“Ira
cepatlah sikit. Punyalah lama aku tunggu kau!!” Humaira cepat-cepat membuka
kunci sambil menoleh-noleh. Mana tahu lelaki pelik tu datang lagi nak
mengacaunya. Sememangnya dia sedikit takut.
“Kau
ni kenapa, macam nampak hantu je?” soal Arin. Dia baru menyedari Humaira asyik
menoleh kiri dan kanan.
“Aaaa
memang nampak hantu yang berambut hitam..” jawab Humaira selamba.
“Kau
biar betul.. Meremang bulu tengkuk aku dengar..” balas Arin. Tidak pernah pun
dia dengar cerita hantu di waktu pagi macam ni. Dan inilah kali pertama dia
mendengar perkataan itu keluar dari mulut Humaira.
“Dah
cepat.. Nanti lambat pula kedai kita beroperasi..” ujar Humaira.
Mereka
berdua bergegas menjalankan tugas masing-masing. Tengah hari itu mereka berehat
sekejap.
“Kau
tau tak Arin, semalam aku kena peluk dengan lelaki pelik tu..”
“Aku
silap dengar ke?” Arin bertanya sambil tangannya menyelak baju di depannya.
“Silap
apanya.. Memang dia lelaki pelik!!” balas Humaira. Dia membayangkan peristiwa
semalam. Malu betul. Dia kena peluk di khalayak ramai.
“Handsome tak dia? Dan dia mesti orang
kayakan? Atau orang berpangkat?” soal Arin. Dia sedikit terkejut bila mana lelaki
yang berada di belakang Humaira menunjukkan jari ke mulut agar kehadirannya
tidak di ketahui Humaira.
“Entahlah
handsome ke tak dia? Kaya ke tak dia?
Cuma apa yang boleh saya katakan dia memang lelaki yang gila..” jawab Humaira.
Arin membelek jam di tangan. Sudah waktu makan tengah hari. Lagi pula perutnya
berasa lapar.
“Kenapa
kau cakap macam tu?” soal Arin. Dia juga mahu mendengar cerita lanjut dari
Humaira.
“Sebab
dia memang pelik. Tetiba je peluk aku di tengah orang ramai. Malulah aku beb!
Dia cakap dia ingat aku ni isteri dia..” jawab Huamira lagi.
“Oh...
Ira, aku nak keluar makan dulu. Awak nak pesan apa-apa tak? Perut aku ni lapar
sangat” ujar Arin. Dia mahu melarikan diri sebelum Ira memarahinya.
“
Ya..belikan saya nasi ayam.. Dah lama Ira tak makan”
“Okey..”
ujar Arin. Dia tahu benar makanan kegemaran Ira. Dan selama persahabatan mereka
dia sudah tahu apa yang sahabatnya suka dan tidak suka. Dia senang bergaul
dengan Humaira kerana sikapnya yang baik. Sebab itu mereka boleh jadi rakan
kongsi untuk perniagaan mereka. Dengan bantuan ayahnya dia dan Humaira membuka
butik di Time Square ini.
ARIN terus pergi keluar
untuk makan tengah hari. Sementara itu Humaira sedang sibuk menyambungkan
semula kerjayanya yang terbengkalai sebentar tadi.
“Cik
berapa harga baju ni?”
Humaira
menoleh. Namun dia tidak nampak wajah pelanggan itu. Dia cuba untuk melihat
wajah itu namun lelaki itu tetap menutup wajahnya dengan baju yang ada
ditangannya.
“Bawalah
sini saya tengok..” ujar Humaira.
Namun
lelaki itu tetap juga tidak mahu memberikan baju itu. Humaira sedikit cuak.
Kalau dia bukan pelanggan memang sudah kena lelaki itu. Namun dalam situasi
begini dia harus bersabar.
“Encik..
kalau nak tahu harga baju tu encik kena bagi kat saya dulu. Saya boleh carikan
harga pada baju tu..” bunyi sudah sedikit geram.
“Hei..
macam ni ke caranya nak layan pelanggan.. Patutlah pelanggan takut nak datang
kedai ni” kini giliran lelaki itu pula menempelaknya.
“Awak???
Awak buat apa kat sini?” terjerit Humaira apabila lelaki yang sama datang
mengusiknya.
