Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday 29 April 2014

Kau Rantai Hatiku 44

“WAH!! Bukan main lagi malam tadi kan?” usik Kak Sofi. Humaira hanya tersenyum sahaja. Dia tahu pagi ini pasti Kak Sofi akan galak mengusiknya.

“Kenapa akak cakap Ira macam tu?”

“Yelah siapa yang sangka rupa-rupanya Ira boleh dapat gelaran Miss Beauty! Padan muka Cik Bella. Tergedik-gedik dekat Tengku Elman. Menyampah tau tengok muka dia!” sampuk Aya pulak.

“Hish kau ni! Macamlah tak tahu. Tengku tukan tunang dia. Tak lama lagi mereka akan kahwin. Suka hati dialah nak buat apa!” balas Humaira lagi. Kemudian Aya berlalu pergi meninggalkan Humaira dengan Kak Sofi.

“Ira tak ada apa-apa perasaan pada Tengku Elman ke?” soal Kak Sofi sebaik sahaja tinggal mereka berdua sahaja di ruang pantry itu.

“Apa maksud Kak Sofi?” soal Huamira kehairanan.

“Tak begini. Sebenarnya akak tengok Tengku tu macam ada hati kat Humaira. Yelah Ira pun tahu wajah Ira tu seiras dengan arwah isterinya. Tapi cara dia pandang Ira tu lain macamlah..” Kak Sofi meluahkan rasa hatinya. sudah lama dia perasan dengan layanan Tengku Elman kepada Humaira. Tetapi dia diamkan saja kerana mungkin itu hanya apa yang di fikirkannya. Namun dari hari kehari Tengku Elman semakin ceria dan sekarang berani pula dia mengusik Humaira di depan mereka. Kadang-kadang dia hairan, nama sahaja Cik Bella itu tunangan Tengku Elman tetapi mereka jarang-jarang keluar makan bersama atau berjumpa selalu walaupun mereka berkerja di bawah satu bumbung.

“Apa yang lainnya. Akak jangan nak menakutkan Ira pulak!” ujar Humaira dalam gelaknya. ‘Kak Sofi ni mAcam-macam’ bisik hatinya. Tapi betul ke Tengku Elman ada hati dengannya. Kalau sekadar usikan itu tak bermakna lelaki itu ada perasaan padanya. Siapalah dia jika di bandingkan dengan tunang Tengku Elman.

“Entahlah perasaan akak je kot. Ira tak payah ambil seriuslah dengan apa yang akak cakap” Kak Sofi mematikan lamunan Humaira.

Humaira hanya mengangguk.

“Jom kita mula kerja.. nanti mengamuk pula si bos kat kita..” Humaira mengangkat punggungnya sambil menuju ke sinki untuk mencuci mug yang di gunakannya. Kak Sofi pun turut berbuat benda yang sama. Kemudian mereka masing-masing menuju ke meja kerja masing-masing.

Petang itu, Zana terdengar Tengku Elman memberitahu Erin tentang sesuatu. Namun dia segera bertanya pada Erin untuk memastikan kebenaran cerita itu.

“Dengar-dengar, Tengku Elman nak belanja petang ni?” ujar Zana kepada Aya.

“Mana kau tahu?” soal Aya kepada Zana.

“Tadi bos cakap.. Bestnya dapat makan bersama-sama bos!” ujar Zana kegembiraan.

Baginya bukan mudah dapat peluang untuk duduk makan semeja dengan bos. Tapi bos ini sangat baik walaupun wajahnya selalu saja susah mahu tersenyum. Cuma sejak kebelakangan ini, bosnya itu galak mengusik Humaira. Biar pun dia tahu Isabella itu tunang bos, tetapi dia tidak pernah melihat bos mereka gembira bila bersama dengan Isabella.

“Ira kau pergi tak petang ni?” soal Zana kepada Humaira. kebetulan juga Humaira lalu di depannya.

“Pergi mana?” soal Humaira balik. Dia tidak tahu apa-apa pun.

“Bos ajak semua staff keluar makan petang ni.. Dia nak belanja!!”

“Oh iya ker.. Ira tak nak pergilah..” Humaira memberi alasan. Malas dia mahu pergi dengan mereka. Lagi pun rasa penatnya belum hilang lagi.

“Siapa yang tak nak pergi?” kedengaran suara garau mencelah perbualan mereka. Mereka bertiga berpaling. Dan yang membuatkan mereka terkejut ialah suara itu datang dari mulut Tengku Elman.

“Ira bos..” jawab Zana dan Aya serentak!

“Kenapa Ira tak nak pergi?” soalnya dengan wajah yang serius! Saja dia mahu menunjukkan wajah serius itu kepada Humaira!

“Ira memang tak nak pergi!” jawab Humaira dengan berani.

“Beri seribu satu alasan Ira tak boleh pergi..”

‘Seribu satu alasan? Apa dah gila agaknya Tengku ni?? Kenapa aku kena bagi seribu satu alasan hanya kerana tidak mahu pergi keluar makan dengan mereka petang nanti..’ gumam Humaira dalam hati.

“Ira penat..”

“Satu..”

“Ira malas..”

“Dua..”

“Memang Ira tak nak pergi!! Walaupun Ira tak dapat bagi seribu satu alasan!” Humaira melawan. Geram betul hatinya bila sedar yang dirinya di permainkan oleh Tengku Elman Qaufar.

“Okey, kalau Ira tak pergi, saya batalkan rancangan tu..”

“Ira.. Pergilah.. Kami nak sangat duduk makan semeja dengan bos. bukan selalu tau!”

“Yelah Ira, kempunan kami nak rasa bos belanja kami makan..”

“Dengar ya.. Kalau Ira tak pergi, saya batalkan rancangan untuk makan petang ini..” ugut Tengku Elman pula.

“Kenapa Ira mesti pergi?”

“Sebab kerana Iralah majlis kita berjaya.. dan kita pun dapat beberapa tajaan besar.”

“Okeylah kerana kawan-kawan Ira, Ira akan pergi..” akhirnya Humaira mengalah. Kalau dia tak pergi kesian dengan rakan-rakan sepejabatnya yang bersusah payah menjayakan majlis itu dengan sempurna.

