Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday 16 July 2014

Kau Rantai Hatiku 51


HARI Sabtu itu Humaira datang awal ke rumah Arin. Dia mahu membantu apa yang patut. Lagipun ini majlis istimewa kawan baiknya. Mak Teh dan Pak Teh pun turut sama!

Tengku Elman Qaufar rasa berdebar-debar. Bagaimana penampilan Humaira nanti. Humaira pula rasa tidak selesa apabila Arin menyuruh mak andam menyolek wajahnya.

“Kau ni buang tabiat ke?” soalnya kepada Arin. Dari tadi lagi dia melihat Arin tersenyum manis. Tahulah hari ini dia akan bertunang. Tapi tak payahlah dirinya juga di solek.

“Mana ada!! Arin cuma nak lihat wajah kawan Arin ni cantik di hari pertunangan Arin. Itu aje.” Humaira memuncungkan mulutnya. Arin ni memang suka nak kenakan dirinya.

“Malu aku tau!! Nanti orang ingat aku yang bertunang..” jawabnya selamba.Arin tergelak! Lucu betul dengan wajah Humaira.

“Eleh dia dah ada laki pun. Ada hati nak menggatal juga!” balas Arin lagi sambil tergelak.

“Yelah suka hati kaulah..”

“Eh, kau nak kemana?” soal Arin apabila melihat Humaira menuju ke muka pintu..

“Ira nak keluarlah.. Kenapa?”

“Tak ada apa-apa.. Tapi Arin memang puji Ira cantik sungguh malam ni..” Humaira tersenyum gembira mendengar pujian dari kawannya. Humaira melangkah keluar dari bilik Arin. Tengku Elman sudah sedia menunggunya di luar. Dia melemparkan senyuman pada Humaira. Pasti Humaira tidak tahu yang ini semua sudah dirancangnya dengan Arin.

“Cantiknya isteri abang!” puji Tengku Elman.

“Betul ke?”

Tengku Elman mengangguk.

“Ira malulah. Nanti orang ingat Ira yang bertunang!” cebik Humaira lagi. Tengku Elman mencuit pipi Humaira. Nasib baiklah mereka berada di suatu tempat yang tersorok. Memanglah mereka suami isteri, tapi mereka kena berjaga-jaga. Manalah tahu ada orang yang tidak berkenaan ternampak mereka berdua.

“Ni mesti abang punya kerjakan?” soal Humaira apabila melihat senyuman manis dari bibir Tengku Elman.

“Hisshh!! Tak baik tau tuduh abang macam tu! Kan Arin tu kawan baik sayang! Mestilah dia nak sayang kelihatan cantik di hari bahagia dia. Dan abang kelihatan kacak di hari bahagia kawan abang!” sempat lagi Tengku Elman mencuit pipi Humaira.

“Mm.. Yelah tu! Kalau ada orang yang tersangkut kat Ira nanti macam mana?” kali ini Humaira sengaja mengusik si suami. Tengku Elman tersentak!!

“Langkah mayat abang dulu! Abang tak akan benarkan sesiapa yang berani usik isteri abang!” jawab Tengku Elman dengan tegas. Ya memang siapa yang berani mendekati Humaira perlu minta izin dia dahulu.

Humaira tersenyum. Dia rasa bahagia sekali.

“Amboi-amboi korang berdua ni, sempat lagi berasmara dana kat sni ya!” kedengaran suara Arin yang baru keluar dari bilik persalinan.

Malam itu majlis pertunangan Arin dengan Amir berjalan dengan lancar. Ada tetamu yang keliru mana satu yang bertunang sebenarnya. Tengku Elman yang mendengar hanya tersenyum. Dia tidak menyangka Humaira sangat cantik malam itu. Dia sengaja membelikan pakaian yang di pakai Humaira malam itu. Dia memberitahu Arin agar Humaira mengenakan pakaian itu. Seperti yang di janjikan Arin buat seperti yang di suruh.

SELESAI majlis pertunangan itu, Tengku Elman membawa Humaira ke apartment yang pernah menjadi tempat tinggal mereka berdua suatu masa dulu. Apartment itu adalah hadiah yang di berikan oleh Dato Farid sempena perkahwinan mereka berdua. Jika ada masa lapang dia dan Humaira akan menghabiskan masa di apartment itu. Namun selepas pemergian Humaira, apartment itu di sewakan kepada kawannya. Namun bila dia mengetahui ‘Ariananya’ masih hidup dia menyuruh kawannya berpindah dari apartment itu, dan dia mahu mengubah suai suasana rumah itu seperti dulu.

