Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday 28 February 2014

Kau Rantai Hatiku 38



Awal pagi itu Humaira masuk ke pejabat. Mungkin kawan sepejabatnya akan berasa hairan melihat dia kembali bekerja. Namun dia tidak peduli. Kalau bukan kerana arahan dari bos yang boleh membuatkan dia gila memang dia tidak akan bekerja di tempat itu lagi. Tengku Elman siap mengungutnya lagi. Dia tahu lelaki itu boleh buat apa saja!

“Ira turun kerja semula ke? Bukan ke hari tu dah hantar surat letak jawatan?” soal Aya sebaik saja melihat kelibat Humaira.

“Itulah apasal saya ada kat sini!! Tu big boss datang ke rumah cakap surat perletakan jawatan Ira tak akan di terima. Jadi apa yang Ira boleh lakukan?” soal Humaira kembali.

“Wow.. Bestnya Ira kembali bekerja semula..” ujar Kak Sofi.

“Hai.. Awal pagi dah dapat bunga.. Dari siapa?” soal Aya mengusik Humaira. Entah mengapa matanya sudah menuju terus di atas meja Humaira.

“Bunga??” soal Humaira kehairanan. Dalam masa yang sama mata Humaira memandang ke arah mejanya.

“Iya bungalah..”

“Entahlah.. Mamat gila mana agaknya yang bagi Ira bunga..” jawab Humaira selamba.

“Eh! Dalam bunga itu pasti ada nama pengirim..” ujar Aya pula yang teruja.

Humaira mengambil jambak bunga itu. Di pusing-pusingnya untuk mencari kad seperti yag di katakan oleh Aya tadi.. Memang betul ada kad kecil di selit di celahan bunga itu.

“Dari siapa?”

“TEQ!”

“TEQ?? Ini mesti peminat misteri ni..” usik Aya lagi..

“Wah, rupa-rupanya dalam diam ada juga orang yang minat kat Humaira..” ujar Kak Sofi lagi.

Humaira hanya tersenyum hambar. Ini mesti kerja Tengku Elman!! Mana ada orang yang menggelarkan dirinya TEQ! Tapi dia diamkan saja. Takut pula pekerja yang lain kecoh pasal bunga itu.

Pagi ini memang bersemangat Tengku Elman. Dari jauh lagi dia tersenyum melihat kelibat Humaira. Namun dalam masa yang sama, dia juga ternampak Isabella tidak jauh dari situ. Ketika itu Tengku Elman sengaja mendekati Humaira.

Good morning sayang..” bisik Tengku Elman kepada Humaira. Dia langsung tidak menghiraukan pekerja yang berada di sekelilingnya. Humaira juga tidak mempedulikan sikap Tengku Elman yang terlebih peramah pula pagi itu. Semenjak Tengku Elman balik dari rumah Pak Teh hari itu, memang lelaki itu suka-suka sahaja memanggilnya sayang.

“Kenapa tak jawab?” soal Tengku Elman kepada Humaira.

“Tengku cakap dengan saya ke?” soal Humaira seperti orang bodoh! Sengaja dia mahu menyakiti hati Tengku Elman. Namun Tengku Elman hanya tersenyum suka. Dia tahu Humaira dia senang dengan perangainya itu.

“Yelah dah penat mulut saya bercakap tadi. Rupa-rupanya dia tak dengarlah pulak!” tempelak Tengku Elman.

“Tengku cakap apa tadi?”

Good morning sayang..” ujar Tengku Elman lembut ke telinga Humaira. Bukan main terkejut lagi Humaira di buatnya. Tengku Elman seronok gelak.. ‘Siapa suruh tadi dia buat tak tau saja. Sekarang baru dia tahu tahap kenalan suaminya ini’ bisik Tengku Elman dalam hati.

“Kenapa Tengku panggil Ira macam tu? Ira ingat Tengku panggil orang lain..” soal Humaira hairan. Semalam panggil isteri, hari ini panggil sayang.. Lelaki ini tidak sudah-sudah menyusahkan dia.

Cause I love you..” jawab Tengku Elman selamba.

“Gila!!!”

“Ira.. You know how much I love you?” ujarnya perlahan.

“Apa yang Tengku merepek pagi-pagi macam ni? Are you crazy??” soal Humaira hairan! Entah hantu mana yang sampuk Tengku Elman pagi-pagi begini. Memang bikin rosakkan mood dia saja.

I love you very much.. Do you love me?” soal Tengku Elman lagi.. Dia sudah perasan Isabella sudah berdiri menyembunyikan diri di sebalik dinding itu.

I hate you..”

But I love you..”

“Gila!!! Saya tak pernah cintakan Tengku!! Saya tak akan terima cinta awak, Tengku Elman. Saya bukan siapa-siapa pun untuk di jadi teman hidup Tengku. Lagi pun Tengku dah ada tunang yang cantik, bijak dan berpelajaran. Apa yang dia kurang?” marah Humaira. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan bila berdepan dengan Tengku Elman. Mungkinkah Tengku Elman sengaja mahu menguji perasaannya.

But I love you...  Saya betul-betul maksudkannya” ujar Tengku Elman Qaufar. Matanya tetap setia memandang wajah Humaira. Entah apa yang berada di fikiran gadis itu. Dari sinar matanya dia dapat melihat cahaya cinta untuknya. Namun mulutnya itu selalu menidak apa yang di rasa! Namun dia harus berlakon dengan lebih mantap. Biarlah Isabella tahu yang dia sebenarnya menyintai gadis lain!

“Sebab saya ni mirip arwah isteri Tengku? Macam tu? Dengar sini baik-baik Tengku Elman Qaufar bin Tengku Harith Ismail. Saya tak mudah nak terima kata-kata manis Tengku tau! Baik Tengku simpan kata-kata itu buat Cik Isabella yang bakal menjadi isteri Tengku tak lama lagi! Lagi pun saya malas nak layan perangai Tengku yang pelik macam ni” Geram dia dengan perangai Tengku Elman yang tak sudah-sudah dengan perangainya.

“Orang kahwin lagikan boleh bercerai apalagi baru bertunang. Kalau dah jodoh saya dengan Ira pun tiada siapa yang dapat melarang!” kini suara Tengku Elman kedengaran tegas.

“Tengku ni dah gila agaknya.. Saya ni perempuan.. dan saya faham perasaan orang yang sejenis dengan saya..”

Okey. We see. But I make sure you be mine one day. Saya bukan jenis orang yang mudah berputus asa untuk mendapatkan sesuatu terutama tentang teman hidup” balas Tengku Elman Qaufar. Dia sengaja mengusik Humaira begitu! Mengapalah perempuan ini berhati batu. Kalau perempuan lain pasti mereka suka bila lelaki seperti dia yang mengusiknya.

“Apa-apalah Tengku ni.. Malas nak layan.”

But I love you very-very much..”

Laungan itu membuatkan Humaira menghadiahkan jelingan tajam buat Tengku Elman. Isabella pula mengurut dada. Tengku Elman sudah jatuh cinta pada Humaira. Tapi sejak bila? Mungkinkah perkahwinan mereka tidak akan di teruskan? Oh tidak!!! Dia tidak sanggup kehilangan Tengku Elman. Airmata sudah menuruni pipinya. Dia rasa sangat marah kerana Tengku Elman tidak pernah menghargai cintanya.

SEMUA para pekerja terpinga-pinga dan hairan melihat perangai bos besar mereka hari itu. Selalunya bos mereka tidak pernah mahu senyum apatah lagi bergurau seperti yang mereka dengar tadi. Yang mereka hairan, walaupun Isabella tunangnya pun tak pernah sekali Tengku Elman mesra dengannya.

“Kenapa dengan bos itu, Ira” soal Kak Sofi. Dia hairan pagi-pagi lagi dia mendengar Humaira bergaduh dengan bos besar lagi tu.