PETANG itu seperti yang di janjikan, selepas waktu bekerja, Tengku Elman meminta pekerjanya menunggu dia di sebuah restoran. Dia sudah pun menempah bilik besar yang khas untuk mereka petang itu. Isabella juga tidak ketinggalan. Dia berasa bangga dengan dirinya sendiri kerana Tengku Elman juga turut memujinya.

Sampai di restoran itu, Tengku Elman sengaja menarik hujung baju Humaira supaya duduk dekat dengan dirinya.. Kini Tengku Elman di apit oleh dua orang gadis. Manakala Isabella menjeling tajam ke arah Humaira. ‘Dia ni saja je nak duduk dekat Tengku Elman. Macamlah tak ada tempat lain dia nak duduk!’ bisik hati Isabella.

“Wah untungnya bos, dapat di apit dua orang gadis lagi.. Ini yang buat kami jelous ni..” usik Encik Johan. Yang lain pula bergelak ketawa.

“Kalau jelous duduklah di sebelah mana mana yang Encik Johan suka!” ujar Tengku Elman dengan selamba. Kata-kata Tengku Elman itu di sambut dengan gelak ketawa.

Makanan yang mereka pesan sudah sampai. Masing-masing sudah tidak sabar melihat keenakan makanan di restoran tersebut.

Tengku Elman menyeduk makanan untuk Humaira. Isabella sekali lagi menahan perasaan. Dia cemburu dengan Humaira kerana Tengku Elman sentiasa memberi perhatian kepadanya.

“Baiknya bos dengan Ira..” usik salah seorang pekerja di situ.

“Mestilah.. Kalau bukan kerana dia, majlis malam itu tidak akan berjaya tau.. Ini sikit je kalau nak dibandingkan jasa dia pada syarikat kita.. Saya hanya nak berterima kasih dengan dia. Dan tidak lupa juga dengan jasa kamu orang semua.. Sebab itulah saya belanja kamu semua makan kat sini hari ini..” terang Tengku Elman.

Semua mereka mengangguk.

Selesai makan-makan, masing-masing pulang dalam keadaan yang mengenyangkan! Lauk pauk di restoran itu semuanya sedap! Yang paling best bila bos keluar belanja!

“Terima kasih bos, sebab belanja kami makan malam ini..” ujar para pekerjanya. Tengku Elman hanya menganguk.

“Sama-sama..”

Dari dia datang ke restoran itu lagi, dia lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin di sebabkan kepalanya yang sedikit pening. Namun di gagahinya jua dirinya didepan rakan-rakan sekerjanya. Mereka berpisah di tempat parking kereta. Mereka masing-masing masuk ke kenderaan sendiri. Begitu juga Humaira. 

Dia menghidupkan enjin keretanya namun enjin keretanya tidak mahu hidup. Beberapa kali juga dia memusing kunci itu namun tetap sama.

“Arghh!! Meragam lagi kereta ni!” rungut Humaira sendirian. Kepala juga sedikit berdenyut. Rasa tidak sabar dia mahu sampai kerumah. Tetapi keretanya pula buat hal!!

Tengku Elman yang menyedari keadaan itu terus mendekati pintu di bahagian memandu. Dia menegur Humaira. Di tinggalkan sahaja Bella sendirian berhampiran dengan keretanya. Lagi pun semua mereka datang dengan kenderaan sendiri.

“Kenapa?” soal Tengku Elman tiba-tiba.

“Kereta ni meragam lagi..” beritahu Humaira.

“Selalu ke meragam macam ni?” soal Tengku Elman lagi.

“Baru-baru ni pun meragam juga. Tapi mujurlah Pak Teh tolong tengokkan untuk Ira..” terang Humaira lagi. Dia melepaskan keluhannya.

“Apa kata Ira tinggalkan kereta ni di sini.. Nanti saya suruh Encik Johan hantar kereta Ira ke bengkel..”

“Kalau macam tu saya call Pak Teh je jemput Ira kat sini..” balas Humaira apabila mendengar Tengku Elman menghulurkan bantuan. sambil itu tangannya mula menyeluk beg mencari telefon bimbitnya.

“Tak payah, saya boleh hantarkan Ira balik..” jawab Tengku Elman dengan cepat.

Tengku Elman terus mendekati keretanya. Namun dia melihat Isabella maih lagi berdiri di tempat tadi dengan muncung yang panjang.

“Bella, I pergi hantar Ira balik dulu.. You pun baliklah..”

“I belum habis cakap lagi dengan you..” rengek Isabella.

“Nak cakap apa? Lain hari sajalah ya!!”

“Habis bila kita nak bincang soal majlis perkahwinan kita?” soal Bella dengan geram. Dari tadi dia menahan perasaan apabila kehadirannya langsung tak di ambil perhatian oleh Tengku Elman. Sikit-sikit Ira.. sikit-sikit Ira..

“Kita bincang hari lainlah.. Lagi pun I nak hantar Ira balik ke rumah. Kereta dia rosak..”

“Kenapa tak suruh Encik Johan hantarkan dia?”

“I suruh Encik Johan tunggu orang tarik kereta Ira masuk bengkel..”

‘Huh!! Mengada-ngada..’ ujar Bella dalam hati.

Tengku Elman segera membukakan pintu untuk Humaira. Makin panaslah hati Bella melihat layanan baik yang di terima oleh Humaira.

MEREKA masing-masing diam didalam kereta milik Tengku Elman. Akhirnya Humaira memulakan bicara.

“Cik Bella tak marah ke Tengku hantar Ira balik rumah?” soal Humaira. Dia pasti Cik Bellanya tidak suka melihat Tengku Elman rapat dengan dirinya. Lagi pun tadi dia tidak sengaja terdengar kata-kata Isabella..

“Buat apa nak marah? Bukan salah Ira pun.. Dah memang kereta Ira tu meragam..” jawab Tengku Elman sambil matanya memandang ke depan.

“Ira minta maaflah kerana terpaksa menyusahkan Tengku..”

