apa khabar dia
agaknya ketika ini? Hish gila kenapalah pula dia boleh merindui gadis itu?
Namun
akhirnya dia keluar dari bilik tidurnya. Dia mahu keluar mengambil udara segar
di luar sana sambil itu dia mahu mencari gadis itu.
HUMAIRA duduk di sebuah
kerusi sambil termenung. Kata-kata Mak Teh malam tadi mengganggu fikirannya.
Dimana dia nak cari duit itu? Lagi pun dia cuma punya simpanan yang cukup-cukup
saja. Tapi entah cukup ke tidak duitnya itu nanti. Tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi. Tertera nama Mak Teh. Pasti ada kaitan dengan Zeti. Cepat sahaja
Humaira menekan butang hijau.
“Helloo..”
“Helloo..
Ira..”
“Ya
Mak Teh, doktor cakap apa?” soal Humaira.
“Ira..
tadi doktor cakap dengan Mak Teh, pembedahan itu memerlukan kos sebanyak RM
10,000.” Beritahu Mak Teh lagi. Humaira terkejut. Jumlah itu bukannya jumlah
yang kecil.
“Apa!!
Kos pembedahan itu memerlukan RM 10,000” ujar Humaira separuh menjerit. Namun
segera dia mengendurkan suaranya. Dia tahu Mak Teh mesti risau pasal duit itu.
Mana nak cari duit sebanyak itu?
“Itu
yang doktor cakapkan tadi..” balas Mak Teh.
“Mana
nak cari duit sebanyak tu?” ujar Humaira perlahan.
“Itulah
yang membuatkan Mak Teh risau ni. Tapi kalau Zeti tak dibedah penyakitnya itu
akan jadi makin teruk” balas Mak Teh.
“Macam
inilah Mak Teh, biar Ira usahakan duit tu. Mak Teh jangan bimbang ya.. Zeti
mesti sihat. Kesian dia, muda-muda dah kena penyakit macam tu..” ujar Humaira
memujuk Mak Teh. Dia memang tahu Mak Teh risaukan anak perempuannya itu. Itulah
satu-satu anaknya hasil perkongsian hidup dengan Pak Teh.
Humaira
mematikan talian.
‘Mana
aku nak cari duit sebanyak itu. Tapi kalau aku tak tolong Mak Teh siapa lagi?
Mereka banyak berjasa pada aku selama ini. Tak kan masa mereka susah aku tak
boleh tolong?’
Tengku
Elman Qaufar sengaja mengejutkan Humaira. Pada hal dari tadi lagi dia berdiri
di belakang Humaira. Semua butir perbualan dia dapat dengar. Kesian gadis ini
dia di timpa masalah dalam keluarganya.
Terperanjat
Humaira dibuatnya. Dengan tidak sengaja dia memukul Tengku Elman Qaufar dengan
suratkhabar yang di pegangnya.
“Aduh..
sakitlah..” jerit Tengku Elman Qaufar. Terkejut Humaira apabila menyedari dia
memukul Tengku Elman. Sangkanya tadi dia memukul orang yang tidak di kenalinya.
“Sorry.. Saya tak tahu itu awak..” ujar
Humaira gelabah.
“Sakit
ker?” soalnya lagi.
“Memanglah
sakit.. Awak ni pukul orang bukannya nak tengok dulu.. Aduh!!” Tengku Elman
mengaduh lagi. Boleh tahan juga kuat gadis itu memukulnya.
“Itulah
siapa suruh awak memandai pergi kejutkan saya siapa suruh..?” marah Humaira
lagi. Baru je terasa dunianya aman, sekarang dia muncul lagi. Mungkin dia tidak
boleh teringat kepada lelaki itu. Asal teringat saja pasti lelaki itu akan
muncul di depannya.
“Oh..
Salah sayalah ni?” soal Tengku Elman tidak puas hati.
“Memang
pun.. Okeylah saya nak pergi dulu. Saya ada hal ni” ujar Humaira lagi.
“Nak
pergi mana?” soal Tengku Elman lagi tidak puas hati.
“Kenapa
saya perlu bagi tahu?” soal Humaira lagi. Memang kalau boleh dia tidak mahu
selalu bertemu dengan lelaki aneh itu.
“Perlu!!”
jawab Tengku Elman selamba.
“Awak
bukan siapa-siapa pun pada saya. Jadi tak perlulah awak nak menyusahkan diri
awak, nak tahu semua hal peribadi saya. Lebih baik awak jaga diri awak tu
baik-baik. Awak tu bukan sihat sangat!” ujar Humaira sambil melangkahkan
kakinya.
“Tapi
saya ada hutang belum bayar pada awak!” ujar Tengku Elman lagi. Langkah Humaira
terhenti lalu berpaling ke arah Tengku Elman.
“Hutang?”
“Yeah..”
Wajah Humaira kebingungan. Hutang apa yang lelaki itu belum bayar padanya.
Setahu dia tidak ada apa-apa pun yang perlu di hutangkan!
“Apa-apalah
awak ni. Saya pergi dulu..” Humaira meneruskan langkahnya meninggalkan Tengku
Elman yang masih berdiri di situ.
“Humaira!!!!”
panggil Tengku Elman lagi.