“Entahlah kak.. Hantu mana yang sampuk dia pagi-pagi macam ni!” jawab Humaira dengan geram. Dia jadi malu apabila Tengku Elman meluahkan perasaannya di depan dia dan beberapa pekerja lain.

“Jangan-jangan dia dah jatuh cinta dengan Ira.. Sebab itu dia jadi tak betul..” jawab Kak Sofi lagi.

“Kakak ni pun kena sampuk juga ke? Tak ada maknanya dia nak jatuh cinta dengan Ira. Mana dia nak letak tunangnya Cik Bella kita tu.. Dia ni tak habis-habis nak kacau hidup Ira..” Humaira membebel lagi. dia rasa sakit hati dan juga malu kepada rakan sekerja. Tengku Elman memang sudah melampau.

“Dia benar-benar jatuh cinta dengan Iralah tu..”

“Akak ni.. Takkan dia nak jatuh cinta dengan Ira.. Tunang dia tu nak letak mana?”

“Alah.. orang kahwin lagikan boleh bercerai apa lagi baru bertunang. Dan kalau memang jodoh Ira dengan Tengku pun nak buat macam mana?”

“Akak ni pun sama pendapat dengan Tengkukan?”

Kak Sofi hanya tersenyum mendengar bebelan Humaira. Dia tahu Humaira tak akan merampas Tengku Elman dari Isabella. Tetapi dari tatapan matanya dia tahu Tengku Elman memang ada hati dengan Humaira. Begitu juga sebaliknya.

PUKUL 9 pagi, Tengku Elman mengajak Encik Johan keluar mengikutnya. Ada pertolongan yang dia perlukan dari Encik Johan.

Sepanjang perjalanan, Encik Johan dapat melihat wajah Tengku Elman yang tersenyum. Senyumannya sangat ikhlas dan gembira. Entah apa angin Tengku pagi ini. Dia seperti kembali bersemangat seperti dulu sebelum kehilangan ‘Ariana’.

Sampai di suatu tempat, Tengku Elman mengarahkan Encik Johan berhenti. Mereka masuk ke sebuah restoran mewah. Ada perkara yang dia mahu bincangkan kepada Encik Johan dan dia tidak mahu membincangkan perkara itu di pejabat.

Encik Johan sekadar mengikut saja langkah Tengku Elman. Pada mulanya dia pun hairan, kenapa hari ini tiba-tiba Tengku Elman membawanya keluar makan waktu pejabat.

“Ada hari apa hari ini Tengku?” soal Encik Johan sebaik saa kedua mereka duduk. Tengku Elman tetap tersenyum. Dia pasti, tentu Encik Johan hairan dengan perangainya pagi ini.

“Hari yang sangat membahagiakan saya, Encik Johan..” ujar Tengku Elman lagi.

“Hari yang bahagia? Saya tak faham maksud Tengku..” Tengku Elman tersenyum. Dia pun tidak sabar mahu berkongsi cerita itu pada Encik Johan. Lelaki yang satu-satunya yang setia bekerja dengan keluarganya sejak dulu lagi.

Tengku Elman menceritakan segala-galanya tentang Humaira pada Encik Johan. Kini barulah Encik Johan mengerti. Siapa sangka orang yang di anggap mati masih hidup! Patutlah Tengku Elman kembali seperti dulu.

“Saya nak Encik Johan tolong carikan doktor pakar yang boleh merawat Humaira dan juga tolong awasi dia untuk saya, kalau saya tiada di pejabat..” terang Tengku Elman.

“Saya faham Tengku. Tentu Tengku risau Cik Bella akan apa-apakan Cik Humairakan?” soal Encik Johan.

“Ya.. sebelum ini pun sudah beberapa kali dia menganggu Humaira.. Masa itu saya tak tahu pun yang Humaira itu isteri saya. Dan sekarang saya terpaksa rahsiakan tentang Humaira. Encik Johan fahamkan?” terang Tengku Elman.

“Ya saya faham. Mulai hari ini saya akan awasi Humaira. Manalah tahu kalau rahsia ini terbongkar pasti Humaira tidak akan selamat lagi..” ucap Encik Johan. dia akan melindungi Humaira seperti mana dia selalu melindungi ‘Ariana’ dulu.

“Terima kasih atas bantuan Encik Johan.. Saya amat menghargainya..” Encik Johan nampak wajah Tengku sangat gembira dan lega barangkali. Selepas berbincang mereka berdua pulang semula ke pejabat. Dalam perjalanan Tengku Elman memberitahu Encik Johan agar membawa Humaira berjumpa dengannya di bilik pejabatnya.

ISABELLA terus memanggil Humaira masuk ke biliknya. Niatnya hanya satu. Dia mahu tahu tentang perasaan Humaira pada Tengku Elman. Tak mungkin Tengku Elman hanya mengusik Humaira tentang perasaan. Sebetulnya, Tengku Elman tidak pernah mengucapkan kata-kata seperti yang di ucapkannya pada Humaira.

“Kau sengajakan menggedik dengan Tengku Elman sampai dia langsung tak pedulikan I..” ujar Isabella dengan perasaan geramnya. Pagi tadi dia perasan wajah Tengku Elman nampak ceria dan gembira. Sambil itu sempat pula dia meluahkan perasaannya pada Huamira. Humaira merenung wajah Isabella tanpa berkedip.

“Saya menggedik? Bila masa saya menggedik dengan Tengku? Cik Bella salah faham ni..” ujar Humaira lagi.

“Tapi kenapa Tengku Elman boleh pangggil you sayang? And say I love you?” soal Isabella lagi. Sebolah-bolehnya dia mahu mengawal perasaan di dalam hati.

Humaira diam. Pasti Cik Bella sudah mendengar kata-kata Tengku Elman kepadanya tadi. Hishh ini semua Tengku Elman punya pasal!!

“Kenapa diam? You dah tahu tahap youkan? You tidak setanding I” Humaira menatap wajah Isabella. dia tidak akan membenarkan Cik Bella memijak maruahnya sebagai seorang wanita. nampaknya Cik Bella tersilap orang. Dia bukannya seorang wanita yang sperti di sangkakan oleh Cik Bella.

“Cik Bella, saya minta maaf. Sebenarnya saya memang tak sukakan Tengku Elman. Tapi dia yang selalu menganggu hidup saya. Mungkin itu yang menyebabkan orang lain salah sangka. Saya tak kisah kalau benar dia sukakan Cik Bella. Lagipun kamu berdua memang sepadan. Dan saya sedar siapa diri saya..” Humaira membela diri.

Isabella mengangguk.

“Baguslah kalau kamu dah sedar diri!” ujar Isabella. Dia ingatkan perempuan ini cuba nak goda Tengku Elman.

“Saya minta maaf sekali lagi..” ujar Humaira. Isabella mengangguk. Memang sahlah Tengku Elman sendiri yang ada perasaan terhadap Humaira.

Friday 21 February 2014

Kau Rantai Hatiku 37



AMIR dan Arin Natasha berjumpa dengan Tengku Elman seperti yang di janjikan. Tempat itu memang jauh dari tumpuan orang ramai. Biar macam mana pun mata Tengku Elman tetap berwaspada dengan orang sekeliling. Manalah tahu Datin Melinda menyuruh orang mengintipnya. Sebab sejak kebelakangan ini, Isabella memang selalu bergaduh dengannya kerana curiga dengan sikapnya.

Dari jauh dia melihat Amir dan Arin sudah sampai. Segera dia melambai-lambai ke arah mereka. Biarlah mereka dapat nampak dirinya yang duduk di situ.

“Ceria wajah kau hari ni..” usik Amir. Dia dari tadi melihat Tengku Elman asyik tersenyum-senyum. Arin Natasha juga tersenyum mendengar gurauan dua sahabat itu.