“Gunung akan ku daki, lautan akan ku renangi.. kerana Ira, abang sanggup buat apa saja..” tiba-tiba Tengku Elman berjiwang-jiwang. Berharap orang sebelahnya itu faham dengan maksud ayat-ayatnya itu.

“Hish tak padan dengan rupa Tengku ni. Terror jugakan dengan ayat-ayat jiwang ni. Tengku ni pun pandai touching jugakan?” Humaira berkata sambil ketawa. Dia sebenarnya geli mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Tengku Elman. Tak sangka dalam diam Tengku ni romantik juga orangnya.

“Itu baru sikit je.. Intro je.. Kalau Ira nak dengar yang lebih lagi, lain kalilah ya!” ujar Tengku Elman. Dia sudah membuat rancangan selepas ini dia mahu membawa Humaira ke rumah di tepi pantai tempat mereka selalu menghabiskan hujung minggu suatu masa dulu.

“Gelilah Ira nak dengar.. Baik Tengku mengucapkan ayat-ayat cinta Tengku tu pada Cik Isabella. Pasti Cik Isabella terharu mendengarnya.. Lagi pun tak lama lagi kalian berdua akan berkahwin!”

‘Abang tak nak kahwin dengan Isabella.. Cukuplah abang mempunyai seorang isteri seperti Ira!’

Tanpa mereka sedari, mereka sudah berada didepan rumah Pak Teh. Tengku Elman memberhentikan kereta.

“Terima kasih Tengku sebab hantar Ira malam ini..”

“Alah apalah sangat jika nak di banding kan dengan apa yang Ira buat untuk saya dan syarikat kita..” ujar Tengku Elman. Humaira tersenyum.

“Jangan lupa esok kita kena pergi ke Johor..” entah keberapa kali Tengku Elman berpesan. Barulah Humaira teringat.

“Ira ingat Tengku.. nanti Ira terus kemas pakaian dan esok kita akan bertolak mengikut masa..”

“Bagus macam itulah yang saya nak..”

“Eh tengku tak nak singggah ke?” soal Humaira lagi. rasa serba salah pulak. baik-baik Tengku bawa dia pulang, tapi dia tak jemput masuk ke rumah pulak!

“Tak apalah Ira. lagi pun saya juga nak pack barang malam ini..”

“Oh ya lupa pulak! Okeylah kalau macam tu saya nak masuk kedalam dulu. Selamat malam..”

“Selamat malam sayang.. Jangan lupa mimpikan abang tahu!!”

“Dah mulalah Tengku ni.. Apa-apa sajalah..” gelak Humaira. Dia sedar macam mana pun dia memarahi Tengku Elman kerana memanggilnya sayang, namun lelaki itu memang tak pernah makan saman.

SELESAI mandi dan membersihkan diri, Humaira terus mengemas pakaiannya. Dia terpaksa pergi ke Johor bersama dengan Tengku Elman. Pada mulanya dia memang malas mahu mengikut Tengku Elman, kerana dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia tidak akan mengikut Tengku Elman atas urusan kerja di mana-mana selepas selesai majlis itu. Namun sangkaannya itu ternyata meleset sekali.

Tengah hari tadi, dia di panggil oleh Tengku Elman. Pada mulanya dia memang tidak mahu berjumpa dengan bos mereka. Namun dia terpaksa juga kerana itu arahan kerja. Rupa-rupanya Tengku Elman mahu memberitahu bahawa dia terpaksa pergi ke Johor bersama-samanya. Pada mulanya Humaira memang membentak, namun Tengku Elman Berjaya memujuknya.

“Boleh Mak Teh masuk?” kedengaran suara Mak Teh yang kini berdiri di luar pintu bilik Humaira yang memang terbuka.

“Masuklah..” jawab Humaira ddengan senyuman di bibirnya. Hilang segala sumpah seranahnya pada Tengku Elman.

“Ira pergi outstation lagi ke?” soal Mak Teh sebaik saja dia melangkah masuk ke bilik Humaira. Selepas makan tadi Humaira cepat-cepat naik ke biliknya.

“Nampaknya begitulah Mak Teh.. Ingatkan bila dah selesai majlis pelancaran tu, Ira tak payah nak kerja ke tempat lain, rupa-rupanya Ira tersalah tafsir pulak!” keluh Humaira sekali lagi. Kalau bukan kerana mengenangkan itu pasal kerja memang dia tidak mehu ikut Tengku Elman kemana-mana pun!

“Tak apalah, dah memang itu kerja Ira nak buat macam manakan?” pujuk Mak Teh pula. Dia tahu perasaan Humaira yang sejak kebelakangan ini agak terganggu.

“Iyalah Mak Teh.. Kadang-kadang Ira fikir nak berhenti kerja je.. Nak kerja balik dengan Arin. Kesian Arin buat kerja kat kedai itu tanpa bantuan Ira...” Humaira menyuarakan perasaannya.

“Pasal Arin tu, Ira janganla risau.. Dia kan ada pembantu yang lain.. Ira tak payah risau punyalah.. Kalau memang benar Arin ada masalah pasti dia akan cari Ira..” pujuk Mak Teh pula.

“Betul kata Mak Teh.. Kami kawan pun lama, takkan Arin tak cari Ira kalau ada masalah.. Lagi pun buat masa sekarang Ira tak ada masa nak jenguk dia..” terdengat keluhan dari mulut Humaira. Mak Teh hanya tersenyum sambil membelai rambut Humaira.

“Esok pukul berapa bertolak?”

“Lepas sembahyang Jumaat. Itu kata Tengku..” jawab Humaira lagi.

Mak Teh hanya menganggukkan kepalanya. Dia berdoa dalam hati, semoga Humaira kembali hidup bahagia bersama Tengku Elman. Dan janganlah ada cubaan dan dugaan lagi buat mereka berdua! Semoga sinar kebahagiaan tetap menyinari kehidupan mereka berdua.

