Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday, 11 February 2012

Hanya Kau Milikku 5


Di ruang lobi hotel Mira terus meluru ke arah Wani yang sedang menunggunya sejak tadi. Wajah Wani kehairanan melihat Mira berlari menuju ke arahnya.

“Wani kau kena tolong Mira..” masih melekat sisa-sisa airmatanya sebentar tadi. Dia memegang lengan Wani.

“Kenapa..? Apa dah jadi ni.? Kenapa mereka ada dengan kau..? Bukankah tadi kau kata nak pergi temuduga?” balas Wani kehairanan. Memanglah dia hairan kerana sebentar tadi dia hanya menunggu sahabatnya di lobi. Kerana sahabatnya itu pergi untuk sesi temuduga. Tapi apa yang dia nampak sekarang ini memang memeranjatkannya. Mira dan seorang lelaki di iringi oleh beberapa lelaki berkopiah putih. Apa semua ini? Dia memandang wajah sahabatnya itu.

“Aku dan dia di tangkap khalwat. Sedangkan aku nak datang untuk sesi temuduga. Aku dah cakap dengan dia orang. Tapi mereka still tak nak percayakan aku.” Mira memuntahkan segalanya. Dia masih lagi menangis. Dengan spontan saja Wani ingin menerangkan perkara yang sebenarnya.

“Betul Encik, kawan saya tak bersalah. Dia memang datang kebilik itu untuk sesi temuduga.. Kenapa encik tuduh dia..?” rasa tak percaya masih lagi ada.

“Apa pun alasannya, mereka tetap bersalah kerana didapati duduk berdua-dua dalam bilik hotel sedangkan mereka bukan muhrim..”

“Tapi Mira bukan korang berdua sajakan dalam bilik tu?” soal Wani.

“Masalahnya memang kami berdua saja Mira.. Aku pun tak tahu di mana silapnya dan nak kata apa-apa. Sebab aku memang calon terakhir yang dah lambat. Mereka semua dah balik.”

Melopong mulut Wani mendengarnya. Kasihan dia dengan nasib sahabatnya. Jika dia tahu tadi memang dia sanggup menemani sahabatnya itu sampai ke bilik yang di maksudkan tadi. Tak sangka perkara begini boleh berlaku. Dia memalingkan muka ke arah pemuda yang berjalan bersama beberapa orang pegawai pencegah maksiat tadi. Seperti dia kenal akan wajah itu. Tapi di mana. Oh!! Tidak mungkin lelaki yang selalu mengangggu Mira ketika mereka masih di universiti dulu.

“Awak... Iqbal Iskandarkan?” segera dia mengingati nama lelaki itu. Mana dia pernah lupa akan kejadian yang berlaku semasa mereka menuntut di universiti yang sama. Gara-gara mulut yang lancang dari Iqbal Iskandar, sahabatnya Mira Syafika telah menampar wajah yang kacak itu.

“Ya.. saya Iqbal Iskandar..” Iqbal menjawab tenang. Dia tidak mahu perkara lain berlaku. Apa yang di pintanya hanyalah masalah dia dengan Mira akan selesai dengan pernikahan mereka berdua.

“Tak sangka.. rupanya awak..”

Wani masih tidak percaya dengan apa yang di dengar dan di lihatnya. Namun Mira lagilah. Bukankah lelaki itu musuhnya ketika di zaman universiti dulu. Kenapa boleh jadi begini. Tak kan lelaki itu masih menyimpan perasaan dendamnya terhadap Mira. Pelbagai persoalan yang timbul di kepalanya.

*****************************

Di balai itu, Wani masih lagi memujuk Mira agar bersabar. Kelihatan wajah Mira sugul sekali. Dia dapat merasakan penderitaan Mira sekarang. Tapi apa boleh dia lakukan untuk meredakan kegelisahan dalam jiwa Mira.

“Sabar Mira. Mungkin kejadian yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Aturan hidup bukan kita yang tentukan tapi DIA..” ujar Wani. Dia cuba untuk mententeramkan hati Mira.

“Tapi Mira tak nak kahwin dengan dia Wani. Mira tak nak.. Tolonglah..” berkali-kali Mira merayu. Tapi tiada siapa pun yang dapat menolongnya.

“Kenapa pulak? Awak tau tak,kes ini akan selesai jika dia mahu bertanggungjawab. Dan bersyukurlah kamu jika dia mahu bertanggung jawab ke atas kamu.” jawab Wani sedikit geram.

‘Awak cakap memang senang Wani tapi yang menderitanya aku’ bisik hati kecilnya.

Dia melihat Iqbal Iskandar menghampirinya dengan Wani. Dia nak apa lagi mamat ni?

“Mira kita kahwin!” ucapan itu keluar dari mulutnya.

“Kahwin!! Siapa nak kahwin dengan awak?” soal Mira. Matanya merenung tajam kearah Iqbal Iskandar. Perasaan marahnya masih belum reda.

“Awaklah.. Takkan dengan kawan awak ni?” balas Iqbal Iskandar sedikit geram. Dah terang-terang yang kena tangkap khalwat mereka berdua masih juga Mira bertanya lagi.

“Saya tak naklah..” jawab Mira perlahan. Namun masih kedengaran kata-kata itu di telinga Iqbal Iskandar. Wajah sayu itu di tenung oleh Iqbal Iskandar. Perempuan ini memang degil juga!

“Awak ingat kes macam ni cepat selesai ke kalau awak tak kahwin dengan saya. Saya dah baik hati tau nak bertanggung jawab dengan awak. Lainlah kalau awak ada modal nak bawa naik ke makhamah. Aku tak kisah!” selamba saja Iqbal Iskandar berkata demikian.

Gulp!!! Makhamah!. Dia mana ada duit nak bawa kes itu ke makhamah? Macam mana ni? Fikirannya sudah berputar kembali mendengar kata-kata Iqbal Iskandar. Pandai betul mamat ni nak kenakan aku!! Mentang-mentanglah keluarga dia kaya. Dasar anak orang kaya tahu mengugut saja.

“Hah.. Macam mana? Nak kahwin dengan aku atau kita bawa kes ini ke makhamah?” selamba saja Iqbal Iskandar menyoal lagi. Pada hal dalam hati dia risau juga kalau Mira betul-betul tidak setuju berkahwin dengannya.