“Inilah rumah kita..” Tengku Elman memberitahu.

“Rumah kita?” soal Humaira lagi. Patutlah dia rasa macam kenal je dengan rumah itu. Pernah sekali Tengku Elman membawanya ke sana.

“Ya.. Abang nak Humaira tinggal di sini..”

“Tapi Ira lebih suka tinggal dengan Mak Teh..”

“Itu abang tau.. Bukannya setiap masa. Kalau abang jemput Ira, kita lepak kat rumah ni. Lagipun abang masih risaukan keselamatan Ira... Kalau kita berada di luar nanti, takut ada orang nampak! Abang tak nak ada apa-apa berlaku pada Ira nanti!!” terang Tengku Elman. Namun matanya tetap menatap wajah yang berada di depannya itu.

“Oh macam tu.. Ira faham..” jawab Humaira lagi. Bagaimana dia mahu mengelak dari tidak berjumpa dengan lelaki ini apabila Mak Teh dan Pak Teh sentiasa menyuruhnya bersama Tengku Elman ke mana saja! Memang gila rasanya. Kalau sebelum dia mengetahui hubungannya dengan Tengku Elman pastinya dia akan membantah apa yang Tengku Elman buat.

“Masih ingat tak, kali pertama abang bawa Ira datang sini?” soal Tengku Elman tiba-tiba.

Humaira mengangguk.

“Mana Ira boleh lupa..” jawab Humaira perlahan. Terbayang dia ketika itu. Dia benar-benar rasa takut bila melihat perangai Tengku Elman.

“Abang nyaris-nyaris tak dapat kawal diri masa tu. Abang minta maaf..” ujar Tengku Elman dengan lembut.

“Ira yang sepatutnya minta maaf.. Ira tak tahu siapa diri Ira yang sebenarnya. Sehingga sekarang Ira masih tak pecaya yang Tengku ni suami Ira..” terbeliak biji mata Tengku elman bila mendengar Humaira menyebut nama ‘Tengku’.

“Ira panggil apa tadi? Tengku?? Ni memang nak kena ni..” gertak Tengku Elman. Baru Humaira menyedari kesilapannya. Pantang betul kalau dia menyebut panggilan lain selain abang.

Oppp Sorry... Sorry bang.. Ira tak sengaja.. Susah betul nak sebut..” Humaira menampar perlahan mulutnya yang selalu terlepas menyebut nama ‘Tengku’.

“Bukannya susah sangat.. sebut macam ni. Abang!” Humaira ketawa. Lucu betul muka Tengku Elman ketika menyebut perkataan ‘abang’.

“Tapi di luar Ira kena panggil abang ni Tengku.. Ini untuk keselamatan Ira..” Humaira hanya mengangguk.

 “Masuklah.. Ini bilik kita dulu..” kali ini Tengku Elman membawa Humaira masuk ke kamar tidur.

“Sayang kalau ini bilik kita, mestilah ada baju sayang di dalamnya. Kalau tak percaya pergilah buka almari pakaian itu. Abang tak pernah usik pun pakaian sayang di dalamnya. Cuma dah lama tak di cuci saja..”

Humaira terus menuju ke ruang almari pakaian. Cepat sahaja tangannya membuka almari itu. Benar kata Tengku Elman, terdapat pakaian wanita di dalamnya. Satu persatu pakaian itu di selak. Namun apabila dia menutup pintu almari itu, dia terkejut apabila melihat Tengku Elman berdiri rapat dengannya sambil memegang beg plastic.

“Nah, abang dah belikan Ira apa yang patut..”

“Beli apa?” soal Humaira terkejut.

“Takkan abang nak Ira pakai pakaian yang lama tak di cuci dalam almari tu. Nanti Ira naik gatal. Abang juga yang susah!” ujar Tengku Elman dengan senyuman nakalnya.

“Hish kesitu pulak. Abang tu yang gatal. Bukan Ira..” jawab Humaira dengan pantas.

“Abang nak mandi dulu. Tapi kalau sayang nak ikut pun boleh!”

“Hah!! Macam tu pun boleh?” jerit Humaira. terkejut mendengar ajakan berani dari Tengku Elman.

“Apa salahnya.. Lagipun kitakan suami isteri..”