“Mestilah aku gembira..” ujar Tengku Elman lagi. Siapa tidak gembira bila orang yang di sangka sudah mati, rupa-rupanya masih hidup. Terasa penantiannya selama ini tidak sia-sia. Kalau mereka tahu perkara sebenarnya bagaimana reaksi mereka agaknya!

“Kenapa? Sebab kau akan kahwin dengan Isabella tak lama lagikan?” tebak Amir lagi. Akhirnya Tengku Elman sudah tersedar dari mimpi. Dan dia bersyukur sekiranya sahabatnya itu sudah dapat menerima kenyataan. Hidup itu harus di teruskan walau apa pun yang terjadi! Tengku Elman tersentak! Namun dia tersenyum kembali.senyuman yang terbit di bibirnya itu membuatkan kedua insan itu kehairanan.

“Bukan pasal itulah..” jawab Tengku Elman dengan cepat.

“Habis, kalau bukan pasal tu pasal apa lagi? Ada perkara lain ke selain dari hal perkahwinan kamu berdua?” soal Amir dengan perasaan ingin tahu.

“Sebenarnya, aku ada sesuatu nak cakap.. Aku nak korang berdua dengar baik-baik..” perlahan-lahan Tengku Elman mengatur nafas. Dia memandang sekeliling. Manalah tahu ada orang berada dekat dengan meja mereka yang dia kenal.

“Cakaplah. Apa dia? Aku pula yang jadi takut mendengarnya..” usik Amir. Memang dari dulu lagi sikapnya suka mengusik!

“Sebenarnya Ariana masih hidup!” ujar Tengku Elman perlahan.

What?” kedua insan itu menjerit serentak.

“Ya.. mungkin kamu berdua terkejut mendengar.. Tapi aku lagilah tak sangka. Orang yang aku sangka sudah mati rupa-rupanya masih hidup..” kedengaran Tengku Elman menghela nafasnya.

“Macam mana ini boleh berlaku? Memang ada kejaiban!!” tiba-tiba Arin mencelah. Dia pula terasa teruja mendengar cerita dari mulut Tengku Elman. Dia mahu tahu cerita yang sebenarnya.

“Sebenarnya orang yang kita kenal sebagai Humaira itu memang Ariana. Sebab itu namanya memang Ariana Humaira… dan memang kita tak sangka yang dia masih hidup kerana letupan itu. Tapi tuhan masih sayangkan dia..” terang Tengku Elman perlahan-lahan. Dia tahu kedua insan di depannya itu terkejut mendengar kata-katanya.

“Kalau Humaira itu Ariana, kenapa dia tak nak mengaku dirinya Ari?” soalan Amir itu membuatkan Tengku Elman tersenyum lebar.

“Manusia memang di duga dengan pelbagai cara. Contohnya Humaira. Dia mengalami penyakit amnesia. Panjang ceritanya.. Lagipun nama Humaira di gunakan untuk keselamatan dia..” kini barulah kedua insan di depannya itu mengangguk! Mereka mula faham dengan apa yang Tengku Elman katakan.

“Apa yang sebenarnya berlaku? Macam mana pihak hospital boleh mengesahkan itu mayat Humaira?” soal Amir lagi. Ada perkara yang harus dia siasat selepas ini.

“Sebenarnya, Humaira telah di selamatkan oleh Pak Teh. Pemandu Dato Farid. Kau ingat tak dengan Pak Teh?” soal Tengku Elman kepada Amir.

“Pak Teh? Ingat!!” ujar Amir mengangguk.

“Tapi, apa kaitan Pak Teh dengan hal ini?” sambung Amir lagi. Tengku Elman tersenyum. Memang kawannya itu soal siasat dia macam polis. Tapi memang pun itu kerjanya.

“Masa itu Mak Teh terdengar perbualan telefon Datin Melinda yang mahu mengupah orang untuk melanggar Ira di malam kejadian.. Lepas itu Mak Teh beritahu pada Pak Teh agar mengekori Ira. Memang betul, orang-orang upahan itu mengekori kereta Humaira sejak dia keluar dari rumah. Sampai di satu tempat sunyi mereka pun menjalankan seperti yang di arahkan. Nasib baik Pak Teh sempat menyelamatkan Humaira. Dia sengaja menanggalkan cincin perkahwinan di jari Humaira dan dompetnya. Kemudian Pak Teh terus membawa Humaira ke hospital. Masa kereta itu meletup, Pak Teh tak tahu ada mangsa lain pula yang terkena.”

“Jadi, kenapa selama ini mereka menyembunyikan Humaira dari awak?” soal Amir dengan lebih lanjut. macam menarik saja kisah kawannya yang seorang itu.

“Masa itu Humaira koma selama enam bulan. Lepas itu bila dia sedar, dia amnesia. Sebab itulah dia tidak kenal dengan kita. Lagi pun selepas hal itu berlaku aku terus pergi ke London” terang Tengku Elman.

“Jadi maksudnya memang Datin Melindalah yang punya angkara?” soal Amir lagi. Kes ini boleh di buka semula kalau Tengku Elman mahu! Dan keadilan harus di tuntut!! Geram pula dia dengan manusia seperti Datin Melinda. Kalau betullah Datin Melinda ada kaitan dengan kes ini dia tidak akan lepas tangan!

Perlahan Tengku Elman Qaufar mengangguk. Dia pun tidak tahu kenapa Datin Melinda berdendam dengan Ariana.

“Apa motif dia nak bunuh Humaira?” soal Amir. Dia hairan. Dia sangat kenal dengan Ariana sejak mereka di bangku sekolah lagi. Gadis seperti Humaira itu sangat baik, peramah dan tidak sombong. Mungkin kerana kebaikan itu, dia menjadi mangsa kebencian Datin Melinda.

“Itulah yang aku tak tahu! Kenapa dia sanggup mahu membunuh Humaira? Rasa mahu pecah aku memikirkannya. Dan aku benar-benar bimbang dengan keselamatan Humaira” keluh tengku Elman resah. Sekarang hanya mereka bertiga sahaja yang tahu Ariananya masih hidup. bagaimana kalau suatu hari nanti rahsia mereka akan terbongkar?

“Sekarang Tengku dah tahu Humaira masih hidup. Habis macam mana perkahwinan Tengku dengan Isabella? Tengku nak teruskan juga ke?” Arin bertanya lagi. Dia rasa tak mungkin Tengku Elman akan meneruskan majlis perkahwinannya Isabella, walupun majlis itu akan berlangsung tak lama lagi. Dia tahu Tengku Elman sangat cintakan Humaira. Dari wajah Tengku Elman dia sudah dapat tahu. Kalau Tengku Elman masih meneruskan majlis perkahwinan itu, kesianlah dengan Humaira.

“Itu yang aku fikirkan sekarang. Tapi yang pasti, aku tidak akan berkahwin dengan Isabella. Lagi pun aku tak cintakan dia.. Tapi aku ada perancangan aku sendiri!”

“Apa rancangan kau? Manalah tau nanti aku boleh tolong..” kini giliran Amir pula yang menawarkan diri. Dia mahu insan yang menghancurkan hidup sahabatnya itu akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang di lakukan terhadap Humaira dan juga Tengku Elman.

Tengku Elman Qaufar memberitahu rancangannya. Dia mahu membongkar segala kegiatan jahat Datin Melinda. Dia sendiri seperti tidak percaya yang Datin Melinda sanggup membunuh Humaira, wanita yang paling dia kasihi dan sayangi. Tapi dia harus menegak kebenaran untuk isterinya. Kata-kata Pak Teh tempoh hari seolah-olah mendorong dia agar perbuatan Datin Melinda di bongkarkan! Amir hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Yang pasti selepas ini, Humaira harus berhati-hati. Dia pasti kalau rahsia ini terbongkar, pasti Datin Melinda akan mengupah orang untuk membunuh Humaira buat kali keduanya. semua itu tidak mustahil!