Mira merenung tajam wajah itu. Hatinya semakin berbalam-balam rasa sakit. Kalau boleh nak saja dia tampar wajah itu seperti dulu. Bola matanya juga seakan-akan terkeluar menahan rasa marah di hatinya. Kalau telinganya boleh berasap, mungkin sudah berkepul-kepul asap keluar.

“Mira, baik kamu terima saja cadangan dia tu. Betul kata Iqbal kalau kita bawa kes ini ke makhamah pun belum tentu kamu akan menang dan jumlah kos bukannya murah pun. Mana nak cari peguam lagi!” perlahan-lahan Wani berbisik dengan Mira. Mira hanya menggeleng kepalanya tanda tidak setuju.

Selepas tiga jam kemudian barulah Pak Su dan Nenek Nab sampai. Mereka bergegas ke Kuala Lumpur sebaik saja menerima panggilan dari Mira petang tadi. Mira terus berpelukan dengan neneknya. Tangan Pak Su Man di salaminya.

“”Kenapa boleh jadi macam ni?” Nenek Nab bertanya. Sebenarnya dia terkejut mendengar berita yang di sampaikan oleh anaknya Azman.

“Mira tak tahu nek. Sebenarnya Mira nak pergi temuduga. Tapi Mira calon yang terakhir. Yang lain semua dah balik. Dan Mira pun keliru juga sebenarnya. Ingatkan ada orang lain lagi dalam bilik tu rupa-rupanya tinggal kami berdua je.”

Nenek Nab memeluk cucunya itu. Dia tahu cucunya bercakap jujur namun apalah yang dia boleh buat. Dia tidak mampu untuk menolong dalam hal yang seserius ini. Dia cuma berserah pada tuhan. Semoga jodoh cucunya orang yang baik-baik.

“Nenek tak dapat nak tolong kamu kali ini cu.. Kes ini serius sangat. Kalau hal lain nenek boleh tolong. Tapi ini melibatkan maruah keluarga.” Nenek Nab berkata perlahan-lahan.

“Jadi nenek pun tak dapat nak tolong?” Mira menjarakkan dirinya dari pelukan nenek Nab.

“Sayang, kalau kita berkeras pun kita tetap juga kalah. Kalau kita bawa kes ini ke makhamah pun belum tentu kita akan menang. Lagi pun mana kita nak cari duit yang banyak untuk upah peguam?” ujar nenek Nab lembut. Dia tahu cucunya sangat sedih dengan peristiwa ini.

Mira mengeluh perlahan. Nenek Nab pun berfikir seperti yang Iqbal dan Wani cakapkan dengannya sebentar tadi. Iqbal Iskandar hanya mampu mendengar apa yang di bualkan oleh nenek dan cucunya itu. ‘Semuanya salah aku Mira. Tetapi percayalah suatu hari kau akan tahu kenapa aku berbuat demikian’ bisiknya dalam hati.

Mira duduk di satu sudut. Dia tidak tahu apa yang harus di katakan lagi. Tidak ada seorang pun yang percaya dengan kata-katanya. Tujuan dia datang ke bilik hotel itu untuk pergi temuduga dan akhirnya dia terperangkap dengan keadaan itu. Dia juga mengharapkan pertolongan dari Wani. Namun Wani pun tidak dapat menolong kerana memang sah hanya mereka berdua sahaja yang berada di bilik itu. Jadi apa lagi alasan yang dapat di berikan.

Nenek Nab juga tidak dapat menolongnya. Sebaliknya dia memujuk agar meneruskan acara perkahwinan pula. Alasannya untuk menjaga maruah keluarganya. Keadaan ini seolah-olah dia betul-betul seorang pesalah yang akan menerima hukumannya.

Dia geram dengan Iqbal Iskandar kerana mengaku bersalah dan akan bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku. Sesenang itu saja lelaki itu mahu mengaku sedangkan dia tahu lelaki itu hanya ingin membalas dendam terhadapnya. Sakit hatinya mendengar pengakuan yang sungguh memeranjatkan dia. Siap tersenyum-senyum lagi bila di soal oleh JAIS itu.

Dengan diam membisu itu dia terpaksa bernikah dengan lelaki jahanam itu. Hatinya sungguh sedih namun apakan daya tiada seorang pun yang percaya dia terperangkap dengan keadaan itu.

Mira cuba menundukkan muka dia tidak mahu ada orang yang nampak air matanya jatuh ke pipi. Dia sedaya-upaya menyembunyikan perasaan sedihnya. Namun Iqbal  Iskandar nampak wajah itu cuba di sembunyikan dari pandangan orang lain. Hatinya juga berasa sedih melihat keadaan Mira itu tetapi dia terpaksa hanya dengan cara itu saja Mira tidak dapat mengelak diri darinya. Sungguh, kejam sangatkah dia?

‘Maafkan aku Mira. Aku terpaksa berbuat demikian untuk memilikimu.’ bisik Iqbal Iskandar didalam hati. Tangannya menyelak rambutnya ke belakang. Bukan dia menyesal atau rasa bersalah tetapi dia telah menyakiti hati seorang insan yang di cintainya dalam diam.



*******************************

Dato Ismail dan Datin Mardiah juga turut datang bila di hubungi oleh pihak yang berkenaan. Sesampai saja di sana dia terus meluru kearah anaknya.

“Memalukan sungguh awak ni!!” marah Datin Mardiah kepada Iqbal Iskandar.

“Sudahlah tu benda nak jadi..” jawab Dato Ismail tenang. Dia tahu isterinya betul-betul marah dengan sikap anak tunggalnya itu tapi nak buat macam mana benda dah nak jadi.

“Mana nak letak muka kita ni bang.. Dahlah anak kita tu kena tangkap khalwat. Apa abang senang hatilah.. Entah-entah dia perempuan tak baik.” Datin Mardiah segera menuduh yang bukan-bukan. Perempuan zaman sekarang bukannya boleh di percayai. Kebanyakannya mata duitan suka mengikis dan ada yang sanggup jadi perempuan simpanan kepada lelaki yang berpangkat dan ternama untuk mengecapi kesenangan. Dia tidak mahu melihat anaknya juga terlibat dengan perempuan yang dia tidak tahu asal usulnya.