AWAL pagi Tengku Elman bangun. Dia mahu menyediakan sarapan untuk isteri tercinta. Menurut kata doktor yang merawat Humaira, Tengku Elman perlu melakukan perkara yang selalu mereka buat ketika mereka hidup bersama dulu. Dia menyediakan makanan kegemaran Humaira. Nasib baiklah dia sempat menyuruh Encik Johan menyediakan bahan-bahan yang sepatutnya.

“Hi sayang.. Good morning!

Good morning” jawab Humaira yang berdiri di muka pintu bilik. Namun dia sendiri terkejut apabila melihat Tengku Elman sedang menyediakan sarapan pagi. Alangkah malunya dia kerana pagi ini dia tertidur balik selepas sembahyang subuh pagi tadi. Entah mengapa badannya rasa penat. Mungkin kerana dia membantu Arin di majlis pertunangannya semalam.

“Maaflah, Ira terlanjur tidur pagi ni..” kata Humaira sambil menguap. Tangannya sempat menutup mulutnya yang terbuka luas.

“Tak apalah. Abang tau sayang penat sebab itu abang tak nak kejutkan sayang. Apa kata sayang pergi mandi dulu. Nanti kita sarapan bersama. Tak sabar rasanya abang nak bersarapan dengan isteri abang ni..” ujar Tengku Elman. Humaira hanya tersenyum. Nampaknya hari ini dia akan menghabiskan banyak masa bersama Tengku Elman. Lagi pun hari ini hari minggu.

“Baiklah tuan putera. Adinda mahu mandi dulu. Jangan lupa sediakan sarapan pagi yang paling enak untuk adinda ya!” usik Humaira. Tengku Elman hanya ketawa. Nampaknya sudah ada perubahan pada sikap isterinya itu. Dia benar-benar rindukan saat-saat bahagia bersama isterinya dulu.

SELESAI mandi, Humaira terpandang lagi gaun yang di belikan oleh Tengku Elman. Selepas dia menyikat rambutnya dan mempastikan wajahnya elok, dia pun keluar dari biliknya.

Sarapan itu sudah terhidang sepenuhnya di atas meja. Namun tubuh Tengku Elman tiada di situ. Kemana dia pergi agaknya. Takkan aku mandi lama sangat!

Sedang asyik dia mengelamun, terdengar seperti pintu di buka dari luar. Rupa-rupanya Tengku Elman. Humaira melihat Tengku Elman sedang menyembunyikan sesuatu di belakangnya.

“Abang pergi mana?”

“Abang nak berikan Ira bunga..” sambil itu, Tengku Elman menghulurkan bunga mawar putih yang pernah menjadi bunga kegemaran si isteri pada masa dulu.

Humaira menerima bunga itu sambil tersenyum. Lalu dia menghidu bunga itu.

“Terima kasih abang..”

“Sama-sama..” ujar Tengku Elman sambil mencium dahi Humaira.

“Jomlah kita sarapan. Abang dah lapar ni..”

“Jomlah..” balas Humaira lagi. Lalu dia memeluk lengan si suaminya. Dia benar-benar rasa gembira kerana Tengku Elman melayannya dengan baik. Biar pun ingatannya belum lagi pulih, tetapi sekurang-kurangnya dia tahu yang lelaki itu amat menyayanginya suatu masa dulu.

SELEPAS bersarapan, Humaira mengemas meja dan mencuci perkakas yang mereka gunakan tadi.

“Hari ini sayang nak kemana-mana tak?” soal Tengku Elman.

“Rasanya tak kemana-mana pun. Abang?”

Tengku Elman pun menggeleng kepalanya. Kalau boleh dia mahu menghabiskan masanya bersama-sama Humaira di dalam rumah ini sahaja.

“Apa kata kita habiskan satu hari ini di dalam rumah ini saja. Lagi pun abang malas nak keluar. Petang nanti baru abang hantar Ira pulang” Humaira hanya mengangguk!

“Habis tu kita nak buat apa?” soal Humaira lagi. Dia bimbang juga kalau-kalau si suaminya mahu berbuat lebih-lebih. Lagipun dia belum bersedia lagi!

“Kita menonton. Lagipun abang ada simpan beberapa video semasa hari perkahwinan kita, masa bulan madu kita.. Manalah tahu selepas itu Ira boleh ingat sikit-sikit tentang abang..” ujar Tengku Elman sambil mengharap. Mengharap ingatan Humaira kembali semula.