 

 

Thursday 24 April 2014

Kau Rantai Hatiku 43

SELEPAS acara berlangsung, Humaira menuju ke arah meja buffet yang sudah di sediakan. Pelbagai jenis makanan yang telah di sediakan. Lagi pun dia sudah rasa lapar sekali melihat lauk pauk yang sudah terhidang. Semuanya kelihatan sedap sekali. Bukan selalu pun dia ada peluang makan mewah seperti sekarang.

            Dari jauh Azwan melihat Humaira sedang menuju ke meja buffet. Cepat-cepat dia meninggalkan Sally yang asyik bercakap dengan Tengku Elman dan Isabella. Dia mendekati Humaira.

“Ira masih marahkan Wan ke?” soal suara garau menegur di sebelahnya. Segera Humaira berpaling. Azwan!! Lama kemudian baru dia menjawab pertanyaan Azwan.

“Taklah.. Ira tak marahkan Wan pun.. Kenapa mesti Ira nak marahkan Wan?” soalnya sebaik mungkin. Dia sebenarnya cuba mengawal perasaannya. Mana mungkin dia tidak marah namun ketika Azwan bertanyakan soalan begitu di tempat begini pasti dia mengaku yang dia tidak marah. Bodohnya lelaki ini yang betul-betul percaya dia tidak marah.

“Manalah tahu Ira berdendam dengan Wan.. I am sorry..”  Azwan lagi. Dia tidak percaya Humaira tidak marahkan dirinya.

“Sudahlah Wan, memang kita tak ada jodoh. Nak buat macam mana? Dan Ira pun redha dengan semua ini. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.. Kita tak tahukan?” kini giliran Humaira pula yang memberi nasihat. Dia tidak mahu Azwan terfikirkan dia masih mengharap.

But I still love you Ira.. Wan tak dapat lupakan Ira.. Wan..” Humaira menjeling tajam. Kata-kata itu seolah-olah merobek perasaannya yang memang masih dalam mood bersedih. Tidakkah Azwan tahu dia sebenarnya berlakon kuat di depannya. Sekarang dia bimbang kalau-kalau dia tidak dapat mengawal perasaannya.

“Ira mesti suka makan inikan?” ujar satu suara di sebelah kanannya pula. Humaira berpaling kea rah suara itu. Tengku Elman?? Kelihatan dia menyeduk lauk butter prwan di hadapannya lalu di letakkan ke dalam pinggannya. Selamba sahaja.

“Macam mana Tengku tahu?” soal Humaira hairan. Tiada orang lain yang tahu dia suka makan butter prawn jika bukan ahli keluarganya.

“Malam ini saya jadi nujum Pak Belalang je..” jawab Tengku Elman dengan senyumannya. Dia puas hati bila melihat wajah Azwan yang sudah bertukar. Itulah lain kali jangan nak buat hal dengan hak aku!! Bisiknya dalam hati.

Kemudian Azwan terus berlalu dari situ.  Tengku Elman tersenyum dalam hati. Mungkin dia tengah menahan rasa cemburu di hati. ‘Padan muka!!’ bisik Tengku Elman dalam hati. Biarlah Humaira marahkan dirinya tapi apa yang penting, Azwan tidak akan mendekati Humaira.

“Ira sayang, makanlah banyak sikit. Muka Ira dah sedikit cengkung tu.. Tak payah nak fikir nak diet. Sekarang bukan masanya.. Lagi pun lauk ni nampak sedap. Rugi tau kalau tak makan..” ujar Tengku Elman sambil menceduk lauk kegemaran Humaira yang lain. Entah berapa lama Humaira berdiri memandang makanan itu tetapi pinggannya masih kosong. Tetapi kini sudah di penuhi dengan lauk-lauk yang di cedok oleh Tengku Elman untuknya! Tiba-tiba dia naik geram. Geram dengan perangai Tengku yang tak ikut masa.

“Tengku tak payah nak buat baik dengan Ira. Tengku pergi sajalah layan Cik Bella tu. Jangan nak menyibuk pasal Ira!” getus Humaira semakin geram. Tengku Elman memandang wajah Humaira yang tengah bengang. Namun hatinya sangat sakit. Sakit bila melihat Azwan mendekati Humaira dan dia terdengar perbualan Humaira dengan lelaki tak guna itu. Lebih sakit lagi bila Humaira memarahinya cuba mencampuri urusannya.

“Kenapa Ira marah-marah ni? Saya just nak tolong je tadi?” jawab Tengku Elman.

Sepantas kilat Humaira memalingkan mukanya kepada Tengku Elman. Lelaki itu mengangkat-ngangkat kening kepadanya dengan senyuman di bibir. Humaira menjeling ke arah Tengku Elman. Sakit hatinya bila melihat senyuman di bibir lelaki itu. Teringat kembali bagaimana Mak Teh memujuknya agar memakai gaun itu! Mungkin lelaki itu tersenyum tanda kemenangan di pihaknya kerana dia memakai gaun yang di belinya itu.

Argh!! Bentak Humaira dalam hati. Pasti dia juga membelikan pakaian untuk Isabella. Malam itu Isabella sangat menyerlah dengan gaun yang berwarna hitam dan mengembang. Tapi gaun yang di pakainya juga tidak kurang hebatnya!!

“Nak tolong Tengku cakap.. Tengku mengeruhkan keadaan lagi adalah..” marah Humaira.

“Yelah.. Ira marah ke?” soal Tengku Elman lagi.

“Siapa yang marah?”

Come on Ira, when you want to telling me truth! How you really feel?” bisik Tengku Elman ke telinga Humaira sambil tersenyum. Senyuman di bibir lelaki itu membuatkan Humaira semakin tidak tentu.

Bulat mata Humaira memandangnya. Dia bertambah geram!! Tengku Elman ini sengaja mencabar mindanya.

“Nak beritahu apa?” soal Humaira hairan. Tidak ada angin dan ribut tiba-tiba pula keluar tentang luahan perasaan. Tengku Elman semakin berani pula kali ini.

“Soal hati Ira pada abanglah. Oh ya terlupa pula abang, sayang nampak cantik malam ini..” bisik Tengku Elman ke telinga Humaira. Humaira menjeling tajam. Dia memprotes kelakuan Tengku Elman dalam diam.