“Mama bukan salah sesiapa pun.” jawab Iqbal Iskandar tenang. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Sudahlah. Dah jodoh mereka nak buat macam mana? Yang penting anak kita tu mahu bertanggung jawab dengan kesilapan dia tu..” ujar Dato Ismail. Bukan dia tidak tahu perangai isterinya kalau nak marah bukannya ingat dunia.

“Abang.. Muka saya ni malulah bang kalau kawan-kawan Diah tanya atau tahu hal ini..” balas Datin Mardiah. Geram juga dia melihat perangai suaminya yang begitu tenang dengan masalah yang mereka hadapi.

“Ala buat pekakkan telinga sudahlah..” jawab Dato Ismail. Memang mulut orang bukan boleh di tutup. Lebih baik pekakkan telinga saja.

“Jangan-jangan perempuan kampung ni sengaja nak perangkap anak kita tak bang?” selamba saja Datin Mardiah berkata begitu.

Terasa bagai di hiris sembilu hati Mira Syafika bila mendengar Datin Mardiah memanggilnya perempuan kampung. Mira mendekati Datin Mardiah. Dengan berani dia meluahkan rasa hatinya. Pandangan tajam di tujukan buat Iqbal Iskandar.

“Datin ingat saya nak sangat ker kahwin dengan anak Datin tu. Cakap dengan dia saya tak nak kahwin dengan dia. Dia tak perlu nak tunjuk baik bertanggung jawab konon” Sembur Mira mengetap bibir menahan rasa marah. Dari tadi dia mendengar Datin itu asyik menyalahkan dia. Dalam keadaan begini memang pihak perempuan yang selalu di persalahkan. Pada hal anak lelakinya pun apa kurangnya.. Sakit betul hatinya.

Terkejut Iqbal Iskandar mendengar pengakuan Mira itu. Cepat-cepat dia menghampiri mamanya. Dia takut keadaan menjadi semakin keruh. Takut rancangannya tidak menjadi.

“Mama.. jangan cakap yang bukan-bukan mama. Bukan salah dia. Dah benda nak jadi apa boleh buat” Iqbal cuba memujuk mamanya agar mendiamkan diri. Lagi banyak mamanya bercakap makin banyak kata-kata yang akan menyakiti hati Mira Syafika. Dan dia takut jika Mira Syafika buat hal pula.

“Jangan kau nak menyebelahi dia pulak. Perempuan kampung yang tak sedar diri. Cuma pandai perangkap anak aku dengan buat macam ni..”

“Mama.. Sudahlah..” ujar Iqbal geram melihat mamanya tidak habis-habis nak sakitkan hati Mira.

“Saya rela di pandang hina oleh masyarakat dari berkahwin dengan anak Datin ni.. Saya pun tak sanggup di hina oleh keluarga Datin. Anak dengan mak sama saja perangainya. Tak habis-habis nak kenakan orang. Menyusahkan hidup saya juga.”

Mira terus berlalu dari situ. Dia sudah tidak dapat menahan rasa amarahnya. Kalau di  ikutkan rasa hatinya mahu saja dia menampar muka Iqbal Iskandar sama seperti dia menamparnya ketika di universiti dulu.

Iqbal Iskandar mengejarnya dari belakang. Dia sedar jika dia tidak berlaku bijak dia juga yang akan rugi. Impiannya hanyalah ingin membina hidup bersama orang yang di cintainya. Dia juga sedar dengan cara ini amat melukakan hati Mira saat ini. Dia cepat memegang tangan Mira. Mira menepisnya kuat.

“Mira.. Mira.. Maafkan mama saya Mira. Mama saya memang macam tu. Lama-lama nanti baiklah dia.”

Mira Syafika segera menghampiri Pak Sunya. Sekali lagi dia merayu-rayu.

“Pak Su, Mira tak nak kahwin dengan dia Pak Su. Mira tak bersalah dalam hal ini. Ini semua salah faham saja. “ ujar Mira dengan deraian air mata yang masih berbaki itu.

“Mira tak baik cakap macam tu. Mira tetap juga kahwin dengan Iqbal. Pak Su tak peduli walau apa pun terjadi Mira mesti kahwin dengan Iqbal. Lagipun dia sanggup bertanggungjawab keatas Mira. Mira mesti selamatkan maruah Mira. Suka tak suka Mira terpaksa menerimanya.”

Mira menunduk lemah. Sampai hati Pak Su paksa Mira kahwin dengan lelaki durjana ini. Seandainya Pak sunya tahu kejadian yang sebenarnya berlaku mungkin Pak sunya juga tak akan merelakan dia berkahwin dengan lelaki yang berperangai binatang ini. Ingin saja dia meraung mengatakan kebenciannya pada lelaki itu, tapi apakan dayanya. Dia seorang insan yang lemah.

************************************

Dia benar-benar marah bila waktu rehatnya diganggu dengan deringan telefon yang tak henti-henti. Dengan malas, dia mengangkat telefon rumah itu dan menekapkannya ke telinga. Berderau darahnya bila mendapati panggilan itu dibuat oleh anaknya. Seingatnya, selepas mereka berbalah pendapat sewaktu di ruang tamu hari itu, anaknya terus meninggalkan banglo mewah itu dengan muka tidak puas hati.

Selepas tiga hari, dia menerima panggilan dari anaknya. Makin bertambah terkejutnya bila Iqbal Iskandar mengatakan dia sedang ditahan di balai polis dan dia diberitahu supaya datang ke balai tersebut waktu itu juga. Belum sempat dia bertanyakan kenapa, talian di sebelah sana telah pun ditamatkan. Lantas, dia terus mengejutkan suaminya dan bersiap ringkas untuk ke balai.

Setibanya mereka dibalai, dia terkejut melihat Iqbal Iskandar sedang dikerumuni oleh lelaki-lelaki yang berkopiah dan dia juga ternampak seorang wanita sedang menangis ditemani oleh beberapa orang yang tidak dikenalinya. Hatinya bertambah rusuh. Apa semua ni?? Apa yang telah terjadi?? Tanyanya dalam hati.