“Awak harus berhati-hati. Manalah tahu rahsia Humaira terbongkar nanti. Kita pun tak tahu apa yang akan Datin Melinda lakukan. Dan awak pun harus cari doktor pakar untuk merawat Humaira..” Amir memberi cadangan.

“Itu sudah tentu. Aku rasa gembira dan bahagia sangat bila mengetahui dia masih hidup. Aku bersyukur.. Pada dua insan yang bersusah payah menolong Humaira itu.. memang budi mereka tak dapat aku balas...”

“Jadi setiap malam awak boleh tidur lenakan?” usik Amir lagi.

“Mestilah.. bukan mudah aku nak tidur lena seperti sekarang ini. Kalau kau nak tahu, dah lima tahun aku tak dapat tidur lena seperti sekarang.”

“Lepas ni kau nak buat apa?”

“Aku fikir lepas majlis pelancaran itu nanti, aku nak bawa dia ke rumah di tepi pantai. Disana tiada orang yang menggangu kami.. Sebab tempat tu agak jauh dari tumpuan orang ramai.. dan masa itu aku akan cuba membuatkan Ariana aku kembali..”

“Baguslah. Semoga dia dapat mengingati sedikit sebanyak memori lama tu.. Kesian dia.. Patutlah dalam ramai-ramai lelaki yang ada di dunia ini, dia hanya ada perasaan pada Tengku saja.. Rupa-rupanya instint dia masih kuat dengan cinta Tengku!” ujar Arin tanpa berselindung. Walaupun Humaira selalu menidaknya namun dia tahu Humaira mula sukakan Tengku Elman dan begitu juga sebaliknya.

“Mestilah.. Akukan suami dia.. Korang jangan bimbanglah.. Aku akan jaga, sayangi dia macam dulu-dulu tu. Tapi kali ini aku rasa berdebar-debar bersama dengan dia. Aku rasa perasaan aku lebih lagi dari lima tahun yang lepas..”

“Baguslah macam tu! Nasib baik Humaira tak tersangkut dengan mana-mana lelaki sebelum ini.”

“Kenapa cakap macam tu?” soal Amir kehairanan.

“Sebenarnya masa kami belajar dulu, dia memang ramai peminat. Yelah orang cantik, pasti lelaki suka.. Tapi dia ingat dan pegang kata-kata Mak Teh..”

“Kata-kata Mak Teh?” giliran Tengku Elman pula yang menyoal.

“Yelah.. Mak Teh selalu pesan kat dia jangan rapat dengan mana-mana lelaki. Humaira cuma ikut je cakap dia. Cuma dengan Azwan jer dia kawan rapat..”

“Azwan?” tiba-tiba wajah Tengku Elman sudah berubah. Ada perasaan cemburu, marah dan geram juga pada lelaki yang bernama Azwan itu!

“Tengku kenal dengan Azwan ke?” soal Arin lagi. Dia hairan melihat reaksi Tengku Elman. Nampaknya macam ada yang tak kena di antara Azwan dan Tengku Elman!

“Kenal.. Ada hal yang berlaku masa kami pergi Jb dulu..”

“Oh.. Macam tu.. Tapi Tengku jangan risau, Azwan dah kahwin dah.. Itu yang Humaira sedih sangat dengan dia..” Tengku Elman terkedu. Humaira cintakan Azwan ke? Tidak! Tak mungkin dia cintakan lelaki itu.. Lagipun lelaki itu sudah jadi suami orang.

“Tengku!!” panggil Arin lagi. Tengku Elman tersentak! Dia tersenyum pahit..

“Korang berdua bila lagi? Amir tak baik tau buat anak dara orang tertunggu-tunggu. Kerja tu kerja juga..” dia menukar topik pula. Kalau buka cerita Humaira pasti tidak akan habis sampai esok sekali pun.

“Nilah nak cakap, kalau tak ada aral melintang, kami nak bertunang dulu.”

“Bila?”

“Minggu depan..”

“Baguslah tu.. Benda baik tak baik nak di tangguhkan. Lagi pun keluarga kamu pun dah setuju..” ujar Tengku Elman lagi. Arin dan Amir tersenyum.

“Sebab itulah kami bertunang dulu. Lagi pun banyak kes aku yang belum selesai. Dan bila dah selesai aku nak minta cuti lama sikit.. Nak buat persiapan perkahwinan lagi.. Nanti baru kahwin, isteri pula merajuk!” gelak Amir sambil merenung wajah Arin yang sudah merah itu.

“Diakan faham kerja kau macam mana. Dia harus bekerja sama.. dan saling memahami..” ujar Tengku Elman. Rasanya Arin Natasha akan memahami pekerjaan Amir yang sentiasa sibuk itu.

“Harap-haraplah bro.. Lagi pun hubungan kami di restui oleh kedua pihak.. Semoga jodoh kami berpanjangan..” balas Amir pula!

Tengku Elman tersenyum. Alangkah indahnya kalau hidup dia dan Humaira seperti pasangan di depannya ini. Menitip bahagia dan menghabiskan sisa hidup bersama dengan orang yang di kasihi.. Dia termenung lagi.

“Broo.. apasal termenung saja ni?”

“Tak ada apalah..” jawab Tengku Elman. Malu dia kerana Amir perasan dengan tingkah lakunya.

“Tengku, Arin harap Tengku banyak-banyakkan bersabar. Sampai satu saat nanti, pasti Tengku dengan Humaira akan hidup bahagia seperti dulu. Kalau memang jodoh kamu berdua kuat, kamu pasti akan hidup bersama semula”

“Terima kasih atas nasihat awak itu.. Memang saya bersabar untuk menunggu saat-saat indah itu nanti. Dan kali ini saya berharap kami akan kekal bersama selamanya. Saya dah tak larat nak menanggung rasa derita ini… tapi memang saya bersyukur kerana di beri kesempatan untuk mencapai bahagia semula dengan Humaira..”

Kedua insan di depannya itu tersenyum.

“Semoga kau selalu tabah walau apa pun yang berlaku. Dan ingat berhati-hatilah kau dengan Humaira. Manalah tahu, Datin Melinda merancang lagi, kalau awak tak jadi kahwin dengan Isabella.”

“Kamikan ada perjanjian sebelum kami bertunang.. Kalau dia kacau Humaira dalam tempoh pertunangan kami ini, saya boleh putuskan pertunangan kami..”

“Baguslah tu.. Macam mana Tengku boleh tahu yang Humaira itu isteri tengku atau secara kebetulan?” soal Arin tidak puas hati. Rasa seronok pula bersembang dengan Tengku Elman pasal Humaira.

“Masa tu memang saya tak tahu dia isteri saya. Tapi perasaan ingin melindungi dia sangat kuat. Di tambahkan lagi Isabella selalu menganggu dia.. Jadi saya pun cakaplah macam tu. Manalah saya tahu yang Humaira itu betul-betul isteri saya..” terang Tengku Elman lagi. Kalau kedua insan di depannya itu tidak percaya, dia juga bagaikan mimpi apabila mengetahui isterinya masih hidup.

Bestnya..” ujar Arin lagi..

Selepas mereka bersembang panjang, akhirnya mereka pun pulang.