 “Tengku jangan nak buat hal lagilah okey!” ujar Humaira lalu dia menuju ke meja makan. Tengku Elman hanya tersenyum melihat gelagat Humaira. Kalaulah Humaira tahu kebenarannya suatu hari nanti bagaimana agaknya reaksi wanita itu?

“Baik betul Tengku dengan awak ye Ira, siap dia cedok lagi lauk ke pinggan awak tu..” usik Kak Sofi. Humaira hanya tersenyum kelat. Mereka tidak tahu apa yang sedang bergolak dalam jiwanya. Biarlah dia pendamkan sendiri.

“Hai Ira..” tegur Jamal lagi. Humaira terpaksa senyum. Bimbang kalau lelaki itu mengatakan dia sombong.

“Hai..”

“Boleh I join dengan you ke?” soal Jamal berhati-hati. Dari tadi dia mencari-cari kelibat Humaira. Baru kali ini dia melihat Humaira sudah duduk di meja makan yang telah di sediakan.

“Boleh. Apa salahnya...”

Jamal tersenyum suka. Nampaknya Humaira tidaklah sombong seperti mana ketika pertemuan mereka buat kali pertama di Johor hari itu. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Humaira.

Malam itu perasmian itu berjalan dengan lancar walaupun dalam diam Humaira mula berperang dengan perasaannya sendiri. di akhir majlis itu, para hadirin dan tetamu di kejutkan dengan satu pengumuman.

“Malam ini kita akan adakan pasangan yang paling cantik dan kacak..”

“Wow!!!” ujar tetamu yang hadir. Mereka memberikan tepukan yang gemuruh sekali. Isabella tersenyum girang. Dia pasti akan mendapat gelaran wanita paling cantik malam ini. Dan Tengku Elman pasting mendapat gelaran lelaki paling kacak.

“Mesti you dengan I akan dapat gelaran Miss beauty dan Mr handsome malam ni..” beritahu Isabella kepada Tegku Elman. Tengku Elman hanya tersenyum. Namun matanya tetap memandang kearah di mana Humaira berada. Biar pun dia bersama Isabella namun pandangannya tetap kepada Humaira yang berada tidak jauh dari mereka.

“Pada malam ini, kita akan memilih tetamu yang paling cantik dan paling kacak. Kita mempersilakan tetamu yang paling kacak malam ini di menangi oleh Tengku Elman Qaufar…” semua tetamu memberi tepukan yang gemuruh sekali. Begitu juga dengan Isabella yang duduk di sebelah Tengku Elman. Dan dia yakin Miss Beauty akan di menangi olehnya. Tengku Elman bangun dan menuju ke depan.

“Dan Miss Beauty pada malam ini di menangi oleh Humaira… Di persilakan beliau datang ke depan..” Humaira terkejut. Kak Sofi memeluk Humaira. Dia tidak menyangka Humaira di pilih menjadi Miss Beauty pada malam ini.

“Tahniah Ira..” ucap kawan-kawan yang duduk semeja dengannya. Humaira terpaksa juga bangun menuju ke depan. Malu? Memanglah dia malu. Dia hairan kenapalah pulak dia yang menjadi Miss Beauty pada malam ini. Ketika dia lalu di meja tempat duduk Isabella, sempat dia melihat Isabella melihat dia dengan pandangan yang tajam. Namun dia tetap meneruskan langkahnya.

Dia berdiri di sebelah Tengku Elman. Hatinya mendongkol geram melihat senyuman di bibir Tengku Elman. Kalau boleh mahu saja dia memulas bibir lelaki itu.

“Ni mesti Tengku punya kerjakan?” bisik Humaira di sebelah Tengku Elman. Tengku Elman hanya tersenyum. Dia sebenarnya pun terkejut kenapa pula ada acara sebegitu. Jangan-jangan ini kerja Encik Johan.

“Eh, mana ada? Saya pun terkejut juga bila kita jadi pasangan malam ini..” jawab Tengku Elman dengan tenang. Memang betul pun dia tidak menyangka malam ini ada acara yang menarik perhatian tetamu.

“Habis ini kerja siapa?” Humaira bertanya lagi. dia masih mahukan jawapan dari Tengku Elman. Kemudian dia teringat. Jangan-jangan ini kerja Encik Johan.

“Entahlah..”

Mereka berdua dia hadiahi sesuatu. Tengku Suraya yang memberikan hadiah itu kepada mereka berdua.

“Ira sungguh cantik malam ini..” puji Tengku Suraya ketika dia menyerahkan sebuah kotak hadiah itu. dia dalam kotak hadiah itu ada jam tangan berjenama mahal.

“Terima kasih mama..” balas Humaira sambil memeluk tubuh Tengku Suraya. entah m engapa dia rasa damai ketika memeluk tubuh wanita itu.

“Tengok mama pun suka dengan Ira..” Tengku Elman menyampuk.

“Hadiah ini akan menjadi kenangan seumur hidup mereka..” ujar pengacara lagi.

Sementara itu di sudut sana, Isabella merengus marah. Dia rasa sangat malu dengan tetamu yang hadir malam itu. Sepatutnya gelaran yang di sandang oleh Humaira itu adalah miliknya. Namun itu hanya apa yang difikirkannya sahaja.

Malam itu Humaira balik lewat. Esok pagi dia terpaksa turun kerja juga. Lagi pun lepas sehari kerja mereka ada tiga hari cuti. Bolehlah juga dia berehat setelah sepanjang minggu dia sibuk dengan kerja. Bagaikan tiada ruang untuk dia merehatkan badannya.

 

Saturday 12 April 2014

Saat Ku Cinta 11

ZHARIF duduk di kerusinya. Matanya masih terasa mengantuk. Malam tadi dia pulang lewat. Nasib baik dia tersedar jam locengnya berbunyi pagi tadi. Kalau tidak mesti dia lambat masuk ke pejabat.

 Morning Zhar..” sapa Hana.

Good morning.. Ada apa-apa hal pagi ini?” soal Zharif sambil memandang Hana.

“Tak ada.. Sebab meeting semuanya untuk esok pagi..”