Kemudian dia dan suaminya mengambil tempat disisi anaknya yang masih memakai pakaian pejabat. Belum sempat dia mengutarakan soalan, tiba-tiba bahunya disentuh oleh suaminya yang mengisyaratkannya untuk turut serta masuk ke dalam sebuah bilik yang tak ubah seperti bilik mesyuarat. Dibilik itu, semua persoalannya terjawab. Alangkah terkejutnya dia apabila anaknya didakwa ditangkap Khalwat bersama dengan gadis di hotel Renaissane.

 Waktu itu dia benar-benar tidak dapat menerima kenyataan anaknya telah memalukannya dengan kejadian yang menyakitkan itu. Serentak dengan itu dia berpaling melihat gadis yang didakwa bersama dengan anaknya waktu tangkapan itu. Bukan dia benci dengan perempuan itu.tetapi kneepad Iqbal Iskandar sanggup memalukan mereka sekeluarga dengan berbuat begitu. Dan yang paling mengejutkannya bila pihak agama mengusulkan supaya anaknya perlu bernikah dengan perempuan itu. Dia benar-benar marah. Bukan dia tidak dapat menerima kenyataan itu tetapi dia terkenangkan bagaimana kecewanya Rozie jika mengtahui hal ini.

 Dia bukanlah seorang ibu yang kejam.. tetapi dia berhak menentukan kebahagian anaknya. Dia tidak kisah kalau pun perempuan yang bakal menjadi menantunya orang kampong atau miskin, tetapi sekurang-kurang tidak perlulah dia di malukan dengan berita di tangkap khalwat. Tapi bila suaminya menyatakan kes ini akan sampai ke pihak mahkamah bila mereka tidak dinikahkan dengan segera membuatkan dia mengalah. Dia tidak mahu gara-gara kes itu,reputasi syarikat mereka terjejas biarpun kes itu langsung tiada kena mengena dengan perihal syarikat mereka.  Namun, dia takut apabila berita itu sampai ke pengetahuan klient-klient penting dalam syarikat mereka dan boleh mengakibatkan penarikan semula kontrak dan tender usahasama mereka apatah lagi saham syarikat mereka kebanyakannya dilabur oleh pelabur-pelabur asing yang datang dari serantau dunia. Memikirkan hal itu, dia tidak punya pilihan lain selain membenarkan Iqbal Iskandar bernikah dengan Mira.

Setelah perbincangan selesai. Ketiga-tiga belah pihak termasuklah pihak keluarganya, keluarga gadis tersebut yang dipanggil Mira dan pihak jabatan agama bersetuju untuk mengahwinkan Iqbal Iskandar dengan Mira seminggu kemudian.

Mulutnya bagaikan di kunci. Apa lagi yang boleh dia perkatakan. Akhirnya dia pasrah dengan ketentuan tuhan dalam hidupnya. Wani dari tadi sedar bahawa sahabatnya itu benar-benar kecewa dengan keputusan itu segera memeluk Mira. Dia harus memberikan kekuatan kepada Mira.

******************************

Persiapan perkahwinan hanya di serahkan kepada keluarga Iqbal Iskandar. Mira Syafika tidak perlu sibuk dengan semua persiapan itu. Lagi pun dia hanya ada cuti lima hari. Cukup untuk hari perkahwinan dan persandingan mereka.

Sudah bepuluh-puluh kali dia call Mira namun satu panggilan pun tidak di jawab. Kemana pula gadis ni pergi? Kan dia dah cakap dari awal lagi mereka akan pergi ke butik hari ini. Dia ni memang suka buat aku sakit hati!

Tidak lama kemudian dia mendengar bunyi pintu pagar di buka. Kelihatan Mira dan Wani baru keluar dari rumah.

“Awak nak kemana ni?” soal Iqbal Iskandar sebaik saja mendekati mereka berdua.

“Nak pergi kerjalah..”jawab Mira acuh tak acuh.

“Semalam kan saya cakap, hari ni kita pergi ke butik. Asal tak angkat call?” tanya Iqbal.

“Mira silent..” jawabnya acuh tak acuh. Malas benar rasanya bertekak dengan lelaki itu di awal pagi begini.

“Habis tu kenapa tak call balik?”

“Tak ade kredit. Lagi pun malas nak buang kredit nak call awak.”

“Dah naik kereta.. kita pergi ke butik.. Tak payah pergi kerja..” Iqbal Iskandar memberi arahan. Rasa marahnya masih bersisa. Perempuan nikan sengaja nak buatkan aku marah kot!

“Nanti gaji kami kena potong siapa yang nak bayar. Saya ni bukan anak orang kaya macam awak tu!!” cepat saja Mira menjawab.

“Nanti saya bayarlah.. Awak call pengurus awak cakap awak dan Wani tak dapat datang!”

Sambil itu Iqbal Iskandar menyerahkan handphonenya supaya Mira menelefon pengurusnya. Mahu tidak mahu Mira terpaksa menurut.

Nanti sampai di butik, dia mesti nak pilihkan gaun yang cantik untuk Mira. Kebetulan butik itu kepunyaan mama Amirul. Jadi senanglah dia buat pilihan. Dia tidak mahu menyusahkan mamanya sendiri. Dia sedar mamanya tidak begitu sukakan Mira. Tapi dia berjanji suatu hari nanti mamanya akan sedar bahawa dia mempunyai seorang menantu yang baik.




Friday, 3 February 2012

Hanya Kau Milikku 4





Dato Ismail sedang meneliti kertas laporannya. Kedengaran pintu di ketuk dari luar.

“Masuk..” dia memberi arahan.

Dia mengangkat mukanya. Kelihatan penyiasat upahannya berdiri di depannya.

“Selamat pagi Dato..”

“Selamat pagi. Awak dah jumpa dengan pewaris arwah Megat?” soal Dato Ismail. Semenjak kematian sahabatnya dia sedaya upaya mencari pewarisnya. Namun hingga ke hari ini mereka masih belum menjumpainya. Apa yang dia tahu hanya sahabatnya itu mempunyai seorang anak perempuan.

“Belum lagi Dato. Kami sedang berusaha nak cari dia.”

“Baguslah. Jalankan siasatan secepat mungkin sebelum ada orang lain tahu hal ini.”

“Baik Dato..”

Penyiasat persendirian itu pun terus keluar. Dato Ismail bangun dari kerusinya.