 

 

Friday 14 February 2014

Kau Rantai Hatiku 36


SELEPAS makan malam Tengku Elman berada di luar rumah dan duduk di kerusi di taman mamanya. Dia mendongak merenung langit. Apa yang kelihatan hanya wajah Humaira saja. Dia tersenyum sendirian.Terasa mahu saja dia menjerit kegembiraan. Siapa yang tidak gembira bila mana dia dapat bertemu semula dengan insan yang sangat di rindui dan di sangkakan sudah meninggal dunia.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Pak Teh kepadanya. Nasib baik dia masih dapat mengawal diri. Kalau tidak pasti insan bernama Humaira itu akan di peluknya. Namun dia tidak mahu terburu-buru. Apa yang penting dia sudah tahu apa yang terjadi sebenarnya dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dia dengan Humaira.

Tanpa di sedari gelagatnya itu di perhatikan oleh Tengku Suraya. Dalam diam-diam dia mendekati anak bujangnya itu. Teringin juga dia tahu apa yang menyebabkan Tengku Elman boleh kembali senyum ceria seperti dulu. Sedangkan beberapa hari ini dia nampak wajah anaknya sedikit suram. Mungkin dia penat dengan kerjanya atau ada perkara lain yang mengganggu fikiran anak lelakinya itu.

“Hai.. Anak mama renung langit sambil tersenyum ni ada apa-apa ke?”

“Hahh.. Mama rupanya.” Terkejut dia bila mendengar suara mamanya berada di sisinya.

“Apa yang buat anak mama ni boleh tersenyum macam ni?”

“Mama..”

“Ya ada apa? Lain macam je mama tengok El ni..”

“Begini ma.. El ingat nak putuskan pertunangan dengan Bella..” perlahan-lahan Tengku Elman menyusun kata. Dia bimbang kalau apa yang katakan itu akan membuat mamanya terkejut.

“Tapi kenapa tiba-tiba ni?” soal Tengku Suraya terkejut.

“El dah fikir masak-masak ma. El nak mama jumpa keluarga Bella untuk memutuskan pertunangan kami..” terang Tengku Elman perlahan. Sudah satu petang dia memikirkan jalan penyelesaiannya. Tengku Suraya menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

“Ada apa-apa yang tak kena ke El? Kesian pula Bella! Sudah lima tahun dia tunggu kamu.. Last-last kamu buat dia macam ni..” soal Tengku Suraya kehairanan. Entah mengapa semenjak Tengku Elman balik dari Johor, dia mula berubah sikap. Sekarang tiba-tiba pula anaknya itu meminta pertunangan di putuskan. Apakah sebabnya?

“Masalahnya Elman tak cintakan dia ma.. El masih cintakan Ariana. Dan tak ada orang yang boleh gantikan tempat Ari dalam hati El..” ujar Tengku Elman lagi sambil memandang ke arah mamanya Tengku Suraya.

“Dah mulalah tu! Mama tak setuju.. Kalau boleh mama nak kamu cepat kahwin dengan Bella..” ujar Tengku Suraya. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja anaknya itu meminta pertunangan di putuskan.

“Mama.. kalau mama nak anak mama bahagia..Please.. El merayu agar pertunangan kami di putuskan. Lagi pun hari tu bukan El yang setuju nak bertunang.. Mama dan Datin Melinda yang beriya sangat...” kali ini Tengku Elman menyuarakan perasaan tidak senang hatinya.

“Mama tak setuju.. El mesti teruskan perkahwinan El dengan Isabella” ujar Tengku Suraya dengan nada tegas. Kali ini dia tidak mahu anaknya keliru dengan fikirannya sekarang.

“Mama.. Takkan mama tak nak lihat anak mama hidup bahagia..” rayu Tengku Elman lagi.

“Tapi El sepatutnya dah lupakan peristiwa yang berlalu itu. Sekarang El sepatutnya memikirkan majlis perkahwinan El.. Bukannya nak putuskan pertunangan kamu.. Apa pun alasannya mama tak setuju..” tegas Tengku Suraya. Dia sudah tidak faham dengan perangai Tengku Elman. Mungkin juga dia sudah jatuh cinta dengan Humaira. Atau ada sesuatu yang berlaku dia antara anaknya dengan Isabella.. Dia akan siasat perkara itu.

Tengku Elman mengeluh lemah. Kalaulah mamanya tahu Ariana masih hidup pasti mamanya akan bersetuju dengan cadangannya tadi. Dia tahu mamanya sayang benar pada Ariana!

Tengku Elman bangun meninggalkan mamanya. Tengku Suraya hanya mampu memerhati langkah anaknya itu. dia hairan, kenapa Tengku Elman tiba-tiba meminta pertunangannya dengan Isabella di putuskan. Mungkinkah anaknya itu sudah jatuh cinta dengan Humaira? Tapi bagaimana caranya dia mahu tahu jawapannya itu. Argh!! Serabut betul fikirannya dengan perangai Tangku Elman.

TENGKU Elman terbangun bila jam menunjukkan jam 5 pagi. Entah tiba-tiba dia teringat sesuatu!! Tak mungkin itu hanya mimpi!! Kemudian tangannya mencapai telefon bimbitnya. Kalau dia bermimpi pasal Ariana mungkin dia tidak menyimpan apa-apa rekod dalam telefon bimbitnya. Satu persatu butang di tekan. Dia memainkan rekod yang di rakam semalam.

Dia merakam segala perbualannya dengan Pak Teh tanpa di sedari oleh Pak Teh. Akhirnya dia tersenyum! Memang sah dia bukan bermimpi.

Kemudian gatal tangannya menekan nombor milik Humaira.

Ketika keluar dari bilik air, Humaira terdengar deringan di telefon bimbitnya. Lalu dia menuju ke katilnya. Dia melihat di skrin telefon bimbitnya.

Tengku Elman??? Buat apa dia call awal-awal pagi ni? Bisik hati Humaira. Namun dia tidak sedar yang dia menekan butang hijau.

“Hello Asssallamuailikum..”

“Hello waalaikusallam.. Good morning sayang.. Dah bangun ke?” soal Tengku Elman sambil dia tersenyum sendiri.

“Ada apa Tengku call awal-awal pagi ni?” soal Humaira dengan perasaan geram. ‘Apa pula mimpi Tengku Elman awal pagi telifon dia dan memanggilnya sayang?’

“Tak ada.. Mungkin saya bermimpi cubit pipi awak..” usik Tengku Elman.

“Hish apa-apa sajalah kalau nak merepek..”

“Tak de macam ni, hari ini Ira keluar tak?” soalnya spontan.

“Buat apa Tengku nak tahu?”

“Saya nak ajak Ira keluar jalan-jalan..”

‘Hish dia ni tau-tau je yang aku nak keluar siang nanti.’ gumam Humaira dalam hati.

“Tak taulah.. Tengok moodlah.. Kalau rasa nak keluar Ira keluarlah.. Tak payahlah Ira nak cakap dengan Tengku..” selamba sahaja Humaira menolak.

“Kalau macam tu, apa kata Ira tunggu kat rumah, pagi dalam pukul sepuluh saya datang jemput..” Tengku Elman memberi cadangan.

“Eh tak payahlah Tengku.. Ira boleh keluar jalan-jalan sendiri. Ira tak nak susahkan Tengku..” jawab Humaira dengan cepat. Malaslah dia nak keluar dengan lelaki itu. Lagi pun lelaki itu tunang orang! Tak manis kalau ada orang jumpa mereka keluar bersama nanti. Kalau waktu pejabat tak apalah. Sebab mereka bersama-sama buat hal kerja.

“Ira kena tunggu saya juga.. Noktah..” kedengaran tegas sekali bunyinya. Terus saja Humaira meletakkan telifon. Dia rasa geram. Suka hati saja lelaki yang bernama Tengku Elman itu memberi arahan. Kemudian timbul nakalnya..Apa salahnya dia keluar sebelum Tengku Elman datang ke rumah. Jadi tidak payahlah dia nak menghadap muka lelaki itu.