“Bagus juga idea itu” jawab Humaira sambil tersenyum lega! Kemudian terfikir lagi. Apa salahnya jika tengah hari nanti dia pula yang memasak untuk lelaki yang sentiasa disisinya itu.

“Tengah hari nanti Ira masak ya..”

“Sayang nak masak apa?” soal Tengku Elman. Manalah tahu Humaira memerlukan bahan-bahan lain untuk memasak.

“Apa yang abang suka makan?”

Tengku Elman terus memberitahu apa yang ingin dia makan. Sudah lama rasanya dia tidak merasa air tangan si isteri. Biar pun si isteri tidak ingat apa makanan kegemarannya, dia tidak marah kerana bukan salah si isteri tidak ingat. Dia juga harus bertolak ansur dalam semua perkara supaya ingatan isterinya tidak terlalu terganggu.

Petang itu, Tengku Elman menghantar Humaira pulang ke rumah Mak Teh dan Pak Teh. Wajah Tengku Elman kelihatan sangat gembira. Pak Teh dan Mak Teh juga turut gembira melihat wajah Tengku Elman yang sangat gembira.

Tuesday 8 July 2014

Kau Rantai Hatiku 50


PAGI-pagi lagi Tengku Elman sudah keluar dari rumah. Dia rasa tidak sabar nak berjumpa dengan Humaira. Dia kelihatan segak pagi ini.

“Hai El nak pergi mana segak macam ni?” soal Tengku Suraya. Hari ini hari minggu. Setahunya anak lelakinya itu jarang mahu keluar terutama di awal pagi begini. Tapi pagi ini dia begitu segak sekali.

“El nak jumpa kawan ma.. Kalau El dah kahwin nanti susah El nak keluar macam ni.. Asyik berkepit je kot!” ujar Tengku Elman dengan nada bergurau. Tengku Suraya tersenyum mendengar kata-kata Tengku Elman. Benar juga mungkin Bella tak akan bagi anaknya itu keluar awal pagi begini terutamanya hari minggu begini.

“El pergi dululah ma.. Nanti El lambat pulak!” ujar Tengku Elman mematikan khayalan mamanya Tengku Suraya.

“Baik. Hati-hati memandu..” pesan Tengku Suraya lagi. Tengku Elman mengangguk. Dia terus menuju ke keretanya. Hari ini dia sudah merancang untuk membawa Humaira keluar. Namun pertama sekali dia mahu membeli bunga. Dia singgah di kedai bunga untuk membeli bunga.

“Tengku Elmankan?” soal penjual bunga kepadanya.

“Mmm..”

“Ni mesti nak beli bunga untuk Cik Isabella..”

“Mmmm..tidak. I nak beli bunga untuk orang lain..” jawab Tengku Elman. Berubah wajah si penjual. Tapi dia tidak hairan. Lelaki tampan dan kaya macam Tengku Elman memang sudah di ketahui perangainya. Sudah bertunang pun itu tiada apa-apa makna padanya.

“Encik nak bunga apa?” soal si penjual. Tengku Elman tersenyum. Di mahukan bunga mawar merah dengan putih seratus tiga kuntum. 

Tengku Elman memberhentikan keretanya didepan rumah Pak Teh. Dia melihat Humaira asyik menyusun barang di belakang pintu masuk rumah. Kusyuk benar isterinya tiu membuat kerja sehinggakan kedatangannya tidak di sedari. Dia mengulum senyum.

“Hai sayang...” Tengku Elman menegur. Suaranya betul-betul di menerjah di telinga Humaira. Humaira yang terkejut mengangkat tangan kerana di sergah begitu.

“Apa ni sayang.. Sayang nak bersilat dengan abang ke?” usik Tengku Elman lagi.

“Apalah abang ni. Lain kali masuk beri salam. Bukannya dengan menyergah Ira macam ni! Buat terkejut orang saja tau.” Humaira merungut. Namun Tengku Elman sudah memaut pinggangnya.

“Abang janganlah buat macam ni? Malu tau! Nanti orang nampak”

Humaira menepis. Dia tidak senang di perlakukan begitu. Bukannya dia tidak suka tapi perbuatan itu tidak manis di pandang.Tengku Elman ni pun satu tak tengok pada tempat. Geram juga hatinya pada sang suami.

“Alah.. Kak Ira malu-malu kucinglah pulak? Zeti buat tak nampak aja.. ” usik Zeti yang berada tidak jauh dari mereka. Terbeliak biji mata Humaira mendengar komen Zeti. Dia mencubit Tengku Elman yang mentertawakannya.