Namun
Humaira tetap melangkah tanpa mempedulikan panggilan lelaki itu. Jika dia
lama-lama berada dekat dengan lelaki itu takut perasaannya akan berubah.
“Humaira
awak jangan degil. Berhenti kat situ!!” jerit Tengku Elman lagi. Tergesa-gesa
dia mengejar gadis itu dari belakang. Kakinya yang sakit itu terpaksa di tahan
demi mengejar gadis itu.
“Apasal
awak ikut saya? Tolonglah jangan ikut saya macam ni. Awak buat saya jadi macam
tak betul saja..” rayu Humaira lagi. Dia tidak peduli yang penting lelaki itu
tidak muncul di depannya lagi. Ada perasaan yang hadir di sudut hatinya. Dia
bimbang perasaan itu akan mempengaruhinya nanti!
“Awak
perlukan duitkan?” terusan saja Tengku Elman bertanya.
“Mana
awak tahu?” berkerut dahi Humaira bila mendengar soalan yang keluar dari mulut
Tengku Elman Qaufar.
“Dari
sumber yang boleh di percayai” jawab Tengku Elman sambil tersenyum-senyum.
“Awak!!!”
“Sebab
itulah saya cakap saya berhutang sesuatu dengan awak..”
“Awak
jangan masuk campur dalam urusan keluarga kami boleh tak? Saya tak nak
menyusahkan awak. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Saya tak nak ada masalah
dengan awak lagi. Dengan keluarga awak. Lagi pun saya tak kenal siapa awak
sebenarnya”
“Sebab
awak ingat awak dah bayar segalanya dengan darah awakkan?” soal Tengku Elman.
Humaira
memandang wajah Tengku Elman Qaufar. Sebenarnya dia tidak faham apa yang di
maksudkan oleh Tengku Elman.
“Apa
awak cakapkan ni?” soal Humaira bingung. Wajah Tengku Elman di tenungnya. Wajah
lelaki itu tetap tenang.
“Jangan
pura-pura tak tahu” jawab Tengku Elman lagi.
“Be..
betul saya tak tahu apa yang awak maksudkan..” balas Humaira.
“Awak
jangan nak tipu saya.. Awak yang dermakan darah pada saya hari tukan? Lepas itu
awak langsung tak jenguk saya kat hospital. Sebab awak ingat awak boleh lari
dari saya...” ujar Tengku Elman sambil mendekati Humaira.
Humaira
mengeluh panjang. Apalagi masalah yang akan menimpa dirinya. Dahlah fikirannya
kusut untuk mencari wang bagi membiayai pembedahan Zeti, sekarang lelaki ini
pula tiba-tiba muncul dengan karenahnya.
“Bukan
saya yang derma darah tu! Awak silap oranglah..” jawab Humaira tenang.
“Bukan
awak ke nama Ariana Humaira?” balas Tengku Elman sambil memengang lengan
Humaira yang masih ada bekas sutikan jarum itu. Dia masih mengingati sebaris
nama yang di sebut oleh sahabatnya. Sebiji nama arwah isterinya. Tak mungkin
itu semuanya kebetulan. Tak mungkin!!
“Aduh!!”
jerit Humaira. Tengku Elman terkejut mendengar suara Humaira yang mengaduh
kesakitan. Entah kenapa tangannya gatal nak memengang lengan Humaira itu. Nasib
baik Humaira memakai baju kurung. Terasa tangannya memegang sesuatu.
Humaira
terkedu. Macam mana lagi dia mahu memberi alasan agar lelaki ini pergi jauh
dari hidupnya.
“Awak..
Awak fikir terlalu banyak... Baik awak balik berehat. Lagi pun awak bukannya
sihat sangat...” Humaira memberi alasan agar lelaki itu pergi dari
mengekorinya.
“Saya
tak akan pergi kalau awak tak jawab soalan saya. Dan kalau betul awak penderma
itu, saya sanggup bayarkan berapa harga darah yang awak dermakan itu..” jawab
Tengku Elman dengan lembut. Dia merasa kasihan melihat wajah Humaira yang
mengaduh kesakitan tadi.
“Kan
saya cakap bukan saya yang derma itu..” jawab Humaira geram.
“Awak
ni degil jugakan.. Awak nak saya buktikan ker?” soal Tengku Elman Qaufar lagi.
‘Kau
tak pandai nak menipu, Humaira’ tajam sekali anak matanya memandang wajah di
depannya itu.
“Ya..
Memang saya yang dermakan darah pada awak hari tu. Kebetulan darah saya sesuai
untuk di dermakan pada awak. Memang saya perlukan duit, tapi saya tak suruh
awak bayarkan darah itu pada saya.” Akhirnya Humaira mengaku juga. Tengku Elman
tersenyum lega.
Setelah
habis dia berbicara Humaira terus melangkah meninggalkan Tengku Elman di situ.
Rasa mahu saja dia menangis saat itu. Namun dia harus cekalkan hati. Pak Teh
dan Mak Teh tentunya lebih sedih lagi bila mengingatkan Zeti adalah
satu-satunya anak mereka yang kini menderita sakit di hospital. Apa pun dia
mahu membalas budi baik keluarga tersebut pada dirinya.