“Baguslah..” jawab Zharif pendek. Dia masih menguap. Rasa mengantuknya masih ada.

“Kau ni kenapa Zharif? Macam tak bermaya je?” soal Hana lagi. Zharif tersenyum. Dia tahu pasti Hana risau pasal dirinya. Bukannya apa dia kenal dengan Hana pun sejak mereka belajar di sekolah tinggi dulu. Kawan baiknya pula suami kepada Hana. Kekadang dia cemburu juga melihat kawannya sudah berkahwin dan bakal mempunyai cahaya mata.

“Aku balik lambat malam tadi.. Ada hal..” balas Zharif.

“Berpoya-poyalah tu sampai larut malam.. Dah tak ingat dunia..” cebik Hana lagi.

“Aku tak keluar pergi mana-mana pun. Cuma malam tadi aku balik lewat sikit dari office. Lepas tu aku terdengar seorang gadis meminta tolong.. Jadi aku tolonglah..” jawab Zharif lagi.

“Kenapa dengan gadis tu?”

“Sebenarnya pada masa itu dia di kejar oleh dua orang lelaki. Dan lelaki itu pula cuba nak merogol gadis itu. Nasib baik aku sempat sampai.. Tapi gadis itu sudah pengsan. Kedua lelaki itu pula melarikan diri..” Zharif menceritakan peristiwa yang  berlaku malam tadi.

“Huh..” ujar Hana mengurut dadanya tanda lega. Dia tidak dapat bayangkan bagai mana jika mereka sempat merogol gadis itu. Sedih betul!!

“Gadis tu tak apa-apa ke?” soal Hana lagi.

“Dia okey. Cuma mungkin dia traumalah..” jawab Zharif lagi. Hana mengurut dadanya tanda lega.

“Hei.. Macam-macam dunia sekarang. Itulah aku suruh kau kahwin.. tak nak..” rungut si Hana lagi.

“Apa kena-mengena pula dengan bab kahwin ni?”

“Saja sekadar mengingatkan kau..”

“Bukan aku tak nak kahwin tapi aku belum jumpa jodoh yang sesuai. Nanti kalau dah memang ada jodoh, aku akan cepat-cepat kahwin..” usik Zharif lagi. Hana hanya tersenyum. Bukan sekali dia mendengar gurauan seperti itu, malah untuk kali ini sudah keberapa kali Zharif berkata demikian padanya.

“Hana dan Wan, kalau boleh memang nak sangat kau bahagia Zhar. Memang susah nak jumpa calon, tapi kalau dengan izin NYA, pasti Zhar akan jumpa juga jodoh itu.”

Zharif tersenyum.

“Kalau dah ada isteri sekurang-kurangnya ada juga orang yang jaga pakaian, makan minum, dan semuanyalah macam I ni. Walau pun I sibuk bekerja, balik rumah mesti I nak masak. Sebab suami I tu liat nak makan kat luar..” beritahu Hana lagi. Dia memang masak dengan perangai suaminya sendiri. Biar sesibuk macam mana pun dia tetap akan balik kerumah untuk masak bagi makan malam. Namun dia beruntung kerana si suami ringan tulang untuk membantunya di dapur.

“Hei.. Beruntungnya Safwan dapat isteri macam kau Hana...” ujar Zharif tanpa segan. Memang selalu sangat dia mendengar gurauan seperti itu dari mulut Hana.

Zharif tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Ingatannya asyik teringat kepada gadis yang di tolongnya malam tadi. Dia sedar gadis itu tunangan orang dan akan berkahwin tak lama lagi. Perasaan itu tiba-tiba muncul. Dia teringat dia pernah mengambil gambar beberapa bulan yang lalu. Telefon bimbit itu di bukanya. Dia mencari folder gambar.  

ZARRA tidak turun kerja hari itu. Dia masih bingung memikirkan perkara yang berlaku malam tadi. Dia hanya sempat menelefon ke pejabat bahawa hari ini dia mengambil cuti sakit.

Hadri merenung kosong. Ketika dia lalu didepan meja kerja Zarra, nampaknya masih kosong. Takkan Zarra tak turun kerja. Sedangkan kertas kerja itu di siapkan oleh Zarra malam tadi. Di sebabkan dia ada hal keluarga, dia terpaksa balik awal dan meninggalkan Zarra untuk menyiapkan kertas kerja itu.

“Bos, ini dia kertas kerja Zarra.”

“Zarra mana?”soal Hadri kehairanan.

“Zarra tak turun kerja hari ini. Dia ambil cuti sakit..” ujar Melly. Dia teringat dengan pesanan Zarra melalui telefon tadi.

“Zarra sakit? Dia sakit apa?” soal Hadri lagi. Melly menggelengkan kepalanya.

“Manalah I tahu bos. Dia call tadi cakap macam tu jer!!”

Okey, you boleh keluar dulu..” Melly terus keluar dari bilik Encik Hadri. Hadri termenung lagi. Itu semua salah dia. Dia yang menyuruh Zarra menyiapkan kertas kerja itu sehinggakan gadis itu sakit. Dia benar-benar rasa bersalah. Telefon bimbit di ambil. Terus sahaja dia mendail nombor telefon Zarra. Namun dia mengeluh hampa apabila telefon Zarra tidak aktif.

PAGI itu, Mona menelefon Ashraf. Dia mengajak Ashraf untuk bertemu. Dia langsung tak boleh melelapkan mata bila memikirkan hal yang berlaku pada Zarra malam tadi. Mahu tidak mahu, Ashraf berjanji akan pergi berjumpa dengannya di sebuah cafe sebaik sahaja dia sampai dari Langkawi.

Seperti yang di janjikan, Ashraf pergi bertemu dengan Mona di sebuah restoran. Dari jauh Mona tersenyum melihat Ashraf yang sedang mencari dirinya. Dia terus melambai kearah Ashraf agar lelaki itu tidak tercari-cari lagi.

“Ada hal apa yang penting sangat you nak bagitahu I?” soal Ashraf dingin.