“Huh.. Sukalah tu.. Gatal! Miang!”

“Nah bunga untuk Ira..” ujar Tengku Elman. Humaira menyambut bunga dari Tengku Elman sambil tersenyum. Tak sangka awal pagi begini dia dapat bunga.

“Wah!! Romantiknya abang. Siap bagi bunga lagi kat Kak Ira..” uasik Zeti lagi. Semakin merahkan wajah Humaira ketika ini.

Humaira terus masuk ke dalam rumah. Tengku Elman mengikutnya dari belakang dengan hati yang riang. Dia gembira dapat mengusik si isteri pagi-pagi begini.

“Kenapa datang?” soal Humaira. Dia sedar itu bukan soalan yang baik untuk seorang lelaki yang bernama suaminya itu.

“Tak boleh ke abang datang jenguk sayang?” jawab Tengku Elman.

“Boleh siapa cakap tak boleh?” Tengku Elman tersengih. Dia gembira mendengar kata-kata itu dari Humaira. Ingatkan tadi Humaira betul-betul tak suka dengan kedatangannya.

“Sayang jom kita keluar.” soal Tengku Elman lagi.

“Nak pergi mana?” soal Humaira lagi.

“Sayang nak pergi mana?” balas Tengku Elman lagi.

“Entahlah! Abang dah sarapan ke belum?” soal Humaira lagi.

“Dah.” Humaira mengangguk.

“Kalau macam tu, sayang pergi bersiap dulu. Abang tunggu di sini..” ujar Tengku Elman dengan mesra.

“Baiklah. Abang tunggu tau!”

TENGKU Elman terus sahaja membawa Humaira ke taman Syurga. Sudah lama di berhasrat mahu membawa Humaira ke tempat yang di binanya itu. Namun dia akan menjadi orang kebanyakan. Pakaiannya agak sempoi dan menggunakan kaca mata hitam agar orang ramai tidak mengenalinya. Di sebabkan wajahnya pernah keluar di sebuah majalah, dia terpaksa menjaga reputasinya.

“Kita nak pergi mana?” soal Huamira ketika dalam perjalanan.

“Nak bawa Ira ke Time square”

“Abang, boleh ke bawa Ira ke sana?” Tengku Elman memandang wajah Humaira yang berada di sebelahnya. Dia kehairanan.

“Kenapa tak boleh pula? Ada benda special yang abang nak tunjukkan..”

“Benda special?”

“Mana boleh abang cakap. Nanti tak surprise!!” balas Tengku Elman sambil tersenyum.

“Tapi macam mana kalau kita terserempak dengan mereka yang mengenali kita? Terutamanya Isabella?” soal Humaira lagi. Dia bimbang kalau terserempak dengan orang yang mengenali mereka terutamanya Isabella. kalau bukan Isabella mungkin kawan rapat atau saudara mara sebelah Isabella. siapa tahu?

“Lagi baguskan. Ada juga alasan abang nak bagi kat dia! Dah jangan banyak fikir sangat. Nanti sakit kepala pula!” tangan Tengku Elman mencuit pipi Humaira.

“Abang!!” jerit Humaira sambil memukul lengan Tengku Elman. Tengku Elman tersenyum gembira. Dia suka mengusik Humaira. Dia sendiri pun tidak tahu apa akan terjadi sekiranya mereka terserempak dengan mana-mana orang yang mengenali mereka.

TENGKU Elman berpimpinan tangan dengan Humaira. Walaupun si isteri agak malu-malu, namun Tengku Elman memang pandai memujuk. Sambil berjalan dia bercerita tentang apa yang mereka impikan. Kini Tengku Elman sedaya upaya memenuhi impian mereka. Humaira tersenyum kegembiraan.

Ketika berselisih dengan orang ramai, ada juga mereka yang perasan dengan wajah Tengku Elman. Maklumlah lelaki itu pernah masuk dalam majalah bersama wajah tunangnya sekali. Namun gelagat mereka tidak di pedulikan.

“Kita nak pergi mana lagi ni?” soal Humaira lagi. Dia hairan melihat gelagat suaminya itu.

“Itu rahsia. Tapi abang nak bawa sayang ke tempat yang romantic dan sunyi dari pandangan orang. Agar kita berdua dapat merasai makan malam yang romantic.”