“Apa-apa sajalah Tengku ni..” Asyik nak buatkan dia naik angin.. Awal-awal pagi macam ni.. Cepat saja dia menuju ke bilik air untuk bersolat lagi. Telefon bimbit yang berdering itu di biarkannya.. Biarlah dia memekak sendiri.

TENGKU Elman memberhentikan kereta di luar pagar rumah Pak Teh. Dia keluar dari perut keretanya. Dia melihat-lihat ke dalam rumah. Namun dia perasan kereta Humaira sudah tidak ada di garaj. ‘Kemana dia pergi? Pagi tadikan aku suruh dia tunggu? Hishh!! Dia ni tak dengar cakap aku!’ bisik hati Tengku Elman.

Mak Teh yang mendengar orang memberi salam terus menuju ke pintu pagar apabila dia melihat Tengku Elman.

“Oh Tengku Elman.. Jemputlah masuk..” ujar Mak Teh dengan senyuman. pasti Tengku Elman datang mahu berjumpa dengan Humaira. tapi sayangnya Humaira dah kelaur beberapa minit yang lalu.

“Tak apalah Mak Teh. Elman singgah sekejap je. Ira ada di rumah Mak Teh?”

“Baru tadi dia keluar..” jawab Mak Teh.

“Dia pergi mana? Mak Teh tahu?” soal Tengku Elman lagi. Manalah tahu kalau-kalau Humaira ada bagi tahu Mak Teh kemana dia pergi!

“Tak tahulah pula. Selalunya dia ke Time Square. Mungkin dia pergi kedai butiknya..” terang Mak Teh lagi. Selalunya Humaira akan memberitahu kemana dia pergi. Tetapi hari ini tidak pula! Pelik?

“Oh.. Terima kasih Mak Teh. Kalau macam tu, saya pergi dululah Mak Teh.. Nanti saya cari dia kat sana..” ujar Tengku Elman. Dia pun terus menuju ke keretanya. Dia terus memandu menuju ke Time Square.

TIBA-tiba Tengku Elman ternampak Humaira yang berada di kedai pakaian. Gadis itu sedang seronok melihat gaun yang cantik di hadapannya. Dia membelek harga gaun itu. Mahalnya.. Tapi gaun itu sangat cantik. Memang labuh tetapi sesuai untuk di pakai dalam suatu majlis.

“Cik nak cuba ke gaun ni?” soal si penjual itu. Humaira hanya menggeleng. Mana dia mampu untuk membeli gaun yang mahal itu. Lima ribu!! Gila ke kalau dia beli gaun yang mahal itu. Kalau lima ratus pun belum tentu dia beli, inikan pula lima ribu? Namun matanya tetap juga berulang kali melihat gaun itu.

Entah mengapa Humaira merasakan seram sejuk. Dia merasakan ada mata-mata yang sedang mengintipnya. Takkan siang-siang hari macam ni pun dia jadi hantu supermall!! Hish!! Takkan Tengku Elman sanggup mengintipnya di ruang supermall ini. Buat apa dia nak mengintip dirinya?? Tapi fikirannya tetap melebihi akalnya..

Akhirnya Tengku Elman tersenyum sendirian. Kemudian dia ternampak Humaira keluar dari kedai itu. Dia segera menyembuyikan diri. takut di lihat oleh Humaira. mungkin Humaira dapat menghidu kehadirannya di situ.

Humaira berjalan menuju ke kedai handphone yang berada tidak jauh dari kedai pakaian tadi. Dia masih bingung memikirkan hara gaun tadi.

Baru saja Humaira melangkahkan kaki menuju ke kedai handphone, terasa tangannya di tarik. Dia menoleh. Tengku Elman sedang tersenyum padanya.

“Tengku!!” suara Humaira separuh menjerit. Apa yang di rasakannya tadi memang benar-benar wujud!Hantu supermall itu adalah Tengku Elman!

“Ye sayang..”  jawab Tengku dengan lembut dan tersenyum melihat gelagat Humaira yang terkejut itu.

“Tengku nak apa sebenarnya? Kalau tak susahkan hidup saya tak boleh ke? Rasa tak cukup sifat ke kalau tak buat macam tu?” marah Humaira lagi. Dia rasa semenjak Tengku Elman balik dari rumah Pak Teh dan Mak Teh, sikap Tengku Elman semakin berubah. Dia jadi semakin berani untuk pegang dirinya.

Dia berasa rimas dengan segala tingkah laku dan kebaikannya. Memang sebelum ini pun Tengku Elman baik tetapi kali ini baiknya lain benar. Kekadang dia rasa takut pula pada kebaikan yang di hulurkan oleh Tengku Elman Qaufar.

“Hidup siapa yang abang nak susahkan kalau bukan hidup sayang..”  jawab Tengku Elman selamba. Matanya tetap tidak beralih memandang wajah Humaira. Humaira membeliakkan biji matanya.

“Tengku cakap lagi macam tu rasa-rasanya saya nak bunuh je Tengku ni tau!” Humaira hampir saja hilang kawalan. Makin menjadi-jadi pula perangai Tengku Elman bila mereka berada di luar pejabat.

“Oh..sayang.. Sampai hati sayang nak bunuh abang yang handsome ni? Sampai hati sayang ye?” soal Tengku Elman dalam nada bergurau.

“Tengku...!” Humaira sudah menjerit. Namun Tengku Elman Qaufar dengan selamba saja menarik tangan Humaira selepas itu dia ajak berjalan sama.

“Lepaslah!” Humaira meronta.

Tengku Elman Qaufar tidak peduli. Tetap juga di pengang tangan itu dengan kemas. Sambil itu Tengku Elman mempamerkan senyuman buat pengunjung yang memandang mereka.

“Isteri saya!” ujar Tengku Elman kepada mereka yang memandang. Mereka yang melihat juga merasa pelik sebenarnya.

“Tengku ni kenapa? Apa salah yang saya buat sampai Tengku buat  macam ni?” kata Humaira sambil dia berusaha untuk melepasakan genggaman tangan itu. Namun ternyata usahanya sia-sia saja.  Semakin erat genggaman Tengku Elman!

Humaira semakin panas hati. Dia menampar belakang Tengku Elman. Tengku Elman buat tidak tahu walaupun dia terasa pedih dengan bekas tamparan Humaira tadi.

“Sayang tu yang degil. Pagi tadikan abang dah call, suruh Ira tunggu kat rumah.. Tapi Ira keluar juga.. Nak lawan cakap suami ya?” ugut Tengku Elman.

“Suka hati sayalah nak keluar ke, nak pergi mana ke? Awak tu siapa nak tahu hal saya..” ujar Huamira tidak puas hati. Lelaki ini memang sudah melampau.. semua gerak gerinya di perhatikan.. Rimas dia!!

“Oh… dah pandai menjawab ya… Kalau sayang ikut cakap abang tadi, tak akan jadi benda ni!” kata Tengku Elman. Cuba menyalahkan Humaira pula.

“Geram betul!” rungut Humaira selepas itu. Tengku Elman masih diam. Tak nak cakap apa-apa.

“Tengku ni memang memalukan betul!” ujar Humaira.

Tengku Elman tersenyum melihat Humaira yang berada di sebelahnya.

“Sayang tau tak, comel betul bila sayang berleter. Suka sangat abang tengok!” kata Tengku Elman. Sengaja dia mengusik Humaira.

“Apa? Cuba ulang sekali lagi!” soal Humaira.

“Sayang tu, kalau berleter nampak comel sangat.”

“Dahlah malas nak layan Tengku ni. Pelik betul semenjak balik dari rumah Pak Teh hari tu, semakin menjadi-jadi pula perangainya. Entah apalah ubat yang dia orang kasi kat Tengku ni! Nak cakap setengah tak juga. Suku apa lagi!!” marah Humaira lagi. Sungguh, dia pelik dengan perangai Tengku Elman yang membahasakan dirinya abang dan memanggilnya sayang!