Mona tersenyum. Tak sabar sungguh lelaki ini mahu tahu tujuan mereka berjumpa. Tapi kalau dia tahu hal itu, pasti dia akan terkejut! ‘Tak payah nak berlagak sangat dengan aku!’ marah Mona dalam hati.

“Begini, sebenarnya malam tadi kak Zarra balik lambat dengan seorang lelaki.” Perlahan Mona mengatur bicara. Ashraf terdiam.

“Balik lambat? Kenapa? Apa kena mengena dengan tujuan you panggil I ke mari?” keluar soalan bertalu-talu dari mulut Ashraf. Dia masih geram dengan Zarra. Malam tadi dia tidak putus-putus membuat panggilan ke telefon bimbit Zarra. Namun satu pun tiada berjawab.

“Malam tadi, Kak Zarra di rogol…” selamba sahaja Mona menuturkan kata-kata itu.tanpa rasa bersalah dia mengatakannya. Dia mahu melihat reaksi Ashraf yang pastinya terkejut mendengar berita itu.

“Apa? Di rogol? You biar betul?” soal Ashraf seakan tidak percaya. Baru sehari sahaja dia berada jauh dari Zarra, tiba-tiba dia mendengar berita yang menyedihkan dari mulut Mona itu.

“Iya betul.. Menurut lelaki yang bawa kak Zarra balik tu, dia yang tolong kak Zarra.” Jawab Mona dengan senyuman di bibirnya.

You pasti ke dengan apa yang you cakapkan ni?” Ashraf masih juga tidak mahu percaya kata-kata Mona. Manalah tahu itu hanya taktik Mona untuk memutuskan pertunangannya dengan Zarra. Mona mengangguk. Memang itu yang dia dengar sendiri perbualan mereka malam tadi.

“Kesian Kak Zarra. Tentu dia sekarang susah hati sekarang. Lagipun majlis perkahwinan korang tinggal dua minggu lagi. Jadi I bagitahu you semua tu untuk you fikirkan balik. Sama ada you nak teruskan majllis pernikahan ini ke atau tidak dengan Kak Zarra yang sudah di ragut kesuciannya..” cucuk Mona lagi. Kali ini biarlah caranya berkesan.

Ashraf mengeluh dengan perasaan yang sungguh kesal sekali. Patutlah malam tadi, Zarra langsung tak angkat panggilannya. Rupa-rupanya ada hal yang berlaku di luar pengetahuannya. Macam mana semua ini boleh terjadi? Di saat dia mahu menganyam bahagia tiba-tiba datang pula bala sebegini.

“Ash tak tahu nak buat apa? Jadi Kak Zarra kat mana sekarang?” soalnya kepada Mona. Dia mahu bertemu dengan Zarra sendiri. Dia tahu, pasti Zarra tengah bersedih sekarang. Tapi dia tidak tahu mahu menyalahkan siapa sekarang.

“Dia duduk dalam bilik saja. Mungkin dia malu nak berdepan dengan semua orang. Yelah kena rogol tu bukannya perkara yang baik. Mona tahu dia tak bersalah. Yang merogolnya itu yang bersalah..” Mona sengaja mengapi-apikan perasaaan Ashraf. Dia berharap Ashraf akan mengubah keputusannya untuk berkahwin dengan Zarra! Dan jika perkahwinan itu di batalkan, Zarra akan menanggung malu kerana dia bukan sahaja tidak jadi berkahwin tetapi dia juga menjadi mangsa rogol.

Argh!! Tiba-tiba pula dia rasa gembira dengan berita yang di dengarinya malam tadi.

“KORANG ni betul-betul tak guna!! I suruh korang gertak dia saja bukan suruh korang apa-apakan dia..” jerit Tasha.  Kedua lelaki itu hanya berdiam diri. Mereka sebenarnya tidak takut dengan suara Tasha tetapi  mereka risau kerana kes itu sudah menjadi kes polis. Mereka berdua takut sekiranya mereka di tangkap.

“Memang tak boleh di harap. Sekarang tengok apa dah jadi? Kalau pihak polis terlibat sama macam mana?” soal Tasha lagi. Lelaki upahannya itu sekadar tersenyum sinis.

“Memang kami gertak dia tapi tiba-tiba je ada orang yang tolong dia, jadi kami pun terus cabut. Itu pun nasib dapat melepaskan diri. Kalau tidak dengan Cik Tasha pun kena tangkap sekali..” jawab Bada. Dia geram kerana dari tadi ladi Tasha memekik terhadap mereka berdua.

Ashraf balik ke pejabat. Namun badannya sahaja berada di pejabat tetapi fikirannya asyik melayang mengingatkan Zarra. Dia tidak menelefon Zarra pun untuk bertanyakan hal yang menimpa tunangnya itu. Selepas sahaja dia mendengar perkara itu dari Mona, fikirannya bagaikan buntu. Dia tidak tahu berbuat apa. Macam mana kalau mama dan papanya tahu hal ini? Mereka pasti akan memutuskan pertunangan dan majlis kahwin itu akan di batalkan. Itulah yang paling dia risaukan. Dia belum bersedia dengan semua itu lagi.

Selepas sahaja Mona memberitahu hal yang sebenarnya, dia tidak keruan. Rasa marah pada diri sendiri kerana meninggalkan Zarra pada saat Zarra memerlukan dia di sisi. Kalaulah dia tidak pergi ke Langkawi pasti perkara itu tidak terjadi. Zarra tidak bersalah. Sebaliknya dia yang tidak bertanggung jawab.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Dia dengan rasa malas terus bangkit dari tempat duduknya. Kalau pulang ke rumah terus pasti mamanya akan bertanyakan hal itu. Itu pun kalau Mona sudah beritahu kepada mamanya. Dia terus memandu ke Starbuck. Tangannya sempat menelefon kawannya yang bernama Joe. Nasib baiklah Joe pun pada masa yang sama ingin berjumpa dengan Ashraf.

“Ada apa kau nak jumpa aku ni?” soal Joe sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di hadapan Ashraf. Ashraf yang termenung jauh terkejut. Rupa-rupanya Joe sudah pun sampai.