Terbeliak mata Humaira mendengar pengakuan suaminya itu. Suaminya itu jenis orang yang romantic. Memang dia sangat bertuah kerana di kurniakan seorang suami yang penyanyang dan romantic. Tak padan dengan rupanya.

“Jangan pandang abang macam tu. Tergoda abang tau..”

Humaira tersenyum malu. Dia masih rasa malu dengan Tengku Elman walau pun sudah berapa kali Tengku Elman mengusiknya. Tengku Elman suka bila melihat wajah isterinya yang malu-malu itu. Hari itu mereka manghabiskan masa bersama tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang mereka. apa yang penting mereka berdua rasa sangat bahagia dan gembira.

MALAM itu Humaira mengenakan pakaian yang sungguh cantik. Ada gaun khas yang di belikan Tengku Elman untuknya. Dia memakai sahaja gaun labuh itu atas permintaan suaminya. Sudah pasti suaminya mahu dia kelihatan cantik malam itu.

Keluar dari bilik itu, memang benar Tengku Elman terpegun seketika bila melihat Humaira memakai gaun yang di belinya itu. Memang muat pada potongan badan Humaira. Rupanya tidak susah dia membeli barang untuk isterinya. Sebab apa yang dia berkenan memang padan pada tubuh isterinya itu.

Tengku Elman memimpin isterinya memasuki sebuah restoran yang sangat mewah. Humaira hanya mengikut Tengku Elman. Tangannya tidak pernah lepas dari genggaman tangan Tengku Elman. Apalah yang di takutkan oleh suaminya itu. Dia hanya tersenyum sendiri mengenangkan kelakuan Tengku Elman ketika dari rumah tadi.

Humaira begitu rasa teruja ketika dia dibawa masuk kedalam restoran yang bertaraf dunia. Matanya melilau serata sudut dan celah restoran bertaraf antarabangsa itu. Tidak percaya dia sekarang berada di restoran yang cukup mewah sekali. Tidak sangka betul!

Sekali dipandang, mereka tak ubah seperti pasangan yang sedang hangat bercinta sahaja lagaknya. Wajahnya didekatkan kewajah isterinya dan dengan selamba dia mengucup pipi mulus itu. Jantung Humaira sudah berdebaran. Beraninya suami dia!!! Namun dia cuba meredakan kegelisahan dihatinya. Maruah suami wajib dijaga sebaik mungkin. Dalam masa yang sama, dia juga tidak mahu memalukan suaminya dihadapan orang ramai.

Tengku Elman memutuskan untuk mengambil tempat di suatu sudut yang agak terlindung dari orang ramai. Tangan dilepaskan dari pinggang Humaira kemudian dia menarik kerusi untuk isterinya.

Have a seat sayang!” pelawanya penuh romantis.

Thanks!” ucap Humaira sepatah. Segan betul dibuatnya. Suaminya tak pernah habis dengan kejutan romantiknya. Sebuah senyuman menawan dihadiahkan buat si suami. Tengku Elman tergoda. Senyuman isterinya dibalas dengan senyuman kacaknya.

Anything for you dear!” desis Tengku Elman di telinga isterinya. Tubuhnya dilabuhkan bertentangan dengan Humaira. Dia kembali merenung penuh cinta wajah cantik isterinya yang menunduk. Sejuk hatinya apabila terpandangkan seraut wajah suci isterinya.

“Hrmmm... sayang abang nak makan apa malam ni?” soal Tengku Elman dengan suara perhatian. Humaira mendongak. Wajah tampan suaminya yang tersenyum menggoda padanya direnung.

“Err... abang pulak?” soalan suaminya dijawab dengan soalan pulak. Tengku Elman angkat kening.

“Abang?” Tengku ELman sambil jari telujuk menunjuk pada dadanya. Humaira mengangguk.

“Hrmm... Kalau abang cakap, abang nak makan sayang! Boleh?” soal Tengku Elman nakal. Dikenyitkan mata kanan dengan senyuman yang bisa mencairkan hati mana-mana saja gadis yang memandang. Mata Humaira membulat. Main-main pulak dia ni!

“Abang ni main-main pulak..”

“Abang seriuslah sayang..” tak habis-habis lagi Tengku Elman mengusik isterinya. Walaupun terlambat merasa kemesraan dari isterinya namun dia bersyukur kerana dia masih di beri peluang untuk menikmati suasana itu. Bahagia rasanya bila Humaira sudah perlahan-lahan menerima dia dalam hidupnya.