Tahap kemarahannya sudah sampai paras kritikal. Buat penat mulutnya saja berleter dengan perangai Tengku Elman Qaufar. Namun satu pun tidak di endahkan. Malah semakin galak pula lelaki itu membahasakan dirinya abang dan berani memanggilnya sayang.

 

 

Thursday 6 February 2014

Kau Rantai Hatiku 35


Pak Teh membawa Tengku Elman keluar dari rumah. Mereka duduk di ruang rehat. Ada sebuah pondok kecil yang di bina oleh Pak Teh untuk minum petang ketika mereka sekeluarga lapang. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

Pak Teh memulakan bicara. Ada banyak perkara yang ingin dia beritahu pada Tengku Elman. dia berharap Tengku Elman tidak akan menyalahkannya dalam hal ini.

“Saya minta maaf banyak-banyak Tengku. Di sebabkan hal ini, Tengku sudah banyak menderita..” ujar Pak Teh.

“Saya masih tak faham!! Apa sebenarnya yang berlaku?” soal Tengku Elman Qaufar bertubi-tubi. Dia mahukan penjelasan dari mulut Pak Teh.

“Sebenarnya, pada malam itu Mak Teh terdengar perbualan Datin Melinda di telefon. Dia mengarahkan orang berbuat sesuatu dengan kereta Cik Ariana. Apabila mendengarnya dia terus bagitau pada Pak cik. Selepas Cik Ariana keluar, Pak cik mengekorinya dari belakang. Memang betul, kereta Cik Ariana kena langgar dan salah seorang itu menuang minyak pelincir ke atas kereta itu. Pada masa itu Cik Ariana tidak sedarkan diri.

Mereka terus berlalu apabila api sudah menyala memakan minyak pelincir itu. Pak cik terus menuju ke arah kereta itu. Sedaya upaya pakcik keluarkan Cik Ariana dari perut kereta itu. Kemudian Pak cik tanggalkan cincin perkahwinan dan beg tangan Cik Ariana, pakcik letakkan di situ. Baju panjang yang Cik Ariana pakai Pakcik tanggalkan. Ini Pakcik lakukan supaya boleh dijadikan bukti bahawa Cik Ariana terbakar dalam letupan itu” cerita Pak Teh lagi.

“Saya terus membawa Cik Ari pergi ke hospital. Saya pastikan tiada siapa yang mengekori kami. Masa itu keadaan Cik Ari memang tenat. Di tambahkan lagi bayi dalam kandungannya tidak dapat di selamatkan.. Pakcik betul-betul minta maaf.. Pakcik dah sedaya upaya untuk menyelamatkan Cik Ari dan juga kandungannya itu.”

“Ari mengandung?” soal Tengku Elman terkejut. Pak Teh hanya mengangguk. Dia sebenarnya pun terkejut apabila masa itu doktor telah mengesahkan Ariana mengandung dan bayi dalam kandungannya itu tidak dapat di selamatkan.

Tengku Elman Qaufar mengingat kembali ketika itu, sebelum dia pulang ke tanah air, Ariana ada berkata sesuatu. Ada berita gembira yang ingin di sampaikan tetapi isterinya mahu memberitahu apabila dia pulang kelak!

Teringat kembali bagai mana perasaannya ketika itu. Menerima berita yang amat menyedihkannya. Seolah-olah dia tidak dapat menerima bahawa insan yang dicintainya sudah pergi buat selama-lamanya. Kepulangannya dari London malam itu di sambut dengan berita yang menyedihkannya. 

Pada mulanya dia begitu gembira dan tidak sabar untuk menyampaikan berita gembira buat isteri tercinta. Mereka akan sama-sama sambung belajar di London. Dia pergi ke London seorang diri atas urusan itu. Penemuan cincin dan beg tangan milik isterinya juga turut di temui. Dan kereta yang meletup pada malam itu memang kereta milik isterinya.

Tengku Elman terdiam. Dia tidak menyangka Ariana menderita begitu sekali. Bagai mana perasaannya seandainya suatu hari nanti dia kembali mengingati masa lampaunya. Pasti dia akan sedih kerana kehilangan bayi dalam kandungannya semasa kemalangan itu.

“Kesian Ari. Saya tak dapat nak bayangkan macam mana perasaannya kalau dia tahu dia pernah kehilangan bayi kami...” kedengaran keluhan dari mulut Tengku Elman.

“Saya betul-betul minta maaf Tengku..”

“Saya tak salahkan Pak Teh. Walau pun saya juga sedih bila mendengar berita itu. Apa yang penting Ariana masih hidup dan sihat..”

“Kita berdoa saja agar dia dapat menerima kenyataan itu.”

“Apa pun saya memang bersyukur sangat. Tapi Pak cik, kenapa dia tak kenal saya?” soal Tengku Elman lagi.

“Dia hilang ingatan selepas kemalangan yang dahsyat itu.  Penyakit apa ya? Am.. am.. amnesia” ujar Pak Teh yang cuba mengingati nama penyakit itu. Susah betul dia nak menyebut nama penyakit itu!

“Penyakit amnesia Pak cik. Penyakit hilang ingatan” sambung Tengku Elman Qaufar.

“Ha.. macam tulah bunyinya. Selama enam bulan dia koma. Masa dia komalah Mak Teh kamu berhenti kerja kerana dia nak menjaga Ari..”

Melopong mulut Elman mendengarnya. Hatinya sudah berbunga-bunga. Dia bersyukur sangat kerana isteri yang di sangkakan sudah meninggal itu masih hidup!! Tapi apa motif Datin Melinda mahu membunuh Ariana? Pelbagai soalan yang timbul di fikirannya.

“Tapi kenapa Datin Melinda mahu membunuh Ariana?” soal Tengku Elman.

“Itulah yang menjadi tanda tanya Pak cik. Kenapa dia mengupah orang membunuh Cik Ari, sedangkan Cik Ari tu orang yang baik. Kalau nak di banding kan dengan Isabella, Cik Ari memang jauh lebih baik..” jawab Pak Teh geram! Dia teringat semenjak Dato Farid berkahwin dengan Datin Melinda, Ariana selalu mengalah dengan Isabella. Apa saja yang Isabella mahukan pasti, Datin Melinda dan Dato Farid akan tunaikan.

Suatu hari, mereka terkejut apabila Tengku Elman menghantar rombongan untuk meminang Ariana. Hanya perkahwinan di antara Tengku Elman dan Ariana sahaja yang di restui oleh mereka. Tetapi akhirnya, Datin Melinda tetap merancang mahu membunuh Ariana juga akhirnya.

“Saya betul-betul terkejut mendengar semua ini..” jelas Tengku Elman lagi.

“Pak cik pun ada juga menjenguk ke rumah kamu selepas kejadian itu, tapi Tengku tidak pernah balik dari London. Dan sampai sekarang Pak cik hanya berdiam diri saja. Lagi pun Pak cik dengar Tengku dah bertunang dengan cik Isabella.”

“Betul Pakcik. Saya mengambil masa lima tahun belajar di London. Saya cuba untuk melupakan Ariana. Walaupun Isabella sentiasa ada di sisi saya, saya tetap tidak dapat melupakan wajahnya. Sehinggakan Isabella selalu marahkan saya, Pak cik..” gelak Tengku Elman. Teringat kembali bagaimana Isabella merajuk apabila dengan tidak sengaja dia menyebut nama Ariana!

“Tetapi bila saya pulang ke Malaysia saya terus jumpa dia di hari pertama saya menjejak kaki ke Malaysia. Saya kejar dia masa tu Pak Cik.. Saya betul-betul macam orang gila.. Akhirnya saya jumpa kedai tempat dia bekerja..”