“Jauhnya kau termenung?” soal Joe lagi bila melihat tiada respon dari Ashraf.

“Aku pening kepala Joe..” Joe ketawa. Pelik betul dia dengan perangai Ashraf. Sebelum ini dia melihat kawannya sentiasa gembira. Siapa tak gembira kalau dapat kahwin dengan wanita yang di cintai. dia cemburu melihat Ashraf dengan pasangannya.

“Kenapa? Nak kahwin dengan Zarra pun kau pening kepala?” Joe tersengih-sengih. Hari tu bukan main lagi Ashraf gembira kerana Zarra sudah menjadi tunangnya dan mereka bakal berkahwin tak lama lagi.

“Aku ada masalah besar Joe..”

“Masalah besar.. takut pula aku dengarnya..”

Kedengaran Ashraf mengeluh. Wajahnya bagaikan keresahan. Entah apa yang di fikirkannya.

“Cuba kau ceritakan masalah kau pada aku.. Manalah tahu aku boleh tolong..” pujuk Joe lagi. Ashraf memandang wajah kawannya itu. Ashraf menceritakan masalah yang menimpanya. Ternganga Joe mendengarnya.

“Macam mana kalau orang tua kau tak setuju dengan pernikahan kamu berdua?” soal Joe lagi.

“Itulah yang aku bingung! Lagi pun mama aku macam tak suka dengan Zarra..”

“Macam mana kau tahu?”

“Aku kenallah perangai mama aku tu...” jawab Ashraf lagi.

“Harap-harap orang tua kau belum tahu sehingga tiba hari itu nanti..”

“Aku pun berharap begitu..” ujar Ashraf penuh berharap. Berharap dia masih mempunyai harapan untuk bersama Zarra. Dia segera balik kerumah bila jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

“ASH, mama dengan papa nak cakap sikit dengan Ash..” kedengaran Datin Melissa bersuara.

“Nak cakap apa mama? Ash penatlah.. Ash nak naik dulu..” Ashraf memberi alasan. Memang benar hari ini dia sangat penat dengan apa yang di laluinya.

“Ash??” sedikit meninggi suara Datuk Majid. Ashraf menghentikan langkahnya. Kalau papanya yang sudah bersuara dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

“Ada apa lagi ni, Ash betul-betul penat tahu tak?” balas Ashraf lembut.

“Mama nak Ash putuskan pertunangan Ash dengan Zarra!”

“Mama!!”

“Mama tak nak keluarga kita malu dengan apa yang berlaku pada Zarra. Mama tetap nak Ash putuskan pertunangan itu!” ujar Datin Melissa lagi. Inilah peluang dia mahu memisahkan Zarra dengan anaknya.

“Tapi mama, majlis kami tak lama lagi. Lagi pun Ash cintakan Zarra” jawab Ashraf dengan tenang. Dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancur harapannya untuk memiliki Zarra dalam keadaan sempurna.

“Ash sempat batalkan. Lagi pun mama sanggup bayar semua yang telah kita buat tu.. Janji Ash tak kahwin dengan Zarra!” ujar Datin Melissa. Kali ini dia harus bertegas. Mana mungkin dia mahu menjatuhkan maruah keluarga mereka dengan apa yang telah berlaku pada Zarra.

“Papa macam mana ni?” soal Ashraf kepada papanya Datuk Majid. Datuk Majid hanya membisu. Dia pun tidak tahu untuk berkata apa. Ini soal maruah keluarga mereka. Memang pada mulanya dia setuju bila Ashraf bertunang dengan Zarra. Tetapi keadaan sudah berubah. Zarra yang sekarang bukannya Zarra yang dulu. Sebagai ketua keluarga dia juga harus menjaga maruah mereka.

“Ash cintakan Zarra papa! Ash tak sanggup lukakan hati dia.”

“Tapi hati Ash tak terluka ke? Eh! Ramai lagilah perempuan di luar sana yang layak untuk di buat isteri. Nak mama tolong pilihkan?” ujar Datin Melissa lagi. Dia benar-benar geram dengan sikap anak lelakinya itu. Adakah patut dia sanggup nak kahwin dengan gadis yang sudah kena rogol! Dia tidak akan benarkan maruah keluarganya tercemar.

“Kalau Ash berdegil, Ash jangan menyesal!”

“Apa maksud papa?” soal Ashraf kehairanan. Begitu juga dengan Datin Melissa. Datuk Majid segera menyebut apa yang berada dalam fikirannya. Kata-katanya itu membuatkan Ashraf melopong rasa tidak percaya. Sampai hati papanya buat dia begitu. Tidakkah papanya tahu yang dia amat cintakan Zarra.

“Papa serius ke?” soal Ashraf lagi. Datuk Majid mengangguk. Pada mulanya memang dia bersetuju untuk menjodohkan Ashraf dengan Zarra. Tetapi mulai sekarang hatinya sudah berubah. Dia juga perlu menjaga maruah keluarga dan juga masa depan syarikatnya. Jatuhlah saham kalau bermenantukan perempuan seperti Zarra itu.

Kini Ashraf tahu kedua orang tuanya serius. Dia mengorak langkahnya. Perlahan-lahan Ashraf menuju ke biliknya. Kini fikirannya berserabut. Sayang untuk dia melepaskan Zarra. Namun dia juga sayang kepada orang tuannya. Baru kini dia sedar bahawa hidupnya banyak bergantung kepada kemewahan yang di perolehi dari kedua orang tuanya. Dia memang anak yang tidak berguna.

Ashraf mendiamkan diri. Dia tidak tahu berkata apa. Semuanya bagaikan angin lalu. Cinta sahaja kepada Zarra tidak meyakinkan dia untuk meneruskan majlis itu, sedangkan dia tidak tahu bagaimana perasaan Zarra terhadapnya. Adakah Zarra cinta kepadanya? Dia semakin bingung! Mahu berdepan dengan Zarra untuk memberitahu perkara itu, dia tidak sanggup. Dia masih cintakan Zarra. Namun untuk tidak mengikut kata orang tuanya dia tidak mahu kehilangan segala-gala yang di milikinya hari ini.