“Susahnya nak cari anak kau Megat.. Tapi tak apa, aku akan cari dia sampai dapat. Aku percaya kemalangan yang berlaku ke atas kamu berdua bukan kemalangan biasa tetapi angkara khianat. Cuma kita belum tahu siapa dalangnya.”

Dato Ismail berdiri di hadapan cermin sambil memandang ke luar. Jauh betul dia termenung. Mengingatkan kembali pada sahabatnya dia menjadi sedih. Entah dimana anak sahabatnya sampai sekarang tidak di temui. Kalaulah dia sempat berjumpa dengan anak sahabatnya itu sekurang-kurangnya dia dapat menjaga kebajikannya . Sekiranya sahabatnya itu masih hidup, mungkin juga dia akan menjodohkan anaknya dengan Iqbal. Mereka mungkin juga berbesan. Namun segalanya sudah di takdirkan. Dia cuma ada photo kecil sahaja yang kebetulan dia jumpa dalam pejabatnya sebelum kemalangan itu berlaku. Photo kecil itu di simpan dalam frame gambarnya. Setakat ini masih tiada orang bertanya tentang gambar kecil itu.

.......................................................

Petang semalam dia menerima panggilan dari sebuah syarikat memberitahu bahawa dia di jemput untuk temuduga jawatan kosong itu.

“Wani.. Aku dapat interview kat Syarikat Jaya Holding.”

“Syarikat mana?”

“Syarikat yang aku hantar resume minggu lepas. Tak sangka pulak terus dapat panggilan dari mereka.”

“Tahniah.. mudah-mudahan kau akan dapat jawat jawatan itu nanti.”

“Berdoa sajalah. Bukan saya seorang yang akan di temuduga nanti..” Mira Syafika tersenyum. Gembiranya dia tak terkata. Tidak kisahlah kalau sekadar dapat pergi temuduga. Gagal atau lulus itu kemudian. Yang penting inilah pengalaman pertama beliau pergi temuduga untuk jawatan dalam pejabat.

Malam itu, Mira Syafika sudah menyediakan pakaiannya iaitu baju kurung dengan tudung yang sama warna di gunakan masa temuduga nanti. Petang esok tidaklah dia kelam kabut lagi. Rasa berdebar-debar pula menantikan hari esok. Maklumlah inilah kali pertama dia akan di temuduga untuk jawatan yang sesuai dengan bidang yang di ambilnya dulu.

Pada masa yang di tetapkan, Mira Syafika menuju ke bilik hotel yang telah di beritahu. Dia menyuruh Wani menunggunya di lobi. Dalam perjalanan menuju ke bilik hotel, dia juga tertanya-tanya adakah orang pergi temuduga dekat bilik hotel yang serba mewah ini. Namun dia bertekad dia mahu mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dari sekarang. Namun tiada calon lain pun yang kelihatan di tempat itu. Berdebar-debar juga dadanya ketika mendekati pintu bilik hotel itu.

Kedengaran sayup-sayup lagu kenangan terindah dari Samson. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Teragak-agak Mira mahu menjawab.

“Assalamualaikum.” Mira memberi salam.

“Waalaikummusalam. Cik Mira Syafika ke?” soal pemanggil. Suara perempuan. 

“Saya bercakap. Siapa di sana?” soalnya dengan wajah bingung.

“Saya Liza. Salah seorang setiausaha di Jaya Holdings. Cik Mira Syafika dah sampai ke tempat temuduga ke sekarang?”

Aku cuba memproses apa yang dikata pemanggil.

“Ya dah sampai. Kenapa? Ada hal apa? Temuduga tak jadi ker?” Aku bersuara ingin tahu. Gelisah mula menguasai diri.

“Jadi. Cuma bos saya nak pastikan awak betul-betul datang. Cik masih ingat tak nombor bilik tu?” Liza bersuara lembut. Itu yang dipesan Iqbal Iskandar ketika menyuruhnya menelefon gadis itu.

“Bilik 505kan?”

“Ha..hah.. Betullah tu. Cik masuk je, Pintunya sedikit terbukakan?

“Ya..ya.. Terima kasih.. Cik Sapa ya..?”

“Cik Liza...”

“Terima kasih.. Saya nak masuk dulu..”

“Okey.. semoga awak berjaya..”


Pintu bilik itu di ketuk. Namun tiada siapa yang membukanya. Pintu itu di ketuk lagi. Kedengaran bunyi pintu di buka dari dalam dan mendengar arahan supaya dia masuk. Mira hanya dapat melihat belakang lelaki itu. Namun wajahnya dia gagal untuk melihatnya.

“Masuklah. Tunggu sekejap ya..” Lelaki itu sempat menghantar sms kepada kawannya.

Mira membuka luas pintu itu dengan perlahan dan dia melangkah masuk. Kemana pula gerangan si punya suara itu. Mira menuju ke sebuah sofa yang di sediakan didalam bilik itu. Matanya meliar mencari. Kemudian dia bangun menuju ke arah berenda itu. Dari situ dia dapat melihat pemandangan kotaraya Kuala Lumpur.

Tiba-tiba dia merasakan ada lingkaran tangan sedang melilit di pinggangnya. Apa kena dengan tangan itu? Suka hati dia je nak sentuh aku!

“Hai sayang.. Lama kita tak jumpakan? Takkan dah lupakan wajah kacak dan tampan ni?” suara itu mengejutkan dia. Macam pernah didengarnya suara itu.

Mira Syafika menoleh. Betapa terkejutnya bila wajah itu yang sekian lama lenyap dari kotak fikirannya kini muncul semula. Apa dia buat kat sini? Bukankah dia sepatutnya menghadiri temuduga? Pelbagai persoalan yang timbul di kepalanya kini.

“Kau.. Iqbal..Iqbal Iskandar.. jahanam kau. Lelaki jahanam. Kau buat apa kat sini?” menyinga wajah Mira. Tidak menyangka dia akan bertemu lagi dengan lelaki di hadapannya ini. Dia berkira-kira ingin melarikan diri. Matanya meliar menuju ke arah pintu.

“Ingat pun sayang.. Iqbal ingat sayang dah lupakan wajah ni” jawab Iqbal sambil tersenyum-senyum.