“Saya
nak beli baju inilah Cik Ira.”
“Saya
tak jual pada awak..” cepat saja Ira menjawabnya. Dia tidak sangka yang lelaki
itu akan mencarinya kemana saja. Sudah berpuluh kali dia memberitahu yang dia
bukan isteri kepada lelaki itu namun, lelaki itu tetap juga mengekorinya.
“Kenapa
pula? Sayakan pelanggan juga..” balasnya tak puas hati.
“Memang.
Memandangkan awak kacau saya buat kerja.. Saya tak akan jual baju tu pada
awak!!” jawab Humaira.
“Garangnya
dia.. Tadi bukan main sedap dia kutuk saya kat belakang..” lelaki itu membalas
katanya sambil tersenyum.
‘Dia
dengar ke apa yang aku cakapkan kepada Arin tadi?’
“Saya
cakap apa?” Ira berpura-pura tidak tahu. Sedangkan didalam hatinya tuhan saja
yang tahu.
“Amboi
dah sedap-sedap mengutuk kita ni orang pelik boleh pula dia buat-buat tak tahu
pulak..”
“Dah
memang awak ni gila. Saya nak cakap macam mana lagi.. Sudahlah.. Baik awak
pergi dari sini. Kebenarannya, saya bukan isteri awak!!”
“Tak
kan awak tak suka saya yang handsome
ni?” soalan bodoh pula yang di tanya lelaki pelik itu.
“Eii
jangan perasan boleh tak?” Ira geram. Entah kenapa lelaki di depannya ini
langsung tak makan saman. Berpuluh-puluh kali dia menyatakan dirinya bukanlah
orang yang di cari lelaki itu, namun semuanya hampa. Makin menyaitkan hatinya
adalah.
“Habis..
tu gambar siapa yang awak nak lukis tu?”
“Err..
itu gambar lakaran fesyen baju. Bukannya nak lukis gambar awak!” jawab Humaira
lagi.
Aduh..
kenapalah dia cuai sangat. Memang betul dia cuma melakar fashion terbaru.
Tetapi wajahnya itu dia belum selesaikannya. Lelaki itu tersenyum sumbing.
“Perfect!!! Cuma wajahnya belum siap!”
Betapa
malunya Humaira apabila lelaki itu boleh meneka apa yang ingin di lukiskannya.
“Awak
nikan.. Kenapalah sibukkan hal saya ni..? Awak dah tak ade kerja lain ke selain
dari menganggu orang lain?” soalnya geram.
“Suka
hati sayalah. Saya bukannya nak ganggu orang lain. Saya cuma nak ganggu awak
saja. Sebenarnya saya nak ajak awak keluar makan. Awak sudi tak?”
“Sorrylah..
Saya sibuk dan saya sudah pesan makanan dengan kawan saya tadi..”
“Awak
pasti ke?” soal lelaki itu lagi.
“Memanglah”
jawab Humaira angkuh. Mana dia berani keluar makan dengan lelaki yang baru di
kenalinya. Kalau dengan Azwan tu lainlah. Mak Teh dan Pak Teh kenal dia. Lelaki
ini.. Aduh leceh betullah!!
KELIHATAN Arin sudah
sampai. Tapi tangannya kosong. Tak nampak pun bungkusan nasi ayam yang di pesan
oleh Ira tadi.
“Arin..
Mana nasi ayam saya?” Ira terus bertanya sebaik saja Arin memasuki kedai.
“Alamak...
Sorry.. Arin lupa” Arin menepuk
dahinya.
“Patutlah
Arin rasa semacam je dari tadi.. Rupa-rupanya Arin lupa nak beli nasi ayam
awak.. Sorry ya..”
“Kan
saya dah cakap, hari ini awak kena keluar makan dengan saya..” Tengku Elman
Qaufar tetap tidak berputus asa. Hari ini dia akan membawa gadis itu keluar
makan bersamanya. Jika tak dapat esok masih ada.
“Saya
tak nak keluar dengan lelaki yang saya tak kenali.. Tolonglah jangan ganggu
saya” rayu Humaira lagi.
“Ira..
Awak pergilah keluar makan. Nanti kalau awak lapar kena gastric pula..” ujar Arin memberi cadangan. Dia memang tahu
kawannya itu tidak pernah mengabaikan pasal makan. Ira pantang benar keluar
dengan lelaki yang tidak di kenalinya. Rasanya inilah peluang Ira belajar
mengenali lelaki lain. Bukannya dengan Azwan saja.