Pak Teh menceritakan keadian selepas kemalangan itu.

“Kami berpindah ke Johor selepas Ariana keluar dari hospital. Setelah dia sihat sepenuhnya kami mendaftarkan dia ke universiti. Baru satu setengah tahun ni kami pindah semula ke Kuala Lumpur. Sebab dia nak mulakan perniagaan butiknya” Pak Teh berhenti sekejap.

“Patutlah masa kami di Johor hari itu, dia pengsan dan saya bawa dia ke hospital. Mereka beritahu saya yang Ira pernah accident. Mungkin Ira di rawat di hospital itu ke Pakcik?”

“Ya Tengku.. Humaira pernah dirawat di Hospital Kluang. Saya harap Tengku dapat rahsiakan perkara ini dari orang lain. Pak cik tak nak Datin Melinda mencederakan Ariana lagi. Kita tidak tahu apa akan terjadi jika dia tahu Ariana masih hidup.” Tengku Elman menghembuskan nafasnya. Tiada perkataan lain yang dapat dia ucapkan ketika ini. Syukur!!!

“Baiklah Pak Teh. Terima kasih banyak kerana menolong saya menjagakan Ariana selama ini. Saya tak dapat nak membalas budi baik Pak Teh dan keluarga..” Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Manalah dia tidak gembira mendengar berita bahawa isterinya masih hidup. Sekarang dia sudah ada keyakinan dalam hidup. Dia akan selesaikan satu-persatu perkara yang perlu di selesaikan segera. Menitis airmata gembira di pipi. Siapa sangka aturan tuhan untuknya. Rasanya mahu saja dia memeluk gadis itu. Namun di sabarkan dulu hatinya.

“Sama-sama.. Lagi pun bukan sehari dua saya tengok Ariana. Dari bayinya masih merah lagi sampai sekarang. Pak cik dan Mak cik bertanggung jawab untuk menjaga dia.” celah Mak Teh yang datang dari arah dapur.

“Saya harap Pak Teh pun jangan bagitahu Ira yang saya ni suami dia. Nanti dia terkejut pula. Kita buat macam biasa.” Cadang Tengku Elman. Mereka berdua mengangguk.

“Baiklah.. Lega hati saya sekarang. Lima tahun kami simpan rahsia ni. Sebenarnya Azwan ada melamar Ira hari tu. Tapi kami cakap dia tak boleh kahwin dengan mana-mana lelaki.”

“Dia tak hairan ke Pak Teh?” ada nada cemburu di hujung suaranya. Amboi mentang-mentang isteri aku ni cantik ada saja lelaki yang suka dengannya. Ini tak boleh di biarkan. Humaira hanya milik aku seorang.

“Mestilah dia hairan kenapa dia tak boleh kahwin dengan lelaki lain. Tapi sampai sekarang kami tak bagitau apa sebabnya” Mereka bergelak ketawa.

“Gelak sampai tak ingat dunia pulak.. Ni Mak Teh nak jemput korang masuk makan.. Makanan dah siap di hidangkan..”

Mereka bertiga terus menuju ke ruang meja makan.

“MMM Pak Teh, Mak Teh, saya pergi dulu ya. Saya pun dah lama kat sini.. Kalau di ikutkan hati memang saya nak duduk lama-lama kat sini” ujar Tengku Elman berseloroh. Dia melirik pada Humaira yang baru keluar dari arah dapur.

“Baiklah.. Ada masa datanglah ke sini lagi..” ujar Mak Teh.

“Ira tolong hantar Tengku Elman ke luar.” Pak Teh pula bersuara.

“Baik Pak Teh..”

Humaira berjalan di belakang Tengku Elman. Dari tadi lagi senyuman tak putus-putus menguntum di bibir Tengku Elman. Kalau di ikutkan hatinya nak saja dia memeluk Humaira yang berada di hadapannya. Namun dia takut Humaira akan terkejut dengan tindakanya. Lagi pun mereka berada di luar rumah Pak Teh. Nanti apa pula kata jiran sekeliling.

“Tengku ni kenapa dari tadi lagi senyum tak henti-henti? Dah dekat dalam tadi bukan makin seronok berbual dengan Pak Teh dan Mak Teh. Korang kenal ke?” soal Humaira dengan perasaan hairan. Pak Teh dan Mak Teh pun satu. Kalau dengan Azwan tak juga mesra mereka melayannya. Tetapi berbeza pula dengan Tengku Elman. Malah dirinya di suruh pula menghantar Tengku Elman sampai ke luar pagar.

“Tak ada apa. Saya gembira sangat. Tak tahu kenapa saya gembira sangat dapat berjumpa dengan Pak Teh dan Mak Teh Ira.”

“Aaa... Yalah tu..” memuncung bibir Humaira tanda tak puas hati.

“Esok Ira tunggu saya tau. Saya datang ambik esok” ujar Tengku Elman.

“Nak pergi mana? Esokkan cuti.. Ira nak duduk di rumah berehat.”

“Tapi hari Isnin jangan lupa datang kerja..”

“Tapi saya kan dah tulis surat perletakan jawatan..”

“Saya tolak perletakan jawatan awak tu.. Jadi hari Isnin, Ira mesti masuk kerja semula.”

“Tak naklah kerja kat sana lagi. Lebih baik Ira jaga butik tu. Lagipun Ira tak nak ada masalah dengan Cik Isabella tu.”

“Ini arahan saya.. Ira kena juga turun kerja hari Isnin. Saya tunggu..”

“Yelah.. Ira turun keja hari Isnin..”

“Haa macam tulah.. dan esok Ira tunggu saya kat rumah. Jangan nak keluar kemana-mana..” ujar Tengku Elman sambil jarinya menyentuh pipi Humaira.

“Kenapa Tengku ni, sejak bila pandai menggatal pulak ni?” Humaira mencebikkan bibir. Tanda tidak puas hati. Lelaki ini memang suka betul mengambil kesempatan.

“Apa salahnya. Saya lelaki. Ira pula perempuan. Tak salah bukan.. Lainlah kalau saya ni pondan atau sama jenis.. Normallah sebagai seorang lelaki sejati itu, ada sifat gatalnya. Barulah di katakan lelaki. Ira ni cute betullah..” Tengku Elman sekali lagi mencubit pipi Humaira.

“Tengku ni suka betul ambik kesempatan. Ingat muka Ira ni muka model agaknya.”

Sorry tangan saya ni gatal sangat..” Tengku Elman tersengih-sengih. Sakit hati Humaira memandang wajah selamba itu.

“Yalah tu. Dasar lelaki gatal...”

“Tapi bukan dengan orang sebarangan tau. Dengan Ira je saya menggatal...” jawab Tengku Elman dengan sengihannya.

“Tengku nikan.. Heii.. geramnya Ira..”

“Saya lagi geram tengok Ira tau. Rasa nak cium-cium pipi tu. Blushing sangat!!” Memang dia geram bila tengok wajah Humaira yang merona merah. Langsung tiada perubahan. Cuma kini gadis itu langsung tidak ingat segala kisah silamnya.

“Dahlah.. Balik cepat!! Makin lama Tengku kat sini makin menjadi-jadi pula gatalnya.” Marah Humaira. Tengku Elman sekali lagi mencubit pipi Humaira. makin lama dia berdepan dengan gadis itu makin dia merasakan tidak dapat mengawal perasaannya.

Sesampai di rumah, Tengku Elman terus menuju ke biliknya. Membersihkan diri. Seharian dia bekerja memang penat juga rasanya. Namun semuanya berbaloi apabila dia mengetahui gadis yang selama ini dia ekori itu adalah isterinya sendiri. Cuma sekarang bagaimana dia mahu menyelesaikan masalah isteri dan orang-orang di sekelilingnya.