“Kau buat apa kat sini? Bukan ke sini tempat untuk temuduga?” Iqbal tersenyum mendengar kata Mira. Memang pun situ tempat untuk temuduga. Tetapi calon terakhirnya ialah Mira.

Pintu utama itu agak jauh dari tempat dia berdiri. Macam mana ni. Mampuslah kali ini. Terkena lagi dengan sang buaya durjana ini. Iqbal Iskandar dengan selamba sahaja memandang kearah muka Mira. Di lihatnya dari atas ke bawah. Dari bawah ke atas.

Dengan senyuman yang nakal dia cuba mengungkit peristiwa empat tahun yang lalu. Dia terpaksa berlakon dengan menyakiti hati Mira Syafika.

“Ala.. jangan marahlah. Ingat tak empat tahun yang lalu tu, dekat bilik inilah saya..” Mira cuba melepaskan genggaman tangan itu dari pelukannya.

“Tak nak ingat..”  tiba-tiba sahaja ingatan kembali pada peristiwa hitam empat tahun yang lalu.  Lelaki itulah yang memperkosanya. Lelaki itulah yang menghancurkan masa depannya. Pada masa itu dia hampir putus asa kerana kesucian diri telah di nodai.

Dengan sekuat hati Mira meronta akhirnya dia dapat melepaskan diri dari pelukan Iqbal.

“Jangan datang dekat.” Kata Mira hampir menangis. Dia takut dan bimbang seandainya Iqbal Iskandar mengulangi perkara yang terjadi empat tahun yang lalu.

Iqbal Iskandar ketawa melihat gelagat Mira. Dalam diam dia begitu teruja ingin menikmati saat indah bersama Mira sekali lagi. Wajah yang sekian lama di rinduinya sudah ada di depan mata.

“Kau takkan dapat lari lagi Mira. Kau tak akan dapat lari jauh di aku. Walau seceruk manapun engkau bersembunyi aku masih dapat cari engkau..” Iqbal ketawa dengan kuat. Puas hatinya dapat mengenakan gadis yang berdiri di hadapannya kini. Segala rindu dendamnya sudah terurai walaupun dia sebenarnya tidak berniat untuk mempermainkan perasaan Mira. Namun dia tiada jalan lain.

Suara itu betul-betul menakutkan Mira. Dia tahu tiada jalan lain untuk melepaskan diri kecuali menuju ke pintu bilik itu. Baru sahaja dia ingin melangkah, tiba–tiba tangan Iqbal menyambar untuk sekali lagi.

“Lepaskan aku.! Sakitlah..” bercucuran air mata Mira di pipi. Namun Iqbal tidak peduli dengan rayuan itu. Dengan perlahan dia berbisik ke telinga Mira.

“Sayang.. Jangan macam tu. Iqbal rindu sangat dengan sayang. Sudah empat tahun Iqbal tak jumpa sayang. Makin hari semakin cantik pula Iqbal tengok” dia tetap memeluk Mira. Dia tidak peduli dengan airmata Mira yang jatuh di pipi. Dia harus menguatkan hatinya agar tidak kalah dengan senjata gadis itu.

Iqbal memujuk Mira agar menurut kehendaknya. Dia membawa Mira duduk di atas sofa yang sedia ada. Dia tahu Mira memang dalam keadaan ketakutan namun dia tidak boleh mengalah kepada Mira kerana ini sajalah peluang yang dia ada untuk memiliki Mira. Jika dia tak dapat memujuk Mira sia-sialah rancangannya dengan Amirul.

“Sebenarnya, saya ada benda nak cakap.”

Mira mengangkat mukanya. Memandang ke arah Iqbal. Entah kenapa mamat ini tiba-tiba pula jadi baik. Sedangkan sebentar tadi garang macam singa saja. Perasaan gementarnya masih terasa.

“Apa yang awak nak cakap? Bukan ke saya di panggil untuk temuduga hari ini. Kalau saya tahu begini jadinya.. Sumpah mati pun saya tak akan datang ke sini..” jawab Mira dengan berani. Iqbal Iskandar cuma tersenyum. Kelakar mendengar bebelan Mira.

‘Hish lambatnya Amirul.. Nanti tak pasal-pasal gagal pula rancangan mereka berdua.’

“Sebenarnya...” masih tergantung ayat di situ.

Tiba-tiba mereka mendengar pintu bilik hotel di ketuk. Kedua-dua mereka berpaling kearah bunyi ketukan itu.

“Sebentar ya mungkin pekerja hotel hantarkan makanan agaknya” kata Iqbal berbasa basi. Dia bingkas bangun menuju kearah pintu utama. Mira Syafika dari tadi duduk di kerusi itu diam tidak berkutik. Pintu utama di buka. Beberapa orang lelaki berpakaian lengkap dan berkopiah putih berdiri di muka pintu.

"Apa yang sedang berlaku disini?" Iqbal terkejut dengan jerkahan itu. Dia terkaku seketika.

 "Err... takde apa-apa encik. Biasalah masalah rumahtangga sikit!" jelas Iqbal Iskandar dengan tenang.

'Hrmm.. Tenang Iqy jangan tak tenang. Kau boleh tu Iqy!' bisik hati Iqbal Iskandar.

 "Kami tak percaya! Tadi kami ada mendapat laporan ada berlaku kegiatan maksiat di sini" suara tegas itu menyanggah.

Mira menoleh kearah pintu bila mendengar suara agak garang kedengaran. Apa? Kegiatan maksiat? Siapa yang bagi laporan palsu ni? Tapi siapa mereka ni? Dia tercongak-congak dengan kata-katanya sendiri. Lantas satu gelaran sudah menari-nari di ruangan mindanya. Pencegah maksiat!!! Benarkah??? Sungguh! Gelaran itu bagaikan penjenayah yang amat menakutkannya saat ini. Dia sudah benar-benar kecut perut. Darah sudah berlumba-lumba memenuhi setiap inci salur darah di mukanya. Dia mula berpeluh-peluh walau pun air cond dalam bilik hotel itu sudah cukup menyejukkan. Betapa malunya dia rasakan saat ini. 'Ditangkap khalwat'. Perkataan itu sudah terngiang-ngiang di telinganya..