Tengku
Elman Qaufar dengan pantas menarik tangan Ira. Dia tidak mempedulikan sama ada
Ira akan marahkan dirinya. Memang benar apa yang di jangka. Gadis itu
meronta-ronta minta di lepaskan. Tetapi dia tetap memegang kemas tangan itu
agar tidak terlepas darinya. Sampai ke kedai makan nasi ayam barulah dia
melepaskan tangan Ira.
“Duduk..
kita pesan makanan.”
Humaira
hanya duduk sambil membisu. Lagi pula suka hati saja lelaki itu menyentuhnya.
Apa dia ingat aku ni anak patung agaknya. Sebab itu suka hati di seretnya dia itu.
Mereka makan apabila pesanan mereka sudah sampai. Ira menyuapkan perlahan-lahan
sudu ke mulutnya.
Namun
Tengku Elman Qaufar tidak pernah melarikan matanya menjamu wajah yang berada di
hadapannya itu. Terasa dekat sahaja dia dengan arwah Ariana. Entah kenapa gadis
di hadapannya itu seratus peratus mirip arwah isterinya. Namun bila di tanya
mengenai sesuatu gadis itu langsung tidak tahu apa-apa.
“Kenapa
awak pandang saya macam tu?”
“Tak
ada apa. Sekadar menikmati keindahan anugerah tuhan. Salah ke?” ujarnya sambil
tersenyum.
“Awak
terkenangkan sidia ke?” terpacul soalan bonus dari mulut Ira.
Tengku
Elman Qaufar tersenyum. ‘Awak memang bijak!’ bisiknya dalam hati.
Telefon
bimbit Tengku Elman berbunyi. Namun Tengku Elman tidak peduli. Sipemanggil pun
berdegil. Di dailnya lagi nombor itu.
“Jawablah.
Bising tau! Ingat sini tempat jual handphone
ke?” ujar Humaira lembut tapi masih kedengaran di telinga Tengku Elman. Dia
tidak senang hati apabila pengunjung sekeliling asyik membuang pandang ke arah
mereka. Dia jadi rimas.
Mahu
tidak mahu Tengku Elman Qaufar terpaksa juga mengangkat telefon itu.
“Hello..”
“Hello..
Sayang you kat mana tu?” soal si pemanggil siapa lagi kalau bukan si Isabella.
“I
makan. Ada apa hal call I ni?” soal
Tengku Elman Qaufar.
“Tak
ada apa. I ingat you belum keluar makan tadi. Jadi I ingat nak ajak you keluar
makan sekali” balas Isabella.
“Sorry I dah dekat luar ni makan dengan
seseorang!” jawabnya selamba.
“Seseorang?
Siapa tu? I kenal ke?” soal Isabella bertubi-tubi. Hatinya mula tidak senang.
Takkanlah dalam masa dua hari ini Tengku Elman Qaufar sudah berjumpa dengan
seseorang. Terutamanya yang perempuan. Setahu dia selepas kematian arwah
Ariana, Tengku Elman memang susah untuk di dekati. Lelaki itu seperti orang
yang tiada perasaan. Membeku setiap masa. Tetiba sekarang dia cakap dia jumpa
seseorang.
“You
tak kenallah. Nantilah ada masa I akan kenalkan dengan you” selamba saja dia
menjawab. Dia tidak sengaja untuk menyakitkan hati Isabella. Tetapi kekadang
dia rimas dengan cara Isabella yang suka mengongkong dirinya.
“Okeylah..
Bye” Isabella mematikan talian. Hatinya mula resah. Dia pun tak tahu kenapa
hatinya menjadi risau.
“Girlfriend awak ke?” soal Humaira. Dari
segi perbualannya dia tahu si pemanggil itu perempuan.
“Kawan
je..” jawab Tengku Elman Qaufar pendek. Malas dia mahu bercerita panjang
tentang Isabella. Lebih baik dia meluangkan masa dengan gadis yang berada di
depannya ini.
“Awak
dah kahwin?” soal Tengku Elman Qaufar.
“Itu
soalan cepumas ke?” Humaira soal balik.