Ya Allah! Kenapa sampai begini sekali nasibku ya Allah. Apakah yang harus aku lakukan ya Allah! Dia mula menangis teresak. Mira sangat takut memikirkan akibatnya kelak. Hidupnya bakal hancur sekali lagi. Apatah lagi jika dipaksa menjadi isteri kepada lelaki yang pernah menghancurkan masa depannya. Ya Allah! bantulah hambamu ini.

Permudahkanlah masalah hambamu ini Ya Allah! Berikankanlah aku kekuatan untuk menghadapi masalah ini! Sempat aku panjatkan doa kepada-NYA memohon agar diperkukuhkan imanku. Dipermudahkan urusanku. Semoga ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Pegawai-pegawai dari jabatan pencegah maksiat tadi menapak masuk. Tanpa sedar airmatanya menitik laju.

 "Tak guna awak menangis sekarang! Percuma! Memang begini perangai perempuan zaman sekarang. Murah sangat maruah diri!" tengking suara lain. Bukan sekali ini dia berjumpa dengan perkara seperti ini. Tetapi setiap kali mereka berdepan dengan kejadian seperti ini mesti si gadis akan menagis. Kononnya mereka tidak sengaja. Dan pelbagai alasan yang akan mereka dengar. Tetapi mereka sudah biasa.

 Mira jadi bertambah sebak bila dikatakan perempuan tak bermaruah. Air mata semakin deras mengalir keluar dari kelopak mata. Kalaulah mereka tahu dia bukanlah gadis sepincang itu. Mahu saja dia jeritkan bahawa dakwaan mereka salah sama sekali. Namun takut pula dia bersuara. Mira takut lebih banyak hinaan akan dilemparkan padanya nanti.      

"Syyy... jangan nangis sayang! Saya ada disini. Saya janji akan bertanggungjawab dan akan melindungimu sayang!" bisik Iqbal Iskandar sebak ke telinga Mira Syafika. Entah bila masa pula dia berada di sebelahnya. Mira Syafika menjeling tajam.

“Siapa sayang awak?” soalnya kepada Iqbal Iskandar. Bertambah sakit hatinya mendengar Iqbal  memanggilnya begitu. Sesenang itu saja Iqbal memanggilnya sayang.

“Sayang jangan cakap macam itu. Saya akan bertanggungjawab keatas apa yang berlaku.”

“Semudah itu je?”

“Dan saya sanggup berkahwin dengan sayang” ujarnya perlahan. Semakin bencilah gadis itu kepadanya. Mencerlung pandangan Mira kepadanya. Paling Mira geli dengar bila Iqbal memanggilnya sayang. Entah apa mimpi dia memanggil dirinya begitu.

“Siapa yang nak kahwin dengan awak? Saya tak nak kahwin dengan awaklah.. Biarlah perkara ini selesai macam tu saja. Aku tak kisah kalau awak tak nak bertanggung jawab pun”jawab Mira separuh sakit hati.

“Tapi aku kisah. Sayang jangan berdegillah okey. Awak ingat masalah ni boleh selesai macam tu saja.”geram juga hatinya mendengar kedegilan Mira yang masih membantah keputusan itu.

“Sudah!! Sudah!! Kenapa awak berdua bertengkar pulak? Tadi yang perempuan menangis. Sekarang bertengkar pulak. Apa nak jadi dengan korang berdua ni?” kedengaran salah seorang pegawai itu menegur mereka. Mereka bertengkar tanpa menyedari ada mata-mata yang menyaksikannya.

Memandangkan jelingan mata yang tajam dari Mira Syafika dia sedar hati gadis itu tergores dengan hinaan yang dilemparkan oleh pencegah maksiat tersebut. Dia tidak rela mendengar tangisan dari wanita kesayangannya. Hatinya turut sama sedih bila gadis kesayangannya sedih. Bagaikan ada perkongsian perasaan diantara mereka.

'Ahh!! salahku semuanya!' desis hatinya. 

 "Err.. Saya rasa encik semua sudah tersalah bilik!" ujar Iqbal Iskandar.

"Kamu jangan nak bohonglah! Baik... Kalau benar laporan itu palsu encik perlu buktikan bahawa kamu tidak bersalah. Sekarang, tunjukkan kad nikah kamu!" sahut suara lain dengan lantangnya. Geram juga mereka apabila mendengar Iqbal berkata demikian.

"Err..ermm....saya terlupa bawa encik. Kad nikah tu ada di rumah keluarga saya" terang Iqbal Iskandar dengan sedikit gagap. Siapa tidak cuak bila ditangkap khalwat walaupun semuanya itu adalah rancangan spontannya. Namun, rasa gembiranya masih disitu.

 "Selain dari kamu berdua, ada sesiapa lagi yang menyorok dalam bilik ini?" tanya suara itu dengan sinis.

"Maaf encik! Hanya kami berdua dalam bilik ini. Tidak ada orang lain! Sebenarnya tadi memang ada sessi temuduga calon. Tetapi kawan saya sudah balik. Manalah saya tahu ada calon terakhir lagi" lancar saja Iqbal Iskandar  menjawab. Namun jantungnya sudah berdetup-detap. Mana tahu kalau gadis itu mengamuk dengannya. Tak jadilah rancangan dia dan Amirul.

Mira mengigit bibirnya menahan geram. Kata-kata Iqbal sebentar tadi seolah-olah menyalahkan diri yang datang lambat untuk temuduga itu.

"Baiklah.. Kalau macam tu sila ikut kami ke balai sekarang juga!!!"

“Encik.. Tolonglah.. Saya tak nak kahwin dengan dia ni. Saya ke sini untuk temuduga bukan untuk jumpa dia ni.” ujar Mira. Merayu kepada salah seorang pegawai di hadapannya itu.

“Sayang kenapa ni? Kita berduakan saling kenal. Jadi tak ada masalahkan? Takkan sayang tak nak kahwin dengan saya ni?” soal Iqbal. Dia cuba menarik perhatian daripada pegawai tersebut.

“Siapa yang nak kahwin dengan awak?” jawab Mira berani. Matanya berlawan dengan mata Iqbal. Rasa nak meletup saja dirinya menahan amarah.

“Sayanglah. Siapa cakap sayang boleh pilih nak kahwin atau tidak. Boleh tak boleh... mesti kahwin.. “selamba saja Iqbal menjawabnya.