“Tak..
Takut awak sudah kahwin. Kan naya saya keluar dengan isteri orang” jawab Tengku
Elman.
“Belum.
Kenapa?” jawab Humaira.
“Buah
hati?”
“Tak
adalah siapalah yang nak orang macam saya ni?” jawab Humaira dalam ketawanya.
Lucu pula dia mendengar lelaki di hadapannya bertanyakan soalan sebegitu.
Terpegun seketika Tengku Elman melihat Humaira ketawa. Sungguh cantik.
Menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Semuanya mirip Ariana dia!
Namun dia mula tersedar di alam nyata.
“Tak
percayalah. Orang secantik awak ni tak ada buah hati” usiknya. Dia memang tak
percaya.
“Oh..
Jadi orang cantik tak boleh tak ada buah hati? Gitu?” balas Humaira. Sambil
matanya merenung wajah yang berada di depannya itu.
“Taklah.
Saya tak percaya yang awak belum ada yang special. Rupa pun cantik. Sopan
santun.”
“Kalau
tuhan dah tentukan jodoh Ira tak ada nak buat macam mana?”
“Awak
tu memilih sangat kot?” ejek Tengku Elman Qaufar lagi.
“Itulah
tanggapan orang lelaki. Bila seseorang perempuan tak kahwin di katakan memilih.
Sedangkan setakat ini tak ada pun yang masuk meminang. Macam mana saya nak
pilih” jawab Humaira panjang lebar.
Akhirnya
Humaira ketawa dengan kata-katanya sendiri. Tengku Elman Qaufar tersenyum.
Dadanya berdebar-debar. Kali pertama dia melihat Humaira tergelak. Humaira
secantik bidadari. Bibirnya sedikit terbuka bila ketawa. Matanya sedikit sepet
dan pipinya bertambah merah dan gebu. Semuanya itu mengingatkan dia pada
Ariana.
“Sebenarnya,
mak saya tak suka saya berkawan rapat dengan mana-mana lelaki pun. Cuma seorang
je lelaki yang rapat dengan Ira” ujar Humaira perlahan.
“Kenapa?”
soal Tengku Elman. Hairan. Pada hal gadis ini sangat sempurna. Patutlah tak ada
buah hati sebab Humaira tidak berani bergaul dengan orang luar pun.
“Entahlah.
Saya sendiri pun tak faham dengan perangai mereka. Sebab itulah saya malas nak
fikir soal lelaki.”
Tengku
Elman Qaufar tersenyum. Kalau macam ini dia ada peluang untuk memikat hati
gadis yang berada di depannya ini. Dan kalau boleh dia mengelak nak berkahwin
dengan Isabella.
HUMAIRA menuju ke
kedainya selepas makan tengah hari. Entah kenapa dia berasa senang berada
dengan lelaki yang pertama kali dia jumpa hari tu.
“Amboi..
tersenyum gembira nampak?” ujar Arin bila Tengku Elman Qaufar pergi dari situ.
“Tak
adalah.” Humaira menyembunyikan senyumannya.
“Ala..
jangan nak tipu Arinlah. Arin tau tengok muka kau berseri-seri. Awak dah jatuh
cinta kat dia ke?” Arin masih juga mahu mengusik sahabatnya itu.
“Apa
jatuh cinta? Janganlah nanti membebel Mak Teh dengan Pak Teh nanti.”
“Awak
tahu ke kenapa mereka melarang awak rapat dengan lelaki ni?” soal Arin. Dari
dulu lagi dia selalu dengar Humaira bercakap begitu. Asal ada saja lelaki yang
mahu berkenalan dengannya pastinya dia akan memberikan alasan yang begitu, tapi
sampai bila? Mungkin keluarga Pak Teh ada rahsia yang di simpan tanpa
pengetahuan Humaira.
“Entahlah.
Sudah banyak kali Ira tanya tapi mereka still
tak nak cakap” ujar Humaira lagi. dia sendiri pun tidak tahu apa yang harus dia
katakan.
“Yelah
lupakan pasal tu.. Aku nak siapkan keja aku tu dulu.”
Mereka
berdua meneruskan kerja yang terbengkalai. Waktu makan tengah hari pun dah
habis. Walau pun mereka bekerja sendiri namun mereka tetap mengikut waktu kerja
lain.