Mira melihat Iqbal merenungnya tajam. Sukar rasanya mahu menggambarkan perasaannya sekarang. Memang dia sangat-sangat marah dan geram.

“Amboi senangnya awak bercakap. Awak ingat saya ni anak patung. Sesuka hati awak je buat keputusan.”ujar Mira tidak puas hati.

“Dah jangan bergaduh lagi. Elok kita pergi ke balai sekarang.” Salah seorang pegawai cuba meleraikan pergaduhan mereka berdua.

"Baik encik. Tapi boleh tak encik semua tunggu di luar sekejap. Tak elok rasanya membiarkan saya berpakaian sebegini. Saya nak tukarkan pakaian saya sekejap!" pinta Iqbal Iskandar dengan lembut.

"Ok.. saya bagi kamu 10 minit untuk berkemas. Kami tunggu diluar!" akur salah satu lagi pegawai pencegah yang sedari tadi senyap sebelum mereka keluar meninggalkan bilik itu.

"Baik encik. Terima kasih kerana berikan kerjasama!" balas Iqbal Iskandar tona suara yang masih sama.. Namun dalam hatinya gembiranya sudah bukan main kepalang. Namun terbit rasa bersalahnya kepada Mira. Tak semena-mena gadis itu sudah terlibat dalam masalah hidupnya. Ya Allah! ampunkan dosaku. Aku tidak punya pilihan lain. Aku terpaksa lakukan ini semua. Iqbal Iskandar sudah bemonolog dalam hati. Keinginan yang sudah tak terbendung membuatkan dia merancang satu cara untuk memiliki Mira Syafika.

Sungguh! Dia sudah tidak punya banyak masa. Kes darurat sangat. Dia didesak oleh mamanya untuk mengahwini Rozie anak Tan Sri Ruslan. Dia benci pada gadis itu. Dia sudah penat memujuk mamanya untuk membatalkan rancangan perkahwinan mereka.

Mira sudah makin tidak keruan bila dia kena datang ke balai. Apakah yang sudah berlaku disini sebentar? Mengapa mesti dia yang terlibat dalam masalah sebegini? Entah kenapa tiba-tiba hatinya merasa sangat sebak.  Air mata sudah mengalir membasahi pipinya walaupun tanpa esakan. Mira baru saja ingin melangkah keluar namun tangannya sempat di rentap oleh Iqbal Iskandar. Membuatkan Mira terpeluk lagi dalam pelukan Iqbal Iskandar.

Tiba-tiba Iqbal Iskandar tersenyum lebar pada Mira. Kemudian jemari kasarnya mengesat airmata Mira perlahan-lahan.

 “Maafkan saya kerana membuatkan sayang menangis. Saya tak bermaksud untuk melukakan hati sayang. Tapi percayalah apa yang berlaku ini adalah kehendak tuhan. Saya tak kisah untuk bertanggungjawab jika itu yang boleh membuatkan saya untuk memiliki awak Mira!" luah Iqbal Iskandar dengan lembut. Mira hanya mendiamkan diri. Entah betul ke tidak kata mamat ni.. Yang pasti hatinya sukar untuk mempercayai kata-kata yang baru kedengaran di telinganya tadi. Mungkin itu hanya lakonan semata-mata.

 "Sekarang saya nak ganti pakaian yang sesuai dulu ya... kita kena pergi ke balai kejap lagi. Jangan lupa beritahu orang tua sayang yang kita ditahan di balai. Untuk kali ini saja saya harap Mira tidak membantah cakap saya!" rayu Iqbal Iskandar lembut sebelum meleraikan pelukannya.

Mira terdiam dengan kata-katanya. Dia bagaikan terpujuk dengan rayuannya. Sekarang, mana dia kata janjimu. Dasar hipokrit!!! Ahh! Entah kenapa cepat sahaja pendiriannya berubah. Mungkin kerana kata-katanya yang begitu tulus dan suci dipendengaranku. Tapi bolehkah dia percaya kata lelaki itu. Namun sekarang dia buntu dengan semua ini. Apa maksudnya mahu memilikiku? Ahh! Susahnya otaknya memikirkan perkara itu. Bukankah dulu dia juga yang...? Arghh..!!!!!!!!!

Tiba-tiba terlintas di fikiranku satu mainan perkataan yang begitu keramat. Mungkinkah dia? Mungkinkah dia sengaja ingin membalas dendam yang masih ada terhadapku? Tapi besar sangatkah salahku sampaikan ke hari ini Iqbal Iskandar masih mendendamiku. Mungkinkah? Tak mustahilkan? Ah! Mengarut! Seumur hidupku, aku tidak pernah mempercayai cinta. Seringkali kawan-kawanku mengatakan aku kolot. Ah! lantaklah.

Biarlah aku begini hidup sendirian. Lebih bahagia. Benarkah??? Oh kenapa semua ini harus berlaku kepadaku? Adilkah tuhan memperlakukan aku sebegini? Mengapa aku harus diuji begini? Pernahkah aku berbuat salah sebesar ini sehingga tuhan mengujiku sebesar ini? Ya! Mungkin juga sebab aku mendendami lelaki yang berada di depanku ini. Mungkinkah ini balasan yang ku terima atas perbuatanku? Astaghfirullahalazim...' Ya Allah aku hanya mampu berserah kepadamu. Redhailah hidupku. Walau apapun yang akan berlaku selepas ini, redhailah keputusanku. Semoga ianya memberi hikmah yang besar kepada hidupku kelak. 'Mungkin ini sudah takdir hidupku!' bisikku sendirian.

Air matanya tetap membasahi pipinya. Penyesalan yang tiada gunanya. Penyesalan yang tiada kesudahan dalam jiwanya. Kerana dia alpa, dia di bebani dengan dugaan yang sebegini besar. Dimana dia nak sorokkan mukanya. Apa yang harus dia jawab kepada insan yang menyayanginya. Apakah alasan yang boleh membuatkan mereka agar percaya dengan kata-katanya. Untuk berkahwin dengan lelaki itu bukanlah kemahuannya. Namun apa yang boleh dia buat untuk mempertahankan dirinya. Dulu pun dia pernah tewas sekali dalam tangan lelaki durjana itu. Apa lagi situasi sekarang membuatkan orang menuding jari ke arahnya.